July 3, 2017

SET KURUS SHAKLEE YANG BOLEH DIPILIH IKUT KEMAMPUAN

Alhamdulillah kembali bersiaran untuk menulis entri setelah lama bercuti untuk hari raya. Dugaan teruk bulan Ramadhan yang lepas. Tahun ni kena banjir bermula pada 22 Ramadhan 1438H. Sampai hari ni mengemas rumah tak habis lagi.

Raya tahun ni tetap pulang ke kampung walaupun mood beraya dah hancus lebur. Tapi rezeki Allah bagi mencurah-curah. Alhamdulillah.

Bila dah balik kampung kan, semua makanan memang sedap-sedap belaka. Jadi memang sangat rugi tak makan. Untuk mengelakkan badan menjadi bam-bam teruk. Ramai yang kontek Feni untuk bertanyakan tentang suplemen untuk membantu jadi kurus.

Ini adalah cadangan suplemen yang boleh diamalkan bagi membantu menguruskan badan. Boleh pilih ikut bajet masing-masing. Kalau nak ambil semua pun boleh.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 22, 2017

13 Suplemen Yang Selalu Manjadi Pilihan Orang Ramai


Antara suplemen yang sering manjadi pilihan orang ramai ialah :-

1. Protein

 Protein sangat penting untuk membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon dan enzim.
✿ Stress, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protein yang berkualiti.
 Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protein secara keseluruhannya. Protein berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
 Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Makanan tambahan protein boleh menggantikan protin tanpa lemak. Sumber protein seperti daging, susu dan keju sangat tinggi kandungan lemak.
 Ia merupakan kunci bagi respon imun yang betul menentang kejangkitan.


Pilihlah makanan tambahan protein yang rendah lemak, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik. Mengandungi karbohidrat untuk kegunaan aksi "simpanan portein". Kesemua asid amino perlu. Kadar effesiensi protein (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti). Ianya tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa.

2. Vitamin dan mineral berganda

 Membantu menyemimbangkan kekimiaan badan.
 Menampung kekurangan diet yang kecilan.
 Membolehkan penggunaan makanan lebih baik.
 Ia merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
 Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang tidak makan dengan betul.
 Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.

Multivitamin harus mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral lain. Bekalan harian yang disyorkan harus mengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin. Manakala kalsium, forforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 100 peratus. Ini disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. 

3. Vitamin C

 Ketara meningkatkan respon imun
 Stress meningkatkan keperluan vitamin C.
 Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
 Ketara membantu penyerapan besi.
Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
 Membantu memulihkan luka.
 Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit)
 Menyingkatkan masa selsema dan mengurangkan simptomnya.

Vitamin C yang baik harus bersifat pelepasn masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. Ia juga harus mengandungi bioflavonoid. Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk yang boleh kunyah.

4. Alfalfa

✿ Salah satu makanan tambahan tertua yang kita kenali.
Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kualiti secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
 Mengandungi klorofil, sejenis agen deodorant dan pencegah toksik asli.
 Ia mengandungi 16 vitamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dengan protein.
 Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
✿ Ia mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Cari alfalfa yang tidak ditanam dengan menggunakan racun seranggan dan racun rumpai. Alfalfa yang banyak menggunakan daun berbanding  akar dan batangnya. Ini kerana akar dan batang alfalfa boleh menyusutkan kualitinya. Daunnya pula harus diproses menggunakan proses pengeringan secara semula jadi iaitu melalui sinaran matahari bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.

5. Vitamin E

 Penyelidikan menunjukkan vitamin E berperanan dalam mencegah kanser.
 Membantu melambatkan proses penuaan sel.
 Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
 Antioksidan yang berpotensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
 Membantu sel-sel memperoleh lebih oksigen.
 Penyelidikan menunjukkan vitamin e mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
 Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien.
 Melindungi menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran.



Vitamin E yang baik haruslah mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling aktif. Ia harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum. Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.



6. B-Complex

 Membantu memerang kelesuan.
Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah deprsei.
 Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasan dari makanan.
 Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B.
Diperlukan untuk saraf yang sihat.
 Dos tambahan diperlukan untuk menangani stress.

B-Complex terbaik haruslah mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diiktiraf.Juga mengandungi asid folik.

