December 26, 2018

FUTURE LIFE DESIGN

FUTURE LIFE DESIGN | 

1. CAREER LIFE

Pilihan kerjaya kita ? Contohnya, kita buat bisnes. Adakah pilihan bisnes yang menguntungkan ? Ada sistem atau tak ? Kita kena ada simpanan 6 bulan sebagai pelindung (back up plan). Contohnya, kalau tiba-tiba kita kena buang kerja atau diberhentikan kerja oleh majikan. Bolehkah kita teruskan kehidupan kita macam biasa ?

2. FINANCIAL LIFE

Berapa simpanan kita ? Bagaimana kita uruskan kewangan kita ? Pelaburan untuk masa depan kita ?

3. PERSONAL LIFE

Apa itu impian ? 
Apa Pencapaian kita selama kita hidup ?

4. FAMILY LIFE

Pendidikan anak-anak.
Rumah
Melancong
Kecemasan

5. COMMUNITY LIFE

Bagaimana kita menambah nilai dalam kehidupan orang lain.
Berapa ramai yang sudah dibantu ?

6. SPIRITUAL LIFE

Ending kita berapa ?
Beribadat
Haji
Umrah

KEJAYAAN BERMULA DENGAN IMPIAN

1. Apakah BIG WHY kita ?
2. Apakah Matlamat kita ? (Goal Setting)
- Jelas + Tepat + Logik 
3. Boleh dicapai tak dengan usaha atau kerja yang kita sedang lakukan sekarang ?

Contoh :-

Nak jual 7 set tupperware dalam seminggu. Jadi sehari kena jual 1 set tupperware.

Matlamat kena jelas.

Ramai yang terperangkap dalam "rat race".


Jalan keluar dari "rate race" ialah lari dari "rat race".


Bagaimana nak lari ?

1. Tukar kitaran. Tukar persekitaran tempat kerja. 
2. Cuba sesuatu yang baru.
3. Melancong
4. Ubah diri kita dulu sebelum kita ubah orang lain.


Untuk marketing ONLINE, belajar SEND OUT SHIP
Contohnya, 3 post sehari untuk setiap page dan juga personal post.

Kita tak tahu kapal mana yang akan bawa balik hasil. Kita hantar banyak-banyak kapal. Kita tak tahu kapal mana yang akan bawa balik hasil.


KENAPA KITA GAGAL ?

1. MATLAMAT yang kita setting itu tidak jelas. Gagal kita cuba lagi dan lagi.

2. Mudah puas hati dengan apa yang kita buat.

3. Tiada TEAMWORK.

4. Penghalang KEJAYAAN.


Kak Feni buat nota sikit tentang kehidupan kita ni. Buat bisnes tapi tak tahu kemana hala tuju. Buat step by step. Bila kita dah ada matlamat, secara tak langsung. Kita akan tetapkan fokus kita.

Berkali-kali kita gagal bukan bermakna selamanya kita gagal. Teruslah berjalan. Akan ada sesuatu yang indah di hadapan.

December 24, 2018

Kami Balik Kampung

Dalam hidup ini, ada benda yang kita boleh rancang dan ada yang kita tak boleh nak rancang. Macam nak balik kampung Jumaat lepas. Kami gesa-gesa balik kampung sebab ada kematian di kampung. Adik bapa mertua Kak Feni dijemput Ilahi.

Cadangnya memang bapa mertua, mak mertua, Kak la dengan suami nak balik kampung pada Sabtu sebab ada kenduri. Bila dapat tahu yang bapa saudara meninggal terus kami EL dan balik kampung. Hari Jumaat tu, jalan banyak kereta jadi perjalanan ambil masa yang lama berbanding biasa.

Kami sampai di kampung pukul 6.00 petang, terus ziarah rumah arwah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Orang yang baik, Allah sayang. Isterinya tabah dan redha walaupun arwah tak sempat nak tengok anak kahwin. Berbalik pada Allah. Allah dah atur cantik dah.

