August 22, 2017

VITAMIN MEMBANTU IBU MENYUSU

Ibu yang menyusukan anak lebih banyak memerlukan vitamin supaya ibu dan bayi dapat nutrisi yang secukupnya. Disini Feni nak akan listkan beberapa vitamin membantu ibu menyusu seperti di bawah :-


ESP

✿ Terkenal sebagai milk booster terbaik
✿ Membantu menurunkan berat badan
✿ Merangsang pembentukan otot
✿ Merupakan agen anti-penuaan
✿ Membantu mengurangkan kedutan
✿ Membekalkan tenaga
✿Membaiki masalah rambut gugur

ALFALFA

✿ Menghilangkan keletihan & kelesuan
✿ Mencuci dan membersihkan hati , darah & usus
✿ Membuang toksin dalam badan.
✿ Menyingkirkan lemak & kolesterol
✿ Melegakan sakit sendi & arthritis
✿ Melegakan sembelit
✿ Merawat keputihan pada wanita
✿ Bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita @jamu
✿ Membuang angin dalam badan
✿ Menuetralkan asid dalam badan
✿ Mengawal kolestrol dalam darah.

VITALEA

    ✿ Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, mempertingkatkan memori dan daya fokus
    ✿ Pelengkap nutrisi, baik untuk yang anemik dan yang berpengamalan diet yang tak seimbang
    ✿ Keupayaan sistem proaktif bagi remaja yang sedang membesar
    ✿ Mempertingkatkan stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
    ✿ Menyediakan asas nutrisi untuk sel-sel, membantu pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
    ✿ Melindungi fungsi jantung, buah pinggang dan hati

    VITAMIN C

    ✿ Membantu mengimunkan dari pelbagai jangkitan seperti selsema, demam dan batuk.
    ✿ Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah, kulit lebam dan ruam.
    ✿ Membantu memperbaiki masalah imsomnia di kalangan ibu menyusu kerana kurang tidur.

    B-COMPLEX

    ✿ Membantu menstabilkan emosi.
    ✿ Membuatkan si ibu berasa tenang dan selesa dalam proses menyusukan anak. 
    ✿ Tahu tak, stress atau tekanan boleh mengurangkan susu badan. 
    ✿ Jadi semasa menyusu atau mengepam pastikan diri berada dalam keadaan rileks dan bayangkan perkara yang indah-indah.

    OSTEMATRIX

    ✿ Sangat penting untuk memenuhi keperluan kalsium tubuh
    ✿ 1 tablet ostematrix bersamaan dengan segelas susu segar.
    ✿ Membantu proses membuang dan mengelakkan sembelit.
    ✿ Menguatkan tulang, gigi dan kuku.

    Berminat untuk mendapatkan vitamin membantu ibu menyusu bolehlah menghubungi Feni:-

    Safeni Feni
    SID : 1193591
    SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
    Email: feni8683@gmail.com

    KISAH GEMBIRA BILA BERURUSAN DENGAN CUSTOMER

    Bila buat bisnes ni banyak benda yang Feni belajar. Banyak kisah gembira bila berurusan dengan customer. Tak kurang juga kisah duka. Namun itu semua tidak mematahkan semangat untuk terus mencuba. Banyak benda lagi yang nak belajar dalam bisnes ni.

    Kisah gembira bila berurusan dengan customer ialah bila dapat selesaikan masalah mereka. Kadang-kadang kita ni buat bisnes sebab nak kaya. Tapi sebenarnya bila kita perbetulkan niat kita inshaAllah hati jadi tenang dan bahagia.

    Ada seorang ibu menyusu yang stress sebab susu badan merudum. Banyak benda dia ikhtiar untuk memperbanyakkan susu ibu. Dia pm Feni kat wassap sebab nak try set milk booster. Feni pun suggest la yang mana sesuai untuk dia.

    Deal punya deal. Akhirnya dia minat nak ambik beberapa produk milk booster iaitu ESP DAN ALFALFA. Beberapa hari amalkan suplemen ni. Dia wassap balik bagi feedback yang susu dah kembali meriah. Feni akan sarankan supaya dia amalkan makanan yang seimbang supaya susu badan tetap banyak.

    Happy sangat bila kita dapat selesaikan masalah orang lain.

    Sehingga hari ini masih berhubung dan menjadi sahabat. Kadang-kadang dia yang jadi introducer kepada rakan-rakan lain kalau nak order produk shaklee. Best kan kalau dapat customer macam ni. Ramai kawan yang nak hidup lebih sihat dengan mengamalkan gaya hidupp yang sihat serta mengamalkan suplemen yang telah terbukti selamat. Insha-Allah tak lama lagi akan join ahli sebab nak beli produk Shaklee dengan harga ahli.

