August 28, 2017

JALAN-JALAN NAIK MRT KE MUZIUM NEGARA

Semalam kami anak beranak meluangkan masa untuk naik MRT sebab sejak dibuka kami tak pernah naik lagi kecuali Abang Aus yang dah naik bersama rombongan Tadika Kemas.

Pagi-pagi kami bersiap untuk pergi jalan-jalan. Breakfast nasi berlauk dulu kenyang-kenyang. Lepas tu terus bawak anak-anak. Bukan main seronok lagi bila dapat berjalan.

Kami parking kereta dekat Taman Suntex di Batu 9, Cheras. Tak tahu nak pergi mana sebenarnya. Hanya nak naik MRT. Mulanya kami nak pergi Bukit Bintang tapi tak jadi sebab Abang Aus nak pergi Muzium Negara. Dia memang suka pergi Muzium. Suka sangat tengok benda-benda lama. Jadi ummi dengan abah layankan saja.




Muka happy sebab boleh naik MRT. Sampai sana jalan kaki menuju ke Muzium. Kami tak tahu pun yang lif tu terus ke depan Muzium. Kalau tahu naik lif terus sampai depan pintu Muzium. Sebelum masuk muzium nampak kereta kebal askar. Pergi tengok kereta kebal dulu. Abang Aus suka sangat. Dia kata power, power. Hihi





Sebelum pintu masuk Muzium kami jumpa kolam air pancut dan mereka pun bergembira.



Bayaran tiket untuk masuk ke Muzium ialah RM2.00 sahaja untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Jadi ummi dengan abah jelah yang kena beli tiket. Kami masuk dalam tu dalam sejam je. Tak boleh ambik gambar dalam muzium sebab awal-awal lagi dah ada warning no kamera tapi kat dalam tu ada jugak yang ambik. Kami ni kan warganegara yang berhemah. Kena patuh arahan. 


Letih berjalan jom cari makan pulak. Tekak haus betul. Adik Rayyan nampak sosej nak sosej. Nampak ais krim nak ais krim. Hahaha apa-ape jelan untuk anak-anak kan. 










Dah habis jalan kami pun balik. Tak lama pun dalam sejam je. Naik MRT dari Muzium Negara ke Taman Suntex ambil masa dalam 30 minit sahaja. Sempena 50% diskaun sehingga 31 Ogos ni kami berpeluang naik MRT dengan harga lebih murah. Tambang MRT RM1.60. Habis tempoh diskaun ni tak tahulah berapa pulak tambangnya. Mungkin RM3.20 atau kurang atau lebih. 




August 27, 2017

PRODUK TERLAJAK LARIS DI KALANGAN CUSTOMER MAK JEMAH

Nak cerita pasal produk Shaklee yang paling laris yang paling hot Mak Jemah dapat jual sudah tentu SET CANTIK TERLAJAK LARIS.

Set ini mengandungi ESP, Vitamin C dan Vitamin E. Ada juga yang ambil suplemen lain sebagai tambahan untuk cepat kesannya iaitu Shaklee Collagen Powder dan Vivix. Yang ni paling Hot dan laris.



Kesemua produk Shaklee ni macam dah ada dalam kepala bila customer pm atau wassap. Hihi barulah SID yang aktif giteww.


1. ESP

ESP ialah serbuk soya yang perlu dibancuh. Didatangkan dalam bentuk serbuk dalam tong seberat 850gram. Untuk menghasilkan satu tong ESP memerlukan 30kg soya Non-GMO. Apa itu soya Non-GMO ? Soya Non-GMO iaitu soya yang tidak diubah genetiknya dari awal. Jadi ESP ni sangat istimewa berbanding dengan soya yang dijual di pasaran tu. Keperluan protein setiap individu adalah berbeza bergantung pada umur, saiz, aktiviti dan tahap kesihatan semasa.


2. Vitamin C

Vitamin C dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Menjadi makanan yang paling penting terutama untuk mencantikkan kulit. Vitamin C meningkatkan tahap imun badan. Ia juga mencegah kedutan dan menegangkan. Pengambilan vitamin C secara berterusan boleh membuatkan bertambah awet muda.

"Keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60mg/hari."

Kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.


