June 23, 2016

TESTIMONI MEAL SHAKES UNTUK SEMUA

Bulan ni bulan promosi untuk Meal Shakes jadi ibu-ibu banyak mengambil peluang untuk mendapatkan Meal Shakes mereka. Ini adalah testimoni meal shakes. Anak-anak memang sukakannya. Saya pun tak melepaskan peluang nak grab 4 sekali sebab promosi bulan ni beli 3 free satu. Berbaloi sangat-sangat. 

Meal Shakes ni mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk perkembangan dan pertumbuhan anak-anak dalam proses membesar. Anak-anak selalunya tak suka makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan Jadi ibu bapa perlu jadi lebih bijak dari anak-anak dengan menyediakan makanan yang sihat untuk mereka. 

Jom tengok testimoni ibu-ibu yang telah memberikan Meal Shakes untuk anak mereka.

TESTIMONI 1 : MENGATASI MASALAH SEMBELIT DAN KURANG SELERA MAKAN



TESTIMONI 2 : MASALAH KURANG BERAT BADAN 


TESTIMONI 3 : KURANG SELERA MAKAN DAN MENGIMUNKAN SISTEM TUBUH



TESTIMONI 4 : UNTUK IBU HAMIL & MENYUSU






Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


June 21, 2016

15 KEBAIKAN LECITHIN YANG HARUS KITA KETAHUI

Lecithin pada asasnya berfungsi sebagai pemecah lemak iaitu fat emulsifier. Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Lecithin Shaklee mengandungi asid linoleik atau essential fatty acid yang sangat diperlukan oleh badan. Badan kita tidak boleh menghasilkan asid ini dan ianya perlu diambil melalui diet harian. Cholin iaitu satu komponen neurotransmitter. Asetikolina iaitu bekal biokimia untuk penghantaran  mesej di dalam otak dan sistem saraf. Inositol sebagai komponen utama membran atau selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kebaikan Lecithin ialah :

1) Untuk proses metabolisma, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)

2) Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol

3) Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)

4) Membantu mengawal paras triglycerides

5) Membantu memechkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah

6) Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol

7) Penting untuk otak kerana mengandungi acethylcholine bagi fungsi untuk berfikir, daya ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, makan, bercakap, tidur dan banyak lagi

8) Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalan cukup maka fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasilkan daripada cholin dan cholin mudah didapati daripada lecithin

9) Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30 peratus otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70 peratus lemak di hati adalah lecithin

10) Lecithin sangat diperlukan oleh warga tua untuk mengelakkan angin, strok dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh warga tua

11) Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh darah tersumbat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya

12) Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia dikenali sebagai bile daripada kolestrol. Bile ini sangat penting untuk proses penghadaman.

13) Lecithin sangat penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel

14) Choline dan lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

15) Fungsi utama lecithin adalah sebgai Fat Emulsifier yang sangat penting untuk perlindungan sistem jantung.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


7 PANDUAN UNTUK MEMILIH SUPLEMEN SOYA

Protin adalah makanan yang sangat penting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protin seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, hemaglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60trilion) yang membentuk tubuh badan, semuanya bergantung kepada protin untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel yang baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau tua dengan tisu-tisu yang baru. Ia juga untuk menggantikan tisu yang rosak atau cedera dengan tisu yang baru.

7 PANDUAN UNTUK MEMILIH SUPLEMEN SOYA

Kacang soya itu mesti tumbuh dan membesar secara organik

Kacang soya perlu ditanam secara organik kerana kajian menunjukkan penanaman secara kimia iaitu bukan organik akan menyebabkan nutrisi makanan akan berkurangan. Dari segi kajian sudah ada bukti hubungkait antara kanser dan nitrates. Jadi sangat penting pesticides, fungicides, dan herbicides tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran kacang soya.

Kacang soy itu mestilah NON-GMO (tidak dihasilkan secara genetik)

Kacang soya yang dihasilkan secara genetik lebih murah harganya kerana kurang vitamin sintetik dan vitamin asli. Kebanyakan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan soya yang digenetikkan.


