July 19, 2018

BERSIHKAN HATI UNTUK HIDUP LEBIH BAHAGIA

Sebenarnya tulisan ini untuk renungan aku juga. Kadang-kadang aku menulis bukan untuk tujuan mendapat like atau viewer terbanyak. Aku menulis sekadar meluahkan apa yang bermain di fikiran.

Kita selalu cemburu (jeles) dengan kehidupan orang lain padahal hidup kita jauh lebih baik dari orang lain. Bagaimana kita nak tenang kalau hari-hari asyik tak puas hati dengan semua orang.

Bangun pagi-pagi dah fikir itu tak kena ini tak kena. Memang menyerabutkan fikiran. Mengata, menyumpah dan tak puas hati dengan semua orang. Sampai bila pun hati takkan tenang.

Pernah tak korang bangun pagi kemudian teringat pasal benda-benda pahit yang pernah terjadi dalam kehidupan korang sampai seharian mengganggu fikiran. Benda ni sebenarnya hasutan syaitan supaya kita sentiasa memikirkan perkara-perkara buruk dan berfikiran negatif menyebabkan kita akan mendoakan kecelakaan kepada orang lain. Jadi  jom kita salahkan syaiton dengan mengamalkan zikir supaya syaiton-syaiton ini tidak dapat menghasut kita lagi. Kita nyahkan mereka dengan zikir-zikir yang boleh membuatkan hati kita tenang.

Haha tahu tak dengan zikir ni juga membuatkan kita rasa kita ni hamba. Mendekatkan lagi diri kita dengan Maha Esa. 

Salah satu cara untuk membersihkan hati kita yang hitam ialah dengan mengamalkan zikir. 

Jom amalkan zikir harian :

Sumber : Blog Faezuddin

Kan lebih bahagia kalau kita senyum dan teruskan hidup ini dengan tenang. Tak payah stress-stress dan bahagia je. Ewahhh sebab apa, kalau kita stress dan tertekan, penyakit pun mudah datang. 

Jadi mulai hari ini kita teruskan hidup dengan bahagia. Segala dugaan dan cabaran kita hadapi dengan tenang. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Okeylah cukup kot bebelan untuk hari ni. Semoga aku terus kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Aku nak bahagia sampai syurga jadi aku mahu semua orang juga menikmati hari-hari yang berlalu ini dengan bahagia.

Senyum !

July 17, 2018

SENAMAN KEGEL UNTUK MENGUATKAN DAN MENGETATKAN OTOT VAGINA

Pernah dengar tak senaman kegel ? 

Senaman kegel boleh dibuat dimana sahaja tak kira di rumah atau di pejabat. Sambil-sambil buat kerja di pejabat pun boleh buat senaman ni. Kadang-kadang orang sebelah pun tak tahu kita sedang buat senaman kagel. Teknik kemutan untuk menguatkan otot vagina.

Senaman Kegel ialah senaman menguatkan otot pelvis. Di dalam kumpulan otot inilah terletaknya bahagian alat sulit wanita iaitu otot vagina. Kebanyakan wanita mengalami masalah kelemahan otot pada bahagian sulit. Lantai pelvik, yang menyokong rahim, pundi kencing, rektum dan usus kecil, dikenali sebagai otot Kegel.

Jom tengok video senaman kegel di bawah yang boleh kita cuba di rumah.


Antara manfaat senaman kagel ini ialah mengetatkan dan merapatkan lagi otot vagina, mengelakkan rahim jatuh (prolapse), memudahkan mencapai klimaks semasa seks dan mengurangkan buasir.


Masalah vagina longgar sering dialami oleh wanita terutamanya yang telah berkali-kali bersalin. Wanita kalau tak jaga boleh mendatangkan masalah bukan sahaja untuk diri sendiri malah dalam perhubungan suami isteri juga.

Cara yang terbaik adalah dengan menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pengambilan makanan yang sihat serta sentiasa positif selalu.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU DALAM MASALAH DALAMAN WANITA




Alfalfa adalah sejenis herba yang dihasilkan daripada tumbuhan Alfalfa yang terukti banyak khasiatnya terutama untuk wanita. Menjadikan rahim lebih kuat dan menghilangkan masalah keputihan yang sering dialami oleh wanita. Kebanyakan pengamal Alfalfa menganggap ianya adalah jamu moden kerana berjaya menyelesaikan masalah dalam wanita.



Kelebihan Alfalfa yang lain boleh rujuk sini.

Nak order atau sebarang pertanyaan boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 16, 2018

JANGAN PILIH KASIH DALAM APA JUGA HUBUNGAN

Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri juga sebab aku manusia biasa di dunia ini. Masih diberi peluang untuk terus bernafas dan memberi khidmat selagi ada kudrat yang Allah bagi.

