December 21, 2017

CARA BUAT MASKER ESP DAN VITAMIN E

Hari sabtu lepas berpeluang untuk buat masker di rumah. Maklumlah lama sangat dah tak memanjakan muka ni. Dah naik berkerak dah muka ni. Jerawat pun dengan gembira dan bahagianya tumbuh. Adoiii macam mana nak cun ni ?

Okey next kita siapkan bahan-bahan untuk buat masker yang sangat mudah ni.

Jom tengok apa bahan-bahannya.

1. Air kosong
2. ESP
3. Vitamin E
4. Bekas, Feni gunakan mangkuk kaca je.
5. Sudu plastik untuk kacau

Air botol untuk menjamin kebersihannya.


2 Sudu ESP untuk penuhkan muka Feni yang agak bulat dan besar ni. Hehe


1 Capsule Vitamin E yang sangat bagus untuk melembabkan kulit kalau telan hari-hari.


Next kita gunting vitamin E untuk mengeluarkan isinya. Kemudian kacau rata hingga sebati. Nampak dak lutut si kenit tu. Nak buat makser punya pasal sampai naik atas meja. Adoi bertabahlah ummi.


Taraaa bila dah sebati antara 3 bahan tersebut boleh la terus tepek ke muka untuk buang segala kulit kering, white head dan black head yang melekat dimuka tu.

Oleh kerana Feni berada di rumah tidak memakai penutup kepala. Jadi kita ambik gambar model comel ini dengan masker penuh di muka. Orang yang paling sibuk ketika ummi nak buat masker. 


Alhamdulillah biarkan untuk beberapa ketika. Bila dah kering bolehlah cuci muka dengan air bersih kemudian lap. Bila dah cuci muka, kulit rasa lebih lembut dan lembab je. Jari jemari ni mula lah nak pegang je muka sebab rasa best dan tak kasar dengan wahite head dan black head yang macam kulit derian tu.

Nak cantik memang kena rajin. Rajin cuci muka, Rajin jaga muka dan juga kulit. Lebihkan makanan yang sihat untuk dapatkan kulit yang cantik dan gebu. 

Untuk dapatkan suplemen boleh kontek Feni ya. 

Safeni Feni +601115672780

FIRE DRILL PLAZA PERMATA 2017

Tahun ni adalah tahun yang kedua jadi Chief Floor. Seingat Mak Jemah la tahun lepas tak jadi sebab dalam fesbook tak keluar pun memori tahun lepas. Yang keluar 2 tahun lepas. Masa tu pakai shawl warna biru. Muehehehe.

Siap bergaduh dengan TokDin sebab dia tak mengaku tahun lepas dia tak jadi CF. Ye ke ? Entahlah tak hengat la Mak Jemah. Biarlah malas nak pikir sebab buat semak pale je.

Untuk kenangan meh Mak Jemah catat dalam blog sebab nanti next year ingat balik. Tahun lepas aku dah jadi CF. Hahahaha senang je jadi CF ni. Jaga anak-anak buah 4 orang termasuk diri sendiri. Dah pergi fire drill briefing 2 minggu sudah.



Breakfast bersama kakak-kakak sayang di medan selera Pekeliling.

Bila loceng dibunyikan terpaksalah kami turun menggunakan tangga. Tahun ni menunjukkan peningkatan dari segi jumlah head count. Alhamdulillah tepukan gemuruh diberikan untuk diri sendiri dan warga Plaza Permata.

Untuk cerita yang pendek-pendek Mak Jemah banyak share di instagram dan juga fb. Boleh follow disana ya. (promo sikit)





Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tiada yang tidak best tahun ni. Tahun depan kalau panjang umur, ada rezeki boleh jumpa lagi dengan latihan macam ni. Terima kasih tuan-tuan bomba dan penyelamat serta warga yang terlibat. Masa untuk buat latihan ni pun tak lama.

Dalam pukul 10.30 dah selesai untuk sesi wajib. Sesi bergambar dengan bomba dan penyelamat diteruskan oleh mereka yang ingin berselfie dan wefie. Mak Jemah tak kuasa nak bergambar terus naik sebab takut lif ramai orang. Bila dah sangkut di bawah memang susah nak naik ke atas.


