March 30, 2016

Macam Mana Nak Menulis ?

Tajuk gila lagi kan ? Adesss..  Ramai yang buntu dan takde idea bila nak menulis. Macam ai ni la.. Kadang-kadang ikut jer apa yang nak tulis. Hahaha. Mudah saje.

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah berikan aku idea yang hebat untuk menulis dan memberi manfaat kepada orang lain. Doa biar spesifik gitu. Nak ajak orang untuk menuju kepada perkara baik memang susah sangat. Tambah-tambah lagi dengan keadaan kita yang tak punya apa-apa.  

Walau apapun hidup kita biar kita yang tentukan. Jangan terlalu fikirkan perkara-perkara yang negatif. Fikirkan yang baik-baik. In sha Allah hasilnya juga baik-baik saja.

Tulis dengan seikhlas hati. Buat sehabis baik. Tiada siapa nak marah kecuali bertentangan dengan agama dan hukum-hukum Allah. Jangan buat main. Mesti ramai yang naik hantu kan kan ?

Mula-mula cuba dulu. Lama-lama makin baik dan baik lah. Yang penting jangan putus asa. Belajar dan belajar. Cari mentor yang boleh guide kita untuk menuju kejayaan. Kadang-kadang hidup ni kita perlukan guru untuk memberi tunjuk ajar. Jangan berlagak bodoh sombong sehingga merasakan diri aku sudah pandai semuanya.

Practice makes perfect . haha buat latihan. Latih diri untuk menulis dan menulis dengan lebih baik. Jangan takut mencuba. Kejayaan tidak datang dengan mudah. 

Sebenarnya kata-kata ini adalah untuk diriku sendiri juga kerana aku pun masih belajar dan belajar. Pesanan untuk semua jangan takut untuk melangkah lebih jauh.

March 24, 2016

Pilih Prosedur Kosmetik Selamat



Pilih produk kecantikan yang selamat untuk kegunaan harian. Berhati-hati dengan pembersih muka. Pembersih muka yang terlalu berminyak atau berkualiti rendah kadan-kadang mengandungi pewarna makanan yang mencetuskan tindak balas yang tidak baik untuk kesihatan.

Untuk kulit muda selama-lamanya buang solekan anda sebelum tidur. Berapa ramai antara kita yang terus masuk tidur tanpa membuang solekan? Walaupun bukan selalu namun tabiat ini boleh mendatangkan bahaya pada kulit. Ia akan menjadikan kulit bertambah kusam dan kering dengan solekan. Wanita yang tidak menjaga kebersihan wajah akan kelihatan lebuh  tua sekira tidak membuang mekap. Pemilihan pembersih wajah yang selamat amat membantu mengekalkan kulit wajah supaya kekal bersih dan berseri. Cuba hadkan pendedahan kulit kepada udara yang tercemar.

Pilihan terbaik untuk kulit anda adalah produk yang dari sumber organik dan bebas bahan kimia. Elakkan wangian sintetik. Tanya pada diri samada perlu atau tidak untuk menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia tambahan pada kulit.

Lakukan kajian terlebih dahulu sebelum memilih dan menggunakan produk kecantikkan. Industri kecantikan adalah sebahagian besarnya tidak terkawal. Ia terpulang kepada kita untuk menentukan keselamatan produk dengan membaca label dengan teliti dan produk yang dilabel 'tulen', 'semulajadi' atau 'organik'.

Produk penjagaan kulit yang 'hasilnya cepat' kelihatan menarik tetapi biasanya tidak seperti yang dijangka. Antara produk-produk ini menjanjikan hasil dalam seminggu atau beberapa hari tetapi keputusan masih bergantung kepada beberapa daktor seperti jenis kulit dan rutin fizikal.

Jadi dapatkan kosmetik yang selamat untuk kegunaan harian anda. Shaklee menawarkan rangkaian pembersih dan penjagaan wajah yang selamat untuk kegunaan anda. Klik Sini Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan set NutriWhite Shaklee.

Safeni Feni
Sms/Whatsapp/Telegram : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

March 23, 2016

Video Motivasi Kenapa Kita Mesti Berjaya ?

Saya suka sangat tengok video sharing dari Kak Ayu Gojes ni sebab boleh mendatangkan semangat untuk terus berusaha sampai berjaya. In sha Allah.




Kaya bukan hanya pada harta tetapi lebih kepada kaya ilmu, pemikiran, kreativiti, ibadah dan juga hati.