7. Lecithin


Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana membantu mengangkut dan mengeluarkan lemak dari sel-sel.
 Mengisi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
 Membekalkan asid-asid lemak perlu.
 Ia merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf.
 Boleh menurunkan kolestrol.
 Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.


Terdapat beberapa sumber lecithin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati. Namun sumber yang paling kaya dan paling berpotensi ialah dari kacang soya. Carikan sumber ini bila memilih lecithin. Kapsul adalah lebih baik berbanding cecair kerana lecithin boleh terjejas bila terdedah di udara.


8. Kalsium/Magnesium

Membina tulang dan gigi yang kuat.
Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
Wanita hamil dan menyusu memerlukan dos yang berlebihan.
 Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
 Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot.
 Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis.
Kanak-kanak dan remaja memerlukan dos yang lebih tinggi untuk proses pertumbuhan.
Hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot semuanya dilaporkan berespon kepada lebihan kalsium/magnesium.


Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral ini. Keduanya digunakan sepenuhnya. Ia harus mengandungi sedikit forforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-fungsi badan.

9.  Zat Besi

✿ Membina sel-sel darah merah.
✿ Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
90 % wanita yang berumur antara 12 hingga 44 tahun mengalami masalah kekurangan zat besi.
✿ Diperlukan untuk tenaga otot dan tenaga daya.
✿ Membantu mencegah anemia.
✿ Penting bagi sistem imun anda.
✿ Ia merupatakn mineral nombor satu yang berkemungkinan anda paling kurang.
✿ Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli sukan, wanita kurus mengalami zat besi yang rendah secara kronik menyebabkan mereka mengalami kekurangan tenaga.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan badan berasa lemah dan letih.

Besi ferik hampir mustahil untuk diserap. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang terbaik adalah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg Vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan.

10. Zink

✿ Perlu bagi memulihkan luka.
✿ Komponen penting bagi insulin.
✿ Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sitem badan dengan pantas.
✿ Amat penting dalam sistem imun.
✿ Memelihara deria bau dan rasa.
✿ Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
✿ Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artitis, masalah prostat, serta beebrapa keadaan kulit seperti akne dan dermatitis. 
Memainkan peranan dalam proses stress.

11. Gentian

✿ Mengurangkan sembelit dan masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia heatus.
✿ Boleh membantu mencegah kanser kolon.
✿ Boleh mengurangkan paras kolestrol.
✿ Amat sesuai untuk pelangsing badan. Mengenyangkan dan membantu mengawal gula dalam darah (mengurangkan rasa lapar).
✿ Membuang toksin dalam badan dan membantu proses perncernaan.
✿ Mendorong bakteria sihat dalam usus besar.

Gentian harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. Bebas bahan pengawet, pewarna, perisa dan pemanis tiruan. Gentian yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan rendah kalori. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.

12. EPA

✿ Boleh menurunkan trigliserida.
✿ Boleh meningkatkan kolestrol HDL yang baik dalam darah.
✿ Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
✿ Membantu mengurangkan sakit kepala seperti migrain.
✿ Sesetangah kajian menunjukkan perbaikan dalam simptom artritis reumatoid.
✿ Penting bagi jantung anda dalam masyarakat yang tiarap menghidapi penyakit koronari.

E.P.A. (Asid Eikosapentaenoik) ialah asid lemak omega-2 yang menjadi begitu popular dalam dunia pemakanan. Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susul". Ini merupakan minyak ikan dan kebanyakkan memberi rasa susul dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengtasi masalah ini. Carikan suatu tanpa kolestrol. Adalah mustahak ianya telah disahklan berkesan melalui ujian klinikal.

13. Julap/ Laksatif Herba

Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba bukannya bahan kimi atau minyak yang kasar dan merengsakan. Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencertuskan iritasi. Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.


Pilihlah suplemen yang dihasilkan secara semulajadi yang bebas bahan kimia seperti produk Shaklee kerana ianya disahkan halal dan selamat untuk diamalkan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 21, 2017

Blog Yang Selalu Saya Singgah

Assalamualaikum. Hari ni nak tulis entry yang santai-santai sikit sebab nak share dengan orang lain. Macam mana Feni dapat idea nak tulis entry ni. Salah satu cara nak dapat idea ialah dengan membuat blogwalking ke blog-blog sahabat-sahabat lain.

