July 25, 2018

#SyawalGiveaway - My First Giveaway


Assalamualaikum. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.

Jom join GiveAway from  Young Blood ni. 

Macam mana nak join ? Klik banner.


HFMD SEDANG MELANDA NEGARA

Hari ni buka group whatsapp dapat terima info tentang virus HFMD yang menyerang kanak-kanak. Kak Feni yang mempunyai dua anak kecil memang risau sangat. Tambah-tambah lagi adik Rayyan tengah selsema sekarang ni.


Selangor mencatatkan kes paling tinggi setakat ni. Kak Feni duduk di Selangor. Dua minggu sudah memang ada rakan sekolah Abang Aus yang dah kena HFMD ni. Jadi ibu dia kuarantin di rumah sehingga anak itu sihat sepenuhnya. Langkah yang sangat-sangat baik dan Kak Feni pun rasa lega sebab kalau ada ibu bapa yang ambil mudah tentang masalah ini. Tak mustahil anak-anak lain pun terkena. Nak-nak pulak yang jenis antibodi lemah. Kak Feni memang risau kalau virus ni merebak dan berjangkit dekat anak-anak lain. 

Ini adalah saranan oleh Kementerian Kesihatan untuk mereka yang terkena HFMD ni.


Baca juga CARA MENCEGAH HFMD.

Di media sosial pun dah ramai ibu bapa yang bercerita dan risaukan anak masing-masing. Bila kena memang susah hati sebab ambil masa yang lama untuk sembuh.


Tahu tak antara sebab yang paling banyak terima kes HFMD ni ialah melalui troli pasaraya. Apa ? Troli ? Ya troli pasaraya yang kita selalu pergi beli barang-barang rumah tu. Di situ banyak terdapat bakteria dan virus HFMD yang mudah berjangkit kepada kanak-kanak. Jadi elakkan anak-anak duduk di dalam troli.


Kak Feni pun dulu tak tahu memang selalu letak anak-anak dalam troli sebab tak larat nak dukung. Sekarang ni bila dah tahu memang sedaya upaya elakkan. Kadang-kadang diorang mengamuk juga mahu naik tapi bila kita explain bahaya banyak kuman. Diorang akan faham.

Sekarang ni kalau pergi mana-mana seeloknya bawa bersama tisu basah atau cecair pencuci tangan sanitizer tu untuk membunuh kuman bakteria.



Bila ada anak kecil ni memang kita kena pantau dan jaga kebersihan sebab mereka bukan tahu apa yang mereka pegang. Kita yang dewasa kena ajari anak-anak tentang kebersihan diri.

Lepas bermain di taman atau padang permainan kena cuci tangan, nak makan kena cuci tangan dan sebagainya.

Sumber infografik : Kementerian Kesihatan Malaysia

July 24, 2018

Plaza GM Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Kali ni Kak Feni nak share satu tempat menarik sebagai lubuk buat duit untuk seller online yang memang minat berbisnes macam Kak Feni. Mula-mula ushar untuk diri sendiri je lama-lama macam best pulak bila kita dapat barang free.

Sambil-sambil ambil order untuk orang lain, kita pun dapat barang free. Alhamdulillah macam personal shopper pun ada dah Kak Feni ni.

Mula-mula pergi nak beli barang yang kawan-kawan order online. Bila tengok harga borong lebih murah di Plaza GM. Kak Feni pun takkan ketinggalan untuk grab satu. Contohnya. macam satu bag RM50.00. Kalau beli borong dapat RM25.00. (kena beli 3 barang ke atas). Jadi untuk 3 bag Kak Feni cuma perlu bayar RM75.00. Kalau harga beg tu RM50.00 satu. Kak Feni tak pelu bayar dengan harga RM50 tapi dapat dengan harga  borong. Kalau beli untuk kawan-kawan lain. Dah untung di situ.

Kalau beli lagi banyak lagi banyak dapat diskaun. Macam Kak Feni yang modalnya kecil ni memang sekadar cukup-cukup buat pusing modal dulu la. Sambil-sambil berjalan sambil cuci mata dan perabih duit. Hehe

Kak Feni pergi sini hari Ahad, jadi banyak kedai yang tutup. Hanya pergi tengok kedai yang buka jelah. Kalau nak beli borong memang best di sini. Ada modal banyak boleh je borong stok dan jual banyak-banyak.

