April 12, 2017

TESTIMONI HERBAL BLEND UNTUK RUAM BAYI



Alhamdulillah hari ni diberi keizinan oleh ibu si kecil untuk share pasal testimoni Herbal Blend. Makin cantik dan comel je anak syurga ni. Kalau tak sebelum ni merah habis mukanya. 

Sebelum ni si manja beliau kena ruam-ruam habis muka. Dah macam-macam produk dia sapu untuk hilangkan ruam kat muka anak dia. Bila kawan dia rekemen Herbal Blend terus cari pengedar Shaklee terdekat.

Gambar atas tu sebelum sapu Herbal Blend. Gambar bawah selepas beberapa hari sapu herbal blend.

Alhamdulillah google punya google dapat no Feni. Masa mama dia contact tanya pasal herbal blend terus Feni cakap okay sebab memang Feni simpan stok untuk Herbal Blend ni. Maklum sajalah krim serbaguna yang memang terlajak laris.

Herbal Blend ni bukan sahaja untuk mengatasi ruam bayi malah banyak lagi khasiatnya. Antara khasiat Herbal Blend ialah :-
  • Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah
  • Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala 
  • Menghilangkan luka dan merawat eczema
  • Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  • Losyen harian untuk kulit kering
  • Krim urut badan lenguh
  • Merawat kesan luka melecur 
  • Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
  • Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
  • Ubat luka atau melecur
  • Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
  • Menghilangkan parut
  • Losyen harian
  • Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
  • Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
  • Membuang selulit serta memecahkan lemak berlebihan.

Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com



April 11, 2017

7 BAHAN SEMULAJADI DALAM SHAKLEE COLLAGEN POWDER SERTA MANFAATNYA







Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

10 PERKARA PENTING PERLU DILAKUKAN OLEH IBU YANG MENGALAMI KEGUGURAN

Berpantang sangat penting untuk ibu yang mengalami keguguran. Proses berpantang mengikut budaya dan adat resam masing-masing. Namun untuk kandungan yang melebih 22 minggu disarankan untuk berpantang seperti ibu yang bersalin.



Perkara penting untuk ibu yang keguguran ialah :-

1) Memakai pakaian yang tebal dan menutupi badan untuk mengelakkan badan dimasuki angin. Pakai sarung kaki (stoking).


2)  Mengikat rambut ketat-ketat seperti dalam pantang.

3) Menyapu minyak panas ke seluruh badan diserta dengan urutan.

4) Bertungku untuk memanaskan badan serta mengecutkan rahim. Mengeluarkan darah kotor dari rahim.

5) Mandi dengan mandian herba untuk merawat dan menyegarkan tubuh.

6) Elakkan berada di bawah kipas atau memasang pendingin hawa.

7) Memakai pilis untuk mengurangkan sakit kepala.

8) Tidur dan rehat secukupnya.

9) Makan makanan yang sihat dan seimbang. Mengambil suplemen untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

10) Elakkan makanan yang sejuk, angin dan gatal supaya luka dalaman dan luaran cepat sembuh.


April 10, 2017

10 Makanan Yang Membantu Meningkatkan Tenaga



1) PISANG

Pisang mengandungi banyak vitamin, mineral dan karbohidrat untuk menghasilkan tenaga bagi tubuh. Bersarapan dengan pisang sebagai hidangan pagi mampu memberikan tenaga sepanjang hari.

2) YOGURT

Yogurt rendah lemak adalah makanan yang sangat bagus untuk memberikan tenaga keranan mengadungi tinggi karbohidrat, protein dan rendah lemak. Yogurt juga membantu memberikan rasa yang mengenyangkan sesuai untuk mereka yang sedang diet.

3) KACANG

Kacang merupakan sumber protein yang sangat baik dan mengandungi serat yang banyak. Memakan kayang membantu rasa kenyang dan bertenaga. Mengambil hidangan kacang ketika waktu senggang adalah snek yang sihat.

4) COKLAT HITAM

Coklat hitam adalah lebih berbanding coklat lain kerana tinggi antioksidan dan rendah lemak. Antara manfaat coklat hitam ialah membantu menghilangkan stress, meningkatkan daya fokus dan menjaga kesihatan jantung.

