Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
December 20, 2025
[PERSONAL] Seharian Di KLIA1 HARI NI
November 4, 2025
[Personal] Ambil Mood untuk Mengemas Rumah
Hari minggu hari untuk rehatkan diri dan otak. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan urusan dunia ni. Rumah pun kena kemas juga supaya mental lebih sihat. Kebersihan itu adalah iman.
Kisah hari Ahad lepas. Walaupun kadang-kadang rasa nak duduk berguling je sambil main handphone. Gagahkan diri untuk kemas meja makan yang dah tak nampak macam meja makan. Nak makan kat meja pun takde ruang. Huhu
Bila dah selesai kemas meja. Buang barang yang dah tak perlu dah tak patut. Rasa lapang je meja. Nak makan kat meja pun selesa. Kalau tak bila nak makan kena hampar tikar duduk bersila kat lantai. Haha lepas ni boleh makan dengan selesa di meja makan. Meja makan ada tapi jadi tempat letak barang yang entah apa-apa.
Bila rumah dah kemas otak pun rasa segar. Boleh bernafas dengan tenang. Mengemas pun adalah terapi. Kak Feni suka tengok reel di fb pasal kemas mengemas, lipat kain, gosok baju, basuh pinggan, kemas dapur dan masak-masak makan-makan. Haha rasa seronok dan tenang bila dapat tengok tempat dan barang kemas.
Kak Feni ni bukanlah seorang yang OCD tapi kalau serabut sangat jadi stress. Kak Feni doakan semoga terus rajin untuk kemas mengemas ni. InshaAllah.
Kak Feni ada google dan tanya Chatgpt juga pasal tips mengemas untuk wanita yang sibuk. Siap suruh chatgpt buat susunatur keadaan dalam bilik dan ruang tamu. Kadang-kadang benda teknologi ni membantu juga bagi kita yang buntu ini.
Dulu masa ada anak kecil rumah memang sentiasa bersepah
dengan barang-barang mainan. Bila ada orang nak datang semua kelam kabut kemas
masuk bakul letak dalam bilik. Haha praktik dari kecil dan sekarang bila tahu
ada tetamu nak datang. Anak-anak akan segera kemas apa yang patut. Sekarang
anak-anak dah remaja.
Kita golongan marhain. B40 jadi semua kerja kita kena buat
sendiri. Pelan-pelan kayuh. Kalau rasa larat buat. Rasa tak larat kita rehat.
Umur dah meningkat ni taknak dah hidup dalam tekanan. Kita buat rilek-rileks
sudah.
Okey Feni menulis hanya untuk kepuasan diri sendiri sahaja.
Untuk melatih otak sentiasa bekerja supaya tidak tepu. Untuk mak-mak yang sibuk
macam kak feni jangan kita mudah putus asa. Sentiasa kuat semangat untuk
teruskan hidup ini selagi diberikan waktu. Untuk anak-anak dan keluarga yang
sangat perlukan semangat kita.
Walaupun kadang-kadang rasa rapuh juga. Rasa nak give dengan
keadaan dan nak je menyerah dengan keadaan tapi terpaksa kuat bukan untuk diri
sendiri tapi untuk orang-orang yang kita sayang.
Dalam dunia hari ini, kalau kita rajin. InshaAllah akan ada
je ruang dan peluang yang terbuka. Semoga Allah sentiasa bersama kita dan kita
sentiasa dalam lindungan Allah selalu.
October 24, 2025
[Personal] Ujian Tanda Allah Sayang - Kereta Kena Langgar Dari Belakang
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik pejam celik dah tinggal 2 bulan sahaja lagi nak masuk tahun baru 2026.
Banyak perkara kecil yang berlaku yang perlu disyukuri sepanjang tahun ni. Alhamdulillah. Walaupun yang tak berapa nak best pun sama banyak tapi apapun tetap bersyukur sebab masih boleh lalui segala suka duka tahun ni.
Tahun depan harapnya yang lebih baik untuk kita semua. InshaAllah. Dari segi kerja bersyukur sebab masih ada kerja dan boleh bayar komitmen bulan-bulan. Hutangnya banyak jadinya kena kerja kuat-kuat untuk selesaikan hutang yang pandai dibuat.
Hari Sabtu lepas (18/10/2025) dalam perjalanan ke Rawang kereta kami kena langgar dari belakang. Alhamdulillah kami anak beranak tiada apa-apa dan selamat semuanya. Syukur walaupun terkejut dan panik. Semua urusan dipermudahkan.
Beginilah keadaan kereta kami. Takpelah kereta boleh repair. InshaAllah ada rezeki lain nak datang. Yang penting keselamatan dan nyawa tu selamat. Alhamdulillah kami semua selamat.
October 17, 2025
[Personal] Plan Cuti 3 Hari Sempena Raya Deepavali
Hari ni hari Jumaat dan hari terakhir kerja untuk minggu ini. Hari yang paling disukai oleh Kak Feni dan semua orang rasanya sebab esok cuti. Minggu ni pulak ada cuti sambungan pada hari Isnin cuit Deepavali.
Perancangan cuti minggu nak bermalas-malasan saja di rumah. Nak kemas rumah yang macam tong sampah. Nak mendobi dan melipat kain baju. Itulah rutin hujung minggu kami. Nak berjalan tak tahu nak kemana dan dengan keadaan kewangan yang tak begitu meriah ni.
