June 30, 2015

Kebaikan B-Complex Shaklee

Assalamualikum w.b.t.

Hari ni saya ingin share dengan semua orang pasal kebaikan Vitamin B-Complex Shaklee.

Kebaikan B-Complex Shaklee
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
  • Mengelakkan penyakit beri-beri
  • Meransang pertumbuhan kanak-kanak
  • Amat diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • Penting untuk fungsi normal sistem saraf
  • Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh
  • Amat Penting untuk aktivti sel genetik
  • Diperlukan untuk memproses dan pembaikan sel-sel darah merah
  • Mencegah anemia dan penting untuk proses pembaikan sel darah merah
  • Meningkatkan kemampuan berfikir
Siapa yang memerlukan B-Complex ?
  • Wanita hamil
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Mereka yang mementingkan kecantikan kulit
  • Mereka yang mahukan zuriat
  • Mereka yang mengalami masalah migrain
  • Mereka yang mengalami masalah eczema atau alahan
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol
Tanda-tanda badan kekurangan Vitamin B
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi penyakit jantung
  • Boleh mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi(tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung
Love to share

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 29, 2015

Kenapa saya pilih Shaklee Sebagai Bisnes Sampingan Saya ?



Kenapa saya pilih Shaklee sebagai bisnes sampingan saya ?


Shaklee menjadi perhatian saya kerana kualiti produk-produknya. Saya jatuh cinta dengan Shaklee kerana keberkesanan produk-produknya disamping diberi tunjuk ajar oleh sahabat-sahabat yang lebih tahu tentang bab pemakanan suplemen ni.

Semua orang nak sihat nak cantik nak kaya termasuklah saya. Jadi apa salahnya saya mencuba dengan Shaklee. Sebut sahaja Shaklee ramai yang mengakui keberkesanannya. Alhamdulillah saya telah menjadi sebahagian kecil daripada ahli keluarga Shaklee.

Dengan adanya bisnes ini, saya tidak lagi membuang masa begitu sahaja. Ada banyak benda yang saya nak buat. Macam-macam saya fikir nak buat tapi kene buat step by step. Orang kata bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah kan?

Alhamdulillah saya dah bertemu dengan bisnes yang betul dan boleh membantu saya. Saya boleh berbisnes dimana sahaja saya mahu tanpa membuka kedai..haha..hanya di hujung jari. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah postkan gambar berserta fakta yang betul mengenai produk di facebook, istagram atau twitter. Saya kongsikan kebaikan produk yang saya guna di media sosial. Saya tak perlu mengeluarkan modal yang banyak kerana customer sendiri akan membuat bayaran dan kita ambil untung atas jualan runcit. Segala proses pos mengepos akan diselesaikan oleh pihak Shaklee. Kecualilah jika stok saya banyak di rumah. 

Selalunya kalau customer membuat order saya akan buat order online. Cepat, senang dan mudah. Tak pening-pening. Haha.. Senang bukan? Tengoklah keratan akhbar di atas. Shaklee berkembang 50 peratus. So, tak payah pening-pening. Memang sudah terbukti.

Bila dah join Shaklee, banyak benda yang saya belajar. Rupa-rupanya bukan sahaja dapat harga ahli malah dapat bonus juga sekiranya UV kita banyak(mengikut terma dan syarat). 

Sape-sape yang nak join Shaklee boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu apa yang perlu. Sama-sama kita usahakan perniagaan Shaklee kita online ke offline ke semua boleh.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com






June 26, 2015

5 Tips Untuk Kekal Fokus

Ramai antara kita seringkali mengalami masalah untuk kekal fokus. Fokus dalam pembelajaran mahupun kerja. Bila kita tidak fokus untuk melakukan sesuatu perkara maka hasilnya amatlah tidak memuaskan. Kita perlu fokus dalam membuat sesuatu perkara untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Disini saya kongsikan beberapa tips untuk kekal fokus.