Okey habis dah laporan untuk fire drill tahun ni. 

December 20, 2017

TIPS KULIT CANTIK MACAM ARTIS KOREA


Tak habis lagi dok layan cerita Korea sampai ramai yang tergila-gilakan artis Korea. Sanggup belajar bahasa Korea sebab taksub dengan K-Pop. Baru-baru ni kecoh pasal suntik-suntik sebab nak putih gebu macam artis Korea. Bagi Feni memang tak berani nak suntik suntik ni. Bukan apa takut jarum. Tapi kalau dah terpaksa sebab pregnant ke sakit tu takdak arah la kannn.

JOM DAPATKAN KULIT CANTIK MACAM ARTIS KOREA

1. JAGA MAKAN
Pemakanan sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Bagi yang ada masalah alergik dengan makanan elok dielakkan untuk ambil makanan yang boleh menyebabkan kulit sensitif. Contohnya yang ada masalah resdung yang alah dengan makanan laut hendaklah dielakkan untuk makan makanan tersebut. Dikhuatir bila makan, kulit akan menjadi lebih teruk.

2. GUNAKAN SET PENJAGAAN MUKA YANG SELAMAT
Yang ni memang sangat penting. Gunakan bahan-bahan yang selamat untuk kulit muka. Kalau yang terlebih rajin boleh saja proses bahan-bahan yang ada di dapur untuk proses mencantikkan kulit. Nak guna produk skin care yang semulajadi boleh cuba SET NUTRIWHITE.

3. MINUM AIR KOSONG BANYAK-BANYAK
Air sangat penting untuk kulit. Mengelakkan kulit menjadi kering dan kusam. Minum lebih banyak air sekurang-kurangnya nisbah 25kg:1 liter air. Contohnya macam berat Feni 60kg, kena minum air sekurang-kurangnya 2.4 liter (minimum). Air mampu melembabkan kulit supaya nampak lebih cantik dan lebih muda remaja.

4. LEBIHKAN SAYUR- SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Banyakkan ambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Sediakan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai snek harian yang menyihatkan bukan sahaja untuk kulit malah badan juga akan kembali sihat dan cantik.

5. AMALKAN SUPLEMEN YANG SESUAI
Suplemen yang sesuai untuk dapatkan kulit yang cantik dan gebu macam artis Korea ialah ESP, VItamin C, Vitamin E dan juga B-Complex. 





Alhamdulillah sejak Feni dok amalkan SET CANTIK SHAKLEE. Kulit bukan sahaja makin sekata malah makin hari makin gebu. Hehe puji diri sendiri pulak. Banyak beza kulit dulu dengan sekarang. Kalau dulu tona kulit memang tak sekata. Bertompok-tompok. Nak pakai mekap pun bercapuk. Sekarang ni alhamdulillah semakin elok rupanya.

TESTIMONI PENGAMAL TEGAR PRODUK SHAKLEE UNTUK CANTIK





Berminat untuk mendapatkan  SET CANTIK boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

December 19, 2017

JOM BUAT VISION BOARD UNTUK TAHUN 2018


Apa itu vision board ?
Papan impian yang kita nak capai untuk masa hadapan. Feni belajar buat VB ni setelah berjinak-jinak dengan bisnes online. Tak tahu apa yang nak capai sebelum ni. Bila kita ada VB macam ni kita tahu halatuju kita.

Alhamdulillah dalam proses buat VB untuk tahun depan. Banyak dah yang berjaya Feni capai dengan kuasa VB ni. Ia memang membantu. Orang kata bermimpilah sebab mimpi itu percuma. Bila masa impian itu nak capai kita serahkan semuanya pada yang maha ESA.

Apapun berbalik kepada Allah, kita hanya merancang dan Allah adalah perancang yang terbaik. Kalau tak berjaya ikut apa yang kita impikan, ambil lah masa untuk muhasabah diri.

Yayyy contoh VB Feni yang Feni share dalam group Feni.


Ini belum siap sepenuhnya cuma berbahagi ikut bulan je ni. Alhamdulillah hampir 80% siap. Untuk diri sendiri je bukan untuk orang lain. 

