October 24, 2017

Kebaikan ESP Untuk Ibu Yang Sibuk

Tanggungjawab seorang ibu yang bekerja dan rumahtangga adalah sangat merumitkan. Komitemen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin harian. 

5 TIPS UNTUK MEMILIH SUMBER PROTEIN YANG BETUL

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan

Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya dikalangan warga tua.


2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah

Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak

Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. jadi, Makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs bukan GMO ?

GMO (Organisma yang diubahsuai secra genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses ?

Sebolehnya mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.


Kebaikan ESP yang Memberikan Tenaga Berterusan, Yang Berasaskan Protein Tumbuhan yang Berkualiti Tinggi


✔ Membekalkan 14gram protein berasaskan tumbuhan.
✔ Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 - nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti.
✔ Mengandungi 9 jenis asid amino
✔ Tinggi dengan kalsium
✔ Tanpa KOLESTEROL
✔ Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.

*Jumlah proetin soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


5 KEBAIKAN ESP KEPADA IBU YANG SENTIASA SIBUK

1. MENINGKATKAN SERI KULIT

Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua asid amino perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

2. MENGUATKAN RAMBUT DAN KUKU

Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

3. MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN PERUT

Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat.


4. MENYOKONG KEHAMILAN SIHAT

Kesihatan sepanjang temph kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup umur.

5. MENGGALAKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimana, ibu yang sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.


Berminat untuk mendapatkan ESP anda hari ini ? Jom kontek Feni untuk order atau klik saja Order Sini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


October 20, 2017

GASTRIK MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN



Masalah gastrik bukan sahaja dihidapi oleh golongan dewasa malah kanak-kanak juga boleh menghidap gastrik. Gastrik di kalangan kanak-kanak juga menganggu aktiviti harian mereka. Bagi ibu-ibu yang hamil juga sering mengalami masalah gastrik di awal kehamilan. Gastrik ini sangat mengganggu aktiviti harian. 

TANDA GASTRIK


1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen

2. Rasa senak, berangin atau pedih.

3. Rasa tidak selesa dan kembung

4. Sendawa berulang kali

5. Kerap kentut selepas makan

6. Rasa mual atau loya dan muntah

7. Berat badan turun (peringkat kronik)

8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)

9. Hilang selera makan

10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Langkah awal untuk mencegah gastrik :-


1. Makan ikut waktu, seeloknya jangan tinggalkan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.

2. Elakkan makanan yang pedas dan banyak rempah.

3. Elakkan minuman beralkohol, banyak kafein dan bergas.

4. Makanan ringan seperti jeruk dan keropok juga perlu dielakkan.

5. Minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. 

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Masalah Gastrik




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 19, 2017

BILA ABAH DAH KONVO !


Hari bersejarah untuk my hubby bila dah konvo. Bersusah payah belajar. Korbankan masa hari minggu sebab nak pergi belajar. 

Konvo ni berlangsung di PICC Putrajaya. Kami pergi bila dah nak habis waktu. Tu pun pakai waze dan ikut jer signboard. Sampai juga akhirnya di PICC.

Kak belikan bunga sebagai ucapan tahniah untuk abah. Tak sangka abah dapat juga pakai topi segi 4 ni. Sebenarnya tahun 2015 lagi dah dapat tawaran sambung belajar. Itu dekat UITM Space tapi dia taknak sebab fikir anak-anak. Tahun lepas bila dapat offer, kami semua suruh dia sambung sebab peluang kan tak datang banyak kali. Buat pun bukan lama. Hanya hujung minggu.

Alhamdulillah berjaya jugak habiskan. Tahniah dan syukur alhamdulillah.







Kami ambil peluang untuk merakamkan kenangan sempena hari konvo abah ni. Abah dah pucat lesi sebab panas sangat tengah hari tu. Dia kata keluar makan kat luar.

Lepas je konvo ni kami terus ke Melaka sebab dah janji dengan adik beradik untuk berjalan ke sana.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Mak Jemah yang nak sambung belajar, alih-alih hubby yang dapat. Rezeki Allah nak bagi kan. Siapa kita nak pertikaikan rezeki yang Allah nak bagi. Apapun sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik.

October 17, 2017

RASAI KEBAIKAN "THE RADIANT 4" UNTUK KECANTIKAN DALAMAN DAN LUARAN

Kecantikan adalah idaman untuk setiap insan. Tidak kira lelaki atau wanita. Namun bagi wanita kecantikan itu sangatlah penting untuk meningkatkan keyakinan diri.

Jom rasai kesan 'THE RADIANT 4" ini.



ESP - Minuman untuk Kulit Yang Sihat 

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Collagen Powder - Merangsang Kulit Kelihatan Muda dari Dalam Ke Luar

  • Membekalkan 4000mg Kolagen Sisik Ikan Merah, kolagen yang dipilih dengan teliti dan diekstrak dari sisik Ikan Merah.
  • Memberi lebih daripada kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk Ekstrak biji Camelia Japonica,
  • Ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C, B2 dan B6.
  • Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi. 
  • Pek individu untuk pengambilan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.

SUSTAINED RELEASE VITA-C - Mengatasi Radikal Bebas untuk Kulit yang Sihat

  • Produk semula jadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut.
  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

GLA COMPLEX - Kekalkan Kelembapan Kulit 

  • Diperolehi daripada minyak borage yang tulen, semula jadi dan tinggi dengan GLA (17%-25%) dalam cara yang mudah dihadam.
  • Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.


TESTIMONI THE RADIANT 4






Berminat untuk mendapatkan SET THE RADIANT 4 ini bolehlah ORDER SINI atau dengan menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 12, 2017

JERAWAT MAKIN BANYAK SETELAH MAKAN ALFALFA


Assalamualaikum semua. Hari ni Feni nak share tentang seorang kawan Feni yang ambil Alfalfa sebab nak detox badan. Resdung banyak sangat di hidung sampai nak hidu bau pun tak berbau. 