1) Merancang 
Menyediakan jadual tugasan harian untuk dilakukan pada setiap hari. Hal ini amat perlu kerana ada sahaja aktiviti yang akan menggoda kita saat kita sedang fokus untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kita perlu pecah-pecahan tugasan yang mana penting dan tidak penting. Kita juga harus mengambil kira masa untuk tugasan tersebut perlu disiapkan. Selesaikan hal yang penting dan segera dahulu sebelum melakukan hal-hal yang tidak berapa penting. Kalau boleh selesaikan hal yang mudah sebelum bergerak kepada yang lebih susah. Ini bukan sahaja menjimatkan masa kita malah kita lebih tenang kerana banyak hal yang remeh telah selesai. Kita akan lebih fokus kepada perkara yang lebih susah.

2) Belajar atau bekerja secara berperingkat
Rata-rata antara kita hanya boleh fokus tidak lebih dari satu jam untuk sesuatu tugasan. Maka ambillah waktu untuk rehat antara 5-10 minit untuk merehatkan minda kita. Dalam masa rehat ini kita boleh melakukan sesuatu yang kita buat contohnya membancuh kopi, bejalan-jalan atau bermain permainan dalam talian. Ini juga boleh membuatkan mood kita bertambah baik untuk kekal fokus.

3) Mengolah nota kerja
Kita perlu pandai mengolah kerja yang diberikan oleh bos atau pensyarah. Buat catatan untuk rekod kita sendiri dan sebagai rujukan pada hari yang mendatang. Jika ada masa buat la rekod cantik-cantik dan menarik supaya kita tidak mudah lupa.

4) Tempat yang tenang pengganggu 
Hindari lokasi belajar yang berisiko, bila perlu menyendirilah. Kita boleh  memberitahu orang-orang disekeliling bahawa ada tugasan yang perlu diselesaikan dan mohon supaya tidak diganggu. 

5) Rehat sebentar
Jangan paksakan diri untuk bekerja jika sudah letih. Istirahatlah terlebih dahulu, kemudian sambunglah setelah segar kembali.

Semoga kita sentiasa berjaya dalam pelajaran mahupun pekerjaan yang kita lakukan. Semoga berjaya kawan.




June 23, 2015

VITALEA ADALAH SUPLEMEN YANG TERBAIK

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni saya nak kongsikan kebaikan Vitalea yang saya telan hari-hari setiap pagi dan malam tu. Oleh kerana sekarang ni bulan puasa dan waktu makan hanya boleh makan waktu malam. Saya mengambil Vitalea sebelum tido. Saya mengambil set menyusu shaklee so pada waktu sahur saya mengambil vita c dan alfalfa untuk menambahkan dan memekatkan susu badan. Saya juga mengambil ESP sebagai persediaan untuk kekal bertenaga sepanjang hari di bulan ramadhan ini.

Ok.. Kita berbalik semula kepada Vitalea.

Apakah itu Vitalea ?

Vitalea merupakan multi-vitamin dan mineral pertama yang dicipta didunia. Vitalea ini mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalam jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan tubuh badan untuk jangka masa yang panjang. Vitalea penting untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian. Vitalea dicipta oleh pengasas Shaklee iaiutu Dr Forrest C. Shaklee. Sebelum direvolusikan kepada bentuk tablet vitalea dicipta dalam bentuk cecair dan dibotolkan.

Tahun 2015 adalah ulangtahun yang ke 100 Vitalea dihasilkan. 

Kebaikan Vitalea untuk kesihatan badan
Membantu mengekalkan kesihatan yang baik jika diamalkan secara konsisten
Mencegah penyakit beguk (tiroid)
Membantu meningkatkan kecergasan minda
Mengekalkan tekanan darah rendah yang normal dan rentak jantung yang normal
Membantu fungsi normal penghadaman dan selera makan

2 biji vitalea = 40 jenis hidangan lauk

Vitalea juga membantu untuk menambahkan tenaga segera untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan dan memberi kekuatan mental disamping membantu sistem memori untuk lebih fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

Vitalea sebagai pelengkap nutrisi kepada sistem badan yang kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan anemia. 

