May 19, 2017

MANFAAT GLA COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN

Bulan lepas sales Feni banyak naik sebab jualan GLA-Complex. Nak tahu kenapa GLA-Complex ni laris sangat ?

Jom tengok manfaatnya, Feni buat poster supaya senang korang nak save dalam handphone. Maklumlah kalau online guna handphone tu senang save je dalam phone.

Bila nak order boleh je terus kontek Feni.



GLA-Complex ni bukan sahaja untuk wanita malah lelaki pun boleh amalkan GLA-Complex. Mengamalkan GLA-Complex dengan konsisten membantu meningkatkan taraf kesihatan.

Wanita selalunya mengalami masalah hormon yang tidak stabil. Antara tanda hormon tidak stabil ialah kitaran period yang tidak teratur. Pengambilan GLA-Complex sangat membantu dalam menstabilkan hormon.

Bila hormon dah stabil, masalah kitaran period akan berjalan dengan lancar. Sakit tau kalau period tak keluar. Boleh buat orang moody sokmo.

So, kalau berminat nak order GLA-Complex ni jangan malu-malu nak kontek Feni ya ? Fast respon ialah melalui wassap.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


TIPS MENDAPATKAN RAHIM YANG SIHAT UNTUK WANITA

1. Mandi herba

Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat.


Daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
✿ Daun pandan
✿ Daun limau purut
✿ Daun serai wangi
✿ Daun mengkudu
✿ Daun kunyit



Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak cuba dan rasakannya sendiri. Ala-ala spa tradisional gitu.

2. Bertangas

Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.

Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.

Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.
Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih+manjakani. Tangas kering pula manjakani+kunyit+halia+ halba+perahan limau.



3. Rendaman faraj

Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani. Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.



4. Meruang

Bagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-lama timbullah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.

Banyak kebaikkan dari meruang ni. Nak tahu rahim jatuh atau tak meruanglah. Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah. Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah.



Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak? Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah.


Suplemen Shaklee yang dapat membantu wanita menjaga KESIHATAN dalaman mereka ialah :

ALFALFA
VITAMIN C
VITAMIN E
GLA COMPLEX


Untuk mendapatkan SET PENJAGAAN DALAMAN WANITA ini boleh menghubungi Feni melalui salah satu saluran berikut :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 18, 2017

MASALAH KEKERINGAN DAN KETIDAKSELESAAN MATA SELESAI


.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA,

Saya Nik Siti Mardhiah Bt Abd Rahman. 15 Oktober 2014 saya baru menginjak umur 31 tahun. Allah telah beri sedikit ujian kesihatan mata pada awal Oktober 2014.

Saya mula perasan anak mata kedua-dua belah mata kering, kesat, berpasir dan tidak selesa seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun saya rabun jauh dan bercermin mata saya belum pernah mengalami masalah seperti ini.

.

Hari berganti bulan, saya biarkan berlarutan kerana beranggapan mungkin ianya hanya sementara. Keadaan semakin teruk apabila menjelang malam selepas waktu Maghrib mata seolah-olah mengantuk, rasa sangat kesat dan berpasir.

Padahal belum mengantuk pun lagi. Saya masih buat andaian mata saya kepenatan sahaja. Sedar tak sedar saya biarkan mata kekeringan tanpa apa-apa tindakan selama hampir 8 bulan.

.

Pada masa itu, saya mula rasa khuatir dan terfikir apakah ini tanda-tanda badan saya kekurangan sesuatu nutrien penting khususnya vitamin A dan Karotena. Hasil pembacaan semula tentang kesan jangka panjang akibat kekeringan mata boleh menjejaskan tahap fungsi penglihatan dengan lebih serius.

Sebenarnya saya pengguna produk Shaklee sejak menyusu anak sulung pada tahun 2012 lagi tetapi saya tidak pernah sedar bahawa Shaklee ada satu produk emas yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

.

Saya menghubungi semula upline saya Master Norhanita Yusof dan beliau mencadangkan cuba dahulu sebotol CAROTOMAX. Sebotol CAROTOMAX hanya mengandungi 30 biji dan minimum pengambilan hanya sebiji sehari.

Botolnya paling kecil dan comel berbanding botol produk Shaklee yang lain. Pada masa itu saya hanya bertawakal kepada Allah S.W.T.

.

Saya cuma telan sebiji CAROTOMAX pada waktu malam. Pada waktu siang saya masih meneruskan pengambilan Set Penyusuan dengan kadar sangat minimum iaitu ESP, VITA-LEA IRON FORMULA, SUSTAINED RELEASE VITA-C 500gm, B COMPLEX, ALFALFA, dan OSTEMATRIX. Saya istiqamah pengambilan sehingga malam ke-3.

Pada malam ke-4 sebelum pengambilan seterusnya, saya masih ingat sekitar jam 9 malam selepas solat Insyak terdetik rasa hairan dan aneh bebola mata saya sudah boleh digerakkan dengan lancar dan mata tidak seperti orang mengantuk!. Teruja sungguh saya pada malam itu, macam-macam perasaan hadir-syukur, lega, gembira, malah rasa ajaib. Saya baru telan 3 biji sudah rasa perubahan positif? Betul ke ni?

.

Kemudian saya teruskan pengambilan sehingga ke 20 biji. Selebihnya 10 biji di simpan di dalam peti sejuk. Saya sengaja mahu menguji lagi keberkesanan si kecik CAROTOMAX ini. Saya teruskan pengambilan Set Penyusuan tanpa CAROTOMAX sehingga hampir 60 hari.