Ada jugak rancangan nak bawa anak-anak pergi makan-makan tapi belum fikir nak makan kat mana. Kalau tak ingat nak masak makan dekat rumah je. Bila umur meningkat ni rasa malas nak keluar. Dapat cuti tu nak rehat kat rumah je daripada keluar nak hadap jem tambah lagi rumah Kak Feni yang sentiasa jem sokmo.
Nak keluar buang masa kat atas jalan baiklah duduk rumah rehat-rehat, makan dan tidur. Haha tanda dah tua. Cuma kesian dekat anak-anak. Sesekali nak juga keluar. Walaupun sekadar cuti mata di kedai ECO. Bukan anak-anak je yang seronok. Maknya pun tumpang sekali.
Cuti 3 hari ni nak kemas rumah. Macam-macam nak buat. Nak cuci tingkap. Nak asingkan baju-baju yang dah tak boleh pakai. Nanti ada masa nak pergi letak dekat tempat yang orang nak recycle. Nak sedekah dekat orang, zaman sekarang ni orang dah taknak. Beli dekat Shopee dengan Tiktok murah je. Jadi daripada buang begitu saja baiklah letak tempat yang sepatutnya.
Baju seluar anak-anak banyak yang dah tak muat. Semua nak asingkan dan nak pergi letak tempat recycle. Cita-cita tu besar, harapnya berjalan seperti yang dirancang. InshaAllah.
October 6, 2025
[Personal] Power Spek Mata Baru
October 3, 2025
Dah Lama Tak Buat Spring Cleaning
Hari ni tanya chatgpt berkenaan dengan cara nak kemas bilik baju supaya nampak kemas dan senang nak cari. Terus dia bagi jawapan. Jawapan yang memang boleh pakai. Haha anak-anak zaman sekarang tak tahu nak jawab soalan pun boleh tanya chatgpt.
Zaman kita kecil dulu, belajar semua kena perah otak sendiri. Tak tahu kena banyak tanya cikgu dan kawan-kawan. Nak tahu apa-apa kena banyak membaca. Dulu ada surat khabar untuk melaporkan isu-isu semasa. Sekarang semuanya di hujung jari. Nak tahu apa-apa boleh je taip di handphone.
Zaman sentiasa berubah. Kita pun tak terkejar dengan kemajuan. Hari ni kalau tanya apa-apa boleh je chat dekat chatgpt. Orang sunyi pon boleh ada kawan hanya dengan menaip dengan chatgpt. Seolah-olah ada kawan yang sedang layan kita.
Berbalik kepada topik asal Kak Feni berkenaan dengan kemas bilik baju. Sebenarnya kan dah lama tak kemas bilik baju dan juga buat spring cleaning. Semalam ada masa terdetik nak kemas baju dan barang-barang dalam bilik baju dan iron tu. Ya Allah memang sakit mata betul bila masuk. Terlalu banyak barang sampai sesak mata dan dada. Tiba-tiba rasa stress bila cari baju atau barang tak jumpa.
Begitulah... Bila nak guna dan cari memang tak jumpa. Bila taknak guna sentiasa ada jer tersengih-sengih kat situ. Barang banyak sangat. Sebenarnya lepas banjir hari tu banyak orang bagi sumbangan pakaian dan kelengkapan. Oleh kerana masa berjalan dengan pantas. Baju anak-anak banyak yang dah tak muat seiring dengan tumbesaran mereka.
Kak Feni dan suami pun sama. Dalam masa 2 3 tahun ni berat badan pun makin bertambah. Saiz baju dari S ke XL dan ke atas. Haha. Yang ketat-ketat tu memang tak boleh pakai dah. Tambah dengan umur macam ni dah tak sesuai dah nak pakai baju yang ketat-ketat ikut body.
Sebelum ini ada juga beberapa kali buat spring cleaning. Baju-baju terpakai tu Kak Feni dan husband pergi letak dekat tempat yang sepatutnya. Hari tu sumbang dekat tong besar Gleneagles. Lepas tu dengarnya ada tong juga di IKEA Cheras.
Rasanya Kak Feni perlukan masa juga untuk buat spring cleaning untuk bilik baju. Rasa semak betul. Sampai cari baju pun stress, apa cerita. Semalam dah buat perlahan-lahan tapi tak sepenuhnya siap. Dah kemas box-box atas meja. Kak Feni dah beli beg vaqum dekat shopee nak kemas toto-toto dan selimut yang banyak kat rumah tu. Kalau takde toto susah juga kalau orang datang rumah kita.
Esok dan lusa cuti. Harapnya Kak Feni sihat dan kuat untuk sambung buat spring cleaning dalam bilik baju. Semoga Kak Feni kuat untuk lepaskan baju-baju yang masih elok kepada orang lain yang memerlukan. Aminnn.
October 1, 2025
[Review]GMEELAN COVER CUSHION & LOOSE POWDER
Yang kotak warna pink tu best ada cushion dan bedak compact. Kalau nak gi mana-mana bawak satu ni je. Bubuh dalam beg. Yang Loose Powder dalam kotak hitam tu saja gatai nak beli nak tambah koleksi bedak.
Okey sekian kisah beli bedak di kedai Oren. By the way nak beli moisturature Aiken boleh tengok SINI. Memang best juga kalau pakai untuk melembabkan kulit.
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...





