August 10, 2022

Alhamdulillah untuk hari ini

Alhamdulillah dapat datang kerja dan anak-anak pergi sekolah pagi ni. Allah susahnya nak lawan penyakit malas ni kan. Nak istiqamah je arah kebaikan. Nak buat baik dan disiplinkan diri. Kita mak-mak ni cuba yang terbaik untuk keluarga.


Kita mak-mak ni kena kuat. Tak boleh lemau-lemau. Kalau rasa malas sekalipun tetap kena kuat untuk suami dan anak-anak. Kekuatan rumah tangga. Kalau kita pun lemah, seluruh isi keluarga akan lemah. Betul tak ?


Suami pun, kalau kita membebel baru nak buat. Ibarat macam anak sulung. Begitulah ceritanya. Setiap rumah tangga tu Allah uji macam-macam kan. Jadi kita hamba ni jangan putus asa untuk sentiasa jadi baik dan buat yang terbaik.


Hari ni Kak Feni terbaca satu kisah dimana tentang aura negatif. Bila kita bersama orang yang sentiasa negatif, kita akan jadi negatif orangnya. Jadi kena cari orang yang sentiasa positif untuk hidup ini. Duduk dalam persekitaran negatif secara tak langsung aura negatif tu akan melekat dekat kita.


Pagi-pagi kena selalu beryukur dengan nikmat yang Allah bagi supaya kita boleh nikmati aura positif yang ada di sekitar kita. Kalau ada peluang bersahabatlah dengan alam sebab alam kita ni penuh dengan aura positif. 



Semoga kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah bagaikan air yang mengalir tanpa henti. 💓

August 9, 2022

Tukar Duit Syiling - Hasil Menabung Di Pejabat

Alhamdulillah hari ni tukar duit syiling hasil menabung di opis. Haha walau hanya sekadar dapat RM36.00. Rezeki Allah bagi kan. Ingat nak kumpul lagi banyak tapi dah ada orang nak tukar. Kita pun bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.



Baru hari Ahad lepas suami Kak Feni pergi tukar duit syiling tabung dia di rumah dekat Petronas. Dapatlah RM150.00 untuk sekali tukar. Haa kau jangan pandang rendah dengan duit syiling.



Dapat duit ni boleh je buat topup nak beli apa-apa kan. Haha Kak Feni tulis boleh buat belanja seminggu di opis. Maklumlah belanja mahal sekarang ni. 


Belanja sekolah anak-anak pun banyak sekarang. Tak tahu nak jimat kot mana. Bertabahlah kita. 


Lepas dah tukar ni, kena start kumpul balik tak tahu bila pulak nak penuh. Hehe semoga kita semua sentiasa dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus. InshaAllah. 💓



August 5, 2022

Salam Jumaat 7 Muharram 1444

Kadang-kadang hidup ni. Apa yang kita inginkan Allah tak tunaikan atau lambat tunaikan bersebab. Dia sedang merancang yang lebih baik untuk kita. Kita merancang dan merancang. Plan itu ini tapi at last tak jadi sebab macam-macam sebab.


Kita renungkan kembali, mesti ada hikmah kenapa ini terjadi. Mungkin Allah sedang beri yang terbaik untuk kita cuma kita yang tak nampak sebab apa ? Sebab kita ni tak sabar.


Allah suruh kita sabar sikit je tapi kita ni kalut. Semua nak cepat. Kalut nak kejar apa tak tahu. Last-last habuk pun takde.


Bila dah berumur 30-an nak masuk 40-an ni. Alhamdulillah Allah bagi hidayah untuk berfikir lebih matang untuk setiap tindakan. Kadang-kadang kita bila nak marah boleh buat tindakan yang akan membinasakan bukan saja diri sendiri malah orang lain.


Jadi tenang. Bertenang dan tarik nafas untuk membuat keputusan. Bila kita bertenang, keputusan yang kita buat pun lebih bijak dan rasional. Biasalah hidup ini. Tak semuanya mudah seperti yang kita mahukan. Allah uji sikit untuk tengok sejauh mana iman kita.



Semoga pengakhiran kita yang baik-baik dan sentiasalah berdoa agar dijagakan hati dan iman oleh Allah. 