Kaya harta benda adalah satu bonus yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Kaya tanpa ilmu = Mudah di tipu
Kaya tanpa idea/kreativiti = Sukar berkembang
Kaya tanpa agama = Harta jadi fitnah dunia
Kaya tanpa iman = mengundang musibah

Tujuan untuk kaya adalah untuk memenuhi syariat iaitu untuk :
✔ Menjaga diri agar tidak meminta-minta (mengemis)
✔ Menunaikan tanggungjawab mencari nafkah kepada diri dan keluarga
✔ Menghidupkan semangat jihad (menggunakan harta ke jalan Allah


March 18, 2016

12 Tips Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Kelihatan Muda Remaja




Memiliki kulit yang cantik adalah impian setiap semua orang terutamanya wanita. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat, muda remaja haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pemakanan yang seimbang dan sihat sangat penting bagi menghasilkan kulit yang sihat. 

Jom ikuti beberapa tips untuk mendapatkan kulit yang sihat 


Jauhkan dari sinaran matahari
Cuaca persekitaran memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Jadi elakkan dari berdiri lama di bawah sinaran matahari. 90 peratus kerosakan kulit adalah berpunca daripada sinaran matahari. Sinaran ultraungu boleh menyebabkan kesan penuaan yang cepat kepada kulit. Ia juga merosakkan elastin dan kolagen dalam tubuh.



Jangan merokok !
Nikotin dalam rokok boleh menyebabkan saluran darah mengecil dan menghalang oksigen sampai ke kulit. Ia akan menyebabkan kulit menjadi kering sehinggakan menjadi pucat dan tidak bermaya. Perokok yang aktif boleh menyebabkan mulut dan sekitar bibir menjadi hitam. Bahan kimia yang terkandung dalam rokok menghalang pertumbuhan kolagen dan elastin serta protin untuk menyokong kesihatan kulit.



Amalkan diet yang sihat
Amalkan makan yang sihat untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersih. Elakkan banyak makanan yang mengandungi tinggi kolestrol kerana boleh menyebabkan kulit menjadi menggeleber. Banyakkan makanan yang berunsurkan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Kurangkan pengambilan alkohol bagi bukan muslim
Elakkan mengambil minuman atau makanan yang mengandungi alkohol. Alkohol menyebabkan kulit menjadi kering dan menghalang nutrien penting sampai kepada tubuh.


✿ Minum banyak air kosong
Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah untuk membuang segala toksin dalam badan. Ia juga membantu dalam membentuk kulit bertambah sihat dan bersih dari jerawat dan jeragat.


✿ Dapatkan tidur yang secukupnya
Pembaharuan sel berlaku kebanyakan pada waktu malam apabila oksigen dalam darah diangkut membekalkan zat nutrisi kepada kulit anda dengan lebih cekap untuk otot dan sistem pencernaan lain.


✿ Biasakan dengan senaman
Senaman melancarkan aliran darah dalam badan. Ia juga boleh membentuk kolagen, proten yang diperlukan untuk kekal sihat.



✿ Kebersihan diri
Sentiasa menjaga kebersihan untuk mengelakkan penyakit. Sentiasa pastikan diri dan tangan sentiasa bersih untuk mendapatkan kulit muka yang bersih.



✿ Bercukur 
Bercukur boleh menyebabkan keradangan kulit. Sentiasa pastikan guna krim pencukur atau gel sebelum bercukur. Sentiasa menukar mata pisau cukur anda supaya tidak mendapat kecederaan pada kulit.


✿ Sentiasa berfikiran positif
Berfikir seperti orang muda. Sentiasa berfikiran positif dan terbuka. 


✿ Memanjakan diri sendiri
Manjakan diri dengan mengunjungi spa. Mandi dan scrub seluruh tubuh dengan wangian dan sapu badan dengan pelembab untuk kekalkan kelembapan kulit.


✿ Gunakan produk yang bersesuaian dengan diri
Perkara penting dalam penjagaan kulit adalah dengan menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Sekiranya produk yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan keradangan. 

March 14, 2016

Aku Dan Kehidupan - Aku Berblog Bukan Kerana Nama


Petang ini rasa nak share tentang kehidupan sendiri. Lari dari fakta dan teori dan bersantai-santai merehatkan minda. Menulis tentang kehidupan dan tentang kemanusiaan.

Berfikir tentang kehidupan dan masa depan. Mengimpikan seribu keindahan. Berjuta impian nak capai. Tapi nak dapat capai satu-satu impian itu bukan senang. Banyak sangat dugaan dan cabaran kena lalui. Namun percayalah dugaan Allah itu indah. Dia tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan kita.

