May 6, 2019

Ramadhan - Day 1



Alhamdulillah syukur sebab masih berpuasa ketika entri ini ditaip. Bos bagi kelonggaran untuk muslim balik awal. Kak Feni boleh balik awal pukul 4.15 petang. Oleh kerana husband Kak Feni balik lambat. Awal sikit dari hari biasa. Jadinya bolehlah Kak Feni luangkan masa muhasabah diri sementara beliau kerja.




Balik awal pun Kak Feni tetap kena tunggu husband sebab kami datang sekali dengan motor. Bukan tak boleh nak bawa kereta datang tempat kerja. Mengenangkan jalan sesak dengan kereta jadi masa nak sampai rumah tu pun panjang. Jadinya kami sepakat untuk naik motor jela.

Sempena bulan Ramadhan ni, perbanyakkan amalan seperti mengaji Quran, zikir, sedekah dan berbuat baik sesama makhluk. Semoga amalan baik kita diterima Allah dan menjadi bekalan untuk kita di alam sana. Banyakkan doa dan sedekah untuk mereka yang telah pergi dulu sebelum kita.

Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat.



May 5, 2019

Salam Ramadhan Al Mubarak



Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T sebab masih diberikan kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ni. Dikesempatan ini Kak Feni nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua. Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpah kurnia tuhan selalu.

Kak Feni macam tahun-tahun lepas juga, kerja macam biasa dan balik macam biasa cuma awal sikit. Bos memang bagi kelonggaran untuk balik awal dalam pukul 4.30 petang sempena bulan Ramadhan ni. Tapi Kak Feni kena tunggu husband, jadi dalam pukul 6.30 baru gerak balik. Sampai rumah dalam pukul 7.00 malam. Memang tak sempat nak siap apa la.

Alhamdulillah mujur berbuka puasa di rumah mertua. Jadi tak kalut sangat. Azam Ramadhan kali ni nak khatam al quran paling kurang pun sekali. Kalau dapat lebih alhamdulillah. InshaAllah kena bulatkan hati.

Bulan ni kena buat amal banyak-banyak sebab nak rebut pahala yang berlipat kali ganda. Semoga Kak Feni istiqamah dalam melakukan suruhan Allah. Menjadi hamba yang baik.

Nak jadi insan yang banyak memberi dan bukan menerima. Allah, permudahkanlah aku.

Allahumma amin.




Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.


May 3, 2019

PERBEZAAN ANTARA ESP, CINCH SHAKE MIX DAN MEAL SHAKES SHAKLEE

Bismillahirahmanirahim.

Isnin depan kita umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Jadi mari kita persiapkan diri untuk sentiasa sihat dan cergas bagi menjalani ibadah puasa dengan tenang dan bahagia.

Jom kita tengok tentang PERBEZAAN ANTARA ESP, CINCH SHAKE MIX DAN JUGA MEAL SHAKES SHAKLEE ini. Ketiga-tiga produk ini memang sangat-sangat membantu dalam memberikan tenaga dan mengekalkan kecergasan sepanjang hari terutama ketika menjalani ibadah puasa.
Untuk imej yang lebih besar boleh klik pada photo.

1. APA ITU ESP, CINCH SHAKE MIX DAN MEAL SHAKES ?


Ketiga-tiga produk ini mempunyai keistimewaan masing-masing. Boleh rujuk photo di bawah.

2. SIAPA YANG MEMERLUKAN PRODUK INI ?

Untuk mencukupkan nutrisi harian. Kita perlukan zat-zat yang terbaik untuk tubuh badan bagi mendapatkan kualiti kesihatan yang terbaik. Maklum sahaja makanan yang kita ambil hari ini lebih kepada nak cepat atau segera. Jadi nutrisi yang kita perlukan untuk tubuh tidak cukup. Untuk mencukupkannya, kita perlu ambil makanan tambahan (suplemen) bagi membantu dalam memiliki tubuh badan yang sihat.



3. ISI KANDUNGAN SETIAP PRODUK



4. WAKTU MAKAN YANG SESUAI



5. PETUA 



Kak Feni dah cuba kesemua produk-produk di atas. Yang paling kerap order ialah ESP untuk diri sendiri dan suami. Manakala untuk anak-anak pula Meal Shakes sebab untuk tambah nutrisi anak-anak untuk membesar.

Untuk promosi bulan Mei 2019 ni. Beli mana set 2 can Cinch Shake, Meal Shakes atau Performance Drink dapat diskaun sebanyak 10%. Boleh kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan.


Untuk order boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 2, 2019

NUTRIFERON DAH KEMBALI !!!