Sabtu, kami hanya bersantai di rumah opah je.

Ahad, hari kenduri. Kami beramai-ramai ke dewan. Alhamdulillah berjalan dengan meriah sekali. 







Lepas kenduri, kami terus bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan dari Gerik ke KL kali ni mengambil masa lebih kurang 7 jam sebab jalan raya banyak kereta. Cuaca pula hujan. Pukul 10 malam kami selamat sampai di rumah.

Hari ni kami masuk kerja masing-masing.

December 20, 2018

Makan-Makan Di Little Rara Di Jalan Kia Peng. Kuala Lumpur

Semalam kami satu family ke Jalan Kia Peng untuk makan mee ala-ala Thai di Little Rara. Sebenarnya dah lama dah Kak Feni dengan Kak La plan nak ke sini sebab Kak La asyik cakap sedap-sedap. Nak pergi sendiri asyik tertangguh je.

Kebetulan Pakjang ada kerja di KL ni, dia ajak la kami semua makan. Kak La suggest di sini sebab Pakjang suka makan sup. Hari kerja jadi kami keluar agak lambat. Pukul 10 malam baru keluar dari rumah. Lepas tu jalan punya la jem semalam sebab terowong Jalan Tun Razak di tutup. 

Sampai di Little Rara dah dekat pukul 11.00 malam. Haha sebenarnya kami tak tahu pun nak makan apa. Makan jela untuk rasa sebab sebelum keluar tu, kami dah makan nasi dah. 

Bila dah ramai ni, biasalah nak tunggu makanan pun memerlukan masa. 



Sebelum balik bergambar kenangan dulu. Adakah ini makan-makan terakhir untuk 2018 ? Hihi rasanya sebab masih ada masa lagi kan.




Entah bila adik dengan abah pergi enterframe di kereta kodok ni ntah sebab masa makan, ummi duduk dengan abang. Adik dengan abah. Abang makan nasi habis separuh pinggan. Adik, abah cakap makan la 2 3 suap. Adoiii.

Perut kenyang, kami pun bertolak balik. Masing-masing naik kereta masing-masing. Adik nak ikut angah. Depa pergi ronda Dataran dulu. Kami terus balik. Sampai rumah pun dah pukul 1.00 pagi.

December 19, 2018

BUKA BUKU BARU HARI NI

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni Kak Feni buka buku baru sebab buku lama dah habis. Ewah ! Awal sangat Kak Feni buka buku baru kan.

Cerita pasal buku baru ni, memang takkan habis sampai bila-bila. Sebabnya setiap hari kita akan lalui banyak benda yang baru walaupun kita rasa asyik benda yang sama je yang kita buat. Contohnya, macam Kak Feni ni haaa. Bangun pagi. Mandi siap-siap solat subuh dan kemudian bersiap untuk datang kerja.

Lepas tu datang kerja dan seterusnya buat kerja pejabat macam biasa. Kadang-kadang kita rasa "ala boringnya asyik buat benda yang sama". Hakikatnya kita telah melalui hari yang berbeza. Masa takkan menunggu kita dan akan terus berjalan hingga la hari  terakhir dunia ini.


Ni haa cover buku nota yang Kak Feni buat guna apps CANVA. Cantik dan puas hati sendiri sudeh !

Bila dah tampal di buku jadi macam ni.


Nampaklah cantik sikit dari sebelum ni khen. Kalau sebelum ni Kak Feni tulis je pakai maker pen. Well! Walaupun tulisan Kak Feni ni agak not bad tapi rasa kalau buat guna komputer lagi so much better. So kita proceed dengan yang guna printer jela.

Bila print tak sama kaler dengan yang buat sebab printer yang baru ni kaler dia lebih gelap. Tak macam yang dulu. Kaler pun sharp je. Eh ! tiber cerita pasal printer pulak. Tak kisahlah janji kita boleh DIY khenn.

