July 28, 2016

Testimoni Vivix Untuk Epidural

Apakah itu suntikan epidural?

Suntikan epidura atau epidural adalah ubat tahan sakit yang dimasukkan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda melalui tiub halus. Ia dikenali sebagai anestetik sebahagian, bermaksud dadah disuntik sekeliling saraf yang membawa isyarat dari bahagian tubuh yang merasa sakit semasa bersalin. Hasilnya perut menjadi kebas, memberikan kelegaan kesakitan yang efektif.

Kebaikan Epidural untuk ibu hamil yang bersalin ialah dapat melegakan kesakitan semasa bersalin.

Namun ada juga keburukan epidural untuk ibu hamil iaitu seperti akan berasa lenguh-lenguh pada bahagian pinggang. Kesan ini akan terbawa sehingga lepas bersalin.

Antara ikhtiar untuk mengatasi rasa sakit kesan epidural ini ialah dengan mengamalkan Vivix sebagai suplemen kesihatan. 

Kandungan Vivix yang mengadungi 4 mekanisme  penuaan kepada sel iaitu :-

1) Melindungi dan membaiki sellular DNA.

2) Memberi impak positif kepada pengawalan genetik.

3) Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru0 mitochondria.

4) Melambatkan pembentukan protin AGE (Advance Glycation End products).

Alhamdulillah ada sinar baru untuk ibu-ibu yang terpaksa ambil epidural semasa bersalin. Orang kata sakit sangat bila terpaksa epidural ni. Sakit pinggang hanya tuhan yang tahu. Saya tak pernah kena epidural sebab kedua-dua anak saya bersalin secara normal. Jadi saya rasa saya perlu share benda ni.

Ini adalah testimoni seorang customer yang  mengalami sakit belakang akibat epidural. Dia amalkan vivix untuk kesihatan. Ternyata tindak balas vivix membantu untuk memulihkan sakit belakang yang beliau alami.

Tindak balas terhadap suplemen seperti sakit belakang dianggap proses pemulihan untuk memulihkan kesihatan. 

TESTIMONI VIVIX UNTUK SAKIT EPIDURAL




Sekiranya anda juga berminat untuk mendapatkan Vivix sebagai suplemen harian bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 27, 2016

6 Tips Ringkas Untuk Mengurangkan Bengkak Susu



Bengkak susu sering dialami oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Saya juga pernah mengalami masalah bengkak susu sampai demam. Bila dah demam susah la nak buat kerja. Nak-nak pulak anak kecik. 

Pernah juga ada wanita yang terpaksa di operate sebab  kelenjar susu tersumbat dan perlu dibuang nanahnya. Oh sungguh menakutkan.

Jadi jom saya share beberapa tips untuk mengurangkan bengkak susu.

1) Kerap direct feeding sehingga payudara betul-betul kosong.

2) Jika bayi menolak cuba pam. Ia akan merangsang pengeluaran susu dan kelenjar susu yang tersumbat.

3) Tuam bahagian yang sakit dengan botol air panas.

4) Buat urutan menggunakan sikat dari arah pangkal payudara ke nipple.

5) Letakkan kobis sejuk di dalam baju dalam untuk mengurangkan bengkak. Jangan menutupi bahagian nipple. Jangan letak kobis terlalu lama untuk mengelakkan penghasilan susu berkurangan. Sebaiknya letak kurang daripada sejam.

6) Ini yang paling best sebab saya pun amalkannya. Ambil lecithin dalam jumlah yang disarankan untuk melancarkan pengaliran darah dan pengeluaran susu dari kelenjar yang tersumbat. 


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 26, 2016

Kenali Warna Urin Kita

Sebagai salah seorang pengedar Shaklee, saya sering ditanya oleh pelanggan saya berkenaan dengan warna air kencing atau urin selepas mengambil vitamin terutamanya B-Complex. Jadi jom kita kenali warna urin kita.

Jom kita kenali warna urin


Jernih - Menunjukkan kita terlebih air dan biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air atau dehidrat. Dari segi ujian dadah, ianya boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam darah melalui lebih-hidrat.

Kuning atau kuning cair - Menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. Sesetengah ubat seperty rifampin dan pyridium boleh menukarkan air kencing menjadi kuning kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Air kencing gelap atau perang - Mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Air kencing kemerahan atau berwarna gelap - Dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan melanoma.

Air kencing kemerahan atau kelabu - Mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, keadaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow - Mungkin disebabkan oleh pemakanan vitamin tambahan terutamanya vitamin B.

Warna air kencing gelap - Biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidration).

B-Complex adalah tergolong dalam kumpulan vitamin yang larut air. Riboflamin adalah salah satu unsur yang terdapat dalam B-Complex. Jadi lebihan yang tak dapat diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui air kencing. Sebab tu warna urin menjadi kuning cerah.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 25, 2016

Alhamdulillah Settle Renew Insurans dan Roadtax Kereta Kesayangan

Hihi.. Sebenarnya semalam adalah tarikh last untuk Roadtax dan insuran kereta kesayangan kami sekeluarga. Tapi oleh kerana kekangan waktu kerja yang sangat banyak tu tak dapat renew awal. Haha alasan kan.