    Untuk yang berminat untuk mencuba MILK BOOSTER SHAKLEE, bolehlah menghubungi Feni :-

    Safeni Feni
    SID : 1193591
    SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
    Email: feni8683@gmail.com

    RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

    RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

    Nak raya haji kan. Mesti banyak dapat daging fresh-fresh. Feni suka masak daging goreng kunyit.

    Bahan-bahan
    Daging
    1 cm kunyit hidup
    1 ulas bawang putih
    Sedikit garam
    (Ditumbuk dan diperap dengan daging)
    Bawang merah
    Bawang besar
    Cili besar
    Cili api
    (Bahan-bahan tumis)

    Cara nya
    1) panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan daging yang diperap bersama air.  Rebus daging sehingga empuk.
    2) Bila daging dah empuk.  Masukkan bahan-bahan tumis.

    Sedia untuk dihidangkan.  Nyum nyum

    August 21, 2017

    7 TIPS KEKAL BERMOTIVASI UNTUK BUAT BISNES

    Dalam buat bisnes ni memang ada pasang surutnya terutama yang buat bisnes online macam Feni ni. Kadang-kadang datang juga perasaan down sampai nangis tepi bucu katil. Memikirkan tentang cabaran hidup dan sara hidup yang makin meningkat sekarang ni terpaksa juga bertahan demi mencari rezeki yang halal dan diberkati. Jom Feni share kembali 7 tips kekal bermotivasi untuk bisnes yang pernah Mak Bintang share dalam group whatsapp #teambintang.


    1. JADI KREATIF

    Buat bisnes online ni kena kreatif. Kena sentiasa cari idea-idea baru supaya orang minat untuk membaca posting kita terutama yang selalu guna FB atau IG. Kena bijak dalam memilih tajuk-tajuk posting. Orang akan tertarik dengan sesuatu yang unik dan lain dari yang lain.

    2. KERJA BERKUMPULAN

    Alhamdulillah Feni dalam bisnes Shaklee tak buat kerja sorang-sorang. Kami buat secara berkumpulan. Kalau nak buat sorang-sorang rasa sesak juga. Contohnya nak buat poster, nak cari info dan nak buat posting. Kami kadang-kadang share idea dalam group supaya sama-sama boleh dapat manfaat.

    3. JANGAN BANDINGKAN DIRI DENGAN OTAI-OTAI

    Sedar diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dengan cara sendiri. Jangan bandingkan diri dengan mereka yang dah berjaya sebaiknya gunakan cara macam mana mereka berjaya. Kalau rasa macam posting-posting otai tu membuatkan rasa stress, tekan je butang unfollow. Jangan biarkan aura negatif itu membuatkan kita jadi stress dan down.


    4. JADIKAN KAWAN SEBAGAI LAWAN

    Dalam bisnes kita bukan sahaja bersaing dengan diri sendiri. Menjadikan kawan dalam group sebagai lawan untuk menjadi lebih baik juga adalah salah satu motivasi untuk terus bertahan dan berjaya. Jangan berdengki dengan mereka sebaiknya jadikan pendorong untuk lebih berjaya.

    5. BERFIKIRAN MACAM ORANG BERJAYA

    Orang berjaya akan sentiasa ada plan dan target untuk berjaya. Sentiasa berfikiran positif dan membuat tindakan yang hebat untuk merealisasikan apa yang dirancang. Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Ramai orang yang berjaya kat dunia ni bermula dengan gagal berkali-kali.


    6. BERANI SAHUT CABARAN

    Bila ada apa-apa cabaran, jangan takut untuk mencuba. Jangan takut dengan rejection. Sekali orang rijek tak bermakna orang lain pun akan rijek. Yang penting terus mencuba. Jangan putus asa dan teruskan untuk mencapai apa yang ingin dicapai. Kekalkan motivasi untuk terus maju dalam hidup ini.

    7. TIADA ALASAN UNTUK BERJAYA

    Yang ni sendiri boleh faham. Kita boleh cipta seribu alasan untuk berjaya dan seribu alasan untuk tidak berjaya. Jadi tepuk dada tanya selera.

    Selamat beramal !