Yang lama sebelum di upgrade menjadi lebih cantik. 



Awal bulan lagi dah siap buku nota ni sebab buku lama dah tinggal beberapa helai je. Hari ni baru sempat buat cover sebab nak buka buku baru ni kena lah semangat sikit.

Kak Feni ada juga survey diary 2019 di kedai buku dan kedai DIY tapi tak berkenan di hati. Buat jela sendiri. Cantik ke tak cantik, okey je sebab sendiri buat dan sendiri puas hati. 



December 18, 2018

13 HARI LAGI NAK SAMBUT TAHUN BARU

Alhamdulillah 13 hari lagi nak sambut tahun baru. Cuti Kak Feni untuk tahun 2018 dah habis, clear, yilekk ! Jadi kalau nak cuti kena unpaid leave. Next kena ambil cuti 31 haribulan nanti sebab kena pergi sekolah Abang Aus. Ada orientasi katanya. Buku-buku sekolah Abang Aus pun tak beli lagi. 

InshaAllah minggu depan, Kak Feni kena luangkan masa pergi sekolah. 27 haribulan pun ada program di sekolah tabika adik, tapi yang ni mungkin Kak Feni tak pergi sebabnya hari kerja kan. Cikgu pun dah bagitahu dalam group wassap, kalau sesiapa yang tak berkelapangan tak hadir pun takpe. 

Tahun depan Kak Feni ambil cuti lama sikit untuk urusan sekolah anak-anak. Abang Aus darjah satu dan Adik masuk tabika (5 tahun). Abang tu sekolah kebangsaan petang, dan sekolah agama pagi hari. Nasib baik ada Tokyah yang boleh hantar dan ambik abang di sekolah. Syukur sangat-sangat. 

Baju sekolah Abang dah siap beli dan basuh dah. Nanti sebelum masuk sekolah nanti ummi kena prepare siap-siap sebab 29 haribulan nanti nak pergi luar kawasan. Ada kenduri dan perjalanan kami mungkin kena bermalam di sana. Jadinya untuk mengelakkan badan penat dan sebagainya, ummi kena prepare siap-siap. Bila sekolah nanti tak kelam kabut nak buat semua sekali gus.





Adik punya persiapan, tunggu tahun depan baru boleh bayar semasa pendaftaran 2 haribulan. Harapnya adik ok-ok sajalah. Bila tanya adik nak sekolah tak ? Dia akan jawab taknak. Barang sekolah semua dah sedia. Beg, stoking dan alat tulis dah beli. Alat tulis ummi beli dekat kedai RM2 je sebab kalau hilang ke apa ke, tak lah ralat sangat.

Bila anak dah sekolah ni, ummi kena lah lebih pandai berjimat cermat sebab anak-anak memang perlukan belanja yang banyak. Belanja sekolah dan bento anak-anak pun ummi kena sediakan. Dahlah belanja sekarang ni mahal. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja nanti.



December 17, 2018

SAKIT GOUT DAN SUPLEMEN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN SAKIT

Pernah tak bila bangun pagi dan tengok kaki tiba-tiba bengkak. Ingatkan kena sengat dengan serangga tapi bila pergi jumpa doktor dan doktor sahkan kemungkinan terkena GOUT ? Ah! Macam tak percaya sebab bila berjalan tak sakit pun. Doktor bekalkan ubat untuk kurangkan masalah bengkak. Bila makan, tak lama kemudian bengkak yang lain pula timbul. Terasa gatal habis di bahagian mata. Bangun dan tengok cermin, nampak bahagian mata dah mula bengkak. Hah ! Sah alergik ubat. Terus berkejaran ke klinik jumpa doktor kembali. Bila sampai je klinik, doktor tengok terus cakap ini alahan ubat. Kena suntik pula dengan ubat lain. Ubat-ubat yang sebelumnya doktor ambil balik sebab dah tahu dah tak sesuai.