Yang selalu jadi rujukan Feni ialah 

1. www.nadzaim.com - Blog Neny Feni dalam Shaklee
2. cantiksihatcorner.blogspot.my - Sideline Feni merangkap saudara mara dalam #teambintang
3. www.annursyuhadah.com - yang ni selalu bagi tunjuk ajar pasal blog.


Banyak lagi sebenarnya yang selalu Feni singgah. Maklum sajalah nak cari info ni bukan senang. Nak beli buku atau majalah nak kena guna duit juga. Jadi sambil google tu boleh jugak dapat info dan berkenalan dengan blogger baru kan.

Menambahkan kenalan melalui alam maya ni sungguh mudah dan jimat. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Eh macam mata duitan pula.




June 20, 2017

CAMPURAN MIGHTY 3 GERM BOLEH BUAT PERUT TAK BERBUNYI SEPANJANG HARI

Pernah dengar tentang set mighty 3 germ ? Set ini mengandungi ESP, Meal Shakes dan Performance Drink (PD). Kesemua produk ini boleh buat badan rasa cergas sepanjang hari terutamanya di bulan puasa.

Kadang-kadang bulan puasa ni kan kita tak sempat nak masak ketika sahur. Jadi bolehlah sediakan 3 produk hebat ini untuk persiapan segera. Bancuh jer dalam shaker sedia untuk diminum.

ESP dan Meal Shakes mengenyangkan. Jadi rasa kuranglah nafsu untuk makan tu. Silap hari bulan boleh buat bentuk badan kembali kepada normal. Feni memang suka sangat campur ketiga-tiga produk ni sebab boleh memberikan tenaga.

Performance Drink pula boleh menghilangkan rasa dahaga. Bila puasa ni kan, nak-nak pula tengah panas memang cepat betul haus. Ambil PD waktu pagi boleh mengurangkan rasa dahaga. PD ini juga boleh diminum ketika berbuka puasa. Ia membantu menyahidratkan tubuh badan. PD ni lebih baik berbanding 100plus. Untuk Feni la sebab 100plus ni banyak kandungan gula.




Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Indentity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Sekiranya anda berminat dengan SET MIGHTY 3 GERM ni bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




BUKU PANDUAN NUTRISI SHAKLEE


Sebagai seorang Shaklee Independent Distributor, hendaklah belajar mengenai bahan-bahan dan manfaat yang terdapat dalam setiap produk yang ditawarkan kepada pengguna. 

Buku panduan nutrisi ni memang patut dimilik oleh setiap SID kerana boleh memberi penerangan yang betul kepada pelanggan atau pengguna. Suplemen ni kena bagi cara yang betul sebab kalau tersalah info boleh menyebabkan vitamin yang dimakan tidak dapat diserap dengan betul oleh tubuh. Contohnya, vitalea tidak boleh diambil bersama dengan ostematrix kerana kalsium dalam ostematrix boleh mengganggu penyerapan iron dalam vitalea. Jadi sia-sia sajalah kalau makan vitamin.

Buku panduan nutrisi ini bukan sahaja menerangkan tentang bahan-bahan untuk setiap produk Shaklee malah ia juga menerangkan manfaat produk itu kepada pengguna. Jadi memang terbaiklah kalau SID yang memang nak buat bisnes tu dapatkan buku nutrisi ni.

Buku ini khas untuk ahli sahaja. Yang bukan ahli perlulah mendaftar sebagai ahli dulu sebelum mendapatkan buku ini. 

Cara untuk mendapatkan buku ini adalah dengan menghubungi upline anda. Upline akan menerangkan bagaimana untuk mendapatkannya. Selalunya buku ini sangat terhad dan hanya akan dicetak semula mengikut permintaan. Jadi sangat bertuah kepada mereka yang dah pun memilikinya. Selalunya upline akan sediakan beberapa buah buku ini untuk diedarkan kepada downlinenya. Itupun sangat-sangat terhad kerana buku ini cepat betul habis.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan ingin menjalankan perniagaan suplemen bolehlah menghubungi saya melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




June 16, 2017

PENGALAMAN PERTAMA TENGOK TEATER

Haha..First time tengok teater u olss..huwaaa.. x penah mak jemah tengok teater live. Kalau ade pon time zaman2 skolah dulu laaa..haha. Perasaan teruja dan persepsi terhadap teater berubah 100%. Kalau dulu nak buat keluar duit nak bayar tiket teater tu alamak hai kedekut gila. Takut habis duit. kekeke.