5) MADU

Madu mengandungi indek glisemik yang rendah kerana tidak mengandungi pemanis tiruan dan mudah dihadam oleh tubuh. Mengamalkan satu sudu madu setiap pagi bukan sahaja membantu menjana tenaga malah sangat baik untuk kesihatan.



6) EPAL

Mengandungi vitamin, serat dan tinggi karbohidrat. Serat yang tinggi dalam buah epal membuatkan perut berasa kenyang untuk tempoh yang agak lama. Memakan buah epal yang banyak juga tidak menjadikan badan gemuk kerana buah epal sangat rendah lemak.

7) TELUR

Telur menyediakan 30% daripada keperluan protein harian kita. Protein sangat penting untuk tubuh bagi membina kekuatan otot dan tulang. Khasiat lemak baik dalam telur membantu dalam menjaga kesihatan jantung dan mencegah strok.

8) ANGGUR

Bukan sahaja memberikan tenaga, buah anggur juga terkenal untuk mencegah pelbagai penyakit membahaya seperti katarak, jantung dan juga kanser. Sangat  bagus untuk kesihatan.

9) SAYUR-SAYURAN

Sayur-sayuran yang banyak  memberi tenaga ialah bayam, brokoli, dan sayuran kekacang. Sayuran sangat penting kerana mengandungi vitamin, karbohidrat dan juga mineral. Sayur-sayuran sangat penting kerana kandungan lemak yang rendah serta diet yang sihat.

10) GANDUM

Gandum adalah makanan altenatif bagi menggantikan nasi. Mengambil sarapan dengan gandum adalah sangat bagus untuk memberikan tenaga kerana tinggi karbohidrat. Sarapan terbaik ialah dengan mengambil roti gandum kerana lebih rendah karbohidratnya berbanding roti putih.

Suplemen untuk meningkatkan tenaga bermula dari dalam :-


Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

April 9, 2017

9 Penyebab Luka Pembedahan Caesarean Terbuka Semula Dan Lambat Sembuh




Banyak faktor penyebab luka pembedahan terbuka semula dan lambat sembuh. Antara penyebabnya ialah :-

1) Pemakanan yang tidak seimbang semasa dalam pantang boleh membuatkan luka lambat sembuh. Berpantang secara tradisional selalunya hanya boleh makan makanan yang kering-kering dan tidak berkuah. Makanan yang tidak seimbang dan kurang zat boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan risiko jahitan terbuka semula.

2) Jangkitan kuman pada luka. Kuman ini selalunya berasal dari kulit kita sendiri atau komensal. Namun risiko luka pembedahan yang disebabkan oleh komensal hanya 1 %.

3) Pembedahan caesarean yang dilakukan secara kecemasan.

4) Ibu yang mengalami masalah obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan kerana lipatan kulit yang menyebabkan kawasan luka sentiasa lembab atau berpeluh menjadi tempat pembiakan kuman.

5) Tidak menjaga kebersihan diri dan kurang mandi selepas pembedahan. Tidak membersihkan sekitar luka pembedahan. 

6) Kurang minum air lepas bersalin semasa berpantang menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan melambatkan luka sembuh.

7) Banyak bergerak yang melibatkan regangan. Sebaiknya waktu berpantang harus lebih banyak berehat dan melakukan aktiviti yang ringan-ringan tanpa membebankan bahagian perut.

8) Kekurangan zat terutamanya untuk ibu yang menghidap anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan kurang oksigen kepada tisu yang sedang aktif semasa proses penyembuhan.

9) Selain itu tindakan menyapu minyak di atas permukaan luka. Minyak tersebut boleh menjadi medium untuk pertumbuhan luka.

Sekiranya luka berlambah teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan.

Pengambilan makanan yang seimbang semasa berpantang membantu dalam proses penyembuhan luka.


TESTIMONI VIVIX YANG BERJAYA MENYEMBUHKAN LUKA BERSALIN





Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com


April 8, 2017

Set Cantik Bajet Paling Laris Dalam Pasaran

Assalamualaikum semua.

