May 4, 2017

7 BAHAN SEMULAJADI DALAM COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Masalah jeragat memang membantutkan penampilan. Ada wanita dan gadis terpaksa memakai mekap tebal-tebal untuk menutup cela dimuka.

Mekap pulak bukannya murah sekarang ni. Satu alat mekap dah cecah beratus ringgit. Kalau pakai yang murah-murah yang dijual di pasar malam pula makin teruk jadinya.

Bagaimana nak atasi masalah jeragat ini? Rawatan bermula dari dalam dengan mengamalkan Collagen Powder.

Collagen Powder dihasilkan daripada 7 bahan utama iaitu ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobaciluss acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B. Digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.







Antara manfaat utama Collagen Powder ialah :-

1. Membantu mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kedut.

2. Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.

3. Menguatkan kuku dan rambut.

4. Membantu mengurangkan parut.

5. Mengurangkan jeragat.

6. Membantu melambatkan penuaan.

7. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko tulang rapuh.

8. Membantu mengurangkan geseran pada sendi.

9. Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.


TESTIMONI COLLAGEN POWDER












Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com





PELUANG PERNIAGAAN

Sedang mencari peluang perniagaan yang bagus dan stabil ? Jom sertai keluarga besar kami.


Hubungi Feni dengan segera untuk mendapatkan no id anda dan memulakan bisnes Shaklee dengan mudah. Dapatkan nasihat mengenai perniagaan dan cara untuk memulakan perniagaan.



Keistimewaan sebagai Pengedar Shaklee

• Nikmati produk Shaklee pada Harga Pengedar.
• Hadir ke ceramah kesihatan, menerima pemeriksaan dan rundingan kesihatan oleh Pakar Pemakanan Shaklee.
• Berpeluang memperolehi Pendapatan Tambahan.
• Mengakses Majalah Shaklee Today versi digital, serta bahan sokongan dan sumber lain.


Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com

5 Langkah Mencegah Strecthmark Ketika Hamil


Strecthmark sering berlaku di kalangan ibu hamil. Strecthmark atau rekahan kulit adalah parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat daripada kesan regangan kulit yang semakin membesar sewaktu hamil.

Rekahan ini sering terjadi di bahagian perut, payudara, punggung, pinggul, paha dan ada juga di bahagian lengan. 90% wanita mengalami kesan regangan semasa hamil. 

Antara langkah untuk mencegah strecthmark ialah :

1. Sapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera di bahagian yang mengalami kerekahan.

2. Waktu paling sesuai untuk menyapu losyen ialah selepas mandi supaya kulit sentiasa segar dan lembab.

3. Banyakkan minum air kosong untuk membantu melembabkan kulit. Elakkan minuman yang berkafein dan beralkohol yang menyebabkan kulit menjadi kering.

4. Makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt, susu segar dan sayur-sayuran supaya kulit mendapat khasiat untuk kekal sihat.

5. Melakukan senaman untuk membantu melancarkan peredaran darah dan membantu mengekalkan peredaran tersebut dalam keadaan stabil. Antara senaman yang disarankan ialah berjalan atau berenang.

Ibu yang sangat prihatin dan pentingkan kecantikan diri tidak mengambil mudah tentang rekahan ini perlu memulakan langkah awal supaya kesan strecthmark dapat dikurangkan. 

Tanpa langkah awal berkemungkinan ibu akan kekal dengan kesan rekahan sepanjang hidup.






May 3, 2017

SUPLEMEN UNTUK GOUT

Apa itu Gout ?

Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.


Punca gout antaranya ialah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dgn kuantiti yg banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Stress yg tak terkawal.
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dan sebagainya.


Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi mengelakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout.

Antara cadangan suplemen untuk gout ialah :-



Suplemen ini bukanlah ubat namun makanan tambahan yang membantu dalam menigkatkan tahap kesihatan untuk hidup lebih sihat dan ceria. 

Sebarang pertanyaan atau untuk membuat pesanan boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 2, 2017

5 CARA ATASI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

Sembelit dikalangan ibu hamil, bersalin dan berpantang memang tidak boleh dinafikan.

