March 22, 2017

Suplimen Untuk Cantikkan Kulit


Hari ini kita sering disogok dengan pelbagai iklan dan budaya tentang puith itu cantik sehinggakan sanggup mengambil produk suplimen yang mengandungi bahan terlarang.

Pada Feni, putih atau cerah itu bonus asalkan kulit kita sihat. Alhamdulillah sejak kenal dan amalkan produk Shaklee, memang Feni tak pandang benda lain dah. Hihi.

Jerawat yang selalu timbul meliar pun dah semakin kurang. Kalau tumbuh pun masa nak datang bulan dan cepat je baik.

Jom tengok testimoni pengamal tegar produk Shaklee.
  













Safeni Feni

Shaklee ID : 1193591

SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780

Email: feni8683@gmail.com



Gambar Ketika Aku Kurus


Haha bestnya kalau dapat kembali kurus macam ni. Badan ni bertambah bambam bila dah masuk umur 30-an.

Metabolisma badan menurun bila dah berumur ni.

Gambar ni diambil sewaktu belum kahwin. Kat rumah MakNgah. Nak cari ayah sebab nak kahwin. Setelah 17 tahun tak menjejak kaki ke sini. 

Masa kecik-kecik, kalau cuti mesti nak pergi Pahang umah Mak Ngah. Naik keretapi api dengan anak-anak sepupu. Masa tu tak pikir apa. Pikir nak seronok je.

Umur masa ni 24 tahun. Berat masa ni 49 ke 50kg. Rindunya. Sekarang dah ada anak dua. Berat sekarang dah 60kg. Ohoooo macam mana nak kurus ni ?

Kehkehkeh sendiri mau ingat laaa.

Okayla semoga melihat gambar ini menjadi motivasi kepada aku untuk terus mengekalkan berat badan menten. 

March 20, 2017

PERBEZAAN ANTARA SUPLIMEN SHAKLEE DAN JAMU



5 perbezaan utama di antara supplement Shaklee dan jamu seperti di bawah:

1. Bahan kandungan Vitamin: 


Setiap bahan yang digunakan bagi memformulasi supplement Shaklee dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, setiap supplement Shaklee yang dijual di Malaysia turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jamu: Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak dapat dikenalpasti.


2. Khasiat dan penyerapan oleh badan Vitamin: 


Vitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau

Jamu: Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang kompleks memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat tersebut.


3. Memenuhi keperluan badan ibu dan juga bayi: 


Vitamin memenuhi keperluan zat dan mineral yang diperlukan oleh ibu dan bayi untuk lebih sihat,menguatkan sistem imun,perkembangan fizikal dan membentuk perkembangan otak melalui penyusuan.Ia juga membantu pengeluaran susu ibu.

Jamu : Tidak memberi manfaat kepada bayi,malah ia boleh mengundang jaundice lebih tinggi kepada bayi.Tidak membantu menghasilkan susu ibu.

4. Kesan kepada bayi : 


Vitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan susu bayi. Ibu masih boleh meneruskan pengambil supplement walaupun anak mengalami penyakit demam kuning atau JAUNDICE.

Jamu: Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau sebaliknya. Malahan kebanyakan doktor tidak membenarkan si ibu untuk meneruskan pengambilan jamu sekiranya membawa kesan kepada bayi khususnya dalam meningkatkan risiko JAUNDICE.


5. Waktu pengambilan selepas bersalin Vitamin: 


Pengambilan supplement boleh dimulakan seawal hari pertama bersalin sama ada si ibu bersalin secara normal atau caesarian (pembedahan)

Jamu: Rata-rata pengambilan jamu selepas bersalin hanya boleh dimulakan selepas memasuki minggu kedua bagi memastikan bayi sudah tiada jaundice. Bagi bayi yang mengalami masalah breastfeeding/prolonged jaundice, si ibu lazimnya dinasihatkan untuk tidak mengambil jamu sama sekali.



Vivix Untuk Ibu Berpantang

KENAPA KESIHATAN IBU AMAT PENTING SEMASA TEMPOH BERPANTANG?



The important thing to remember: While you're focusing your care and attention on your new baby, remember that it's essential to care for your own health. If you're not well in mind and body, it's that much harder to care for the little person you've brought into the world.

ok jawapannya ibu berpantang wajib jaga kesihatan supaya dapat menjaga bayi yang baru dilahirkan. kalau diri sendiri pun tak terjaga, agak sukar untuk si ibu menjaga bayinya.


Apa dilema seorang ibu yang dalam berpantang? Antaranya ialah :-



✿ Sembelit kerana kurang minum air dan sukar untuk meneran
✿ Sakit di bahagian faraj kerana jahitan episiotomi atau koyak sebab kepala bayi besar
✿ Sakit di bahagian faraj akibat jangkitan kuman
✿ Faraj berbau
✿ Pendarahan post partum dengan simptom seperti denyutan nadi yang pantas, pening kepala.
✿ Sakit kepala akibat kesan sampingan epidural atau pra-eklampsia bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya
✿ Imsonia akibat jadual tidur yang berubah mengikut peel bayi
✿ Demam panas
✿ Kemurungan
✿ Berfikir hendak bunuh diri
✿ Sakit rengat
✿ Bengkak susu
✿ Rambut keguguran
✿ Kulit muka pucat
✿ Wajah kurang berseri


MANFAAT VIVIX BAGI IBU BERPANTANG


✔ Menyembuhkan organ peranakan dan
✔ Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
✔ Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
✔ Mengembalikan kecantikan tubuh.
✔ Mengelakkan stress atau gila meroyan

Bagaimana vivix bertindak dalam menyembuhkan/memberikan manfaat di atas kepada ibu berpantang?