3. Vitamin E

Untuk memenuhi keperluan vitamin E di dalam badan iaitu 400IU. Mengamalkan 1 kapsul vitamin E setiap hari membantu melambatkan proses penuaan. Ia berupaya mengurangkan kedut, garis halus, jeragat, dan jerawat. Vitamin E membantu dalam proses memulihkan tekstur kulit dan ton muka. Selain itu, vitamin E juga antioksidan yang menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen yang memberikan lebih ketahanan.


4. Vivix

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.


5. Collagen Powder


Shaklee Collagen Powder dihasilkan daripada tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam dan luaran.

Sekiranya ada produk Shaklee yang berkenan di hati bolehlah menghubungi Feni ye ?

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

MENU WAJIB BILA HARI MINGGU - SIAKAP 3 RASA

Bila hari kerja memang tak berasaplah dapur. Kalau bersap pun hanya masak makanan yang ringkas saja macam telur goreng, telur dadar, sambal dan sup yang tak perlukan bahan yang banyak. Hari minggu lah hari yang best dan boleh masak guna masa yang lama. Hihi

Antar menu wajib masak ketika hujung minggu ialah Siakap 3 Rasa Versi Mak Jemah.

Bahan-bahannya :-

1 Ekor ikan siakap (besar ikut suka)
Bawang Merah - Potong dadu
Bawang Putih - Potong dadu
Cili Merah 
Cili Api

Tomato - Potong dadu
Nenas  - Potong dadu
Serai diketuk
Sebiji bawang merah dan sedikit cili kering dikisar

Sos tomato
Sos ikan
Garam dan gula secukup rasa

Ikan dibersihkan dan diperap dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng. Asingkan.

Sos 3 Rasa
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api, cili merah dan serai. Bila dah naik bau dan garing masukkan bahan-bahan kisar tadi (bawang merah & cili kering). Masukkan sos ikan, sos tomato garam dan gula sesedap rasa. Mak Jemah akan tunggu sehingga mendidih dan pecah minyak sikit. Baru masukkan nenas dan tomato. Kacau rata tutup api dan sedia dihidangkankan.



Mak Jemah masak 2 ekor sebab adik beradik ramai. Kalau masak sekor tak cukup. Hihihi.

Selamat mencuba !

August 26, 2017

APA YANG PERLU SAYA BUAT BILA ANAK DEMAM

Dalam minggu ni dah 2 kali Kementerian Kesihatan hantar kontraktor untuk sembur nyamuk aedes. Balik kerja dah malam dalam pukul 7.30 malam baru sampai rumah. Sampai rumah tengok asap fogging berkepul-kepul sampai sesak nafas. Betapa kuatnya bau asap ubat nyamuk ni. 


APA YANG PERLU SAYA BUAT BILA ANAK DEMAM ?


Saya akan pantau keadaan suhu anak. Sememangnya saya spare siap-siap satu termometer untuk cek suhu badan anak. 

Saya akan lapkan badan anak kalau badan terlalu panas. Lapkan dengan air sejuk. Basahkan kain tuala dan lap ke seluruh badan hingga ke kepala anak. Kadang-kadang saya gunakan air asam jawa untuk menurunkan suhu badan.

Pakaikan pakaian yang nipis dan selesa untuk anak. Masa anak demam tak boleh pakaikan pakaian yang tebal-tebal supaya pengaliran udara bebas. Suhu panas akan mudah keluar. Memang anak akan terasa sejuk tapi dalamannya panas.

Saya akan cuba untuk bagi anak minum air suam supaya badan kekal hidrat. Selalunya mereka tidak akan berselera makan atau minum. Cuba pujuk supaya mereka dapat habiskan minuman untuk mengembalikan tenaga.

Demam yang teruk dan berlarutan sehingga berhari-hari kena bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Sebagai alternatif saya sediakan Nutriferon sebagai suplemen untuk membantu menguatkan imun badan. Rasa Nutriferon yang masam-masam manis boleh menghilangkan rasa pahit mulut. Nutriferon adalah sebagai alternatif untuk membantu badan anak supaya cepat lega dari demam. Ubat pun kena makan juga ikut nasihat doktor. 


Sekiranya ada yang ingin mencuba NUTRIFERON untuk membantu dalam meningkatkan imun badan bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




BASIC H MEMUDAHKAN KERJA HARIAN IBU

Sekarang ni kalau boleh nak dapatkan satu produk yang bagus dan multifunction. Boleh buat cuci pinggan mangkuk dan juga boleh buiat cuci satu rumah.

