April 20, 2018

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus Untuk Kecantikan Kulit


Bekalan Vitamin C Semula Jadi untuk Kesihatan Sepanjang Hari

Shaklee Sustained Release Vita-C PlusTM menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh.

Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.

Boleh juga rujuk KEBAIKAN VITAMIN C untuk info lebih lanjut berkenaan dengan vitamin C Shaklee.

Bagaimana Vitamin C Shaklee Membantu Masalah Kulit ?


Vitamin C sering diambil oleh mereka yang mengalami masalah kulit. Vitamin C dianggap antara vitamin yang penting untuk tubuh bagi menghalang pelbagai penyakit. Badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri kecuali dengan mengambilnya melalui makanan atau suplemen. Buah-buahan seperti oren, kiwi, jambu batu, strawberi dan nanas sangat tinggi kandungan vitamin C. Namun hari ini kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar akibat bahan-bahan kimia terlarang.

Bayangkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan hari ini segar disebabkan oleh racun perosak. Makanya secara tidak langsung bahan kimia itu akan masuk ke dalam badan kita dan memusnahkan nutrisi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran itu.

Pengambilan makanan yang seimbang memang perlu dibantu dengan suplemen yang baik dan dihasilkan secara semulajadi memang sangat-sangat membantu meningkatkan tahap kesihatan. Sekiranya kita selalu jatuh sakit seperti demam, selsema dan batuk lebih eloklah mengamalkan Vitamin C sebagai suplemen harian sebagai salah cara untuk mencegah dan mempercepatkan proses penyembuhan.

TESTIMONI VITAMIN C UNTUK KULIT YANG CANTIK







Sebotol Vitamin C Shaklee mengandungi 180 biji dan boleh tahan sehingga 6 bulan. Dapatkan Vitamin C Shaklee hari ini dengan menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 19, 2018

5 KEBAIKAN BERSENAM 20 MINIT SEHARI



Susahnya nak bersenam setiap hari. Banyak sangat alasan padahal hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Sambil-sambil buat kerja pun boleh bersenam.

1. Membakar Lemak


Apabila kita bersenam seperti berjoging selama 20 minit sehari dapat membantu membakar lemak-lemak jahat di badan. Tubuh akan mengepam oksigen ke seluruh tubuh untuk membakar lemak dan mengubahnya menjadi tenaga. Joging selama 20 minti setiap hari membantu kita menghasilkan defisit kalori sehingga lemak lebih cepat tersingkir.

2. Mengurangkan Keletihan


Kajian menunjukkan bahawa melakukan senaman selama 20 minit tiga kali sehari mengalami peningkatan kadar tenaga sehingga 65 peratus.

3. Menyihatkan Jantung


Senaman yang konsisten setiap hari membantu meningkatkan degupan jantung dan mendorong paru-paru bekerja dengan kapasiti yang tinggi. Selain itu senaman juga menguatkan seluruh otot tubuh. Senaman membantu meningkatkan kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol serta mencegah diabetis.


4. Menguatkan Tulang dan Sendi

Senaman yang konsisten seperti joging dan yoga membantu dalam menguatkan tulang dan sendi. Kadang-kadang kita ni kurang bersenam menyebabkan tulang kurang bergerak. Pergerakan tulang semasa senaman secara tidak langsung menguatkan tulang dan juga sendi.

5. Membuat Diri Lebih Gembira dan Bahagia

Senaman merupakan salah satu gaya yang sihat yang membantu dalam membangkitkan mood yang lebih ceria. Peningkatan tenaga membantu dalam membina keyakinan diri. Rutin senaman yang kerap boleh melepaskan hormon anti stress.

Jom kita bersenam 20 minit setiap hari.

SHAKLEE OMEGA 3 MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA

ASID LEMAK OMEGA 3


Adalah asid lemak yang paling sihat antara semua lemak. Ia menyokong setiap sel, tisu  dan organ dalam badan kita. Asid lemak omega 3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Ia hanya boleh diperoleh melalui makanan dan juga suplemen.

Asid lemak omega 3 mengandungi EPA dan DHA iaitu asid lemak Omega-3 yang sangat penting dan mempunyai banyak manfaat kesihatan.


KENAPA PERLUKAN OMEGA 3 UNTUK MANFAAT KESIHATAN ?