Sebenarnya banyak sebab tak renew awal tapi biarlah rahsia. Kekeke. Saya pilih etiqa insurans sebab senang. Boleh jer buat secara online atau pergi sendiri kat Etiqa. 

Tahun ni tahun yang ke empat renew. Jadi NCB bertambah so murah lah sikit. NCB (no claim bonus) sebab tiada claim untuk insurans sebelum ni. Alhamdulillah best kan ? Masih kuat dan utuh si putih berkhidmat untuk keluarga.

Sebelum ni saya add pemandu untuk 2 orang. Jadi bayarannya RM10 untuk setiap orang. Tahun ni adik ipar saya tak banyak bawak kereta jadi saya batalkan namanya dalam insurans. Jimat lagi RM10.

Saya juga dapat bonus diskaun atau rebate sebab pergi sendiri lebih kurang dalam RM8+.++ gitu. Sape nak bagi kan ? Kalau pergi buat dekat bank tak dapat rebat ni. Ngehngehngeh.

Saya juga suka nak share tentang Etiqa Insurance ni bila dah matang dia akan hantar surat untuk masuk duit kat kita. Keuntunggan apa entah. Macam tahun lepas saya dapat dalam RM7+.++ macam tu. Kalau dulu dia hantar cheque ke rumah sekarang dah pakai debit kat akaun terus. Tahun lepas dia hantar surat pastu tunggu duit masuk akaun bank. Yehaa sape tak suka kan. Tiba-tiba duit masuk. Rezeki jangan di tolak kan.

PMS Mengganggu Emosi Wanita

Premenstrual Syndrom (PMS) adalah sindrom yang sering dialami oleh wanita dan remaja wanita beberapa hari sebelum datang haid. Sindrom ini menyebabkan perasaan seseorang tidak keruan. Ini menyebabkan keadaan seseorang itu lebih sensitif ketika sedang mengalami PMS. 

Tidak semua wanita mengalami simptom PMS. Kebanyakan wanita dan remaja yang mengalami perubahan badan dan sikap atau perasaan beberapa hari sebelum kedatang haid. Simpton ini akan hilang setelah datang haid. Ketika ini mereka akan mengalami perubahan perasaan menjadi seorang pemarah dan sangat sensitif dengan perkara yang lebih kecil.

Ada juga wanita yang mengalami beberapa perubahan pada tubuh badan iaitu di otot dan payudara apabila disentuh. Ada juga mengalami keadaan "mengidam' untuk makan makanan yang diingini.

Salah satu faktor yang menyebabkan PMS adalah ketidakseimbangan hormon. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan PMS.

Memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian boleh membantu mengurangkan gejala PMS. Mengambil vitamin B tambahan seperti B-Complex sepanjang tempoh PMS. Wanita juga disarankan supaya melakukan senaman semasa proses PMS seperti berjalan, berlari atau berenang untuk mengurangkan gejala PMS.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Vitamin Yang Membantu Kurangkan Jerawat Dan Jeragat

Vitamin C

Sangat penting untuk pembentukan kolagen. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi vitamin C membantu pernghasilan  kolagen yang lebih baik


Vitamin E 

Sangat terkenal dengan vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta caroterie.



Protein (ESP)

Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit berjeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar untuk dihilangkan jika tidak mendapat protein yang yang cukup untuk membantu dalam penghasilan sel baru.



Testimoni Set Cantik (Vitamin C + Vitamin E + ESP)






Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 21, 2016

Join Maybank2u Application Dapat RM10

Hari ni saya dapat free RM10 kakak rimau bagi. Alhamdulillah. Kadang-kadang kita tak tahu pun rezeki kita nak dapat bila. Jadi jangan berputus asa dengan Allah.





Tadi cek maybank2u sebab ada payment masuk untuk pembelian 1 can ESP. Bila cek akaun tengok macam ada lebih je. hihi. Rupa-rupanya kakak rimau yang bagi. Alhamdulillah sape yang nak bagi duit free kan.


So korang yang dapat free duit macam mak jemah boleh download application Maybank2u dekat handphone korang. Mane tau kakak rimau nak bagi free duit jugak kan.


Korang boleh klik kat link dibawah untuk maklumat lanjut.

Maybank2u

Senang tau ada apps ni sebab boleh online banking kat mana-mana. Nak tengok duit masuk nak buat transfer duit pun semua boleh. Tambah-tambah lagi untuk peniaga online. Memang kena sentiasa up to date. Sebab kalau orang transfer duit masuk akaun kita terus boleh cek duit masuk ke tak.


Sekian. Selamat mencuba !



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...