Alhamdulillah aku masih boleh berdiri dengan sendirinya. Keluarga aku bukan orang senang. Jadi kami diajar supaya berdikari sejak dari kecil. Makan apa yang ada dan jangan minta meminta dengan orang lain. Terima kasih ya Allah.

Daripada bertunang sehinggalah beranak dua. Semuanya atas hasil usaha sendiri. Orang lain ada juga yang bantu tapi sekadar bantu apa yang patut lah. Nak mengharapkan ehsan orang lain setakat ini, alhamdulillah masih boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Nikmat tuhan yang tidak dapat didustakan. Namun dalam kehidupan ini, janganlah kita memilih kasih antara anak-anak dan adik beradik atau sesiapa saja. Tuhan tu maha kaya. Mungkin waktu ini dia menguji kau dengan kesenangan dan kekayaaan. Suatu hari nanti, kau tidak tahu bila masa dia nak ambil balik hak yang dia bagi pinjam.

Jangan menghina orang yang susah sebab tak selamanya dia akan susah. Dan jangan terlalu menyanjungi orang yang senang sebab tak selamanya dia akan senang. Dunia ini bulat dan setiasa berputar. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.

Pilih kasih, walau mulut kata,

Sama je semua anak-anak. Tak ada beza pun antara satu sama lain.
Namun semua orang boleh nampak terutamanya anak-anak yang disisihkan. Sedih betul. Semoga aku dan keluargaku dijauhkan dengan perkara sebegini.

Satu lagi, jangan buat naya dekat orang lain sebab Allah maha tahu maha kasih dan penyayang. Doa orang yang teranaiya tiada hijab.

Kita semua tak sempurna di atas dunia ini. Apa yang kita ada sekarang ni semuanya pinjaman semata-mata. Sampai masa akan diambil kembali.

Semoga kita semua dijauhkan dari sifat pilih kasih ini. Amin Ya Allah Ya Mujib.

July 13, 2018

CONTENT MARKETING VS STORY MARKETING


Wahhh tajuk hari ni. Kemainnn. Macam pakar marketing pulak kan. Macam Kak Feni dulu-dulu la. Masa mula-mula nak cuba buat bisnes online. Selalu pikir tak tahu tak tahu tak tahu. Sampai kena marah sebab alasan tak tahu.

Sekarang ni alhamdulillah KITA BUAT SAMPAI JADI.

Perbezaan antara Content Marketing VS Story Marketing

CONTENT MARKETING

✔ Ianya ditulis menggunakan format yang khusus.
✔ Ada pendahuluan, isi dan penutup.
✔ Di dalam content, ada menjual produk/servis.
✔ Menggunakan bahasa formal (Bahasa Melayu Tinggi).
✔ Bahasa non-fiksyen (berita, fakta, dokumentari).

STORY MARKETING

✔ Susunan cerita PLOT yang bebas tanpa format.
✔ Binaan asa PLOT - SETUP (watak/lokasi/masa) > Konflik > Peleraian.
✔ Tidak menyebut nama produk terlalu kerap, atau tidak menyebut langsung.
✔ Gunakan lenggok bahasa yang pelbagai.
✔ Bahasa fiksyen (novel, drama, televisyen, teater).

Antara dua benda ni, Kak Feni lebih suka guna STORY MARKETING sebab lebih santai dan lebih mesra dengan audience. Ewah. Banyak ilmu marketing yang bersepah di alam maya ni. Cuma kita je nak tak nak tapi seeloknya carilah MENTOR untuk membantu kita dalam mencapai kejayaan.

Bila kita ada mentor ni, kita akan lebih bersemangat untuk terus mencapai apa yang kita impikan. Bukan apa, kalau kita sorang-sorang, cepat down dan tak ada semangat nak teruskan. Bila kita ada mentor ni, dia akan bantu kita. Tak boleh cara ini, dia akan bagi tunjuk ajar cara lain. Mentor ini mestilah dari kalangan orang yang dah berjaya dan lebih berjaya dari kita. InshaAllah dengan izin tuhan, semuanya akan berjalan dengan baik-baik sahaja.

Macam kalau untuk Facebook page yang fokus kepada jual produk boleh je terus guna CONTENT MARKETING. Terus fokus kepada apa yang audience mahukan. Contohnya, bahan-bahan, manfaat dan kebaikan dan untuk siapa yang perlukan produk tersebut. 

