May 2, 2018

HABIS DAH CUTI 4 HARI DAN KEMBALI BEKERJA

Fuh habis dah cuti. Balik kampung Jumaat malam 27/04/2018. Kami gerak lambat sebab macam-macam hal tidak seperti yang dirancang. Biasalah bila dah nak cuti kena lah selesaikan segala kerja sebelum boleh bergerak balik kampung dengan aman damai.

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 11.30 malam. Letihnya la hai. Penat sangat rasa. Kita yang duduk belakang ni pun penat, suami yang bawa kereta lagi lah penat. Mujur ada adik ipar yang naik sekali dengan kami boleh gili-gilir drive.

Adik Rayyan balik dulu ikut angah dia. Tinggal kami je yang balik kemudian. Sampai kampung dalam pukul 5.30 pagi. Mata macam kena gam nak teman en hubby bawak kereta pun tak boleh. Kejap-kejap lena. Abang Aus masuk je kereta terus cakap nak tidur.

Sampai rumah opah tengok Adik Rayyan dah bangun. Dia tunggu ummi, abah dengan Abang Aus sampai. Bila tengok muka kami terus senyum ceria. Ummi dah tak larat nak cakap dah terus cari port nak baring. 

Kejadian 28/04/2018 (Sabtu) - Hari kenduri

Bangun pagi-pagi walaupun tak berapa nak pagi. Mengantuk gila baq hang ! Majlis bermula pukul 10.00 pagi dengan acara marhaban oleh kaum wanita Kg. Tanjung Rambai. Selesai marhaban dan berendoi dalam pukul 11.00. Majlis makan-makan sampai pukul 3.00 petang. 

Di kesempatan ini sempat bergambar sekeping dua dengan en hubby. Masa ni anak-anak dah tidur sebab mengantuk dan penat sangat. 





Alhamdulillah selesai satu majlis. 


Pelamin untuk Majlis Berendoi Adik Iman ni di tempah khas dengan BUTIK PENGANTIN SHILA RASHID. Service dia terbaik dari ladang dan memang tip top. Cantik kalah orang nak kawin. Hehehe Kalau nak tempah pelamin untuk sebarang majlis korang boleh jer kontek Kak Shila. Cantik dan manis orangnya. Boleh deal ikut bajet masing-masing. Don't worry dia pemurah orangnya. Mesti tak berkira kalau nak topup-topup bunga ke apa ke. 








Alang save photo Iman kat sini. Esok Iman dah besar boleh review balik majlis berendoi iman yang macam retis ni. Hahaha

Ummi tak banyak gambar dengan anak-anak sebab tak berkepit macam belangkas dengan abah. Sorang sibuk kerja rumah sorang sibuk dengan urusan luar rumah. Pandai-pandai lah bawak diri. 

Petang hari Sabtu agak lengang sikit dengan aktiviti. Ummi bawak mek keluar beli spek mata hitam baru. Maklumlah baru lepas buat mata ni dia kata mata dia silau kalau kena cahaya. Jadi ummi bawak jelah keluar. Ajak Mek Aila teman. Anak-anak taknak ikut jadi ummi keluar bertiga dengan Mek dan Aila.


Aku ada sorang je mek kat dunia ni. Jadi selagi ada peluang nak buat yangg terbaik untuk dia. Tak terbalas segala jasanya membesarkan aku.

Malam aktiviti berbbq depan rumah opah. Macam-macam ada. Kito tak ado dalam gambar sebab Mat Rayyan menangis nak tidur. Nak melepak berborak pun tak sempat. Huhu


29/04/2018 (Ahad)

Aktiviti agak santai sebab semua orang banyak bersiap nak pulang ke lubuk masing-masing. Tinggal lah kami satu family dengan Mak Ude yang akan balik pada 1 hb Mei.

Pagi sarapan, lepak huha-huha dengan keluarga. Sembang-sembang membawang dengan sedara mara sebab lama tak jumpa. Bila lama tak jumpa banyak cerita nak share. Siap-siap masak untuk makan tengahari. Lepas makan beransur-ansur gerak anak-anak cucu opah. 

Petang Ahad sempat pergi potong rambut dekat kedai cina di Gerik. Tiap kali balik kampung mesti pergi. Kalau tak gunting cuci rambut memang best. Harga gunting rambut di Gerik murah je. Satu kepala RM10.00. Kalau di KL mana dapat harga macam ni. Menangis berdarah hidung lah kalau dapat murah.