Alangkah gembiranya hati selepas 60 hari mata saya tidak mengalami kekeringan semula seolah-olah seperti masih mengambil CAROTOMAX. Kemudian saya habiskan 10 biji yang berbaki.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya diberi kesempatan merasai kekeringan mata yang perit hanya selama 8 bulan sahaja. Sepanjang tempoh pengambilan CAROTOMAX syukur saya tidak mengalami sebarang 'Healing Crisis'. Mungkin faktor umur saya yang masih muda proses pemulihannya agak cepat. Saya pastikan supaya kerap minum air bersih antara 2 liter sehingga 3 liter sehari.

Kini saya baru sahaja mengetahui bahawa rawatan bagi kes mata kering, CAROTOMAX boleh di tingkatkan pengambilannya sehingga 2 biji 2 kali sehari. Bayangkanlah jika telan 1 biji sehari selama 3 hari sudah boleh merasai perubahan positif apatah lagi jika telan 2 biji 2 kali sehari?

.

Saya jatuh hati dengan si kecik CAROTOMAX dan masih mahu meneruskan pengambilan untuk menurunkan tahap rabun jauh dan pelbagai faedah kesihatan yang lain kerana fungsi CAROTOMAX sangat banyak khasiatnya.

"Saya hanya berikhtiar, penyembuhan penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T"

SEKIAN, TERIMA KASIH.



Hubungi Feni untuk mendapatkan Carotomax anda.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

DAHSYATNYA SURAH AL-KAUTSAR



DAHSYATNYA SURAH AL-KAUTSAR
.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi,yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.
.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :
.
1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T mengkabulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya Allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,sapukan air mawar yang
sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah S.W.T bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu...
5. Jika membacanya 1.000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
.
SubbahanAllah.

May 17, 2017

Produk Tambah Tenaga Untuk Wanita Yang Aktif Sepanjang Hari



Sejak akhir-akhir ni Feni selalu dapat customer yang mengadu tetang penat dan letih lepas seharian kerja. Balik rumah pulak kena buat kerja rumah dan uruskan anak-anak.

Betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang wanita yang menjadi pekerja, isteri dan ibu. Pengorbanan seorang wanita untuk menjadikan semua isi rumah berjalan seperti biasa.



Berikut adalah SET TAMBAH TENAGA atau energy booster yang boleh diamalkan untuk kekal cergas sepanjang hari.



Set tambah tenaga ini sesuai untuk diambil oleh wanita untuk kekal cergas sepanjang hari. Tak lama lagi bulan puasa nak tiba. Jadi memang sesuai sangat amalkan Energy Booster ni.


Ketiga-tiga produk ini boleh diambil sekali gus untuk meningkatkan tenaga.



ESP 

Serbuk protein yang kaya dengan serat. Membantu mengekalkan perut yang kenyang sepanjang hari. Sesuai untuk diminum semasa bersahur. Orang kata menu sahur segera. Hanya bancuh dan minum.


Meal Shake 

Campuran Meal Shake dan ESP mahupun Performance Drink dapat menghasilkan rasa yang lebih enak. Anak-anak pun suka dengan rasanya yang lemak dan manis.


Performance Drink 

Minuman ni sangat digemari oleh para ahli sukan kerana berupaya menghilangkan dahaga. Sesuai untuk menggantikan minuman isotonik yang bergas dan manis itu. Ianya kurang gula dan selamat untuk diamalkan.


Hubungi Feni untuk dapatkan Energy Booster anda. 


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 16, 2017

Kisah Adik Rayyan Yang Terkena Demam Denggi

Langit tak selalu cerah. 26/2/17 Adik Rayyan dimasukkan ke wad kerana suspek denggi. Huhu Sedih betul la. Hari-hari adik nangis sebab takut dengan doktor. Doktor paksa dia ambil darah. Ummi yang sensitif lebih. Tapi ummi kena kuat untuk Adik Rayyan.

4 hari Adik Rayyan kena tahan wad. Tak makan tak minum. Kalau makan pun sikit jer. Dia banyak mengempeng je. Nasib baik susu badan banyak. Ummi yang kena struggle minum air kosong banyak-banyak supaya susu badan banyak.






Entry sebenarnya dah lama nak sambung tulis dan publish tapi banyak sangat halangan. Takut pun ada. 

Semoga Adik Rayyan sihat walafiat sentiasa. Ummi sayang Adik Rayyan dan Abang Aus sampai syurga.

Lagi 10 Hari Nak Sambut Ramadhan 1438

Alhamdulillah hari ini masih bernafas di bumi Allah ini. Bertenaga untuk bekerja mencari seuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga. Semoga banyak rezeki yang datang mencurah-curah.

Mei semakin hari semakin meninggalkan kita. Lebih kurang 10 hari lagi nak sambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kami.

Tahun ni inshaAllah nak khatam al-quran bersama suami dan anak-anak. Taknak makan banyak-banyak sampai malas nak buat amal ibadat. Kalau boleh solat nak buat solat terawih setiap hari. Minimum 8 kali sehari.

Semoga semua amalan kita diterima Allah. 


Aku banyak dosa ya Allah. Terlalu banyak dosaku yang lalu. Tahun ni alhamdulillah berjaya ganti puasa sepenuhnya. Puasa sunat pun dah banyak buat tahun ni. Berjaya mengatasi perasaan malas.

Makan banyak boleh menyebabkan perasaan malas. Jadi sekarang ni memang dah kontrol makan lah. Manis-manis pun dah tak makan sangat. Banyak minum air kosong bila di ofis. Kalau kat rumah pun jarang sangat minum air manis.

First ramadhan kali ni jatuh pada hari Sabtu. Abah kerja hari tu. Harapnya abah dapat balik awal la boleh berbuka puasa sama-sama dengan keluarga.






Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...