December 4, 2017

ALFALFA BANTU HILANGKAN RESDUNG HIDUNG YANG GATAL

Malam minggu yang lepas sempenan besday Adik Rayyan, kami satu family pergi keluar makan di luar. Biasalah kan kalau dah keluar makan ni macam-macam nak makan. Menu utama adalah sate dan makanan lain.

Kami order tak banyak namun cukuplah untuk satu family. Bila dah makan hidung mula gatal. Macam merenyam rasan gatalnya. Mulalah nak garu hidung dengan muka kuat-kuat. Kuku ni kan bisa bila mula menggaru. Boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Malam tu balik sampai rumah terus capai botol Alfalfa dan telan 5 biji. Selalunya Feni telan 3 biji je sekali telan. 6 biji sehari. Kali ni memang kena up kan dose sebab tak tahan gatal hidung. Terus tidur. Esok pagi bangun, alhamdulillah gatal dah hilang. Kalau tak mesti mata dengan hidung berair.

Resdung Feni ni jenis kat dalam. Kat luar tak nampak. Jadi memang mengganggu emosi.


KEBAIKAN ALFALFA 


Jadi untuk mereka yang ada masalah resdung sampai tergaru-garu macam Feni yang nak cuba Alfalfa bolehlah menghubungi Feni untuk mendapatkannya.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Atau

CARA ELAKKAN KEJANG KAKI KETIKA HAMIL


Masalah kejang kaki ketika hamil selalunya dialami oleh ibu ketika waktu tidur. Bila kena memang agak sukar nak pulihkan kembali. Kena mintak bantuan suami untuk pegang kaki dan betulkan urat.

Berikut merupakan antara punca masalah kaki kejang berlaku:

  • Ibu yang mengandung dan berada pada trimester kedua, Rahim akan mula membesar. Oleh yang demikian, kaki akan menjadi penat untuk membawa badan yang semakin berat. Kesannya, ia akan menyebabkanibu mengandung mudah menghadapi masalah kaki kejang (cramp) tersebut.
  • Seterusnya, atlit akan mengalami kekejangan apabila melakukan regangan yang berlebihan atau pun terseliuh. Otot akan membantu memulihkan kecederaan tersebut namun jika ianya tidak dapat dikawal, ia akan menyebabkan berlakunya kekejangan pada kaki.
  • Kurang minum air dan kedudukan/posisi tidur yang salah.
  • Kurang kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium dan potassium.
  • Berdiri terlalu lama


Cara mengatasi masalah kaki kejang (cramp):

  • Cari tempat bersandar atau duduk
  • Untuk ibu mengandung, jangan berdiri terlalu lama dan cuba berjalan dengan jarak terdekat.
  • Minum air yang mencukupi
  • Mengambil khasiat kalsium dan mineral lain
  • Angkat kaki ke atas pangkuan
  • Untuk atlit, membuat urutan perlahan-lahan menggunakan minyak panas
  • Apabila kaki mulai pulih, pijak tapak kaki agar aliran darah kembali menjadi lancar
  • jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih spesifik dan mengambil ubat/cream


SUPLEMEN YANG MEMBANTU DALAM MENGELAKKAN KEJANG KAKI



Ostematrix adalah suplemen kalsium yang paling seimbang untuk memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya yang unik, dibuat dengan mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Mengandungi kalsium, magnesium, forforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

TESTIMONI OSTEMATRIX DALAM MENGATASI MASALAH KEJANG KAKI




Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

December 2, 2017

PROMOSI DISEMBER 2017

Tak sabar nak share. Patutnya entry ni dah dipublish semalam lagi. Namun biasalah dum dam dum dam tak jadi nak publish. Hehe

So you guys, yang memang sentiasa nak tau apa promo bulan ni? Promo bulan ni macam biasa Vivix again.


Okey! More info korang boleh jer rojer2 Mak Jemah ya. Free i reply all the messange. Tapi nak fast respon boleh terus wassap +601115672780.


December 1, 2017

AKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL

Dah lama dah anak-anak request nak main permainan di Aeon Big Ampang ni. Asyik tangguh jer sebab ummi dengan abah asyik sibuk memanjang. Jadi hari ni sempena cuti ni tunaikan permintaan anak-anak.





Bayaran nak masuk tempat ni RM5 sahaja. Kadang-kadang kita ni kerja sampai takde masa untuk anak-anak. Waktu cuti adalah waktu untuk bersama anak-anak. Ummi sayang anak-anak ummi sampai syurga.



November 30, 2017

Produk Untuk Mengatasi Rasa Letih dan Lesu Badan

Cabaran untuk wanita hari ini ialah terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa. Tidak kiralah wanita yang bekerjaya ataupun suri rumah. 

Antara penyebab terjadinya letih dan lesu ialah :


1) Kurangnya minum air kosong/ putih

Kita disarankan supaya minum air kosong sebanyak 8 gelas sehari untuk melancarkan sistem tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan kita berasa cepat letih.