30/04/2018 (Isnin)

Time for lepakkk and rest. Hari ni pagi sampai tengahari lepak rumah opah. Masak makan tengahari. Lepas makan tengahari kami keluar ke pekan beli selipar Mak Dak. Dia nak Kie jugak yang belikan. Belilah 2 pasang untuk dia.


Bawak dia pergi makan mee sup. Beli kuih dekat Gerik kemudian balik kampung. Ummi dengan abah berpecah sebab ummi nak teman acik pergi potong rambut. Lepas tu kami lepak kedai kak. Tolong dia menega. Assistant tak ada. Dia jadi tukang masak sendiri. Malam baru abah jemput ummi balik.

01/05/2018 (Selasa)

Bangun awal pagi bersiap untuk pergi kenduri Poksu di Kuala Kangsar. Kenduri yang dinantikan oleh seluruh ahli keluarga. Hehehe.

Kami keluar awal dan sempat bersarapan di kedai corner. Makan roti canai teh tarik. Masa zaman takde anak dulu dok lepak sini jela. Bila balik kampung sekali sekala mesti singgah. Roti canai lembut dan sedap. Anak-anak pun suka makan.


Next agenda ke pekan Gerik rumah kak. Terus ke Kuala Kangsar untuk majlis Poksu. Sampai di Kuala dalam pukul 12.00 tengahari dan majlis berlangsung dalam pukul 1.30. Rombongan pihak lelaki ramai maklumlah anak-beranak ramai.


Finally, Poksu dah kahwin. Tahniah Poksu dan ucapan semoga bahagia sampai syurga. Kami ni minta maaf banyak-banyak sebab kenduri di Pahang tak dapat hadir. 

Selesai kenduri kami singgah di Pekan Kuala Kangsar. Nak makan laksa Kuala tak boleh sebab perut dah penuh jadi kami hanya meneruskan perjalanan pulang ke lubuk masing-masing. Bye-bye Gerik. Bye-bye Kuale. Next week kami pulang lagi untuk mengundi.

Hari ni dah mula kerja. 

April 27, 2018

SELESAI COD OSTEMATRIX UNTUK HARI NI

Buat bisnes online ni kadang-kadang best dan kadang-kadang tak best. Bergantung pada rezeki. Alhamdulillah rezeki Feni dengan Shaklee tetap ada walaupun untung tak banyak tapi rasa best gila bila dapat tolong orang lain.

2 malam lepas masa tengah dok cuci rumah adik ipar sebab dia baru pindah. Wasap masuk nak order ostematrix. Ohh baru perasan yang dah tarikh gaji. Kalau gomen dah dapat gaji awal. Kami kerja swasta ni agak lambat sikit berbanding dengan orang gomen.

Okey ! Habis citer bab tarikh gaji.

Yang wasap ni lawyer opis depan. Selalu hai hai bye bye je. Takdelah borak panjang kalau jumpa. Awal minggu ni dia terserempak dengan Feni dekat koridor masa nak masuk pejabat. Dia tanya-tanya pasal ostematrix. Untuk kuatkan gigi boleh ke ostematrix ni Feni ?

So.. Feni pun pot-pet pot-pet la cerita sikit-sikit pasal ostematrix ni. Dia cakap okeylah nanti kalau jadi Fatin order. Feni pun okey.

Dan hari ni selamat dah COD ostematrix kepada dia.



Alhamdulillah. Hari ni 2 kali bukak shaklee2u untuk buat order. Kalau macam susah sangat dan takde modal nak menega. Eloklah cuba buat bisnes Shaklee ni. Semua boleh buat hujung jari. Kalau macam customer nak COD boleh jer deal tunggu 2 3 hari. Sebab kalau order online pun kena tunggu jugak melainkan customer nak urgent.

Rezeki takkan kemana kalau kita usaha. Allah tahu bila nak bagi dekat kita. Pasal bisnes Shaklee ni bisnes paling mudah dan senang sebab vitamin dia memang diuji secara klinikal dan dibuktikan dengan sains. Ada fakta yang benarrrr orang kata. Bukan vitamin yang timbang kilo.

TESTIMONI OSTEMATRIX 





Boleh hubungi Feni untuk dapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat percuma.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


April 26, 2018

Balik Kerja Naik Lori

Semalam balik kerja dengan lori yang abah dok bawak hari-hari. Hampir 7 tahun dah abah dok bawak lori tu. Dari takde ekon kepada ada.