Vivix Bersifat Antioksidan Paling Unggul


Semasa berpantang, adalah penting kita menjaga kesihatan diri kita di samping kita menjaga bayi. Bunyi macam remeh ye la masa berpantang duk terkurung je dalam rumah mana mungkin kita akan jatuh sakit tapi kita perlu ingat diri kita juga terdedah kepada risiko atas faktor cuaca dan juga kesihatan mereka yang tinggal bersama dengan kita. Malah tak cukup nutrisi juga boleh mendedahkan kita kepada penyakit sebab menu berpantang yang agak strict.
Jadi dengan mengamalkan supplemen yang mempunyai antioksida tinggi sekurang-kurangnya dapat memelihara tubuh badan kita daripada demam, selsema, penyakit berjangkit dan jangkitan kuman.



Memperbaiki sel


Proses kelahiran samada normal atau caesar, kedua-duanya akan melalui proses episiotomi, yakni dijahit. Resveratrol di dalam Vivix membantu untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Jadi luka jahitan cepat sembuh, kering dan kurang risiko bernanah. Ada yang memberikan feedback bila mengamalkan Vivix, luka caesar mereka sembuh dalam masa seminggu. Berbanding mengamalkan ikan haruan, doktor kurang menggalakkan kerana didapati akan menyebabkan adhesions.


Lapisan kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Hasil feedback daripada rakan-rakan yang mengamalkan ikan haruan semasa anak pertama, kesannya untuk kelahiran anak seterusnya. Sewaktu doc belah perut, doc mengambil masa yang lama iaitu 2-3 jam untuk mengasingkan kulit yang berserabut. Ada rakan saya lapisan kulit antara usus dan rahim sambung menyambung dan ini yang dipanggil adhesions. Bila adhesions berlaku ia menjadi tugas sukar bagi doc kerana untuk memisahkannya bukan satu kerja mudah dan ibu berkenaan juga agak stress kerana terpaksa melalui proses di atas selama berjam-jam.


Memulihkan dan memberikan tenaga selepas proses kelahiran


Vivix mengandungi polyphenols yang membantu untuk meningkatkan mitochondria dalam sel. Bila bilangan mitochondria dalam sel meningkat, badan kita akan merasa lebih bertenaga.
Ibu berpantang perlu sentiasa bertenaga supaya dapat menguruskan diri dan bayi dengan baik.


Resveratrol membantu meningkatkan metabolisme


Dalam tempoh berpantang, kebanyakan daripada kita perlu kurangkan gerakan. Jadi selama 44 hari kita tak dibenarkan untuk exercise. Sedangkan exercise ni penting untuk tingkatkan metabolisme kita. bila amalkan vivix, di dalamnya terkandung resveratrol yang telah dikaji oleh saintis membantu untuk meningkatkan metabolisme. Kalau boleh dalam apa keadaan sekalipun, kita perlu kekalkan tahap metabolisme badan kita. bila metabolisme kita turun, maka kegemukan boleh terjadi akibat makanan susah untuk dicerna.

TESTIMONI VIVIX UNTUK IBU BERPANTANG






Berminat dengan Vivix dan ingin mendapatkan Vivix ? Boleh menghubungi Feni. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com







Kelebihan ESP untuk Pesakit Diabetis











Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 17, 2017

Doa Ketika Berdukacita

Doa ni Feni selalu amalkan ketika berasa sedih, duka atau down. Maklumlah kita manusia kan. Selalu diuji dengan macam-macam dugaan.

Luaran nampak kuat tak semestinya dalaman kuat. Untuk kuatkan diri Feni selalu amalkan doa ni. Baca ulang-ulang. Sampai diri rasa tenang.

Alhamdulillah zikir ayat Allah memang menenangkan. Daripada kita buat perkara yang bukan-bukan untuk tenangkan hati lebih baik amalkan saja doa ni.

Feni print dan tampatkan di hadapan meja kerja. Maklum saja bila di tempat kerja memang banyak tekanan yang nak kena hadap. Jadi bila stress ke tension ke. Baca je doa ni. InshaAllah boleh cool yang hot-hot tu.

Ingat ! Syaitan memang suka cucuk jarum bila kita dalam keadaan marah. Jadi jangan bagi peluang untuk syaitan menghasut kita. Ingat Allah inshaAllah selamat dunia akhirat.

Sijil Halal Produk Shaklee 2017


Sijil Halal Untuk Produk Shaklee telah diperbaharui. Untuk tahun 2017. 

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia).





Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...