2) Kurang bersenam

Bersenam membantu dalam melancarkan peeredaran darah dan oksigen ke seluruh tubuh badan. Kurang bersenam boleh menyebabkan badan cepat penat dan tidak bermaya.

3) Kekurangan Zat Besi

Kurang zat besi boleh menyebabkan badan cepat letih dan lesu. Selalunya dialami oleh wanita yang melalui proses menstruasi, ibu hamil dan menyusu. Zat besi boleh didapati melalui makanan iaitu daging, makanan laut dan sayur-sayuran. Paling mudah amalkan saja Vitalea Shaklee. 

4) Tidak bersarapan

Sarapan adalah sangat penting. Meninggalkan makan pagi boleh menyebabkan badan akan menjadi letih sepanjang hari.

5) Makanan Ringan

Makanan ringan dan makanan segera yang banyak mengandungi perasa MSG sangat tidak digalakkan untuk makan. Makanan ini mengandugi banyak gula, kolestrol dan masin. Ini boleh menyebabkan menggemukkan dan obesiti.

6) Kafein yang berlebihan

Kafein yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, gelisah dan mengganggu proses pencernaan serta boleh menyebabkan insomnia. Imsomnia atau susah tidur boleh menyebabkan kita kurang tidur dan mengganggu kualiti kerja pada esok hari. Ini akan menyebabkan badan berasa letih dan tidak bermaya.

7) Terlalu memaksa diri

Bidang kerja yang memaksa kita bekerja lebih masa menyebabkan kita memaksa diri untuk siapkan sesuatu kerja. Paksa diri boleh menyebabkan kita letih.

Boleh amalkan SET TAMBAH TENAGA untuk mengatasi masalah letih dan lesu badan.


Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

November 29, 2017

Live Every Single Moment


Live every single moment. Oh sangat menusuk kalbu. Jatuh bangun jatuh bangun. Macam tu lah hidup ni. Nak share tentang kejayaan ni kalau kita kejar sampai lupa segala-galanya takde guna jugak. Memang semua orang nak hidup senang, nak hidup mewah. Namun kita kena ingat Allah tidak akan memberi apa yang kita mahu namun dia akan beri apa yang kita mampu.

Alhamdulillah rasa macam nak berusyukur sangat-sangat. Betul, Allah bagi kita anak sebab kita mampu nak jaga depa. Allah lambat bagi sebab Allah tahu waktu bila yang sesuai. Jadi nikmatilah hidup ini seadanya.

Okey hari ni Feni bersyukur sebab dikurniakan dengan orang yang baik-baik untuk bersama Feni. Suami, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan yang begitu memahami. Alhamdulillah.

Nak ikutkan apa yang orang kata bukan mereka yang menanggung kita. Jadi hiduplah untuk diri sendiri. Chill dan enjoy. 

November 27, 2017

CARA MENGHILANGKAN SENGGUGUT TRADISIONAL


Senggugut sering menyerang wanita yang sedang datang bulan. Feni adalah salah seorang yang pernah kena senggugut teruk. Masa anak dara dulu, kalau kena senggugut teruk mesti tak pergi sekolah dan berehat di rumah je.

Sakitnya hanya tuhan je yang tahu. Nak hilangkan senggugut ni macam-macam cara Feni buat. Rupanya mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Bertahun-tahun kena senggugut sampai takut nak datang bulan. Bila kena di sekolah, cikgu terpaksa hantar balik sebab tak tahan tengok Feni. 


Antara cara yang Feni buat untuk menghilangkan senggugut


1. Banyakkan minum air suam/panas
Beberapa hari sebelum datang bulan, Feni akan banyak minum air suam atau air panas untuk mengelakkan badan kurang air. Air kan banyak membantu dalam melancarkan perjalanan darah. Jadi pengambilan air kosong suam/panas memang membantu mengurangkan sakit senggugut.

2. Bertungku
Masa datang bulan, Feni suka bertungku. Guna air panas dalam botol atau pun batu tungku. Batu tungku lagi best sebab panasnya tahan lama.

3. Elakkan Makanan Yang Tinggi Garam
Benda ni memang Feni elakkan, tapi biasalah sebelum datang bulan mesti nafsu nak makan memang lain macam. Rasa nak makan itu nak makan ini. Namun kena elakkan makanan yang tinggi garam macam keropok segera tu.

4. Lakukan Senaman
Bersenam membantu melancarkan perjalanan darah dan oksigen ke otak. Ini bukan sahaja membantu dalam meningkatkan kesihatan malah masalah senggugut juga boleh lega.

5. Amalkan Suplemen
Antara suplemen penting yang Feni selalu amalkan ialah ESP, Vitalea, B-Complex, Alfalfa dan Gla-Complex. Ini memang membantu Feni dalam mengelakkan sakit senggugut. 

TESTIMONI SHAKLEE UNTUK SENGGUGUT



Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...