Sebab apa abah kena bawak lori balik semalam ? Sebab nak angkut barang adik dia nak pindah. Baru dapat rumah sewa di area Langat jugak. Alhamdulillah mungkin doa mak jugak dipermudahkan segala urusan. Bukan apa, sorang duduk sini sorang duduk di kampung. Anak dah ada seorang. 

Bila dah duduk sekali ni pandai-pandailah suami isteri nak hidup kan. Bila lagi nak belajar berdikari. Dah jadi ibu bapa kan. 

Macam kami dulu jugak lah. 4 tahun aku duduk dengan mertua. Hari ni alhamdulillah dah hampir 3 tahun duduk sendiri. Walaupun masih menyewa tapi alhamdulillah rezeki anak-anak tetap ada. Tak mewah mana tapi kami perlahan-lahan bina keluarga.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kadang-kadang pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan jadi aku dah biasa hidup susah. Tapi hari ini alhamdulillah Allah bagi nikmat berganda-ganda. Terima kasih ya Allah.

Dapat suami yang baik. Anak-anak yang bijak dan juga pandai hormat orang tua. Sungguh aku bersyukur dengan nikmat ini. Kehidupan anak-anak aku yang jauh lebih mudah berbanding aku dulu. 

Setakat balik naik lori apa ada hal ? Orang lain susah lagi dari kita. Nak cakap pasal demand tak demand memang mengada-ngada lah. Beryukur dengan nikmat Allah bagi. Allah bagi lebih lagi. Nikmat kasih sayang, nikmat kesihatan, nikmat dapat makan dan banyak lagi kalau nak hitung.


Nahhh belanja satu gambarr masa tengah jem semalam. Kami ikut jalan Ampang. Ikut look view tu. Jadi masa lebih singkat berbanding lalu jalan Leasure Mall. Naik lori weh, tak sanggup kalau hari-hari nak redah jem nak pergi balik kerja.

Bila fikir-fikir macam ni lah laki aku dok hadap. Huhu kesian kat lakiku. Nak cari rezeki untuk anak dan isteri kena hadap jugak lah. Dengar cerita dapat naik pangkat tapi tak nak sebab takut tak ejoy dengan kerja baru. Adeiii apa nak buat ? Kita takleh nak paksa orang kannnnn.

Apapun nak ucapkan terima kasih dekat abah sebab selalu buat yang terbaik untuk anak-anak dan isteri. Kami semua sayang abah selalu.

20 TIPS UNTUK HIDUP TENANG


1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.

2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.

3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.

4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna.

5. Banyakkan senyum . Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya.

6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakab semula emosi negatif sendiri.

7. Sentiasa menjadi insaf pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam.

8. Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.

9. Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.

10. Sayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.

11. Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat.

12. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki.

13. Sentiasa mencintai kerjaya atau apa yang kita buat.

14. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, buatlah dengan rela dan ikhlas.

15. Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi.

16. Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita.

17. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.

18. Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.

19. Hadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.

20. Banyakkan riadah dan bersukan.

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh : Klik Sini

April 25, 2018

BILA TERLEPAS PELUANG

Ni lah akibat banyak sangat emel sampai diri sendiri pening nak manage. Mujurlah akaun FB ada satu je. Akaun emel ni jarang guna sebab selalu guna yang biasa je feni8683@gmail.com. Tak ingat dah pasal apa aku boleh buka akaun emel yang ni. Tadi try buka emel-emel yang aku pernah create. Dapat emel yang ni. 


Nahhh ambik. Padan muka dah terlepas satu peluang nak tambah duit. Marilah kita berhuhu.

Takpe takpe. Keep positif dan teruskan usaha mesti Allah tengah rancang yang lebih baik. Kadang-kadang kita ni selalu stuck dengan satu masalah, padahal ada banyak lagi peluang yang boleh kita cuba. Yang penting jangan mudah putus asa.

Macam aku dulu lahhhhh. Selalu mudah sentap dengan segala kritikan. Lepas tu syok sendiri (SS) padahal orang tak kat aku tapi aku yang touching lebih. Namun sejak aku selalu baca buku-buku motivasi dan bergaul dengan orang-orang positif ni aku lebih open minded dan berani membuat something yang aku tak pernah buat. 

Berfikir di luar kotak. Lantaklah apa orang nak kata sebab bukan orang yang tolong aku masa aku susah melainkan diri aku sendiri dan juga family aku. Jadi buat apa aku nak layan atau amik port pasal kata-kata orang kan. Asalkan aku tak menyusahkan orang ye dok.

