August 22, 2019

Lazada Bagi RM5 E-Wallet Untuk Shopping Di Lazada

Alhamdulillah hari ni rajin nau nak tengok emel. Dah memang wajib hari-hari tengok e-mel sebab dah jadi SOP untuk diri ini kecuali hari cuti.

Alhamdulillah Lazada hantar emel dapat e-wallet RM5.00.


Kak Feni dok fikir nak beli apa dengan RM5 ni, memandangkan gaji lambat lagi. Kalau dapat pun mesti 30 hb atau selepas itu. Jadi untuk tidak membuang masa. Lama-lama kan lupa pulak, jadinya try ushar topup celcom kebetulan pulak kredit dah habis dan nak expired. Makanya tak lepas peluang lah untuk guna dan habiskan e-wallet ni.

Terjadilah seperti di bawah:


Done topup RM5 dengan menggunakan e-wallet dari Lazada. Thank you Lazada. Next time jangan segan dan malu untuk bagi e-wallet or what so ever lagi ye? Kak Feni terima dengan hati yang terbuka.

Sebenarnya dah lama tak guna Lazada ni sebab selalu guna Shopee je. Kawan Kak Feni band terus Lazada tapi so far Kak Feni dengan Lazada ok. Selalu juga buat perbandingan harga antara Shopee dan Lazada. Dan kita sebagai seorang pengguna yang bijaksana perlu bijak memilih.

Survey dulu dan buat perbandingan antara keduanya. Bila dah puas hati baru beli. Kalau boleh tengok dulu review-review yang customer dah share dekat situ. Itu dah boleh membantu untuk kita pilih nak ke taknak. Kalau review dia banyak yang tak elok sebaiknya batalkan saja niat nak membeli. Kita ada banyak pilihan lain. Gunakan hak kita sebagai pengguna yang bijak.

Kalau di Shopee, ada seller yang jadi seller shopee. Jadi bila kita beli dengan seller tersebut, akan dapat coin. Coin tu kita boleh kumpul untuk kita tebus bagi belian seterusnya (mengikut terma & syarat). Ada juga seller yang meniaga tapi tak boleh nak tebus. Jadi kena pandai pilih sebab pilihan di tangan kita.

Apapun Alhamdulillah. Rezeki Allah itu tetap ada untuk mereka yang selalu berusaha.

7 Keburukan Minuman Berkarbonat Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan

Dulu masa zaman remaja Kak Feni suka sangat minum air berkarbonat atau lebih glamer dipanggil air bergas. Kalau di sekolah memang ada pula mesin air tin yang masukkan duit tu. Dahaga ke tulah yang tuju dulu.

Masa tu memang tak fikir pun pasal sihat tak sihat. Tahu nak mudah dan senang je. Bawa air kosong tapi air gas juga yang habis dulu. Air berkarbonat ni lebih sedap dan manis berbanding air kosong.

Cola, Drink, Carbonate, Sodas, Junk, Beverage, Herb

Keburukan Minuman Berkarbonat Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan


1. Menaikkan Berat Badan

Minum air tin satu tin setiap hari selama sebulan boleh menaikkan berat badan sebanyak setengah kilogram bersamaan 500gram.

2. Tiada Ada Nilai Gizi

Ketika besara haus atau berpuasa, tubuh memerlukan cairan yang bernutrisi. Air minuman yang berkarbonat tidak mempunyai nilai gizi di dalamnya.

3. Meningkatkan Risiko Diabetis

Kadar gula yang tinggi dalam minuman berkarbonat meningkatkan risiko untuk menghidap diabetis.

4. Menyebabkan Osteoporosis

Minuman ini sangat rendah kandungan kalsium yang boleh menyebabkan risiko osteoporosis.

5. Merosakkan Gigi

Lagi keburukan minuman berkarbonat ini ialai kandungan sebatian soda mampu mengikis dan merosakkan lapisan enamel gigi, menyebabkan gigi mudah berlubang dan rosak.

6. Risiko Kerosakkan Buah Pinggang

Orang yang suka minum minuman berkarbonat berisiko lebih besar terkena batu karang serta merosakkan buah pinggang.

7. Menyebabkan Dehidrasi

Kadar kafein yang tinggi dalam minuman berkarbonat menyebabkan tubuh dehidrasi.

