Showing posts with label SET BERPUASA. Show all posts
Showing posts with label SET BERPUASA. Show all posts

May 10, 2019

6 CARA MENGATASI KETIDAKSELESAAN SEMASA BERPUASA

Dengan produk Shaklee, boleh bantu mengatasi masalah ketidakselesaan semasa berpuasa. Puasa dapat merehatkan perut yang selama ini bekerja tanpa henti. Banyak nikmat puasa yang akan kita dapat bila menjalaninya dengan penuh sabar.

Namun untuk mereka yang selalu ada masalah ketidakselesaan semasa berpuasa bolehlah cuba beberapa produk di bawah ikut kesesuaian diri. 






Berminat boleh hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



May 9, 2019

Ramadhan - Day 4



Alhamdulillah masih mampu menjalani ibadah puasa. Bersahur ala kadar je hari ni. Nasi putih dengan kari daging mak mertua bagi dengan telur dadar. Air teh o panas. Air masak 2 gelas dan tak lupa suplemen harian Alfalfa Shaklee 5 biji semasa sahur tadi.

Semoga hari ni berjalan dengan lancar dan baik sekali. Semalam rasa penat dan mengantuk sangat. Balik rumah berbuka puasa di rumah mak mertua. Lepas berbuka kami balik rumah rehat kejap dan keluar balik sebab husband Kak Feni nak ambil beras di tempat kerja dia. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Kaya sangat dengan nikmat Allah bagi.

Beras ni, tiap-tiap 3 bulan sekali akan dapat. Majikan tempat husband Kak Feni buat zakat untuk pekerja dia. Jadi pasal beras untuk kami anak beranak memang tak risau. Tak pernah putus bekalan beras. Selalunya kalau dapat, Kak Feni akan letak dekat rumah mak mertua sebab kami makan di sana setiap hari. 

Rezeki kan luas. Syukur sangat-sangat dan nikmat apakah lagi yang kau dustakan ?

Salam Ramadhan yang ke-4. Semoga segala yang kita doakan, impikan, mahukan dimakbulkan Allah.


May 6, 2019

Ramadhan - Day 1



Alhamdulillah syukur sebab masih berpuasa ketika entri ini ditaip. Bos bagi kelonggaran untuk muslim balik awal. Kak Feni boleh balik awal pukul 4.15 petang. Oleh kerana husband Kak Feni balik lambat. Awal sikit dari hari biasa. Jadinya bolehlah Kak Feni luangkan masa muhasabah diri sementara beliau kerja.




Balik awal pun Kak Feni tetap kena tunggu husband sebab kami datang sekali dengan motor. Bukan tak boleh nak bawa kereta datang tempat kerja. Mengenangkan jalan sesak dengan kereta jadi masa nak sampai rumah tu pun panjang. Jadinya kami sepakat untuk naik motor jela.

Sempena bulan Ramadhan ni, perbanyakkan amalan seperti mengaji Quran, zikir, sedekah dan berbuat baik sesama makhluk. Semoga amalan baik kita diterima Allah dan menjadi bekalan untuk kita di alam sana. Banyakkan doa dan sedekah untuk mereka yang telah pergi dulu sebelum kita.

Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat.



May 26, 2017

8 TIPS PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETIS KETIKA BERPUASA


Berpuasa adalah selamat bagi pesakit diabetes. Sila dapatkan nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik sebelum berpuasa.

Tip semasa berpuasa :


1. Bersahur pada hujung waktu sahur dan berbuka pada awal waktu buka.

2. Pastikan pengambilan makanan yang seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan. Ambil jumlah karbohidrat yang cukup semasa sahur sebagai bekalan semasa berpuasa.

3. Elakkan pengambilan makanan tinggi gula semasa berbuka puasa.

4. Ambil snek waktu minum malam (selepas tarawih).

5. Pengambilan cecair perlu mencukupi. Minum sehingga 8 gelas air kosong sehari.

6. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol atau lemak semasa berbuka puasa atau sahur.

7. Hadkan pengambilan makanan tinggi garam untuk mengurangkan risiko dehidrasi.

8. Amalkan mengambil ubat atau insulin mengikut arahan doktor. Pengambilan ubat dan insulin berbeza semasa berpuasa.

Cadangan suplemen Shaklee untuk pesakit Diabetis ialah :

1. Vivix
2. ESP
3. Meal Shakes
4. Performance Drink


Khasiat untuk setiap produk MIGHTY 3 GERM boleh rujuk di SINI.

Untuk mendapatkan Suplemen cadangan ini bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...