MENYOKONG KESIHATAN JANTUNG


Mengurangkan keradangan. Keradangan pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok. Menurunkan tahap trigliserida dan tekanan darah

MONYOKONG FUNGSI OTAK YANG SIHAT


Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.
EPA dan DHA telah dikaji untuk :-
i. Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.
ii. Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan ingatan.
iii. Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demesia(nyanyuk).


MENYOKONG KESIHATAN SENDI


EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.
Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam :-
i. Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
ii. Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
iii. Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi - yang kerap berlaku dalam artritis.
iv. Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.


MENYOKONG KEHAMILAN YANG SIHAT

Asid Lemak Omega 3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu. Omega 3 menyokong :-
i. Perkembangan otak dan fungsi imun.
ii. Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.
iii. Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin.
iv. DHA adalah komponen utama retina- penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi.
vi. DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.
vii. Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.
Viii. Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.

KEBAIKAN SHAKLEE OMEGA GUARD boleh rujuk sini.

KENAPA PERLU PILIH OMEGA GUARD ?



Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan produk Shaklee boleh terus menghubungi saya.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


April 18, 2018

Vitamin Yang Tidak Sesuai Untuk Ibu Amalkan Ketika Hamil

Dalam SET Shaklee kami sebagai SID perlu tahu juga tentang ilmu pasal vitamin ni. Bukan main hentam keromo je asal dapat untung. No no no ! Tidak boleh begitu. Nak dapat untung pun jangan sampai membahayakan orang lain. Alhamdulillah Feni berada dalam group yang sentiasa ingat mengingati.

Antara Suplemen Shaklee yang tidak boleh di amalkan oleh ibu hamil ialah :-

1) Vivix
2) Vit E
3) Alfalfa
4) Herb-Lax
5) GLA Complex
6) Cinch
7) Carotomax
8) Lecithin
9) Nutriferon
* supplemen diatas tinggi anti-oksidan.Tidak sesuai untuk ibu hamil

Dapatkan nasihat yang betul berkenaan dengan suplemen yang anda amalkan supaya mendapat kesan kebaikan yang maksimum. 

Pengambilan suplemen yang betul dan konsisten sangat-sangat membantu meningkatkan tahap kesihatan untuk ibu hamil.

Suplemen yang terbaik untuk ibu hamil ialah :

ESP
Vitalea
B-Complex
Omega Guard
Vitamin C
Ostematrix



Untuk mendapatkan  SET KEHAMILAN SHAKLEE ni boleh hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Jom Pos Surat !

Aktiviti hari ini ialah pos surat kepada semua buyer yang masih ada bil tertunggak. Setelah sebulan buat surat. Tiap-tiap hari meeting dan berbincang tentang template surat. Macam nak pecah kepala. Yang tak pernah masuk meeting pun kena panggil masuk meeting. Budak-budak Kota Bharu pun kena panggil naik ke Kuala Lumpur.

Seminggu dok ulang-ulang berbincang pasal benda yang sama. Berpuluh-puluh rim paper habis buat printing. Buat template dan ubah itu ini. Kadang-kadang balik rumah dah penat sampai makan pun tak lalu.

Rasa nak baring jer bila penat sangat. Hari ni rasa lega sikit bila separuh dari surat dah berjaya masuk ke dalam tong pos.








Sempat berselfie sementara sorting surat-surat ni. Mana tahu esok-esok dah kaya tak kerja dah dekat CSSB (ewah). Harap-harap lepas ni dimurahkan dan dilimpahkan rezeki yang berkat untuk aku dan semua orang. Mana tahu bos nak bagi bonus berbulan-bulan kat kami bolehla buat modal buka bisnes. 

Sekarang ni kerja dengan orang dulu. Kumpul pengalaman. Belajar menjadi kuli sebelum menjadi bos kepada kuli.

Macam nak pilihanraya dah padahal nak pos surat je pun. Kesian kat Pakcik Majid terkena tempias. Kena tolong tampal setem. Terima kasih banyak la Pak Cik.

Ada sikit lagi yang belum selesai sebab bila disemak ada kesalahan terhadap pengiraan dan perlu ditandatangan oleh bos kami. Jadi terpaksa hold dulu sampai esok. Esok baru bos masuk.

