Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
May 25, 2017
Testing 8Share Untuk Jana Income
Hai semua, Apa khabar ? Saja je cuba test 8share ni. Katanya boleh buat duit. Betul ke? Cuba Klik sini.
39 ENTRY BERJAYA TULIS DAH SETAKAT NI
Alhamdulillah dah 39 entry dah berjaya mak jemah tulis untuk blog bisnes tu setakat hari ini. Syukur pada Allah sebab bagi kesempatan dan ruang untuk Feni menulis dan menulis. Bila kawan-kawan support untuk menulis memang tulislah kerjanya.
Blog sebelah memang fokus nak buat bisnes dan buat duit. Blog ni tempat untuk meluahkan perasaan dan syiok sendiri. Keh keh keh.
Memang takdak orang nak tengok sebab feni memang tulis untuk diri sendiri jer. #jangankecam naa.
Berbaki 5 hari lagi mampukan Feni menulis sehingga 50 entry bulan ni? Sama-samalah kita melihatnya.
okay nak keluar pergi cari makan. Tak tahu nak makan apa ni ? Sama ada MAT ZAIN CHOWKIT ATAU KOREAN FOOD di Sunway Putra.
Apa-apa akan diupdate kemudian.
Daaaa...
9 TIPS MENINGKATKAN TENAGA SECARA SEMULAJADI
Lusa kita akan menyambut Ramadhan yang mulia. Jadi mesti ada yang berasa gusar macam mana nak tingkatkan tenaga semasa bulan puasa nanti. Jom ikuti tips berikut untuk kekal cergas sepanjang berpuasa nanti. Tips ini juga berguna untuk hari-hari biasa.
1. MENGAWAL TEKANAN
Tekanan emosi banyak menggunakan tenaga. Rasa tertekan boleh menyebabkan kita berasa letih dan lesu. Jadi ambil langkah untuk mengawal tekanan dengan berbual dengan rakan-rakan, bersantai atau minum segelas air. Terapi seperti meditasi, bersenam, solat dan zikir (bagi muslim) juga berkesan untuk mengurangkan tekanan.
2. MERINGANKAN BEBANAN
Terlalu banyak kerja adalah punca keletihan. Banyak kerja seperti tugas di pejabat, keluarga dan tanggungjawab sosial. Buat senarai untuk setiap aktiviti seperti "mesti buat'. Menetapkan senarai keutamaan untuk setiap aktiviti bermula dari penting kepada yang lebih santai.
3. MELAKUKAN SENAMAN
Senaman membantu untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik. Ia juga memberikan sel-sel lebih tenaga untuk membakar dan menghantar oksigen. Bersenam membantu badan melepaskan adrelina dan norepinephrine. Jumlah tekanan hormon yang sederhana boleh membuatkan kita berasa lebih bertenaga. Antara senaman yang paling mudah ialah dengan berjalan kaki dengan pantas.
4. ELAKKAN MEROKOK
Merokok boleh menyebabkan imsomnia. Nikotin dalam tembakau adalah perangsang yang mempercepatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan tekanan darah, dan merangsang aktiviti otak yang menjadikan manusia sukar untuk tidur.
5. HADKAN WAKTU TIDUR
Terlebih waktu tidur juga boleh menyebabkan badan berasa letih. Sebaiknya tidurlah dalam waktu yang cukup selama 8 jam sehari. Tidur yang berkualiti membantu dalam meningkatkan tenaga untuk badan.
6. AMALKAN MAKANAN UNTUK TENAGA
Mengambil makanan yang seimbang adalah lebih baik berbanding makan banyak. Ia adalah lebih baik untuk makan hidangan kecil dan makanan ringan setiap beberapa jam daripada tiga kali makan besar sehari. Pendekatan ini boleh mengurangkan persepsi anda keletihan kerana otak anda memerlukan bekalan tetap nutrien. Makan makanan dengan indeks glycemic yang rendah - yang gula diserap perlahan-lahan - boleh membantu anda mengelakkan lag dalam tenaga yang biasanya berlaku selepas makan gula cepat diserap atau kanji ditapis. Makanan dengan indeks glisemik yang rendah termasuk bijirin, sayur-sayuran yang tinggi serat, kacang, dan minyak yang sihat seperti minyak zaitun. Secara amnya, makanan tinggi karbohidrat mempunyai indeks glisemik tinggi. Protein dan lemak mempunyai indeks glycemic yang dekat dengan sifar.
7. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN
Ada orang kata ambil kafein dalam kopi membantu untuk menghilangkan mengantuk. Namun pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan imsomnia.
8. JAUHI ALKOHOL
Alkohol terkenal dengan keburukannya terutama untuk kesihatan. Kalau boleh elakkan mengambil alkohol untuk menjaga kesihatan diri.
9. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Air kosong membantu meningkatkan tenaga dalam badan. Air membantu badan daripada terhidrat akibat cuaca dan keadaan persekitaran. Air adalah nutrien penting untuk tubuh. Banyakkan minum air untuk kekal cergas sepanjang hari terutamanya ketika mengalami musim panas.
Suplemen Shaklee yang membantu dalam memberikan nutrisi dan tenaga sepanjang hari ialah SET MIGHTY 3 GERM SHAKLEE.
Hubungi Feni untuk mendapatkan MIGHTY 3 GERM anda melalui salah satu saluran di bawah:-
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
May 24, 2017
INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI, KITA TOLONG ORANG ALLAH TOLONG KITA
Kita tidak mampu untuk mengubah perangai orang lain tapi kita mampu ubah diri sendiri dari tidak baik kepada baik dan lebih baik. InshaAllah dengan izin Allah.