Berikut adalah faktor-faktor masalah sembelit terjadi kepada kalangan ibu-ibu selepas bersalin:

Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormone progesterone yang tinggi semasa hamil.
Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka epistomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Cara atasi sembelit selepas bersalin:

1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.

2. Terus ke tandas jika rasa mahu 'membuang' walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C yang memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomy ataupun luka caesarean.

5. Amalkan suplemen yang sesuai semasa berpantang kerana bukan sahaja membantu mengatasi masalah sembelit malah mempercepatkan proses penyembuhan. Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk ibu bersalin bagi mengelakkan sembelit ialah Alfalfa, Ostematrix dan Vitamin C. Kesemua vitamin ini terdapat dalam Set Berpantang Shaklee.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 1, 2017

Pencuci Muka Paling Best Yang Bebas Kimia Bahaya

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ni dok try macam-macam produk kecantikan sampai muka naik terbakar macam hangus gitu. Ala-ala dok kat tepian pantai yang panas.

Konon nak cuba pulihkan kulit. Alih-alih makin teruk. Habis duit dan hasilnya mengecewakan. Last-last berpatah balik guna Deep Cleansing Facial Foam.

Bila guna pencuci muka ni rasa macam best dan segar je. Tak rasa pedih terbakar pun.

Salah satu kesan apabila produk skin care tu ada bahan terlarang ialah rasa pedih terbakar. Fresh je bila lepas cuci dengan NW.

NW ni dihasilkan daripada bahan semula jadi yang bebas bahan kimia. Tiada paraben. Paraben ni banyak terdapat dalam produk skin care untuk mengekalkan keadaan produk tu supaya tahan lama.

Bagi NW pulak tiada paraben. Selesa dan selamat digunakan. Yang penting ia sangat bagus untuk kulit.

Testimoni NutriWhite :



Safeni Feni
Sms| Telegram | Whatapps : +601115672780
Email : feni8683@gmail.com

April 29, 2017

20 Kebaikan Alfalfa Shaklee Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Alfalfa adalah tumbuhan terbaik yang mengandungi segala keperluan harian tubuh manusia. 

Antara kebaikan Alfalfa Shaklee ialah :
1. Alfalfa mengandungi Galactagouge yang sangat bagus untuk ibu menyusukan anak kerana ianya merangsang penghasilan susu ibu (terkenal sebagai milk booster).

2. Membantu perkhumuhan menjadi lebih lawas. Melembutkan najis. Sesuai diamalkan dalam pantang untuk mengelakkan sembelit dikalangan ibu berpantang.

3. Membantu membuang angin dalam badan.

4. Alfalfa termasuk dalam katogori fiber yang mengenyangkan.

5. Membantu melegakan masalah sakit sendi dan belakang.

6. Membantu mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan serta mengurangkan tekanan.

7. Alfalfal Shaklee mengandungi minyak peppermint yang membantu memberi rasa sejuk.

8. Membantu melegakan pms semasa haid.

9. Membantu masalah arthiris.

10. Sesuai untuk mereka yang menghidap asma, resdung, alergi dan ekzema.

11. Membantu mencuci usus untuk membuang toksin.

12. Membantu merawat masalah kencing kotor disebabkan oleh jangkitan dalam buah pinggang.

13. Meneutral asid dalam badan.

14. Membantu wanita yang mengalami masalah dalaman seperti keputihan dan mengecutkan rahim.

15. Membesar dan menegangkan payudara wanita.

16. Mengetatkan rahim kerana dianggap seperti kacip fatimah kepada wanita yang dah berkahwin.

17. Membantu melancarkan peredaran darah.

18. Untuk lelaki pula, membantu meningkatkan stamina dan memberi tenaga.

19. Memulihkan urat untuk ibu lepas bersalin.

20. Membantu melegakan masalah resdung.

*Pesakit SLE tidak boleh mengamalkan Alfalfa.

TESTIMONI ALFALFA





Safeni Feni
Sms| Telegram | Whatapps : +601115672780
Emel : feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...