Sejak kenal Basic H ni memang dah jatuh cinta dengan produk ni. Mula beli sebab nak buat cuci botol susu anak je. Tau saja la bila botol susu ni memang mudah melekat sisa-sisa susu kat puting botol susu tu. Bila rendam dengan Basic H memang mudah hilang. Macam peluntur kain tu. Takut nak guna peluntur kain sebab risau dengan bahan dalam peluntur memang tak sesuai untuk botol susu anak.

Basic H Shaklee memang dibuktikan bebas bahan kimia bahaya dan selamat untuk digunakan.

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Selain untuk mencuci botol susu anak, Feni suka guna Basic H untuk mencuci lantai. Hanya titiskan beberapa titisan Basic H ke dalam sebaldi air kemudian sedia untuk mengemop lantai. Bila dah siap mop lantai dengan Basic H, bau wangi je. Lalat pun tak sudi nak singgah. Sesuai untuk buat lap meja makan juga.


Basic H juga boleh dicampurkan dengan air remdaman sayur-sayuran untuk mencuci kotoran pada sayur. Ia juga membuatkan sayur kekal segar dan lambat rosak.


Kasut sekolah yang susah nak cuci tu pun sesuai sangat guna Basic H supaya kembali putih bersih. Rendam je dulu kasut yang kotor hitam itu dengan beberapa titisan Basic H kemudian gosok perlahan-lahan, Tak perlu tonyoh kuat-kuat sampai badan  pun cepat penat. Hihihi.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba Basic H Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com







August 25, 2017

AGENDA CUTI SEKOLAH

Abang Aus dah start cuti sekolah hari ni. Macam-macam plan nak buat untuk Abang Aus. Plan hari minggu ni nak bawak dia dengan Adik Rayyan naik MRT sebab kami tak pernah naik MRT lagi.

Khamis 24/08/2017 Abang Aus dah naik MRT dengan kawan-kawan sekolah dia. Balik seronok benor dok cerita dia naik MRT.
















Adik Rayyan tak pernah naik MRT lagi. Bila tengok gambar Abang Aus dengan rakan-rakan naik MRT dia pun sibuk nak naik. Jadi salah satu agenda cuti sekolah ni ialah nak naik MRT. Plan lain akan difikirkan kemudian. Siapkan kerja sekolah dulu baru boleh jalan. Hihihi. 

CARA URUSKAN MASA UNTUK KERJA HAKIKI DAN BISNES

Kerja makan gaji dengan majikan memang seronok sebab tiap-tiap bulan gaji tetap masuk walaupun kita ni buat kerja atau tak. Tapi kadang-kadang gaji tu memang tak cukup sebab kos sara hidup hari ni memang sangat tinggi tambah-tambah lagi yang duduk kat bandar besar macam Mak Jemah ni. Duduk di Hulu Langat dan bekerja di Kuala Lumpur. Meh Mak Jemah share cara uruskan masa untuk kerja hakiki dan bisnes online.



1. Susun Keutamaan

Ini sangat penting supaya kita dapat susun jadual kerja kita. Feni akan buat satu jadual untuk sehari. Bahagikan kepada 4 bahagian iaitu Penting, Tak Penting, Urgent, Tak Urgent. Yang penting dan urgent perlu disiapkan segera.


2. Jangan bertangguh

Jangan nanti, jangan sekejap lagi. Buat segera. Makin lama bertangguh, makin besar rasanya kemalasan itu. Jangan biarkan malas bermaharajalela.


4. Buat jadual atau to-do list

Barulah nampak apa yang sepatutnya dibuat. Tak adalah asyik skroll newsfeed Fesbuk dan membuang masa memikirkan hal orang lain.


5. Fokus! 

Fokus untuk selesaikan satu-satu perkara sebelum perkara yg lain. Cuba jangan buat semua sekali dalam satu masa, atau fokus terganggu dan akibatnya satu kerja pun tak siap!

6. Doa dan tawakal kepada Allah

Mohonlah kepada Allah minta ditunjukkan jalan dan dipermudahkan urusan. Percayalah, dari Allah semua urusan ni & Dia akan pandu ke jalan terbaik untuk menyelesaikan semuanya dengan cemerlang.


Bila dah ada perancangan tu taklah pening atau kena bambu dengan bos sebab kerja tak siap kan. Yang penting kerja hakiki settle, bisnes online pun mantopss.

Jadi yang mana nak join ahli Shaklee bolehlah kontek Feni ye ?


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...