Dalam menghadapi hari-hari mendatang menuju kejayan kita akan lalui banyak onak dan duri.
Nak istiqamah dalam melakukan kebaikan memang susah sangat sebab kena lawan nafsu sendiri dan hasutan syaitan. Kita manusia memang sangat lemah dengan tipu daya syaitan. Tpi bila kita sering menggunakan akal untuk membuat keputusan ishaAllah mudah saja perjalanan hidup ini.
Dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara sahaja. Kalau kita ingat mati tentunya kita sangat takut untuk berbuat kejahatan.
Photo ini saya ambil daripada blog agunkzscreamo untuk rujukan bersama.
10 alam lagi akan kita tempuh untuk sampai ke akhirnya. Jadi berbuat baiklah kita supaya mendapat manfaat sehingga akhirat.
Salam ukhuwah sesama insan,
Safeni Feni
10 alam lagi akan kita tempuh untuk sampai ke akhirnya. Jadi berbuat baiklah kita supaya mendapat manfaat sehingga akhirat.
Salam ukhuwah sesama insan,
Safeni Feni
TIPS KEKAL CERGAS SEPANJANG BULAN RAMADHAN DENGAN NUTRISI SHAKLEE
Untuk tenaga berpanjangan, hydration dan maintainance SET MIGHTY 3 GEM iaitu ESP, Meal Shakes dan Performance Drink sangat disarankan untuk berpuasa nanti.
ESP
Soya non GMO yang berkualiti tinggi. Indeks glisemiknya rendah, tiada kolestrol dan lactose secara semulajadi.
✿ Berfungsi memberi tenaga berpanjangan dan rasa kenyang selepas makan.
✿ Tidak mengganggu gula dalam darah.
✿ Memeriahkan susu badan untuk ibu menyusu.
✿ Mencantikkan kulit, rambut dan kuku supaya lebih berseri.
MEAL SHAKES
Kaya dengan vitamin dan mineal penting. Protein dan 9 asid amino yang diperlukan tubuh. Tinggi dengan serat dan kalsium.
✿ Sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
✿ Memberikan tenaga berpanjangan.
✿ Mengelakkan sembelit untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
✿ Mencegah gastrik ketika berpuasa.
PERFORMANCE DRINK
Mengandungi elektrolit penuh iaitu sodium, potassium dan magnesium). Gula ringkas dan complex (fructose, dextrose dan maltodextrin).
✿ Berfungsi untuk mengurang hidrasi dan kehilangan air ketika berpuasa.
✿ Lebih fokus dan kurang perasaan mengantuk.
✿ Meningkatkan stamina untuk mereka yang aktif.
Bagaimana untuk mendapatkan MIGHTY 3 GERM ni ?
Mudah saja ! Anda boleh menghubungi saya melalui salah satu saluran berikut :-
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
May 23, 2017
6 MANFAAT MEALSHAKE SHAKLEE
Jom prepare Meal Shakes untuk berpuasa supaya kekal cergas dan bertenaga sepanjang ramadhan nanti.
Jom tengok manfaat Meal Shake untuk semua.
5 SEBAB KENAPA SAYA LEBIH SUKA MENULIS DI BLOG BERBANDING DI FACEBOOK

Saya mula menulis blog pada tahun 2010. Masa tu terikut-ikut dengan rakan-rakan lain yang suka meluahkan perasaan di blog. Tahu sajalah nak share dengan orang lain belum tentu ada orang faham. Jadi banyaklah share rasa hati di blog haha. Menulis untuk suka-suka.
5 sebab kenapa Feni lebih suka tulis di blog berbanding di facebook :-
1. Boleh menulis dengan panjang lebar
Facebook ni bila kita tulis panjang lebar bila dah lama-lama akan tenggelam, susah nak cari balik. Blog senang nak search atau nak study balik.
2. Content kekal selamanya dalam blog
Selagi tak delete entry tu selagi tu ada dalam blog. Kalau dalam facebook kena scroll jauh ke bawah sampai pening kepala. Kena telan B-Complex ni.
3. Senang menjadi rujukan
Contoh macam saya yang buat bisnes online tentang suplemen. Saya akan bagi link tentang sesuatu produk itu untuk memudahkan pelanggan saya membuat rujukan. Kita bukan robot yang boleh ingat semuanya dalam kepala.
4. Salah satu medium dakwah
Setiap orang muslim adalah kalifah untuk menyampaikan dakwah. Dakwah untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bila menulis di blog kita secara tak langsung memotivasikan diri sendiri untuk menjadi baik dan lebih baik.
5. Dunia tanpa sempadan
Limit untuk friends dalam facebook adalah hanya 5000 orang manakala blog adalah tidak terhad. Semua orang boleh melihat blog kita.
Jadi untuk yang baru nak memulakan bisnes secara online tu jangan lupa menulis di blog juga.
• Blog mencatatkan 80% dijumpai apabila pengguna menggunakan Internet
• 23% masa pengguna diluangkan untuk membaca blog (iaitu 2 kali ganda masa bermain game)
Mengikut Marketing Charts:
• Seramai 60% pengguna menulis sebanyak 1 entri seminggu dan hanya 10% bloggers menulis setiap hari di blog.
Bila ada blog orang senang nak search tentang perniagaan kita.
Selamat berblog ya sahabat !
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...