Dah tahu banyak sangat keburukan bila amalkan minum minuman berkarbonat ni. Eloklah elakkan mengambilnya selalu. Kurangkan dan tinggalkan terus. Lebih baik gantikan dengan minuman yang lebih sihat iaitu jus buah-buahan dan sayuran ataupun minum jer air kosong. Banyak sangat manfaat air kosong berbanding air manis-manis macam air karbonat ni.

Baca juga : MANFAAT MINUM AIR KOSONG 

Kita perlu minum air kosong sebanyak 8 gelas sehari minimum bagi mereka yang normal untuk kesihatan dan keperluan tubuh.

Bagi mereka yang ingin bertukar kepada minuman yang lebih sihat namun memberikan tenaga boleh cuba amalkan Performance Drink. Minuman bertenaga yang membantu dalam mengelakkan badan hidrasi terutamanya ketika berpuasa.


Baca juga : 5 Minuman Yang Membantu Dalam Menurunkan Berat Badan

Untuk dapatkan produk Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Jangan Membeli Produk Shaklee Di Laman Web E- Dagang

Jangan Membeli Produk Shaklee Di Laman Web E-Dagang



Shaklee Malaysia telah menerima banyak aduan daripada pelanggan yang membeli produk Shaklee di laman web e-Dagang yang tidak dibenarkan oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

Shaklee Malaysia tidak menjamin produk tersebut dan orang awam telah diberi amaran.

Klik pada gambar untuk pandangan lebih jelas.


Pelanggan dinasihatkan untuk membeli secara langsung daripada Pengedar Bebas Shaklee (SID) yang dikenali, supaya mereka dilindungi di bawah Jaminan Shaklee.

Seksyen 9.2.6
Pernyataan P&R Shaklee menyatakan:

Produk Shaklee tidak boleh dipasarkan atau dijual di Amazon, eBay, Taobao, Craigslist, Backpage, Kijiji, laman lelongan dalam talian lain atau mana-mana laman e-dagang atau laman perbandingan harga yang menyenaraikan produk lain.

Pengedar tidak boleh memasarkan produk secara langsung di laman-laman ini, atau melalui penggunaan, dari mana-mana individu atau ejen lain, melainkan kebenaran khusus telah diperolehi daripada Shaklee untuk SID tertentu memasarkan atau menjual produk Shaklee di laman web tersebut.

Jadi pengguna yang bijak dengan memilih untuk menjadi ahli dan dapatkan produk Shaklee yang selamat hanya melalui online sahaja. Sama jer dengan membeli di laman web e-dagang.

Untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



August 21, 2019

4 Kebaikan Vivix Shaklee Membantu Membaiki Sel-sel Untuk Hidup Lebih Sihat

Kesihatan sel badan kita mempengaruhi kesihatan secara menyeluruh. Apabila sel membahagikan atau membiak untuk pertumbuhan atau penyembuhan adalah penying untuk memastikan tubuh mempunyai sel-sel yang sihat untuk mereplikakan dan menghasilkan sel-sel baru yang sama sihat. Bagaimana badan menghasilkan semula sel, memberi kesan baik kepada tisu, organ dan sistem berfungsi yang akhirnya menentukan kesihatan kita.

Kebaikan Vivix Shaklee dalam membaiki sel-sel


1. Meningkatkan Pertahanan Sel


Badan mempunyai "suis induk" yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel. 
Gabungan polifenol yang sempurna telah diakui secara sinergis mengaktifkan "suis induk"1 supaya dapat:
• Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkansistem imun.
• Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati.
• Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
• Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.

2. Meningkatkan Tenaga Sel

Sel-sel kita mengandungi "loji kuasa" tenaga dipanggil mitrokondria. Ia menghasilkan tenaga
supaya anda merasa bertenaga sepanjang hari. Walau bagaimanapun, pengeluarannya menurun
dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat.
Polifenol dikenali untuk:
• Menggalakkan fungsi mitrokondria yang sihat supaya ia meningkatkan pengeluaran tenaga secara optimum.
• Membantu meningkatkan pengeluaran mitrokondria jadi badan mempunyai lebih banyak "loji kuasa" untuk menghasilkan tenaga.

3. Menggalakkan Pemulihan Sel

Sel-sel anda terdedah kepada pelbagai serangan daripada radikal bebas atau penceroboh alam sekitar yang merosakkan DNA anda setiap hari, yang boleh mengakibatkan kematian sel.
Polifenol boleh membantu:
• Melindungi kerosakan DNA.
• Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang ebih sihat. 

