April 6, 2016

7 Tahun Terseksa Akhirnya Beliau Temui Cara Pantas Cegah Jerawat

Assalamualaikum semua.

Hari ni sangat teruja nak share tentang satu video berkenaan dengan seorang pengguna shaklee yang mempunyai masalah jerawat yang teruk. 7 tahun beliau terseksa mencari produk-produk yang sesuai untuk kulit beliau sehinggalah beliau menemui jawapan dengan mengamalkan suplemen shaklee.

Antara suplemen yang diamalkan ialah Vitamin C, Collagen Powder, Gla Complex dan set pencuci muka Nutriwhite.

Vitamin C adalah suplemen yang sangat penting untuk proses penyembuhan dan menghalang daripada jerawat dan jeragat. Saya panggil vitamin C adalah vitamin cantik kerana ianya sangat penting untuk kecantikan. 

Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji lemon. Ia dikayakan lagi dengan bioflavoniod untuk meningkatkan lagi keberkesanan Vitamin C.



Collagen Powder berfungsi mempertingkatkan dan menyokong kecantikan dari dalam dan luaran.



GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilan. Jadi tak hairanlah siapa yang mengamalkan GLA Complex akan mendapati kulit mereka menjadi cantik dan gebu.

Pencuci Muka NutriWhite memang tak perlu diperkenalkan lagi sebab memang dah terbukti dengan beribu testimoni. Ianya tidak mengandungi paraben dan terbukti selamat. Tidak mengandungi bahan kimia terlarang dalam proses menyembuh dan memulihkan kulit.

Jadi apa tunggu lagi ? Sekiranya anda mempunyai masalah yang sama seperti adik manis dalam video di atas jangan malu jangan segan nak hubungi saya.


Safeni Feni
SMS/Telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

March 31, 2016

7 Sebab Mengapa Badan Kita Memerlukan Suplemen





1) Dalam sesetengah situasi, bdan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.


2) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengankutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4) Pengambilan pil penahan sakit, laktasif dan ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh. 

5) Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6) Gaya hidup yang sibuk jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

7) Bagi yang bekerja makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.

Mengapa Shaklee ?

1) Berasaskan sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet tiruan, pemanis, pewarna dan perisa.

2) Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan merbahaya seperti racun serangga.

3) Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.

4) Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.

5) Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.

6) Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlit dan angkasawan NASA untuk misi mereka.

7) Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA-Islamic Services of Amirica, Badan yang diiktiraf oleh jakim.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee atau khidmat nasihat secara percuma bolehlah hubungi saya.

Safeni Feni
Sms/ Telegram/ Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com


March 30, 2016

Macam Mana Nak Menulis ?

Tajuk gila lagi kan ? Adesss..  Ramai yang buntu dan takde idea bila nak menulis. Macam ai ni la.. Kadang-kadang ikut jer apa yang nak tulis. Hahaha. Mudah saje.

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah berikan aku idea yang hebat untuk menulis dan memberi manfaat kepada orang lain. Doa biar spesifik gitu. Nak ajak orang untuk menuju kepada perkara baik memang susah sangat. Tambah-tambah lagi dengan keadaan kita yang tak punya apa-apa.  

Walau apapun hidup kita biar kita yang tentukan. Jangan terlalu fikirkan perkara-perkara yang negatif. Fikirkan yang baik-baik. In sha Allah hasilnya juga baik-baik saja.

Tulis dengan seikhlas hati. Buat sehabis baik. Tiada siapa nak marah kecuali bertentangan dengan agama dan hukum-hukum Allah. Jangan buat main. Mesti ramai yang naik hantu kan kan ?

Mula-mula cuba dulu. Lama-lama makin baik dan baik lah. Yang penting jangan putus asa. Belajar dan belajar. Cari mentor yang boleh guide kita untuk menuju kejayaan. Kadang-kadang hidup ni kita perlukan guru untuk memberi tunjuk ajar. Jangan berlagak bodoh sombong sehingga merasakan diri aku sudah pandai semuanya.

Practice makes perfect . haha buat latihan. Latih diri untuk menulis dan menulis dengan lebih baik. Jangan takut mencuba. Kejayaan tidak datang dengan mudah. 