Plaza GM ni Kak Feni dah lama kenal zaman tahun 2008 lagi. Masa tu belum ada pun KWC (Kenanga Whole Sale). Kami dulu beli di sini dan pos ke Gerik sebab Kak Ani berniaga di Gerik. Kami yang duduk KL ni la yang jadi tukang runner ke Plaza GM. Masa tu tak crowded macam sekarang. Masa tu memang seronok sangat berniaga bila kuasa membeli memang banyak. Harga getah naik banyak. Ekonomi pun stabil sangat masa tu. Memang rasa kaya gila. Kami flashback ambik barang guna motor ego je. Letak kat tengah-tengah.

Lepas ambik barang dagangan, hantar pulak ke stesen bas di Hentian Duta. Semuanya kami lakukan dengan motor Ego kesayangan tu lah. (sebab tu tak jual-jual motor ego tu, banyak kenangan). Lepas hantar naik bas, berkejaran masuk opis pulak. Maklumlah kerja dengan orang kan.

Alhamdulillah semua pengalaman susah dah rasa. Seronoknya bila tengok hasil.

Sekarang ni Plaza GM dah tak sama macam dulu. Banyak warga asing di sini. Kak Feni bawa anak-anak jadi memang Kak Feni akan sediakan tisu basah untuk cuci tangan diorang. Maaf bukan nak bersikap racist atau apa ya. Sekurang-kurangnya kita berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Kak Feni rasa memang tak sesuai bawa budak-budak ke sini. Kalau nak shopping pun lebih baik kita yang dewasa je pergi. Hari tu sebab nak hantar Kak Ani ke Jalan Duta. Jadi bawa anak bersama-sama.

Kalau untuk kes beli barang ke apa ke, Kak Feni lebih selesa pergi dengan hubby je sebab lebih selamat. Bukan apa kan, kita kena juga jaga keselamatan anak-anak kan.


Nahhh belanja hasil candatan di Plaza GM, Kuala Lumpur. Cantik macam orang have-have je kan. Hahahahahaha. (Kalau minat boleh contact terus Kak Feni)

Kalau macam baju ke, beg ke Kak Feni rasa boleh guna yang local ni. Kalau suplemen ke skin care ke, lebih baik lah beli yang original sebab takut nanti memudaratkan diri sendiri. Jangan membahayakan diri sendiri okay !

Lepas ni Kak Feni nak pergi borong towel pulak sebab towel kat situ banyak. Murah-murah pulak tu. Towel dekat rumah dah banyak macam tunggu masa nak jadi kain lap kaki.

Jadi korang yang ada modal lebih sikit nak cuba buat bisnes boleh cuba pergi Plaza GM. Yang berniaga pasar malam, downtown, carbooth sales dan sebagainya boleh lah pergi ke situ untuk ushar barang-barang niaga.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki yang halal untuk menampung kehidupan yang makin lama makin mencabar ni.


July 23, 2018

DEMAM SELSEMA MENJELMA



Dua tiga hari ni tak boleh nak chill sangat sebab demam selsema menjelma. Mula-mula seorang kena. Lepas tu berjangkit kepada yang lain dan seterusnya.

Selsema ni jadi sebab tak cukup rehat sangat. Penat sungguh minggu lepas. Rasa macam tak cukup tidur sebab ayik ke sana kemari dengan urusan dunia. Mungkin badan pun nak rehat juga kot.

Mula-mula Adik Rayyan yang selsema, kemudian kena dekat ummi dan pagi tadi nampak macam abahnya pun dah mula sumbat hidung. Bila hidung ni mula meleleh dengan air hidung memang tak selesa sangat.

Pagi tadi bangun pun agak lambat sebab tak larat nak bangun. Anak-anak pun lambat bersiap. Nasib baik hari ni Isnin. Semua baju dah siap bergosok semalam.

Selsema ni cepatlah berlalu pergi. Lama dah tak kena ni. Selalu kena pun kejap je elok. Ni dah 2 hari. Lemah habis badan-badan ni. Lenguh habis rasa. Nak cuti pon dah banyak cuti yang ambil. Bulan Ogos ni nak ambik cuti lama nak balik kampung. Jadi makanya bertabahlah Mak Jemah. InshaAllah esok baik.

Mak Jemah kena kuat untuk anak-anak. Mana boleh lemau-lemau kan. Orang lain lagi banyak dugaan. Kita yang sikit ni pun rasa malas bebenor sebab apa. Sebab terlalu selesa dengan zon selesa. Padahal tak seselesa mana pun. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Apapun alhamdulillah dengan nikmat yang Allah bagi ni.

TANDA BUASIR DAN CARA MENCEGAHNYA

Hari Sabtu lepas Kak Feni pergi melawat seorang sahabat kakak Kak Feni yang sedang berpantang. Berpantang selepas menjalani pembedahan membuang kanser di usus beliau. Melihat kepada keadaan beliau itu memberikan kesedaran kepada Kak Feni supaya menjaga pemakanan dan kesihatan.