Penat weiiii tapi inilah kerja kami. Nak merungut lebih-lebih pun tak boleh sebab inilah kerja kami. Kerja untuk dapat gaji dan gaji itulah yang kami gunakan untuk buat itu ini. Nak rezeki berkat kena buat kerja dengan ikhlas. Walaupun kadang-kadang kerja yang kita buat tu memang tak best dan tak kena dengan jiwa kita. Kalau kita ikhlas inshaAllah semua benda akan dipermudahkan. 

Alhamdulillah untuk hari ni. Berlalu dengan jayanya. Chill !



April 17, 2018

SUPLEMEN UNTUK TAMBAH TENAGA BAGI WANITA YANG SIBUK


Assalamualaikum.

Hari ni Feni dapat wassap dari customer yang inginkan suplemen yang membantu dalam memberikan tenaga untuk dia. Masalah dia, selalu letih, kaki kebas dan kadang-kadang tidur tak berapa lena.

Suplemen yang Feni cadangkan ialah ESP, Alfalfa, Ostematrix, Vitalea dan juga B- Complex. Suplemen yang terbaik ialah Vivix namun dia cakap nak cuba yang pil je dulu.



Jom tengok apa kebaikan untuk setiap produk tersebut.

ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

ESP adalah makanan nutrisi soya yang berkualiti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu segar, milo atau buah-buahan yang dikisar menjadi smooties. Seeloknya ESP dibancuh dengan air sejuk atau suam-suam kuku bagi memelihara protein supaya tidak musnah pada suhu yang tinggi.


ALFALFA


Alfalfa dianggap sebagai penambah tenaga bagi wanita. Khasiat alfalfa yang membantu dalam memberikan tenaga serta menjaga kesihatan dalaman. Antara kebaikan lain selain memberi tenaga ialah membantu masalah keputihan, penggalak susu bagi ibu menyusu dan juga menyihatkan rahim.

OSTEMATRIX


Ostematrix dikenali juga sebagai pil kalsium untuk memenuhi keperluan kalsium bagi wanita. Kadang-kadang tugas harian yang sibuk menyebabkan kita kurang mendapat khasiat daripada makanan. Jadi pengambilan ostematrix membantu dalam mencukupkan keperluan kalsium harian.

VITALEA


Multivitamin yang terbaik untuk semua bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga boleh amalkan vitalea sebagai suplemen harian. Ia mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Membekalkan tenaga dan juga membantu dalam mengekalkan kesihatan.

B-COMPLEX


Vitamin B terkenal sebagai vitamin anti-stress. Untuk wanita yang sibuk dan selalu stress dengan rutin harian perlu mengambil B-Complex untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan. B-Complex Shaklee lengkap dengan asid folik yang sesuai diamalkan oleh ibu hamil

VIVIX

Vivix adalah suplemen terbaik dari Shaklee. Ianya satu-satu suplemen yang berbentuk cecair. Membantu memberikan tenaga dan minuman yang sihat. Hanya satu sudu teh sehari sebagai suplemen harian.

Alami sendiri perbezaan sebelum dan selepas mengamalkan suplemen semulajadi dari Shaklee. Dapatkan nasihat yang betul untuk suplemen yang diambil.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk dan khidmat nasihat percuma boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Perjalanan Seribu Batu Dimulakan Dengan Langkah Pertama

Bestnya bila kita tengok orang yang dah berjaya tu kan. Mesti dalam hati terdetik "bestnya jadi dia". Kadang-kadang kita ni selalu lupa dengan nikmat yang berada di sekeliling kita. Kita tak sedar Allah dah bagi nikmat yang banyak sangat untuk kita.

Asyik nampak orang yang lebih sedangkan kita pun punyai kelebihan yang Allah bagi. Bersyukur dengan nikmat Allah bagi.


Sebenarnya bila kita belajar bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kepada kita setiap hari. Kita akan berasa amat bertuah kerana diberikan peluang dan waktu untuk menikmati hari-hari yang lebih bahagia. Walaupun ada yang suram namun yakinlah bahawa pasti akan ada sinar bahagia di kemudian hari. Ujian Allah bukan untuk memudaratkan kita tapi untuk kebaikan kita.

Seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Kalau kita tak mulakan dulu macam mana nak sampai ke langkah yang ke seribu ye tak ? 

Mulakan dengan apa yang ada. Try and adjust orang kata. Jangan mudah putus asa dengan hidup ini. Semua ini adalah dugaan untuk kita. Kalau tak berjaya dengan cara ni kita cuba dengan cara lain. InshaAllah mesti akan ada jalan.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...