Bagi Kak Feni yang banyak guna FB personal, lebik suka guna STORY MARKETING sebab kalau terlalu banyak sangat dok post pasal produk sampai kena repot spam. Menyampah kan ?

Apapun yang kita nak buat semoga terus maju jaya. 

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway


Lagi GA yang Kak Feni join untuk support blogger. Alhamdulillah dengan GA ni Kak Feni bukan sahaja dapat tambah ramai lagi kawan-kawan yang sporting di alam maya.

Wish me luck. Hopefully ada rezeki Kak Feni.

Jom awakkk semua join GA ni. Klik pada banner untuk join.

July 12, 2018

Coretan Merapu Raban Hari ni

Alhamdulillah masih lagi berpijak di bumi yang nyata. Masih mencari-cari hala tuju kehidupan. Masih berusaha untuk mencapai kejayaan. Rasa susahnya nak capai satu-satu kejayaan. Rasa susahnya nak capai apa yang diimpikan tapi alhamdulillah Allah sentiasa bagi jalan.

Tiba-tiba hilang fokus dan tak tahu apa yang aku nak buat sebenarnya. melihat kejayaan orang lain terbit rasa cemburu. Bila agaknya aku nak capai macam mereka. Padahal aku boleh saja tapi entahlah. Tak tahu nak mula dari mana.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Entry kali ni just nak share perasaan down je. Aku manusia biasa yang kadang-kadang motivasinya tinggi menggunung. Kadang-kadang rasa nak sorok je muka ni dalam tanah. Allahuakbar.

Mengenangkan nasib diri, anak-anak, suami dan juga keluarga, Aku tak boleh nak terus mengalah. Aku kena kuat semangat. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Sekurang-kurangnya aku tidak susah sangat. Masih punyai semuanya cuma tidak semewah orang lain. Nafsu semuanya. Ikutkan hati memang nak semua. Nak pulak nak dengan segera. Tengok orang senang kita pun nak senang padahal orang lain pun sama je. Nak senang kena usaha.

Hari ni last day berpuasa. Alhamdulillah berjaya puasa 6 tahun ni. Puasa ganti pun dah setel. Syukur ya Allah. Lepas ni kita banyakkan amal dengan berpuasa sunat di hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat bulan Rejab & sebagainya. Semoga segala ibadahku diterima oleh Allah.

Nak buat benda baik memang banyak halangan. Kalau kita istiqamah inshaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.


10 TIPS PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN KULIT



Meskipun kita boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah, itu adalah sementara dan tiada jaminan. Jom kita amalkan 10 tips penting ini untuk kekalkan kesihatan kulit :-

1. JAGA PEMAKANAN

Apa yang kita makan adalah penting. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta-carotena dan Vitamin C, E, dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Apabila kita tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan, kita boleh mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.



2. BERIKAN SAYA H20

Mungkina ianya benar, apabila dikatakan pengambilan air yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air. Dengan pengambilan air yang cukup, kulit akan jadi gebu, kedutan menjadi kurang dan liang pori lebih kecil. Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara efektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, lembab dan lebih sihat.



3. POSISI TIDUR

Sebenarnya cara tidur kita memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal boleh menyebabkan kedutan di permukaan dahi atau pipi. Namun tidur dengan keadaan posisi mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.


4. ADAKAH SINARAN MATAHARI BAIK UNTUK KULIT SAYA

Sedikit pancaran sinaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapi untuk pendedahan yang terlalu tinggi akan merosakan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka. Jika perlu keluar, gunakan krim perlindungan matahari. Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit kita daripada dirosakkan oleh sinaran matahari.



5. MELEMBAB, MELEMBAB, DAN MELEMBAB

Tingkatkan penggunaan pelembab dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembab. Ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.


6. TIDUR YANG BERKUALITI

Dapatkan tidur yang berkualiti dengan tidur yang nyenyak kerana paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkirkan dari tubuh. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.


7. SINGKIRKAN STRESS

Tekanan atau stress menyebabkan tubuh bertindak balas dengan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif. Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan cara semulajadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat, memberikan kita kulit yang yang berseri dengan pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.


8. HINDARI SENTUHAN TANGAN

Tangan sentiasa membawa berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Kita digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila kita menggosok mata, mengusap dagu atau di saat menekup pipi.


9. MELAMPAUI USIA SEBENAR

Urutan merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibrolas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan memperbaiki keanjalan kulit.



10. SENAMAN MUKA

Wajah kita mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain. Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit yang lebih tegang, anjal dan gebu. 
i) Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
ii) Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iii) Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iv) Buka mata dan mulut sebesar yang kita mampu, tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
v) Ulanginya 3 kali sehari.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...