Bila sahabat itu cerita pasal rawatan yang dibuat oleh pihak hospital memang sungguh menakutkan. Kak Feni pula memang sangat-sangat fobia dengan hospital. Anak-anak masuk hospital pun Kak Feni yang sensitif lebih.

Tahu tak antara penyebab kanser usus ialah buasir. Masalah buasir ni bukan sahaja dialami oleh wanita malah lelaki juga mengalaminya.



Tanda-tanda buasir ialah :-

✿ Rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur
✿ Luka pada salutan dubur disebabkan nanah
✿ Rasa kepanasan selepas membuang air
✿ Rasa sakit berdenyut
✿ Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lebih lama.
✿ Darah segar yang menitis ketika membuang najis
✿ Rasa pedih sekitar rektum
✿ Tukar membuang air besar
✿ Nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria.

Cara mencegah BUASIR :-
✿ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak serat.
✿ Banyakkan makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
✿ Minum banyak air.
✿ Lakukan senaman secara berkala.
✿ Jangan menahan untuk membuang air besar.
✿ Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
✿ Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.
 

VITAMIN SHAKLEE UNTUK BUASIR


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

VITAMIN SHAKLEE UNTUK BUASIR

Pernah kena buasir? Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu sehinggakan ada yang taknak membuang sebab takut luka di bahagian dubur.

Gejala

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Tanda dan Gejala

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut :
✿ Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
✿ Perut kembung, kejang atau sakit.
✿ Kurang selera makan.
✿ Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
✿ Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab


Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
✿ Kurang serat dalam diet.
✿ Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
✿ Pengubatan.
✿ Susu.
✿ Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
✿ Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
✿ Penyalahgunaan julap.
✿ Menahan untuk membuang air besar.
✿ Kekurangan air.
✿ Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
✿ Masalah dengan kolon dan rektum.
✿ Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Komplikasi


Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan


Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

✿ Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
✿ Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
✿ Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
✿ Anda dalam kesakitan.
✿ Anda mendapati najis anda berdarah.

Pencegahan


Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
✿ Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
✿ Minum banyak air.
✿ Lakukan senaman secara berkala.
✿ Jangan menahan untuk membuang air besar.
✿ Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
✿ Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

Sumber : myhealth.gov.my

Jangan biarkan masalah buasir mengganggu hidup kita. Jom amalkan Suplemen untuk buasir dari Shaklee yang membantu dalam masalah buasir.


 Ostematrix

✿ Melancarkan penghadaman.
✿ Memelihara usus dan melawas pembuangan air besar.
✿ Membantu dalam melegakan sembelit.

Omega Guard

✿ Anti-radang.
✿ Membantu kurangkan rektum akibat tekanan ke atas oto dubur dan kawasan sekitarnya.

Vitamin C

✿ Membantu proses penyembuhan luka dalaman dan bahagian dubur.
✿ Disarankan untuk najis berdarah.

Suplemen ini sesuai untuk semua baik wanita mahupun lelaki. Untuk mendapatkan suplemen Shaklee dan khidmat nasihat percuma boleh terus wasap Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 20, 2018

ADAB TEGUR MENEGUR


Teringat saya pada satu kisah.

Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.

Keesokan hari, seorang 'ustaz' datang menziarahinya. "Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.

Apa yang si 'ustaz' tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah. Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya.

Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya.

Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si 'ustaz' pulang ke rumah dengan perasaan 'tenang' kerana sudah menjalankan 'tanggungjawabnya untuk berdakwah' dan 'menyampaikan'.

Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat.

Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.

"Syukurlah kamu sudah insaf," kata si 'ustaz' kepada si kaya.

"Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku," kata si kaya sambil tersenyum.

"Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk 'berdakwah'," jawab si 'ustaz'.

Malam itu, rumah si 'ustaz' terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.

Si 'ustaz' merintih. "Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?"

Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.

"Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu," kata si kaya. "Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu."

"Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?" kata si 'ustaz', jengkel.

"Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung," kata si kaya.

Si 'ustaz' terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.

Pada masa yang sama, seorang 'alim' yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.

Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si 'alim' berkata, "Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Si 'ustaz' yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.

Si 'ustaz'menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si 'ustaz' perlu meminta-minta.

"Ya Allah, aku mohon ampun... Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan 'menghukum'nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga."

Kawan-kawan.

Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.

Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.

Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.

Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan 'memberikan' ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.

Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan 'mengejutkan' hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.

Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.

Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung.

Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan 'itu balasan untuk kamu', sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?

Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.

Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.

Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.

Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.

Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.

'Dakwah' itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.

Oleh :Hamba Allah

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...