4 Mengoptimumkan Prestasi Sel

Semakin badan berusia, fungsi organ merosot, memburukkan penyakit degeneratif seperti jantung, ginjal dan diabetes. Kajian menunjukkan bahawa:
• Polifenol dari benih dan kulit anggur muscadine boleh menggalakkan kesihatan dan jangka hayat sel.
• Penggunaan polifenol daripada anggur muscadine mungkin mempunyai beberapa faedah dalam
mempengaruhi perkembangan keadaan kencing manis.2
• Polifenol campuran anggur muscadine, Ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan
Ekstrak Eldeberi Eropah boleh menghentikan kerosakan selular.
• Polifenol mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap sistem kardiovaskular dan  meningkatkan kepekaan insulin.


Untuk dapatkan Vivix sebagai suplemen harian bolehlah menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


August 20, 2019

Elakkan Jerawat Badan Tumbuh Dengan Cara Alami



Sejak akhir-akhir ni Kak Feni perasan yang badan ni banyak naik jerawat terutama di bahagian belakang badan. Jadi Kak Feni pun google tentang jerawat dan kenapa ia banyak tumbuh.

Ada banyak faktor yang menjadi punca jerawat, antaranya hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur.

Sesetengah masalah jerawat juga timbul akibat ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin akibat penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.

Selain itu, pendedahan kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas turut menyumbang masalah itu.

Walau apa pun punca yang menyebabkan jerawat, apa yang perlu dilakukan adalah mengatasinya daripada terus mengganggu dan membelenggu anda.

Antara Punca Jerawat Badan :

  • Kurang jaga kebersihan badan.
  • Tidak membersihkan diri setelah berpeluh.
  • Memakai baju yang ketat.
  • Sembelit.
  • Stress.
  • Sabun yang tidak sesuai.
  • Genetik.
  • Diet.
  • Kesan ubat-ubatan.
Amalkan cara berikut untuk mengatasi masalah jerawat badan tumbuh :

1. Minum Air Kosong




Umum memang tahu tentang manfaat air kosong untuk kesihatan tubuh badan. Salah satu faktor jerawat muncul adalah kerana badan kekurangan air atau cairan untuk kulit. Dengan mengamalkan air putih secara konsisten menjadikan darah bersih dan kotoran dalam darah dapat disingkirkan secara semulajadi.

2. Kerap Mandi


Kulit yang kotor penuh dengan debu boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Mandi dapat membersihkan kotoran. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dapat mengekalkan kebersihan dan kesegaran kulit.

3. Elakkan menggosok dengan kuat



Elakkan menggosok badan dengan kuat ketika mandi. Sabun antiseptik juga perlu dikurangkan untuk mengelakkan keradangan pada kulit dan menjadikan lebih mudah jerawat tumbuh.

4. Ambil Ubat-ubatan yang Sesuai




Sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat bagi kesihatan. Ambil ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor dan jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

5. Tukar Baju


Yang ni amat penting. Jangan malas tukar baju. Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, tukar pakaian. Penggunaan minyak wangi, kosmetik dan pakaian yang ketat boleh menutup liang minyak yang memberi masalah jerawat pada kulit.

6. Pilih Fabrik Yang Menyerap Peluh


Pemilihan fabrik yang menyerap peluh sangat penting untuk memberikan ruang pernafasan kepada baju.

7. Jaga Pemakanan


Amalkan makanan dan cara pemakanan yang sihat. Makanan yang berminyak boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan berjerawat.

8. Gaya Hidup


Amalkan gaya hidup yang sihat. Jaga kebersihan badan dan tempat tinggal. Persekitaran yang bersih membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan.

9. Kawal Emosi 


Emosi juga memainkan peranan penting. Jerawat akan tumbuh dengan banyaknya bila kita selalu berada dalam keadaan stress dan tertekan. Jaga emosi untuk sentiasa tenang dan hidup lebih bahagia.

10. Bersihkan Diri Sebelum Tidur


Tidur dalam keadaan bersih dan selesa dapat menghasilkan tidur dan rehat yang berkualiti. Bayangkan tidur dalam keadaan berpeluh dan kotor, ia sungguh tidak selesa.

11. Amalkan Suplemen Seperti Alfalfa Complex dan Juga Vitamin C




Alfalfa adalah tumbuhan herba yang sangat bagus untuk detox badan. Pengambilannya secara konsisten boleh mengatasi masalah jerawat. Vitamin C adalah vitamin yang sangat bagus untuk kulit. Membantu dalam mencantikkan kulit. Bagi mereka yang ingin mengurangkan masalah jerawat boleh amalkan suplemen Alfalfa Complex dan Vitamin C.

