September 28, 2016

Bersama BestFriend Plaza Permata


Wah wah wah dah seminggu tak jumpa walaupun kerja satu level. Hari ni curi masa dapat jumpa sekejap pun jadilah. Misi sekarang nak kuruskan badan. Kehkehkeh.

Macam mana nak kuruskan badan ? Cuba diet secara sihat. Kurangkan makanan yang berlemak-lemak dan amalkan bersenam.

Hari ni hanya makan sekali je. Kalau sebelum ni makan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Semuanya berat-berat macam nasi goreng, mee goreng, atau bihun goreng. 

Nak kurus punya pasal dan nak jaga kesihatan juga sebenarnya. Penting sebenarnya amalkan gaya hidup yang sihat ni. Bila badan sihat otak pun cergas.

Okaylah. Next kita sambung story lagi.

Mengopi Mengeteh Di HQ Office












Sesi mengopi mengeteh kali ni bukan untuk suka-suka. Perbincangan bersama bos dan staff untuk mengutip collection sebanyak RM2.7 Juta. Ohohoiii. bukan main ya ?

Cabaran kali ni bos sertakan dengan benefit kalau capai target. Benefitnya hanya kami saja yang tahu. Rahsia la sikit baru suspen. kehkehkeh.




September 27, 2016

ESP MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN


Rasa badan dah semakin membesar dalam bahasa kasarnya gemuk ? Menakutkan bila orang tegur awak kelihatan sihat la. Makin berisi sekarang. Oh noo !

Mencari-cari produk untuk turunkan berat badan yang selamat. 

ESP la jawapannya. Ianya bukan bertujuan untuk kurus tapi membantu proses untuk kurus. Protein yang ada dalam ESP membantu mengawal rasa lapar. Bila kita dah kenyang dengan minum ESP jadi nafsu untuk makan pun boleh dikurangkan.

Bila kita amalkan makanan yang sihat secara tak langsung badan pun jadi sihat dan cergas. Untuk menjalankan aktiviti harian pun senang. Gemuk boleh menyebabkan banyak masalah terutamanya kesihatan. Banyak penyakit boleh hinggap terhadap pemilik badan yang gemuk. Antara penyakit yang biasa kita dengar ialah diabetis, darah tinggi dan jantung.

Bila kita tak sihat. Nak buat kerja pun jadi terbatas. Jadi sangat penting untuk kita jaga kesihatan dengan menjadi kurus dan sihat. Badan sihat senanglah untuk kita melakukan aktiviti harian. Paling penting adalah untuk beramal ibadat.

Jadi jangan tunggu lagi. Cuba ESP anda hari ni.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


Tips Gempur Jerawat Habis-habisan


Sunyi blog Mak Jemah lately ni sebab tugasan hakiki melampaui batas. Tapi hari ni kuatkan semangat dan curi jugak masa nak share dengan u ols tentang Tips nak Gempur jerawat habis-habisan.

Mula-mula kena ada 2 set gojes ni tau. Feni paling suka sebab hot selling dan USP untuk Feni. 2 ni memang terlampau laris sampai tak cukup tangan.

2 Produk best ni bukan saja boleh buat suplemen malah boleh buat masker untuk wajah.

Caranya :
3 sudu ESP + 1 tablet Vitamin C. Hancurkan vitamin C dan campurkan dengan ESP. Bila dah sebati lumurkan dekat muka. Tunggu sehingga kering. Bila dah kering bilas dengan air bersih lap muka dengan tuala bersih. Rasanya wow segar dan nyaman sekali. 

Mudah kan ? Tak percaya ! Boleh try sendiri. Ini yang Feni dah cuba buat tau. Hasilnya kulit muka gebu gebas. 

Amalkan makan vitamin C 2 biji setiap hari dan minum ESP 3 sudu sehari untuk kesihatan dalaman dan memulihkan kulit. Vitamin C boleh mengecutkan jerawat dan mengurangkan jeragat. ESP pula sumber protein. Protein sangat penting untuk menghasilkan sel-sel kulit baru yang lebih sihat dan cantik.

Hihi. Jadi kalau rasa nak cuba tips gempur jerawat habis-habisan ni boleh kontek Feni tau.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


September 23, 2016

Lagu Teratai oleh Ramli Sarip


Petang-petang cenggini layan lagu Ramli Sarip. Haha. 

Hilangkan stress. Sekali sekala layan rock apa salahnye. Jangan sampai melekakan diri. Apapun ingat Allah ok ?

September 22, 2016

Betulkah FB Kena Tukar Nama Sebenar ?

Kecoh semenjak dua menjak ni pasal FB kena tukar nama sebenarnya. Tak kisahla nokkk. Selagi tak dapat notification pasal akaun kene delete. Mak teruskan saja dengan nama ni.

Kalau kene delete buat akaun baru. Apa susah. Ye dok ? Hihi.

FB untuk cari duit sampingan. Buat macam-macam bisnes. Try and error. Mula-mula cuba dengan dropship dulu. Biarlah untung sikit-sikit pun asalkan ada duit masuk. InshaAllah ada  jer rezeki. Yang penting mahu berusaha.

Kalau ikutkan nafsu memang rasa nak buat sesuatu tu macam nak buat besar-besar. Biar nampak gah dan grand-grand orang kata. Tapi risikonya sendiri mau ingat la. So, kalau  rasa macam kubis nubis baiklah belajar dulu. Biar ada ilmu di dada. 

Perbetulkan niat. Orang kata kita buat bisnes sebab nak kaya. Lantaklah apa pun orang nak kata. Yang tanggungnya kita. Selagi kita tak menyusahkan orang. Kita usaha sampai berjaya. InshaAllah Allah sentiasa mengikut sangkaan hambanya.

Berbalik kembali pada FB nak tukar nama sebenar. Selagi kita tak dapat notis saya rasa takda masalah kot. Abam Mark  ni tengah cek akaun manusia ke akaun palsu kot. Maklumlah banyak sangat penipuan yang boleh berlaku sekarang ni.

FB kan salah satu punca duit. Jadi macam-macam la. Nak suruh kita buat FBAds la kot.

So. Pandai-pandai la kita ya.

September 20, 2016

Produk NuntriWhite Untuk Wanita


Produk NW masuk majalah la. Hihi. Memang terbaik produk ni. Kalau kulit kusam, tak bermaya dan macam tak cantik tu boleh cuba NW ni. Selamat dan sesuai digunakan oleh wanita.

Pencuci muka NW contohnya boleh tahan sehingga 6 bulan ikut kegunaan. Jadi memang jimat kan ?

Jadi jangan lupa grab 1 set terus. hihi


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...