Sebenarnya kata-kata ini adalah untuk diriku sendiri juga kerana aku pun masih belajar dan belajar. Pesanan untuk semua jangan takut untuk melangkah lebih jauh.

March 24, 2016

Pilih Prosedur Kosmetik Selamat



Pilih produk kecantikan yang selamat untuk kegunaan harian. Berhati-hati dengan pembersih muka. Pembersih muka yang terlalu berminyak atau berkualiti rendah kadan-kadang mengandungi pewarna makanan yang mencetuskan tindak balas yang tidak baik untuk kesihatan.

Untuk kulit muda selama-lamanya buang solekan anda sebelum tidur. Berapa ramai antara kita yang terus masuk tidur tanpa membuang solekan? Walaupun bukan selalu namun tabiat ini boleh mendatangkan bahaya pada kulit. Ia akan menjadikan kulit bertambah kusam dan kering dengan solekan. Wanita yang tidak menjaga kebersihan wajah akan kelihatan lebuh  tua sekira tidak membuang mekap. Pemilihan pembersih wajah yang selamat amat membantu mengekalkan kulit wajah supaya kekal bersih dan berseri. Cuba hadkan pendedahan kulit kepada udara yang tercemar.

Pilihan terbaik untuk kulit anda adalah produk yang dari sumber organik dan bebas bahan kimia. Elakkan wangian sintetik. Tanya pada diri samada perlu atau tidak untuk menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia tambahan pada kulit.

Lakukan kajian terlebih dahulu sebelum memilih dan menggunakan produk kecantikkan. Industri kecantikan adalah sebahagian besarnya tidak terkawal. Ia terpulang kepada kita untuk menentukan keselamatan produk dengan membaca label dengan teliti dan produk yang dilabel 'tulen', 'semulajadi' atau 'organik'.

Produk penjagaan kulit yang 'hasilnya cepat' kelihatan menarik tetapi biasanya tidak seperti yang dijangka. Antara produk-produk ini menjanjikan hasil dalam seminggu atau beberapa hari tetapi keputusan masih bergantung kepada beberapa daktor seperti jenis kulit dan rutin fizikal.

Jadi dapatkan kosmetik yang selamat untuk kegunaan harian anda. Shaklee menawarkan rangkaian pembersih dan penjagaan wajah yang selamat untuk kegunaan anda. Klik Sini Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan set NutriWhite Shaklee.

Safeni Feni
Sms/Whatsapp/Telegram : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

March 23, 2016

Video Motivasi Kenapa Kita Mesti Berjaya ?

Saya suka sangat tengok video sharing dari Kak Ayu Gojes ni sebab boleh mendatangkan semangat untuk terus berusaha sampai berjaya. In sha Allah.




Kaya bukan hanya pada harta tetapi lebih kepada kaya ilmu, pemikiran, kreativiti, ibadah dan juga hati.


Kaya harta benda adalah satu bonus yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Kaya tanpa ilmu = Mudah di tipu
Kaya tanpa idea/kreativiti = Sukar berkembang
Kaya tanpa agama = Harta jadi fitnah dunia
Kaya tanpa iman = mengundang musibah

Tujuan untuk kaya adalah untuk memenuhi syariat iaitu untuk :
✔ Menjaga diri agar tidak meminta-minta (mengemis)
✔ Menunaikan tanggungjawab mencari nafkah kepada diri dan keluarga
✔ Menghidupkan semangat jihad (menggunakan harta ke jalan Allah


March 18, 2016

12 Tips Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Kelihatan Muda Remaja




Memiliki kulit yang cantik adalah impian setiap semua orang terutamanya wanita. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat, muda remaja haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pemakanan yang seimbang dan sihat sangat penting bagi menghasilkan kulit yang sihat. 

Jom ikuti beberapa tips untuk mendapatkan kulit yang sihat 


Jauhkan dari sinaran matahari
Cuaca persekitaran memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Jadi elakkan dari berdiri lama di bawah sinaran matahari. 90 peratus kerosakan kulit adalah berpunca daripada sinaran matahari. Sinaran ultraungu boleh menyebabkan kesan penuaan yang cepat kepada kulit. Ia juga merosakkan elastin dan kolagen dalam tubuh.