Nak buat VB ni kena ikut diri sendiri bukan ikut orang. Hidup kita jadi kita yang tentukan. Bila mentor suruh buat VB, kita buat. Buat dengan spesifik dan jangan bagi syarat. Buat apa yang kita mahu. Apa yang kita impikan. Bermimpilah. Mimpi yang indah-indah. Fikirkan yang baik-baik. Buat yang baik-baik dan hasilnya mesti baik-baik saja.

Mentor Feni selalu pesan, tulislah seribu impian yang kamu nak capai dalam hidup ini. Kau tulis dengan spesifik. Ikut konsep 1H5W.


Masukkan elemen-eleman 1H5W ni dalam VB kita. Tak payah pening-pening. Mula-mula just imagine je apa yang aku nak. Kemudian baru kita fikirkan step yang seterusnya.

Jom buat Vision Board ! Feni doakan semoga semua impian kita yang baik-baik akan dipermudahkan oleh Allah. Amin.



December 18, 2017

HILANGKAN MASALAH SENGGUGUT TERUK DENGAN GLA COMPLEX

Masalah senggugut ni memang boleh buat hidup merana. Feni adalah salah seorang penghidapnya. Rasa ngeri sangat bila nak datang bulan tapi kalau tak datang lagi teruk. Sakitnya datang bulan hanya Allah saja yang tahu.

Kalau dulu zaman sekolah kan, kalau kena sakit senggugut datang memang pucat lesi sampai tak boleh nak jalan. Feni akan muntah dan mula cramp bahagian perut. Cikgu akan hantar balik sebab tak tahan tengok Feni.

Dulu masa remaja mana lah tau pasal suplemen ni kan. Nak harapkan orang tua pun jauh sebab Feni tinggal dengan kakak masa remaja. Jadi pandai-pandai lah bawak diri.

Feni tak tahu lah sebab apa kena sakit senggugut ni. Tapi seingat Feni tiap-tiap bulan mesti sakit gila kalau time datang bulan. Bila dah berkahwin dan beranak pinak ni mula kenal suplemen. Antara suplemen yang Feni amalkan ialah GLA Complex. Memang membantu dalam menstabilkan hormon.

Masalah senggugut masa period pun semakin hilang. Lama-lama dah takde. Mungkin faktor pemakanan juga. Dulu Feni suka minum ais. Kalau tak minum ais rasa macam tak lengkap. Sampai gian tau.

Bila dah beranak belajar berpantang dan jarang minum ais. Kalau minum pun masa teringin. Tapi seingat Feni Gla Complex memang membantu dalam menghilangkan masalah senggugut.

SUPLEMEN UNTUK MENGATASI MASALAH SENGGUGUT






FUNGSI GLA COMPLEX SECARA KESELURUHAN


✔ GLA Complex membantu dalam keseimbangan hormon untuk melancarkan kitaran haid
✔ GLA Complex membantu meningkatkan kesuburan dengan mewujudkan persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan kualiti mukus serviks
✔ GLA Complex melegakan simptom PMS
✔ GLA Complex membantu mengatasi masalah menopaus
✔GLA Complex menguatkan kuku dan rambut
✔ GLA Complex menjadikan kulit yang cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan kulit sentiasa berseri akan muncul)
✔ GLA Complex membantu menangani ekzema
✔ GLA Complex membantu melegakan gejala rheumatoid arthritis
✔ GLA Complex menguatkan sistem imun
✔ GLA Complex adalah anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan
✔ GLA Complex mengurangkan pembekuan darah yang menyebabkan arteri tersumbat
✔ GLA Complex membantu dalam mengawal diabetes dan tekanan darah tinggi
✔ GLA Complex membantu mengawal kolesterol dan pembakaran lemak
✔ GLA Complex membantu fungsi saraf
✔ GLA Complex melambatkan proses osteoporosis
✔ GLA Complex membantu menghalang pembentukan sel-sel kanser
✔ GLA Complex mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri

TESTIMONI GLA COMPLEX 




Berminat untuk mendapatkan GLA COMPLEX boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Atau

December 11, 2017

MENJEMPUT REZEKI DENGAN MUDAH

Alhamdulillah, hari ni Feni nak share tentang beberapa cara untuk menjemput rezeki dengan mudah. Ramai orang fikir rezeki itu berbentuk wang. Namun kita harus ingat bahawa rezeki itu banyak dan dalam pelbagai bentuk.