Siapa yang memerlukan Vitalea ?
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Semua peringkat umur lelaki dewasa
  • Individu yang monopous
  • Wanita lepas bersalin


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Hujan di Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni pagi2 lg dah hujan..sempat berhenti kt petrol pump untuk pakai baju hujan..Alhamdulillah xdelah basah kuyup..7.20 sampai ofis dengan jayanya..haha dahla pakai baju kurung ari ni..ahhh blasah aje la..pakai baju hujan kt luoo..bukan orang nampak pon kn???kekeke ade aku kesah..??

Ni aku dok merempat kt depan pintu ofis sebab pintu x bukak lg...huhu..datang awal pon merempat..ade jugak bdk2 ofis depan ajak masuk ofis deme tapi teman segan lerr..baju ujan basoh..malu leee..xpe lerrr..teman duduk  aje depan pintu ofis teman.teman x kisah mane..small matter ajer..hehehe..

Ni dok borak2 ngn makcik cleaner ofis...lambat pulak nak bukak ofis ni..potpet2 ngn makcik ni.mcm2 kami borak ni..tapi sempat lagi teman update blog..hehehe

Ujan2 ni dah ler sejukk..huhu..sabau ajer ler..xpe dugaan berpuasa..oh ya ari ni da hari yang ke 6 berpuasa..alhamdulillah masih bertahan.

June 19, 2015

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Assalamualaikum w.b.t. 

Saya ingin kongsikan dengan semua kebaikan ESP dari Shaklee. Ketika saya menulis tentang kebaikan ESP ini saya adalah seorang ibu yang menyusukan anak kedua yang berumur 6 bulan setengah. Sebelum saya diperkenalkan dengan set menyusu Shaklee saya mengalami masalah kekurangan susu untuk anak saya. Saya pula bekerja sepenuh masa dan masa untuk bersama anak adalah hanya pada waktu malam. 

Bermacam-macam cara telah saya cuba dan sekarang saya telah menemui produk yang terbaik untuk menambahkan susu badan. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya bersukur kerana berjaya menambahkan susu badan dengan ESP, Vita C Complex, Alfalfa dan Vita lea.

Apakah itu Energizing Soy Protein atau ESP ?

ESP adalah makanan tambahan yang mempunyai protein soya yang berkualiti tinggi. Ianya berbentuk serbuk didatangkan dalam bentuk canister. ESP dari Shaklee merupakan satu-satunya produk yang menjamin penyediaan Asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. ESP juga diperkaya dengan 4 sumber vitamin dan 4 sumber  mineral. 


Kebaikan ESP

✿  Membantu menghilangkan jeragat dan parut di muka (parut jerawat juga)

✿  Membantu melancarkan penyusuan susu ibu

✿  Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat dan banyak

✿ Membantu ibu menghasilkan susu yang lebih pekat dan menjadikan bayi kita lebih cepat kenyang

✿  Menganjalkan kulit dan menegangkan payudara yang kendur

✿ Mengenyangkan dan membantu proses penurunan berat badan sekiranya mengamalkan secara konsisten

✿ Memberi tenaga yang berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh

✿ Membantu pertumbuhan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum

✿  ESP juga membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sperma yang sihat.


ESP sesuai untuk semua golongan bukan sahaja untuk wanita malahan seisi keluarga juga boleh merasai kebaikan ESP ini. 

Saya suka minum ESP dicampur dengan tamar cocoa. Ia juga boleh diminum bersama dengan jus-jus yang lain seperti ESP + Sunquick dan sebarang minuman yang lain.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Ramadhan yang ke 2 2015

Hari ni ramadhan yang ke 2. Semalam agak bertenaga jugalah sampai hujung. Bila dah makan badan mula rasa letih dan mengantuk. Namun gagahkan juge untuk menunaikan solat2 yang wajib. Alhamdulillah selesai juge. Hari ni sahur dengan air tamar cocoa dan ESP sahaja sebab x lalu sangat nak makan.. huhu..Alhamdulillah boleh bertahan dan InshaAllah sampai akhir hari ni.