Jadi untuk dapatkan produk Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



August 19, 2019

Kebaikan Bizzy Boddy Yang Membantu Dalam Mendapatkan Bentuk Badan Idaman

PENGENALAN BIZZY BODDY


  • Minuman Pra campuran berperisa teh hijau (green tea) yang membantu dalam proses menurunkan berat badan anda.
  • Minuman shake ini berkhasiat tinggi untuk membantu wanita miliki berat badan yang ideal dan rupa paras menawan supaya kelihatan lebih berkayakinan.
  • Setiap sachet 15 g membekalkan 75 kcal tenaga serta sumber karbohodrat protein yang tinggi.




BAHAN BAHAN BIZZY BODDY

  • Hoodia Gordonii

Hoodia Gordonii ialah tumbuhan kaktus yang ditemui di tanah Afrika Selatan seperti di Botswana, Nambia juga Angola. Ternyata tumbuhan ini diguna pakai masyarakat Afrika Selatan terlebih dahulu dalam tujuan mengurangkan berat badan . Tumbuhan Hoodia Gordonii membantu mengawal selera makan serta mengurangkan rasa lapar yang membuak-buak.

  • White Kidney Bean

White kidney bean dapat membantu tubuh untuk mengurangi jumlah zat tepung yang diubah menjadi gula dalam proses pencernaan , sehingga mengurangi jumlah kalori yang masuk ke tubuh . Dalam proses pencernaan tubuh kita mengubah karbohidrat yang ditemukan dalam makanan seperti nasi dan kentang menjadi glukosa. White kidney bean juga kaya serat , baik serat larut maupun tak larut, yang baik untuk meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) sehingga mampu mengurangi risiko penyakit jantung , menjaga kestabilan gula darah , mencegah sembelit dan gangguan pencernaan lain.

  • Green Coffee Extract

Green Coffee Extract dapat Meningkatkan metabolisme bagi glukosa dan mengurangkan tekanan darah.

  • Garcinia Cambogia

Garcinia Cambogia mengandungi asid hydroycitric dipercayai bertindak sebagai bahan yang boleh
i. Berkesan mengurangkan berat badan.
ii. Menghalang selera makan.
iii. Menghalang pembentukan lemak.
iv. Mengurangkan kolestrol.
v.  Menambahkan tenaga.



KEBAIKAN BIZZY BODDY



CARA PENGGUNAAN BIZZY BODDY

Cara penyediaan : Bancuh 1 paket dengan air suam 150ml waktu pagi sahaja ketika perut kosong

  • Elakkan makan atau minum manis
  • Elakkan juga minuman berais
  • Pastikan minum air putih sekurang kurangnya 2 liter sehari
  • untuk kesan yang optimum.
  • Kurangkan makanan berminyak
  • Digalakkan bersenam

TESTIMONI BIZZY BODDY





Bagaimana untuk mendapatkan produk AS LEGACY ? Boleh terus menghubungi nombor di bawah :-

Elly - +60192232846 atau boleh ORDER SINI

August 16, 2019

Cara Create Instagram Story Highlight Menggunakan Apps Canva

Bismillahirahmanirahim. Rasanya dah lama sangat tak share tutorial di blog Kak Feni ni. Hari ni Kak Feni terdetik nak buat Instagram Hightlight Story. Salah satu sebab galak sangat nak buat ni ialah bila tengok ig orang lain nampak cantik dan kemas je. Lepas ni kena belajar susun cantik-cantik balik.




1. First sekali kena download apps CANVA di Googgle Playstore. Ni untuk android macam Kak Feni lah. Apple tu korang pandai-pandai la ye.



2. Bila dah buka Apps, search Instagram Story Highligt Cover


Kat sini akan keluar macam-macam dan boleh pilih ikut suka hati. Nak edit sendiri pun boleh. Kak Feni suka yang simple je.

3. Pilih je template yang ada kat situ.



4. Bila dah pilih boleh start edit ikut kreativiti masing-masing.


5. Pilih warna yang digemari.




6. Bila dah siap boleh terus share di instagram. Kena share di Stories dulu.





7. Bila dah edit bahagia Hightlight tu siap !


Nampak lebih kemas dan cantik. Boleh je ubah ikut suka hati masing-masing. Haha budak-budak zaman nau lebih maju bab macam ni. Tak terkejar dengan teknologi. Namun tak salah untuk belajar dan mencuba.

Selamat maju jaya. 









Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...