Jangan merokok !
Nikotin dalam rokok boleh menyebabkan saluran darah mengecil dan menghalang oksigen sampai ke kulit. Ia akan menyebabkan kulit menjadi kering sehinggakan menjadi pucat dan tidak bermaya. Perokok yang aktif boleh menyebabkan mulut dan sekitar bibir menjadi hitam. Bahan kimia yang terkandung dalam rokok menghalang pertumbuhan kolagen dan elastin serta protin untuk menyokong kesihatan kulit.



Amalkan diet yang sihat
Amalkan makan yang sihat untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersih. Elakkan banyak makanan yang mengandungi tinggi kolestrol kerana boleh menyebabkan kulit menjadi menggeleber. Banyakkan makanan yang berunsurkan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Kurangkan pengambilan alkohol bagi bukan muslim
Elakkan mengambil minuman atau makanan yang mengandungi alkohol. Alkohol menyebabkan kulit menjadi kering dan menghalang nutrien penting sampai kepada tubuh.


✿ Minum banyak air kosong
Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah untuk membuang segala toksin dalam badan. Ia juga membantu dalam membentuk kulit bertambah sihat dan bersih dari jerawat dan jeragat.


✿ Dapatkan tidur yang secukupnya
Pembaharuan sel berlaku kebanyakan pada waktu malam apabila oksigen dalam darah diangkut membekalkan zat nutrisi kepada kulit anda dengan lebih cekap untuk otot dan sistem pencernaan lain.


✿ Biasakan dengan senaman
Senaman melancarkan aliran darah dalam badan. Ia juga boleh membentuk kolagen, proten yang diperlukan untuk kekal sihat.



✿ Kebersihan diri
Sentiasa menjaga kebersihan untuk mengelakkan penyakit. Sentiasa pastikan diri dan tangan sentiasa bersih untuk mendapatkan kulit muka yang bersih.



✿ Bercukur 
Bercukur boleh menyebabkan keradangan kulit. Sentiasa pastikan guna krim pencukur atau gel sebelum bercukur. Sentiasa menukar mata pisau cukur anda supaya tidak mendapat kecederaan pada kulit.


✿ Sentiasa berfikiran positif
Berfikir seperti orang muda. Sentiasa berfikiran positif dan terbuka. 


✿ Memanjakan diri sendiri
Manjakan diri dengan mengunjungi spa. Mandi dan scrub seluruh tubuh dengan wangian dan sapu badan dengan pelembab untuk kekalkan kelembapan kulit.


✿ Gunakan produk yang bersesuaian dengan diri
Perkara penting dalam penjagaan kulit adalah dengan menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Sekiranya produk yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan keradangan. 

March 14, 2016

Aku Dan Kehidupan - Aku Berblog Bukan Kerana Nama


Petang ini rasa nak share tentang kehidupan sendiri. Lari dari fakta dan teori dan bersantai-santai merehatkan minda. Menulis tentang kehidupan dan tentang kemanusiaan.

Berfikir tentang kehidupan dan masa depan. Mengimpikan seribu keindahan. Berjuta impian nak capai. Tapi nak dapat capai satu-satu impian itu bukan senang. Banyak sangat dugaan dan cabaran kena lalui. Namun percayalah dugaan Allah itu indah. Dia tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan kita.

Kadang-kadang kita rasa keseorangan, sedih dan kecewa. Kadan-kadang rasa tiada siapa yang ambil peduli. Sebenarnya Allah tengah rindu. Dia nak kita memohon dan merayu padanya. Allah menghantar ujian supaya kita matang dalam perbuatan dan pemikiran. Jadi ambillah peluang untuk memohon dan merayu pada Allah.

Allah itu maha kaya, maha pengasih dan maha penyayang. Jadi mohonlah apa saja yang kita mahu dari dia. Kita hambanya. Allah sayangkan hambanya. 


Adesss... Macam ustazah la mak jemah petang ni. Kenapa teremosi begini ni ? Haaa.. Kadang-kadang bila sentap banyak plak idea yang datang. Ngehngehngeh.


Betul ke ni ? Macam tak percaya boleh menaip cerita begini. Huwaa... 

Oklah bye !


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...