Mendapat kesihatan yang baik adalah rezeki. Mendapat ahli keluarga yang memahami satu sama lain rezeki. Anak-anak yang soleh rezeki. Macam-macam bentuk rezeki yang Allah bagi untuk kita.


4 FORMULA YANG BOLEH DIAMALKAN.


1. SYUKUR DAN REDHA (SABAR)

Bersyukur dengan segala ujian yang Allah bagi. Bila kita bersyukur dan bersabar, inshaAllah Allah akan memberi ganjaran yang lebih besar kepada kita. Apabila kita ditimpa musibah, berdoa dan merayulah pada yang Maha ESa.

2. BERSEDEKAH DAN KELUARKANLAH ZAKAT

Allah sangat suka kepada orang-orang yang suka bersedekah dan Allah akan memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

"tiadalah kurang harta sebab bersedekah." (riwayat muslim).

3. KETAKWAAN DAN MENYAMBUNG SILATURAHIM

Mengeratkan silaturahim sesama insan amat disukai oleh Allah.

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nesacya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Ath-Thalaq 65;2-3)


4.TIDAK BERBUAT DOSA (BANYAK BERISTIGFAR)

Semakin banyak kebaikan yang kita buat, semakin banyak pahala yang kita dapat. Biarpun sudah lama impiannya belum dicapai dan walaupun rezekinya masih belum bertambah. Banyakkan berzikir dan beristigfar untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Sumber : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Alhamdulillah kalau kita selalu amalkan, buka sahaja rezeki mencurah-curah malah hati pun menjadi semakin tenang bila kita ingat Allah. Segala yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Kita hanyalah peminjam. Diberi pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja Allah kalau Dia nak bagi Dia bagi dan Dia nak ambil pun bila-bila masa juga. Hanya dengan mengingati Allah hidup akan lebih tenang.

Jadilah insan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.



MENJEMPUT REZEKI DENGAN MUDAH

Alhamdulillah, hari ni Feni nak share tentang beberapa cara untuk menjemput rezeki dengan mudah. Ramai orang fikir rezeki itu berbentuk wang. Namun kita harus ingat bahawa rezeki itu banyak dan dalam pelbagai bentuk.

Mendapat kesihatan yang baik adalah rezeki. Mendapat ahli keluarga yang memahami satu sama lain rezeki. Anak-anak yang soleh rezeki. Macam-macam bentuk rezeki yang Allah bagi untuk kita.


4 FORMULA YANG BOLEH DIAMALKAN.


1. SYUKUR DAN REDHA (SABAR)

Bersyukur dengan segala ujian yang Allah bagi. Bila kita bersyukur dan bersabar, inshaAllah Allah akan memberi ganjaran yang lebih besar kepada kita. Apabila kita ditimpa musibah, berdoa dan merayulah pada yang Maha ESa.

2. BERSEDEKAH DAN KELUARKANLAH ZAKAT

Allah sangat suka kepada orang-orang yang suka bersedekah dan Allah akan memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

"tiadalah kurang harta sebab bersedekah." (riwayat muslim).

3. KETAKWAAN DAN MENYAMBUNG SILATURAHIM

Mengeratkan silaturahim sesama insan amat disukai oleh Allah.

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nesacya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Ath-Thalaq 65;2-3)


4.TIDAK BERBUAT DOSA (BANYAK BERISTIGFAR)

Semakin banyak kebaikan yang kita buat, semakin banyak pahala yang kita dapat. Biarpun sudah lama impiannya belum dicapai dan walaupun rezekinya masih belum bertambah. Banyakkan berzikir dan beristigfar untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Sumber : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Alhamdulillah kalau kita selalu amalkan, buka sahaja rezeki mencurah-curah malah hati pun menjadi semakin tenang bila kita ingat Allah. Segala yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Kita hanyalah peminjam. Diberi pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja Allah kalau Dia nak bagi Dia bagi dan Dia nak ambil pun bila-bila masa juga. Hanya dengan mengingati Allah hidup akan lebih tenang.

Jadilah insan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.








Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...