Tapi tapi tapi bila dah pergi tengok sekali rasa nak pergi lagi. Haha. Tapi tunggu anak2 besar sikit la. Nak bawak anak2 kecil tengok teater. Aduhai mahu bercinta aku dalam dewan teater  tuu.. ahakss. Tu pon rezeki dapat tengok retis secara life. First teater yang aku tengok ialah Mak Cun dan sangat2 bagus untuk orang bisnes macam aku. Sangat2 motivasi untuk terus maju dan maju.

Kisah seorang usahawan kampung yang bercita-cinta setinggi gunung. 



Baru berkesempatan nak update entry ni. Masa ni tahun 2015 tak silap. Dah lupa la. Dok save je dalam draft. Maklumlah banyak sangat nak buat. Hari ni baru ada feel nak update sebab baru boleh edit gambar. 

Pergi tengok dengan kakak ipar. Harga tiket masa tu mahal jugakla. Dekat RM100 jugak. Anak-anak kena tinggal dengan abah dia sebab nak tengok Mak Cun punya pasal.

Best la tengok teater ni sebab boleh tengok retis depan-depan. Diorang dok jalan je depan kita. Kami 'Perok' tak pernah tengok teater weh. Baru pestime cam ni la. Ramai jugak retis lain yang datang nak support mak Cun ni. Kebetulan ayah dafi pun datang gak masa ni.

LAWAN NAFSU MEROKOK DENGAN IKHTIAR MENGAMALKAN VIVIX


Merokok memang susah nak berhenti. Sampai sanggup gaduh suami isteri nak beli rokok. Si isteri pulak dah macam-macam ikhtiar nak suruh suami berhenti merokok. Last-last terjumpa pasal produk shaklee yang boleh membantu mengurangkan ketagihan untuk merokok.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu perokok berhenti merokok?

VIVIX mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi dan bertindak sebagai antioksidan yang sangat berkuasa. Antioksidan ini seolah-olah ‘pengutip sampah’ dalam tubuh manusia. Bila kita merokok, banyak toksin yang terkumpul dalam badan kita. Jadi antioksidan ini lah yang membersihkan tubuh kita dari toksin tersebut sehingga satu tahap, apabila toksin-toksin tersebut sudah hilang atau berada pada tahap minima, antioksidan tersebut akan terus ‘mengutip’ toksin baru daripada memasuki tubuh. Jadi, jika anda mengamalkan pemakanan dengan antioksidan yang tinggi dan pada masa yang sama anda merokok, rokok tersebut tidak akan rasa sama lagi. Anda tidak lagi merasa nikmat merokok atau ketagih untuk terus merokok. Lama kelamaan anda akan berhenti. VIVIX juga membantu memulihkan sel-sel anda yang rosak akibat radikal bebas tadi dan menjadikan anda lebih sihat dan berseri.

Vivix bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki daripada peringkat yang paling asas iaitu DNA. 

Apabila anda minum Vivix, ia akan menyebabkan anda rasa tak suka / kurang rasa lagi pada rokok kerana Vivix akan buatkan rokok anda terasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sedang menolak rokok tersebut.

Vivix sebenarnya membantu proses berhenti merokok dengan cara membuang nikotin yang ada pada DNA. DNA yang tercemar dengan nikotin akan dipulihkan dan dimurnikan apabila nikotin yang melekat padanya ditanggalkan. Hasilnya, DNA akan kembali kepada keadaan asal dan menyebabkan perokok akan merasa pahit apabila merokok. Yang mana akhirnya perokok akan berhenti sendiri merokok ekoran dari rasa yang mereka alami tersebut.

Jom kita tengok testimoni perokok tegar yang berjaya berhenti merokok dengan ikhtiar mengamalkan Vivix :-






*Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Dapatkan 2 botol Vivix dengan keahlian secara percuma dengan menghubungi saya melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...