Itu adalah yang terjadi kepada pesakit gout. Dia akan menyerang sesiapa sahaja tak mengira umur.

Antara faktor penyebab gout adalah :-

1. Pemakanan
2. Genetik
3.  Masalah buah pinggang

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Elakkan makanan yang tinggi protein seperti makanan laut, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

CARA MENGATASI GOUT


1. Banyakkan minum air kosong untuk membantu proses penyingkiran urate.
2. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
3. Bersenam untuk meningkatkan tahap kesihatan. 


Ada juga rawatan gout yang boleh diamalkan secara semulajadi menggunakan bahan-bahan yang hanya terdapat di dapur sahaja. Boleh rujuk : 12 Cara Rawatan Gout Secara Semulajadi yang Berkesan


 SUPLEMEN SHAKLEE YANG MEMBANTU MASALAH GOUT



1. B-COMPLEX

Yang paling bagus ialah yang mengandungi 8 jenis vitamin B penting yang diperlukan badan dan ada Asid Folik. Vitamin B ialah viamin yang penting untuk tindakbalas kimia dihati(untuk buang sel asid urik yang rosak dan tua)

2. GARLIC COMPLEX

Pengambilan Garlic Complex sebanyak 2 biji sehari membantu dalam menghalang formasi radikal bebas yang mampu merosakkan sendi.

3. OSTEMATRIX

Nutrisi seperti kalsium dan magnesium diperlukukan untuk mengelakkan sendi pesakit gout daripada menjadi lebih teruk

4 VITAMIN E

Merupakan vitamin yang sangat kaya dengan anti-oksida yang mampu melawan penuaan sel-sel dari cepat tua dan merosot.

5. ALFALFA COMPLEX

Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox.

6. VITAMIN C

Penting untuk kurangkan penghasilan asid urik(menghalang enzim Xantine daripada teroksida. Vitamin C adalah uricosuric semulajadi yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik.

7. VIVIX

Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel).


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

December 13, 2018

TARIKH BAYARAN GAJI TAHUN 2019

Untuk peniaga kecil-kecilan macam Kak Feni yang buat bisnes online ni memang penting untuk tahu tarikh gaji. Selalunya gaji ni kita ikut tarikh gaji penjawat awam. Kalau swasta bergantung pada majikan masing-masing. Macam syarikat tempat Kak Feni kerja ni, seminggu sebelum tarikh akhir macam tu la dapat gaji. Dalam 26 hb hingga 31 hb. Paling lewat 1 haribulan seterusnya.


Bila kita dah tahu hari gaji ni, kita bolehlah melancarkan serangan ke atas wall ataupun page kita ketika tarikh-tarikh orang tengah kaya ni. Mana tahu ada yang berkenan dengan produk atau servis kita. Masyuk la jawabnya. InshaAllah tak rugi berusaha.

Tarikh gaji ni juga penting untuk kita plan marketing kita. Samada nak buat online atau offline. Kalau online, mudah untuk kita set buffer atau hootsuite bagi yang sibuk gila macam Kak Feni ni. Kadang-kadang bila sampai di rumah, dah tak sempat nak tengok handphone sebab dok kalut hal rumah tangga.

Nak masak, nak basuh dan sidai baju, nak kemas rumah, nak layan anak-anak dan macam-macam lagi lah. Jadi bila ada masa terluang, boleh set buffer atau hootsuite siap-siap. Contohnya masa anak-anak tengah tidur ataupun Kak Feni bangun tengah malam. Macam nak update blog juga la kan. Kadang-kadang tak cukup masa jadi bila kita dah ada plan, hidup lebih tenang dan gembira.

Save siap-siap tarikh gaji ni di kalendar 2019. Seminggu sebelum dan selepas gaji mesti buat post iklan sebanyak yang mungkin. InshaAllah akan ada rezeki yang akan masuk.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...