August 2, 2022

Ogos Kembali Lagi - Salam Bulan Kemerdekaan

Alhamdulillah Ogos kembali lagi. Bulan merdeka bagi rakyat Malaysia. Bulan ni akan kalutlah ibu bapa penjaga nak beli bendera sebab nak sambut kemerdekaan. 2 tahun sambut di rumah. Tahun ini, inshaAllah boleh sambut ramai-ramai.


Anak-anak pun dah riuh rendah cerita aktiviti tahun ni. Merdeka merdeka merdeka !


Masa pergi kedai buku pun dah banyak jual bendera. Anak-anak pun sibuk cakap nanti kena beli bendera. Pejam celik dah habis setengah tahun kan ?


Lagi berapa bulan je nak masuk tahun baru 2023. Umur pun makin bertambah. Harapnya yang datang kepada kita yang baik-baik saja. Begitulah doanya.


Ni anak-anak sekolah rendah memang seronoklah nak sambut merdeka. Tahun ni baru Adik Rayyan boleh sekolah dengan baik. 2 tahun sibuk dengan PKP dan virus C19 ni. Tahun ni baru boleh makan dekat kantin. Kalau tak semua kena order dulu dan makan dalam kelas.


Bersyukur sangat dengan perkembangan semasa. Tapi masih kena beringat sebab sekarang ni macam-macam penyakit yang datang. Tak kira tua atau muda semua kena. Hospital nampaknya dah semakin penuh semula. Jadi sama-sama kita jaga diri, jaga kesihatan dan jaga semua lah.




August 1, 2022

5 Kebaikan Mandi Air Panas dan Sejuk Untuk Kesihatan

Pernah dengar tentang mandi air panas dan sejuk boleh meningkatkan kesihatan kita. Kak Feni pun pernah dengar dan sebaiknya kita amalkan. 


Kebaikan mandi air panas

1. Mengurangkan Keletihan


Sesekali berendam atau mandi air panas atau suam boleh mengurangkan keletihan. Melancarkan perjalanan darah dan melegakan.


2. Megurangkan Sakit Kepala


Boleh cuba mandi dengan air panas bila terasa sakit kepala. Salah satu rawatan alternatif selain dari mengambil ubat-ubatan. Mandi dengan air panas boleh mengurangkan sakit kepala.


3. Merehatkan Otot


Bagi mereka yang bekerja yang perlukan tenaga yang banyak macam pemandu, angkat berat, atlit dan sebagainya. Mandi dengan air panas boleh melegakan otot yang tegang. Ia membantu mengendurkan otot yang tegang dan menjadi lebih tenang.


4. Melegakan Hidung Yang Tersumbat


Bagi mereka yang berasa kurang sihat dan sedang mengalami selsema boleh cuba mandi dengan air panas. Wap air panas membantu melegakan hidung yang tersumbat akibat selsema. Air panas yang ditambah dengan lemon juga membantu memberikan kelegaan dan keselesaan kepada tubuh badan.


5. Membuka Pori dan Membersihkan Kulit


Wap air panas menyebabkan liang pori terbuka dan membantu membersihkan kulit. 


Kebaikan Mandi Air Sejuk


1. Mencegah Selsema


Rasa badan panas, seeloknya mandi dengan air sejuk supaya panas dalam badan dapat dikeluarkan. Perasan tak ? Bila kita demam, doktor sarankan supaya kerap mandi dan jaga kebersihan.


2. Menegangkan Kulit


Wanita amat sukakan kulit yang tegang dan cantik. Amalan mandi air sejuk boleh membantu untuk menegangkan kulit.


3. Mengurangkan Tekanan


Stress atau tekanan dalam kehidupan boleh dikurangkan dengan mandi air sejuk. Nikmati dan manjakan diri supaya rasa segar. Bila dah segar otak pun boleh berfikir dengan tenang dan rasional.


4. Merangsang Sistem Imun


Jangan tak tahu mandi boleh kuatkan sistem imun. Kita kalau tak mandi sehari boleh menyebabkan badan rasa lemau dan lemah. Bila mandi dengan air sejuk, badan pun bertambah sihat.