Ramai yang tanya Feni tentang suplemen untuk cantik tapi ikut bajet. Ini adalah Set Cantik Bajet. Selalunya yang mengamalkan Set Cantik ni bagi feedback yang sangat memuaskan.



Antara kebaikan Vitamin C ialah :-

✔ Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri

✔ Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata

✔ Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema

✔ Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut

✔ Anti penuaan dan anti kedut

✔ Mengatasi masalah resdung dan alahan

✔ Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi

✔ Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti

✔ Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis

✔ Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress

✔Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi

✔ Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya

✔ Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas

✔ Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia

✔ Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah

✔ Merawat jangkitan saluran kencing

✔ Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain


Antara Kebaikan Vitamin E ialah :-

✔ Pelindung Sel Darah Merah

✔ Ketahanan Tubuh

 ✔ Antioksidan

✔ Mengatasi Masalah Pre-Menstrual

✔ Mencegah Kedutan

✔ Menghilangkan Parut

✔ Mengurangkan Jeragat

✔ 
Minyak Vitamin E akan melembabkan dan juga mengurangkan masalah kuku dan kutikel kering

✔ Mencerahkan Kawasan Aerola


Sebotol Vitamin C mengandungi 180 biji. Pengambilan sebiji sehari boleh tahan sehingga 6 bulan. Manakal Vitamin E pula 140 biji. Jika mengambil Vitamin E sebiji sehari tahan sehingga 4 bulan. Memang berbaloi sangat dan sungguh menjimatkan.

Jadi tak perlu beli tiap-tiap bulan pun. Lebih kurang RM15.50 sahaja sebulan untuk Vitamin C dan RM38.00 sahaja sebulan untuk Vitamin E.

Untuk 2 botol ni bajet tak sampai seratus pun sebulan. Beli sebotol tahan sehingga 6 bulan dan 4 bulan. 

Boleh kontek Feni untuk info lanjut.

Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

April 7, 2017

8 Tips Untuk Mengelakkan Kencing Kotor Semasa Mengandung

Semasa hamil anak pertama Feni pernah kena tahan wad dan dimasukkan air sebanyak 21 botol disebabkan kencing kotor. Masa tu stress sangat sebab kena tahan wad. Maklum sajalah baru hamil anak pertama dan kurang pengalaman tentang kehamilan.

Kencing kotor adalah jangkitan kuman di saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI). Jangkitan kuman melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh).

Wanita yang mengandung lebih mudah mendapat jangkitan berbanding wanita tidak mengandung kerana sebab-sebab berikut :-

1) Perubahan hormon ketika mengandung. Hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah, seterusnya merenggan dan melambatkan pengaliran kencing.

2) Saiz rahim yang membesar menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

3) Air kencing wanita mengandung lebih berasid dan lebih pekat kandungan gula disebabkan perubahan hormon menyebabkan bakteria mudah membiak.


Amalkan tips berikut untuk mencegah kencing kotor daripada lebih teruk :-

1) Minum air kosong yang banyak bagi membantu mengeluarkan kuman yang ada dalam pundi kencing.

2) Jangan menahan kencing sekiranya ingin membuang air kecil. Perbuatan menahan kencing menggalakkan pembiakan bakteria pada pundi kencing.

3) Menjaga kebersihan diri. Lap kawasan vagina dari depan ke belakang untuk mengelakkan bakeria merebak dari kawasan dubur ke uretra setiap kali membuang air kecil.

4) Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar. Elakkan memakai pakaian yang ketat atau kain yang diperbuat daripada nylon ketika mengandung.

5) Buang air kecil sebelum dan selepas bersama suami.

6) Menukar pantiliner atau seluar dalam lebih kerap jika berpeluh atau kotor.

7) Kurangkan pengambilan makanan yang manis atau berkafein.

8) Mengamalkan Vitamin C ( antara 250 - 500mg), Beta-carotene (25,000-50,000 IU) dan Zinc (30-50mg) sehari untuk melawan jangkitan kuman kalau daya tahan badan sangat lemah.



Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...