Alhamdulillah Nutriferon dah kembali ke Malaysia. Yeah !! Seronok sangat nak war-warkan kepada semua tentang Nutriferon ni. Maklumlah ramai yang suka akan kebaikannya. Membantu meningkatkan kekuatan anti-bodi badan.

MANFAAT NUTRIFERON ini sangat bagus untuk menguatkan sistem imun badan terutamanya untuk mereka yang selalu jatuh sakit seperti demam, batuk dan selsema. 

Bagi yang terkena penyakit HFMD seperti selalu dijangkiti oleh kanak-kanak boleh juga diberi Nutriferon bagi menguatkan sistem imun badan mereka. Boleh rujuk cara mencegah HFMD.

Kak Feni selalu dapat order Nutriferon ni untuk membantu masalah denggi. Boleh rujuk CARA MENAIKKAN PLATELET DARAH SEMASA DEMAM DENGGI.

Untuk mendapatkan Nutriferon stok baru sampai boleh hubungi Kak Feni. Postage ke seluruh negara.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 1, 2019

Promosi Shaklee Mei 2019

Sempena bulan ramadhan yang akan tiba tak sampai seminggu lagi ni. Shaklee menawarkan promosi produk untuk kekal cergas bertenaga sepanjang hari sesuai untuk diamalkan ketika berpuasa.


Beli mana-mana 2 set twin pack seperti di atas dapat free reuse bag. Cantik sangat. Berbaloi grab ketika promosi ni. Performance drink pun da diperbaharui dengan perisa baru. Yang ni pun kena cuba.

Nak order? Jangan malu untuk kontek Kak Feni.

Safeni Feni +601115672780

April 29, 2019

Dah Sampai Masa Renew Domain


Pejam celik pejam celik dah hampir setahun Kak Feni guna domain www.safenifeni.com untuk blog ni. Alhamdulillah terima kasih ya Allah untuk nikmat yang tidak ternilai harganya. 

Menulis adalah satu kepuasan dan satu terapi untuk Kak Feni. Menjadikan blog sebagai salah satu medium berkongsi cerita dan juga salah satu punca pendapatan selain media sosial yang lain seperti ig, fb dan juga twitter.

Ada masa lebih kurang sebulan jer lagi untuk Kak Feni renew domain blog ni. Jadi sempatlah Kak Feni kumpul duit untuk renew nye. Hahaha kalau tak ia akan kembali kepada blogspot yang dulu iaitu www.sweethealthy86.blogspot.com. Kak Feni masih lagi gunakan blogspot sebab senang dan mudah. Nak ajar orang lain guna blogspot pun senang.

Ada juga yang offer Kak Feni untuk menulis menggunakan medium wordpress tapi Kak Feni rasa lebih baik hanya teruskan saja guna blogspot ni. Entahlah ikut pendapat masing-masing. Terpulang kalau tak fokus dan tak konsisten menulis pun tak guna jugekk  khenn ?

Lebih baik teruskan apa yang kita ada. Ni akibat suka tengok cerita #keretasewa si Ramli di TV3 la ni, dia suruh sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Hahahaha layan.

Blog ni lebih mudah untuk Encik Google cari berbanding fb dan intagram. Mungkin ! Backup juga sekiranya suatu hari nanti fb dan ig tiba-tiba ditutup macam hari tu. Seluruh dunia ig dan fb tergendala. At least ada jugaklah backup dengan blog. Maklumlah Kak Feni berniaga suplemen dan pakej travel ni. 

Bukan nak kata, kebanyakkan customer Kak Feni yang baru kenal ni jumpa contact number Kak Feni melalui blog. Bila Kak feni tanya mana dapat nombor Kak Feni ? Dia akan cakap" saya google dan jumpa blog akak". Alhamdulillah kan bagus begitu. Tak update hari-hari pun dapat customer. Apapun berbalik pada rezeki.

Mungkin juga doa-doa Kak Feni yang dulu supaya dapat customer melalui blog dah dimakbul tuhan. Alhamdulillah syukur. Rasa berbaloi sebab belajar buat blog dan tulis blog dengan sepenuh hati. Ewahhhh. 

April 26, 2019

Road To 20K


Ewah. Entri santai hari ni. Dah nak balik baru dapt idea. Dok menung jer dari tadi. Hahaha. Road to 20K. InshaAllah dengan izin Allah. Bismilllahirahmanirahim.

Semoga berjaya Kak Feni. Kalau kau tak support dan sokong diri kau sendiri, tak ada siapa yang boleh tolong. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hahaha banyak benor tabung nye. Kadang-kadang nak makan pun berkira tapi alhamdulillah rezeki tu tetap ada.

Yang penting inshaAllah cash 20K akan tercapai. Semoga Allah permudahkan. Ya Allah ya mujib. 

#kakfenistory.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...