Mula-mula dia amalkan Alfalfa, jerawat tumbuh dengan banyaknya di muka dan badan. Dia call Feni tanyakan kenapa macam ni. Feni pun suruh dia kurangkan dos dan minum air kosong banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Dia ikut nasihat yang Feni bagi.

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat bagus untuk kesihatan. Ini adalah antara kebaikan Alfalfa yang membantu kesihatan.


Jerawat banyak tumbuh setelah mengamalkan Alfalfa adalah salah satu proses body adjustment atau healing crisis. Kira macam membetulkan kembali apa yang tak betul dalam badan kita la.

Alfalfa Complex merupakan agen detox yang membantu membuang toksin dalam badan kita. Toksin ni akan keluar melalui proses perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh atau kulit. Jerawat adalah salah satu tanda proses detox. Toksin keluar melalui jerawat (kulit). Bila dah keluar semua, kulit akan kembali pulih macam biasa. Selalunya proses ni ambil masa untuk kembali cantik. Bak kata orang nak cantik perlukan masa.

Testimoni Pengguna Alfalfa






CARA MENGAMALKAN ALFALFA 

Selalunya Feni akan pm secara personal cara-cara makan suplemen ni supaya tiada masalah di kemudian hari. Maksimum sehari adalah 10 tablet. Namun ikut kesesuaian badan masing-masing.

Berminat untuk mendapatkan Alfalfa Complex bolehlah menghubungi Feni atau klik saja ORDER SINI .


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com






October 11, 2017

6 PETUA UNTUK MENGATASI JERAWAT MELIAR DI MUKA


PUNCA JERAWAT

Jerawat sering mencacatkan penampilan tidak kira lelaki atau wanita. Paling parah kemunculannya boleh menyebabkan keyakinan diri semakin menurun sehingga boleh menjejaskan emosi. Jom ikuti beberapa petua untuk mengatasi masalah jerawat yang tumbuh segar di muka.


1. KAWAL PEMAKANAN

Ada orang kata bila makan kacang tanah, makanan berminyak dan bergorang lebih mudah jerawat tumbuh. Jadi untuk mereka yang ada masalah alahan terhadap makanan seperti kekacang hendaklah elakkan makan makanan yang mengandungi kacang. Seeloknya lebihkan sayuran dan buahan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan disamping itu mengelakkan jerawat tumbuh lebih banyak.


2. BIARKAN IA SEMBUH

Selalunya bila jerawat tumbuh di muka ni, tangan mesti gatal nak kutis-kutis dan pegang-pegang. Paling geram rasa nak je picit jerawat tu. Dinasihatkan supaya JANGAN ! Bila kita picit jerawat tu boleh menyebabkan kesan parut yang lambat untuk hilang. Jadi biarkan ianya sembuh dengan sendiri.

3. KAWAL TEKANAN

Stress atau tekanan adalah salah satu punca terjadinya jerawat. Jadi kawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan baik. 

4. CARA TRADISIONAL


Antara petua tradisional untuk mencegah jerawat ialah dengan menggunakan KULIT KAYU MANIS. Caranya cukup mudah, kisarkannya dann ambil sesudu kecil, campurkan dengan air dan sapukan pada wajah. Jadikan macam scrub. Ia juga boleh memudarkan kesan parut jerawat dan membuang sel kulit mati.

5. JAGA KEBERSIHAN DIRI


Ini sangat penting bukan sahaja untuk bahagian muka. Bila satu badan bersih secara tak langsung bahagian muka juga akan bersih. Gunakan pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka. Jangan gunakan sabun mandi untuk mencuci muka.

6. AMALKAN SUPLEMEN 


Suplemen adalah makanan tambahan yang penting untuk membantu dalam mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Maklumlah kadang-kadang kita ni makan pun tak tentu masa. Makan pulak banyak di kedai dan kebanyakannya segera. Jadi pengambilan suplemen boleh membantu dalam mendapatkan kulit yang diimpikan. Cadangan suplemen untuk kulit adalah ESP, Vitamin C, Vitamin E dan Collagen Powder.



Jadi jomlah amalkan petua mudah ni ya. Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan SUPLEMEN UNTUK KULIT ni bolehlah kontek Feni atau ORDER SINI.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


October 10, 2017

SESI MERAPU MERABAN

2 hari pergi BSN sebab nak buat akaun baru tapi tak berhasil. Semalam pergi nak update buku lama. Last-last dia kata tak wujud. Kuang hajooo. Jangan la cakap tak wujud. Cakap je dah expired. Mati dah akaun ni. Ewahh pandai la aku. Ampunnn.

Hari ni second time aku dengan nadia berjalan kaki membakar lemak untuk membuka akaun BSN yang baru. Last-last dia mintak nak Letter Offer from ofis dengan bil utility. Amboi-amboi. 2 kali mak jemah jalan tapi bersabar jela dia kata syarat dari bank Negara. Okey.

Esok kita cuba lagi kt BSN Batu 9 Hulu Langat. Harapnya takde masalah la lagi. Bila nak marah ingat "setiap kesulitan itu ada kesenangan'. InshaAllah kalau ade rezeki ada lah. Kita ni manusia hanya mampu merancang. Kalau Allah tu kata ada rezeki aku. Takkan kemana.

Bila pikir-pikir jadi stress jadi apa pun berbalik kembali pada Allah. Kita dah usaha yang terbaik. Esok bila dah berjaya akan kenang balik susah senang nak menuju kejayaan. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Ingat Allah hati akan jadi lebih tenang.

Menulis ni untuk mengubati hati sendiri

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...