Kacang soya itu perlu mengandungi 9 jenis asid amino perlu

Ini adalah ciri yang sangat penting kerana badan memerlukan kesemua jenis 9 asid amino untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, dan enzim. Jika satu daripada asid amino ini hilang sistem imun akan berkurang 30 peratus dan kebanyakan fungis badan akan berkurangan atau berhenti.

Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air dan bukannya dengan alkohol

Bagi umat Islam, alkohol itu haram dan kalau dicuci dengan alkohol ianya akan memusnahkan kendungan isoflavone sehingga 88 peratus. Badan memerlukan isoflavone untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan lain-lain. Isoflavone juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

Bahan anti-thyroid atau anti-growth substance mesti disingkirkan

Soya yang mentah mengandungi 'anti-growth, anti-tyrosine" substance sedangkan kalau kekurangan bahan ini akan menyebabkan tekanan darah rendah, kehangatan badan menurun dan simdrom keradangan kaki.

Proses pembuatan protin soya tanpa pemanasan

Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Kajian menunjukkan  memasak makanan terlalu lama boleh menyebabkan kehilangan asid amino sehingga 50 peratus. 


Soya itu mesti ditambah dengan unsur kalsium

Kajian melaporkan bahawa serbuk soya yang sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yang demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protin soya untuk meneutralkan kembali serbuk soya itu. Kebanyakan pengusaha atau pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium dalam produk-produk mereka.




Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


June 17, 2016

TESTIMONI VIVIX UNTUK PESAKIT GOUT

Apakah itu Gout ?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa ia terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahp asid urik dalam darah yang menghablur disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout ?

Gout boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit arthiris yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein), ia berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutamanya pada kaki yang menyebabkan rasa sakit.

Pemedapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit pada sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Memakan makanan yang tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik yang tinggi purine. Ini boleh menyebabkan pemecahan purine yang menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi:
  1. Amalkan diet yang rendah purine. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi protein seperti  organ dalaman, bilis, sardin, yis, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus dan lain-lain lagi.
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak air untuk mencair dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan dalam menyingkirkan asid urik.
  5. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman.

Testimoni Vivix untuk pesakit gout.



Vivix mengimpak 4 mekanisma anti penuaan. Ianya melindungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukkan mitochondia di dalam sel dan melambatkan pembentukkan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.


Safeni Feni

SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com



June 16, 2016

TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE

Hari tu ada cerita pasal  SET BERSALIN SHAKLEE . Ini adalah feedback customer yang telah berpantang dengan set bersalin Shaklee.

Tak rugi sebab ianya memang berbaloi dan boleh terus diamalkan walaupun sudah habis pantang. Set bersalin Shaklee ini juga boleh memberikan tenaga yang berpanjangan untuk ibu yang bekerja dan menyusukan anak.














Jangan lupa untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee anda. Berbaloi-baloi sangat.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




RAMADHAN HARI YANG KESEBELAS 1437 HIJRAH

Assalamualaikum semua.

Apa khabar ? Bagaimana cerita Ramadhan kali ini. Ada yang ponteng puasa ke? Kalau ada yang tinggal tu bawak-bawakla insof ya. Kalau bersebab tu oklah sebab ada excuses. hehe.

Dalam sibuk bulan Ramadhan ni macam-macam yang bermain di kepala. Baju raya, kuih raya, nak balik kampung dan macam-macam lagi la. Jadi sediakan perangcangan yang bersesuaian untuk persiapan raya nanti ya. Berbelanja ikut kemampuan sendiri. InshaAllah mudah semuanya. Jangan ikut orang ikut poket sendiri.

Hari ini sibuk buat akaun kat ofis ni. Akaun sendiri belum buat lagi sebab belum dapat gaji lagi. Mintak-mintakla bos bagi duit raya lebih sikit tahun ni. Aku dah buat muka kesian paling terkesian dah ni. Kalau tak dapat jugak tak tahulah. Memang bos aku sangat kejam la. huhu.