Pagi ni agak relax aje..xtau ler jap2 g macam mane ngn bos daku tu.. awai2 pagi dah masuk.. xpelah dah nama pun keje kan..?kene sabo ler..Niatkan dalam hati nk cari rezeki halal untuk keluarga. Semoga diberkati selalu. Pagi ni dalam sibuk2 pon sempat juge aku buat dhuha 4 rakaat. Alhamdulillah. InshaAllah esok dan seterusnya aku akan cuba buat lagi. Kalau dulu jarang sangat nak buat benda2 macam ni. Sekarang alhamdulillah hati dah terbuka sikit2 nak buat lebih banyak.

Banyak benda aku nak buat dalam hidup ni. Banyak benda aku nak mintak ngn Allah. Tapi aku harus buat satu persatu. Aku x boleh tamak haloba untuk kaut semuanya dalam satu masa. Aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk capai apa yang aku mahu. Orang berjaya perlu bertindak bukan duduk saja. Orang berjaya perlu berusaha untuk berjaya.

MasyaAllah telah banyak masa yang telah aku sia2kan. Sekarang ni macam tak cukup masa bagi aku. Setiap saat adalah sangat berharga untuk aku. Banyak sangat benda aku nak buat. Ya Allah kuatkan aku dan tabahkan aku dalam menghadapi semua dugaan.

Kalau dulu aku selalu online xtentu hala. xtau aku online untuk apa. Membuang masa. Sekarang aku rasa masa begitu berharga. Aku nak update blog. Nak update status kt FB. Nak buat poster. Nak cari info2 pasal produk yang aku jual kt FB. MasyaAllah betapa aku stressnya. Tapi aku kuatkan semangat. Aku cakap kat diri aku. Nak berbisnes kene ada ILMU. Kalau xde ilmu bisnes xkn kemana dan aku xkan berjaya. So aku kene sabar dan belajar terus belajar. Jangan putus asa.

Aku cemburu tengok orang buat macam2 kt fb diorang. Siap ada blog yang cantik2. Ada page bagai. Aku rasa nak buat semua.. Hadoi feni feni..ko ingat ko doraemon ? nak buat semua dalam satu masa? Ko ingat ko power beno ? haha...tau xpe..sabarla.. slow2 la..buat step by step. Jangan x buat namun buat la satu2. Push diri untuk buat. Jangan duduk saja. Rancanglah masa.. Tanpa rancangan bermakna anda merancang untuk gagal. ewah !!!

Semuanya aku buat ketika aku di ofis. Kalau kat rumah tau2 jelah macam2 benda nak buat ngan anak2 yg masih kecil lg. Alhamdulillah ade banyak masa. Terpulang untuk aku macam mana nak manage masa. Kalau sebelum ini aku kalau datang ofis awal aku membuta kat surau. Siap gaduh ngan budak2 picoms yang buat bising sebab aku nak tido. Xde keje kn? Sekarang aku rasa betapa bermaknanya masa aku. Aku nak mengaji nak buat solat dhuha. nak berzikir. Macam2 aku nak buat. aku rasa macam nak beli je masa. Kalaulah aku boleh beli? Mentor aku kata kalau nak beli masa mengajilah Al-Quran. Syukur ya Allah kau telah temukan aku dengan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan aku dan keluarga. 

Kalau dulu kelaut sekarang rasa hidup lebih teratur dan bermotivasi. Pagi2 pon semangat nak datang keje sebab nak buat macam. Banyak benda nak buat. Nak cari ilmu sebanyak mungkin. Supaya bila ada yang tanya aku tidak teragak2 untuk memberikan jawapan. Alhamdulillah aku dah jumpa jalan yang betul. Syukur ya Allah.

 Sekarang ni misi aku ialah belajar dan terus belajar. Buat dan terus buat. Jadilah diri sendiri.

So KIPIDAPPP and never ever give up !!!



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...