    Sekiranya anda juga berminat untuk menjadi ahli #teambintang dan menjalankan bisnes Shaklee secara online atau offline bolehlah menghubungi Feni :-


    Safeni Feni
    SID : 1193591
    SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
    Email: feni8683@gmail.com



    TIPS KESELAMATAN BALIK KAMPUNG KETIKA BALIK RAYA

    Minggu depan kita nak sambut hari kemerdekaan dan seterusnya raya haji. Hati gembira tak terkata. mesti ramai yang ambil keputusan untuk balik raya di kampung. Aktiviti wajib bagi kami satu family bila tiba musim raya. Nak-nak pulak raya haji bagi orang Kelantan memang rugi sangat kalau tak balik. Suasana raya haji di sana lebih meriah kalah raya aidilfitri. Jom ikuti beberapa tips keselamatan balik kampung ketika balik raya :-

    1) SEDIAKAN JADUAL 

    Selalunya Feni akan sediakan satu list barang-barang untuk balik kampung. Antara kandungan dalam list tersebut mestilah barang-barang peribadi diri untuk semua ahli keluarga. List ni penting supaya barang penting tidak tertinggal.


    2. LAPORKAN RUMAH KOSONG DI BALAI POLIS

    Setiap kali nak tinggalkan rumah, pastikan buat laporan rumah kosong di balai polis terdekat. Mereka ada sediakan buku rekod/borang untuk diisi. Anggota polis yang bertugas akan meronda dan menghantar laporan harian kepada anda. Pastikan memang tak ada orang dalam rumah atau datang ke rumahlah. Karang tak pasal2 pulak kena masuk lokap.

    3. BAGITAHU JIRAN YANG YANG RAPAT

    Sebelum balik kampung eloklah bagitahu jiran tetangga yang tak balik kampung supaya tolong tengok-tengokkan rumah. Tinggalkan nombor kita supaya senang dihubungi sekiranya terjadi sesuatu.

    4. SEDIAKAN SUPLEMEN UNTUK KEKAL CERGAS SEMASA DALAM PERJALANAN BALIK KAMPUNG

    Ini memang penting. Selalunya Feni akan sediakan makanan dan minuman untuk kami sekeluarga. Maklumlah bila balik kampung musim-musim perayaan ni banyak tempat R&R akan penuh dan sesak dengan orang ramai. Jadi masa nak makan minum tu dah jimat. Kadang-kadang kami berhenti makan kat tepi kereta saja. Tak lupa energy booster untuk kami iaitu performance drink dan cinch tea supaya kekal cergas dan bertenaga sepanjang perjalanan.



    5. PASTIKAN KEADAAN RUMAH SELAMAT UNTUK DITINGGALKAN

    Kunci semua pintu dan tingkap, buka kepala tong gas, buang sampah dan mulakan perjalanan dengan bacaan doa. 

    Selamat jalan dan selamat menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.


    Sekiranya ada yang berminat untuk membuat pesanan produk bolehlah menghubungi Feni :-


    Safeni Feni
    SID : 1193591
    SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
    Email: feni8683@gmail.com




    August 20, 2017

    BISNES YANG INGIN SAYA JALANKAN SELAIN BISNES SHAKLEE

    Alhamdulillah ditemukan dengan Shaklee untuk belajar buat bisnes terutamanya yang zero bab bisnes ni. Kalau setakat nak berniaga pasar malam tu okey la. Ambik barang dan terus jual kepada customer.

    Banyak benda nak buat kalau banyak modal. Bisnes yang paling Feni nak buat selain bisnes Shaklee sudah tentu nak jual pakaian muslimah macam jubah, tudung dan baju lelaki yang lebih sopan santun. Maklum saja sekarang ni banyak saingan. Tapi pakaiannya lebih kepada yang kurang sopan. Ewah.

    Suka sangat jual pakaian ni sebab kita sendiri akan rasa selesa bila pakai. Pakai baju ketat-ketat memang tak selesa. Pakaian pulak kena ada saiz dari xs hinggalah xxxl. Maksimum ikut permintaan.

    #teambintang

    PERSEDIAAN MEMELIHARA TULANG AGAR TIDAK BERISIKO MENGHIDAP OSTEOPOROSIS 20 TAHUN AKAN DATANG



    Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.

    Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

    Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

    Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.

    Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

    Pentingnya kalsium untuk mengekalkan tulang yang sihat ialah untuk mengelakkan tulang rapuh. Amalkan ostematrix setiap hari sebagai suplemen kalsium bagi memenuhi keperluan kalsium harian.


    Antara kebaikan Ostematrix ialah :

    1. Menguatkan Tulang

    Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

    2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

    Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

    3. Meringankan stress


    Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

    4. Memperbaiki masalah haid

    Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

    5. Pengalkalian tubuh

    Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.

    Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.


    6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.





    Hubungi Feni untuk dapatkan Ostematrix anda hari ini:-

    Safeni Feni
    SID : 1193591
    SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
    Email: feni8683@gmail.com


    Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

    Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...