Pergi kerja pagi balik malam itu sudah biasa demi sesuap nasi. Anak-anak pun waktu malam je dapat jumpa. Ya Allah permudahkan segalanya. Tak semua yang berlaku dalam hidup ini indah. Mahu yang indah perlukan pengorbanan. Jadi hargai apa yang kita sekarang dan setiasa bersyukur.

Dalam membina harapan dan impian tak semua berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan amal ibadat bulan puasa ni ? Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Salam Ramadhan yang ke 11.



June 15, 2016

CARA MENERAN YANG BETUL MEMUDAHKAN KELAHIRAN


Teknik meneran yang betul membantu melancarkan proses kelahiran. Cara meneran yang betul sangat mustahak supaya tempoh untuk bersalin tidak berlanjutan lama dan berjalan dengan lancar. ia juga boleh mengurangkan stres kepada bayi serta memberi manfaat yang besar kepada bayi dan ibu.

Si ibu perlu melakukan persediaan dan latihan sebelum bersalin.

Teknik pernafasan 

Sebagai persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan dengan lancar, ibu boleh mengikuti kelas antenatal sebagai persiapan sebelum bersalin. Pernafsan melalaui abdomen (deep berathing/abdominal breathing). Ibu akan digalakkan menarik nafas dalam dari ruang abdomen semasa kontraksi (bukan dari dada). Cara pernafasan abdomen yang betul boleh membantu mengalih perhatian si ibu daripada perasaan sakit semasa kontraksi dan sebaiknya menumpukan pperhatian kepada teknik pernafasan yang betul.

Tenaga

Proses meneran memerlukan tenaga. Ibu perlu berehat sebelum proses bersalin untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Ibu boleh berjalan-jalan sekitar wad supaya dapat mengurangkan tumpuan terhadap sakit. Sesetengah pakar perbidanan berpendapat bahawa berjalan semasa proses awal bersalin membantu mempercepatkan proses bersalin kerana tekanan kepala bayi pada serviks boleh membantu proses bersalin.

Ambil makan ringan sebelum masuk ke dewan bersalin. Makanan yang boleh diambil ialah sperti roti, oat, buah-buahan atau minuman berkhasiat. Makanan ini untuk dijadikan sebagai alas perut bagi membekalkan tenaga untuk meneran.

Postur Badan

Postur badan memainkan peranan yang penting ketika proses kelahiran.
✿ Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
✿ Kedua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
✿ Bahagian belakang akan ditinggikan sedikit.
✿ Cuba pegang tumit atau letakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.

Ikut Arahan

Mengikut arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat semasa proses bersalin. Teran apabila disuruh teran dan cuba bernafas seperti biasa apabila tiada konstraksi. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan untuk meneran setelah memantau kontraksi secara manual.

Cara  meneran yang betul semasa bersalin ialah seperti berikut :


✔ Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
✔ Mata memandang ke arah perut.
✔ Tangan pegang pergelangan kaki.
✔ Elakkan mengeluarkan suara ketiaka meneran. Simpan tenaga semasa meneran.
✔ Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka tidak menjadi melibatkan bahagian dubur (anus).
✔ Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
✔ Pastikan anda tidak menghembuskan nafas dengan kuat.
✔ Teran dengan sekuat-kuanya selama mana yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh, kemudian curi nafas yang baru dan sambung teran sekiranya masih ada kontraksi).
✔ Rehat dan relas ketika kontraksi tiada. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
✔ Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi
✔ Dengar arahan jururawat dan doktor.
✔ Elakkan mengeluarkan suara supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.

Awas !!!
Bernafas laju akan membuatkan anda cepat letih. Jika anda mempunyai masalah pernafasa seperti asma sila beritahu doktor dan jururawat yang bertugas. Sediakan ubatan yang berkenaan dengan asma.




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...