Macam tu juga aku selalu nasihatkan anak-anak buah aku, sahabat-sahabat aku sebab kadang-kadang aku ni memang akan depa cari untuk meluahkan perasaan. Aku ni kan pendengar yang baik. Aku ni kalau nak bantu dari segi wang ringgit memang tak mampu. Tapi sebagai penasihat yang tidak berbayar aku boleh. Hahaha

Okeylah aku rasa cukuplah bebelan merapu meraban aku petang ni. Kesahnya aku terlepas peluang menulis blog. Hahaha takpelah aku tunggu rezeki yang lebih besar lepas ni.




April 24, 2018

TESTIMONI YOUTH SHAKLEE UNTUK KULIT YANG BERMASALAH

Youth adalah produk Shaklee yang terbaru dan baru dilancarkan bulan April ni. Setelah produk skin care NutriWhite dan Enfuselle dihentikan dan diganti dengan produk Youth yang lebih baik dan diuji secara klinikal sesuai untuk kulit.



Jom kita tengok testimoni Youth yang telah berjaya memulihkan masalah kulit.






Produk ini direka untuk pengguna selama 60 hari. Lebih kurang 2 bulan kegunaan. Kalau macam berjimat cermat boleh tahan lama sikit. Kalau share dengan En. suami cepatlah habisnya. Produk ini di formulasi sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi tiada masalah bagi mereka yang ada masalah kulit sensitif dan berkulit normal.

Kulit biasanya mengambil masa beberapa hari sehingga ke berapa minggu untuk sesuai dengan rejimen baru. Macam contohnya, kehadiran jerawat kecil, bintik hitam, atau bintik putih atau sedikit ketegangan/ kegatalan kulit mungkin berlaku semasa proses penyesuaian. Untuk membantu kulit dalam proses ini, kita boleh mencuba satu produk dahulu dan secara beransur-ansur tambah produk seterusnya ke dalam rejimen kita.



Jom dapatkan SET YOUTH anda hari ini ! Hubungi Feni untuk order.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 23, 2018

Bila AirCond Tidak Berfungsi

Hari ni masuk pejabat agak lambat sebab pergi melawat sahabat suami yang meninggal pukul 3 pagi tadi. Alfatihah untuk arwah. Semoga roh beliau di tempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman.

Masuk pejabat, terus riuh rendah sahabat-sahabat dalam pejabat bagitahu air takde. Jadi jangan makan atau minum banyak-banyak takut susah nak membuang. Kang naya pulak. Aku ni dahlah rumah jauh. Nak balik pun tak berbaloi. Dalam pukul 11 aircond dah mula slow. Mujur ada kipas atas meja. Jadi bolehlah menampung buat hilang sesak nafas.


Kalau takde kipas tak tahu nak bagitahu macam mana. Rasa macam duduk dalam sauna. Mujur bos pun meeting dekat luar. Kalau tak lagi haru biru. Bila semua orang nak cepat-cepat balik, tinggal lah aku seorang diri di pejabat ni.

Ambil mood nak menulis. Alhamdulillah hari nisempat jugak menulis entry tentang produk masa rehat lagi. Sejak buat draft untuk sebulan ni agak konsisten sikit nak menulis. Kalau tak macam blur-blur nak tulis apa.

Kesan berblog ni memang best berbanding main FB dan IG. Hehe sebab hari ni masuk lagi order untuk Carotomax 2 botol. Untuk suami katanya. Taknak pakai spek tapi nak ikhtiar turunkan power mata. Alhamdulillah pilihan yang bijak sebab carotomax memang sangat sesuai untuk mata.

Masa jalan-jalan kat coridor pun ada staff opis sebelah dok tanya-tanya pasal Ostematrix. Alhamdulillah rezeki tak putus-putus. Rasa puas bila dapat bantu orang lain. Semakin berkobar-kobar nak share kebaikan walaupun dugaan pun sama banyak.

Ingat ! Kita berniaga untuk membantu orang lain. Dalam masa yang sama bila berbisnes ni bos kita adalah Tuhan. Kalau kita buat apa yang Allah suka. InshaAllah mudah jer urusan ni. Kalau rasa macam serabut, sakit kepala dan sesak dengan urusan dunia, banyakkan berzikir dan mengingat Allah sebab semua dugaan yang kita hadapi ni dari DIA.

Semoga masalah AirCond tak berfungsi ni kembali pulih macam sedia kala esok. Kalau tak terpaksalah berpanas lagi. Panas dunia weh ! Dah habis positif dah rasa ni.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...