Kadang-kadang kita rasa keseorangan, sedih dan kecewa. Kadan-kadang rasa tiada siapa yang ambil peduli. Sebenarnya Allah tengah rindu. Dia nak kita memohon dan merayu padanya. Allah menghantar ujian supaya kita matang dalam perbuatan dan pemikiran. Jadi ambillah peluang untuk memohon dan merayu pada Allah.

Allah itu maha kaya, maha pengasih dan maha penyayang. Jadi mohonlah apa saja yang kita mahu dari dia. Kita hambanya. Allah sayangkan hambanya. 


Adesss... Macam ustazah la mak jemah petang ni. Kenapa teremosi begini ni ? Haaa.. Kadang-kadang bila sentap banyak plak idea yang datang. Ngehngehngeh.


Betul ke ni ? Macam tak percaya boleh menaip cerita begini. Huwaa... 

Oklah bye !


SET ASAS KESIHATAN


Set asas kesihatan untuk memenuhi segala keperluan nutrien harian. Memberikan khasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat, cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Kebaikan set asas kesihatan ini :-
✔ Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
✔ Membantu anda berasa lebih bertenaga
✔ Menguatkan sistem imun anda
✔ Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat

Set asas kesihatan ini mengandungi :
1) Vita-lea iron formula
2) B-Complex
3) Sustained release vita C 500mg
4) ESP soy isolate powder


Vita-lea Iron Formula
Sebagai pemberi tenaga untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental
✔ Membantu sistem memori dan fokus dalam kerja harian
✔ Pelengkap nutrisi kerana vitalea mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk kekal sihat
✔ Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
✔ Melindungi organ dan fungsi buah pinggan, jantung dan hati


B-Complex

Berfungsi untuk menukar makanan kepada tenaga
✔ Melawan tekanan dan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan imsonia
✔ Membantu tumbesaran yang sihat dan normal untuk bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang
✔ Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak dan meningkatkan kualiti penglihatan
✔ Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi 
✔ Ia juga adalah detoksifikasi dengan meredakan alahan

Sustained Release Vita C 500mg
Membantu merangsang pembentukan kolagen yang menghalang kedutan dan menghalang otot dari menjadi lembik.
✔ Meningkatkan sistem imun untuk menentang bakteria jahat
✔ Mecantikkan kulit dengan menjadikan kulit bertambah cerah, melambatkan penuaan dan mengurangkan pigmentasi.
✔ Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah supaya kekal stabil
✔ Memperbaiki insomnia, stress dan masalah berkaitan dengan mental seperti keresahan.


ESP - Energizing Soy Protein

✔ Mengandungi asid amino yang penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain
✔ Sangat baik untuk fungsi hormon dan membantu dalam merendahkan paras kolestrol
✔ Sangat baik untuk prostat kerana genistren yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
✔ Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan dan mengurangkan kesan parut
✔ Membekalkan tenaga dan meningkatkan sistem imun


Safeni Feni
Sms/telegram/Whatsapp : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

March 11, 2016

SET KESIHATAN LELAKI


Lelaki juga tidak kurang hebatnya dalam bab menjaga kesihatan dan kecantikan diri bagi memastikan diri bebas dari penyakit dan sentiasa kelihatan segak bergaya. Bagi memastikan kesihatan terjaga dan kekal cergas untuk melakukan rutin harian ada beberapa suplemen yang disyorkan kepada mereka. Antaranya adalah seperti gambar di atas. 

Mari kita lihat satu persatu khasiat setiap produk di atas 

Omega mengandungi asid lemak yang penting untuk perkembangan otak dan melancarkan peredaran darah. Omega juga membantu mencegah kanser prostat dan meningkatkan kecergasan lelaki. Jangan tak tahu omega juga boleh memelihara kesihatan jantung.

Vitamin E sangat penting untuk lelaki untuk memulihkan kemampuan reproduktif. Kajian menunjukkan lelaki yang mengambil 600IU sehingga 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Vitamin e juga meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. 

Zinc complex juga sangat penting untuk lelaki. Zinc complex dirumus khas dari zinc glukonat semulajadi dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meningkatkan bilangan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.


Jadi untuk lelaki-lelaki sado dan macho yang inginkan suplemen kesihatan dan kecantikkan diri boleh mengambil set kesihatan lelaki ini. Untuk mengekalkan kesuburan dan dalam proses untuk memiliki zuriat seeloknya mengambil ketiga-tiga botol suplemen diatas untuk kesan yang maksimum.

Safeni Feni
Sms/Whatsapp/Telegram : 01115672780






Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...