5. Mempercepatkan Metabolisma


Nak sihat, mandi dengan air sejuk. Badan jadi lebih sihat dan kuat.


Jangan tak mandi ya. Mandilah untuk jaga kesihatan. Air tu penawar. Tak kisahlah mandi air panas ke air sejuk yang penting mandi dan jaga kebersihan. Bagi kita yang muslim ni kebersihan itu adalah sebahagian dari iman.


July 29, 2022

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1444

Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk tahun baru Islam. Syukur pada Allah kerana masih memberikan peluang untuk menikmati hidup ini. Petang ni sama-sama kita berdoa akhir tahun dan awal tahun.


Harapan Kak Feni untuk tahun  baru Islam ni semoga sentiasa istiqamah ke jalan Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan berusaha kejar syurga Allah.


Untuk keluarga juga Kak Feni doakan yang baik-baik saja datang. InshaAllah.


Sesungguhnya hanya Allah tempat bergantung. Dunia ni pinjaman saja. Bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil balik. Begitulah peringatan kepada diri sendiri.


Nikmat sihat, berkeluarga, rezeki dan macam-macam lagi adalah nikmat yang Allah bagi. Kadang-kadang kita duit banyak pun hati tak tenang sebab kita selalu fikirkan kekurangan diri. Sedangkan kalau kita hitung nikmat yang Allah bagi tidak ternilai harganya.


Yang miskin pun ujian. Yang kaya pun ujian. Masing-masing ada ujian masing-masing. Cuba kita renungkan hidup ini. Orang kaya pun ada ujiannya. Ada duit tapi anak-anak selalu sakit. Duit banyak habis untuk berubat anak. Hati tak tenang sebab fikirkan anak-anak. Nilah dinamakan ujian.


Orang miskin pula terhad dengan kebendaan untuk dapatkan sesuatu yang dihajati. Begitulah hidup ini. Allah itu Maha Adil. Bersangka baiklah dengan Allah. Ujian itu tandanya Allah sayang.


Dalam hidup ini. Kita merancang. Allah merancang dan sebaik perancang adalah Allah. 💗

July 22, 2022

Barang AMWAY Kak Feni Dah Sampai

Okey hari ni nak share pasal produk Amway yang Kak Feni order dah sampai. Hari tu try deodorant GH dia memang best. Ni nak try losyen Allano pulak. 



Excited bila barang sampai tak sabar nak unboxing. Order 19 haribulan Julai. 22 haribulan baru sampai. Lama juga masa nak sampai ya walaupun office Kak Feni ni tengah bandar Kuala Lumpur. Member Kak Feni yang duduk di Kota Bharu order hari yang sama dah sampai semalam.



Ramai yang suggest untuk Kak Feni try losyen ni. Kebetulan sejak banjir hujung tahun lepas semua skin care dan peralatan kecantikan Kak Feni dah habis kena banjir. Buang semua makanya kita try lah benda baru ni kan.


Mula-mula sampai Kak Feni terkejut sebab macam air. Eh air ke ? haha dasar jakun sebab tak pernah guna kan. Rupanya ia losyen jenis spray. Kena spray dulu baru boleh sapu dekat tangan. Best sebab spray sikit je dah keluar banyak.


Ada bau dan baunya wangi. Kak Feni pakai dekat tangan memang best sebab tak melekit. Yang bestnya losyen Allano ni boleh hilangkan ruam. Ada anak kawan Kak Feni yang ada ekzema teruk memang guna losyen ni je sebab boleh kurangkan ekzema. Losyen lain memang tak boleh guna sebab akan naik gatal dan merah-merah.


Selain dari boleh buat losyen ruam. Ia juga boleh dibuat sunscreen yang membantu menjaga kulit dari perlindungan UV. Patutla bila on sales je asyik sold out je. Ramai yang berebut nak beli. 


By the way Kak Feni dah daftar jadi member untuk AMWAY ni. Setakat ni hanya untuk try dan guna sendiri je tapi kalau korang berminat nak order barang AMWAY ni boleh je wasap Kak Feni +601115672780 untuk pertanyaan.


Next Kak Feni

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...