Dah Lama Tak Buat Spring Cleaning
Hari ni tanya chatgpt berkenaan dengan cara nak kemas bilik baju supaya nampak kemas dan senang nak cari. Terus dia bagi jawapan. Jawapan yang memang boleh pakai. Haha anak-anak zaman sekarang tak tahu nak jawab soalan pun boleh tanya chatgpt.
Zaman kita kecil dulu, belajar semua kena perah otak sendiri. Tak tahu kena banyak tanya cikgu dan kawan-kawan. Nak tahu apa-apa kena banyak membaca. Dulu ada surat khabar untuk melaporkan isu-isu semasa. Sekarang semuanya di hujung jari. Nak tahu apa-apa boleh je taip di handphone.
Zaman sentiasa berubah. Kita pun tak terkejar dengan kemajuan. Hari ni kalau tanya apa-apa boleh je chat dekat chatgpt. Orang sunyi pon boleh ada kawan hanya dengan menaip dengan chatgpt. Seolah-olah ada kawan yang sedang layan kita.
Berbalik kepada topik asal Kak Feni berkenaan dengan kemas bilik baju. Sebenarnya kan dah lama tak kemas bilik baju dan juga buat spring cleaning. Semalam ada masa terdetik nak kemas baju dan barang-barang dalam bilik baju dan iron tu. Ya Allah memang sakit mata betul bila masuk. Terlalu banyak barang sampai sesak mata dan dada. Tiba-tiba rasa stress bila cari baju atau barang tak jumpa.
Begitulah... Bila nak guna dan cari memang tak jumpa. Bila taknak guna sentiasa ada jer tersengih-sengih kat situ. Barang banyak sangat. Sebenarnya lepas banjir hari tu banyak orang bagi sumbangan pakaian dan kelengkapan. Oleh kerana masa berjalan dengan pantas. Baju anak-anak banyak yang dah tak muat seiring dengan tumbesaran mereka.
Kak Feni dan suami pun sama. Dalam masa 2 3 tahun ni berat badan pun makin bertambah. Saiz baju dari S ke XL dan ke atas. Haha. Yang ketat-ketat tu memang tak boleh pakai dah. Tambah dengan umur macam ni dah tak sesuai dah nak pakai baju yang ketat-ketat ikut body.
Sebelum ini ada juga beberapa kali buat spring cleaning. Baju-baju terpakai tu Kak Feni dan husband pergi letak dekat tempat yang sepatutnya. Hari tu sumbang dekat tong besar Gleneagles. Lepas tu dengarnya ada tong juga di IKEA Cheras.
Rasanya Kak Feni perlukan masa juga untuk buat spring cleaning untuk bilik baju. Rasa semak betul. Sampai cari baju pun stress, apa cerita. Semalam dah buat perlahan-lahan tapi tak sepenuhnya siap. Dah kemas box-box atas meja. Kak Feni dah beli beg vaqum dekat shopee nak kemas toto-toto dan selimut yang banyak kat rumah tu. Kalau takde toto susah juga kalau orang datang rumah kita.
Esok dan lusa cuti. Harapnya Kak Feni sihat dan kuat untuk sambung buat spring cleaning dalam bilik baju. Semoga Kak Feni kuat untuk lepaskan baju-baju yang masih elok kepada orang lain yang memerlukan. Aminnn.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !