October 4, 2017

LANGKAWI, TUNGGU KAMI DATANG

Sumber gambar : En google

Langkawi, tunggu kami datang !

Hihi tak sabarnya nak sampai langkawi. Esok kami akan naik flight ke Langkawi pukul 12.10 tengahari dan tiba di sana dalam pukul 1.00 petang. Tiket flight dah lama booking dekat Traveloka. Esok kena keluar awal la sebab nak parking di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA1.

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Dari booking tiket flight pergi balik hingga la tiket-tiket nak berjalan kat sana. Kebetulan bulan September hari tu ada MATTA FAIR bolehlah beli tiket nak naik Cable Car dan jalan-jalan di sana dengan harga yang lebih murah. So, kepala dah tak pening nak gi mana, nak gi mana bila sampai sana.

So, esok pepagi dah kena keluar awal sebab jalan kat rumah tu memang jem gila. Anak-anak memang eksaited gila tapi ummi abah pun lebih lagi. Haha maklumlah pestime nak naik kapal terbang kan. Abang Aus 5 tahun dah nak naik kapal terbang. Adik Rayyan umur tak sampai 3 tahun dah naik kapal terbang. Rezeki korang ler anak-anak. Alhamdulillah.

Ummi dengan abah bila dah 30-an baru nak merasa naik belon. Tu pun syukur ya rahmat walaupun hanya sekadar nak pergi Langkawi. Keh keh keh.

InsyaAllah lepas ni kalau ada rezeki boleh pergi ke luar negara pulak. Nak simpan duit nak pergi umrah pulak. Semoga Allah permudahkan segala urusannya.

Okey, nanti Mak Jemah sambung cerita Langkawi di next entry naaa.

October 3, 2017

KEBAIKAN PROTEIN ESP UNTUK KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK

Sejak kenal ESP sebagai minuman tambahan yang membantu dalam mencantikkan kulit ni memang terus jatuh cinta. Sehari mesti Mak Jemah akan pastikan ambil 3 sudu ESP bagi memastikan keperluan protein harian mencukupi. Banyak sangat kebaikan protein ESP untuk kulit sihat dan cantik.

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekslusif dan komprenhensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan.



Kebaikan ESP untuk Kulit Yang Cantik dan Sihat ialah :-

1. Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan ESP yang kerap boleh menjadikan kulit lebih awet muda.

2. Baik untuk hormon. Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras koletsrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk Prostat. Genistein yang terkandung  dalam kacang soya terbukti keupayaannya untuk mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga amat baik untuk pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. Meremajakan kulit dengan merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen ati-penuaan, mengembalikan radiant kulit dan kepejalan otot. Mempercepatakan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan melawan tekanan.

6. Membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan.

7. Membantu masalah rambut beruban dan keguguran.

9. Membantu meningkatkan memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

KEPENTINGAN PROTEIN

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungis psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun  untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya membawa kepada kematian.

TESTIMONI DIRI SENDIRI YANG MENGAMALKAN ESP SEBAGAI SUPLEMEN HARIAN.


Alhamdulillah sejak konsisten amalkan ESP dan set cantik dari tahun  2015 sampai hari ni. Kulit semakin sihat dan lebih cantik dari dulu. Feni lebih percayakan nak cantik perlukan masa. Nak-nak pula kecantikan bermula dari dalam.

Kalau dulu kulit kusam dan tidak sekata. Sekarang alhamdulillah tona kulit sekata dan nampak lebih segar. Nak keluar pun mekap tak payah tebal-tebal. Sekadar pakai bedak dan lipgloss pun dah  cukup.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan ESP dan SET CANTIK bolehlah menghubungi Feni. Feni guide cara yang betul untuk amalkan SET CANTIK ni supaya hasilnya memang memuaskan  hati.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



September 28, 2017

6 CARA MENGECILKAN LIANG PORI YANG BESAR


Masalah liang pori yang besar mencacatkan penampilan seseorang itu terutamanya wanita. Dengan memakai mekap yang tebal boleh menutup cela atau liang roma yang besar ni. Namun nak mekap tebal-tebal memerlukan masa yang lama. Lecehnya nak conteng muka ni kena beli mekap yang agak berharga nilainya.

Jom ikuti beberapa cara bagi mengecilkan liang pori yang besar

1. BERSIHKAN WAJAH SECARA RUTIN

Kebersihan sangat penting dalam menjaga kulit wajah terutamanya bahagian wajah. Gunakan pembersih muka yang sesuai dan selamat untuk muka. Elakkan menggunakan produk skin care yang tinggi kandungan kimia bahaya seperti mercuri bagi mengelakkan kerengsaan pada kulit.


2. GUNAKAN SCRUB

Menggunakan scrub muka 2 atau 3 kali seminggu bagi menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati di wajah. Penggunaan scrub yang betul juga membantu dalam mendapatkan kulit yang halus serta mengecilkan liang pori.



3. BUAT MASKER DARIPADA PUTIH TELUR

Masker yang dihasilkan daripada putih telur dan dilumurkan pada wajah. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lap dengan tuala dan muka akan berasa lebih segar dan tegang.



4. BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN SEGAR

Buah-buahan sangat tinggi dengan kandungan anti-oksidan serta air. Pengambilan buah-buahan yang segar membantu melembabkan kulit. Bila kulit sentiasa lembab, masalah liang pori besar boleh dielakkan. Begitu juga sayur-sayuran terutamanya sayuran hijau. Sayuran banyak mengandungi zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.



5. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

Air bertindak sebagai agen perkumuhan dalam melancarkan pembuangan toksin dalam badan melalui air kencing, najis dan peluh. Oleh yang demikian, pengambilan air yang secukupnya amat penting bagi menjamin sistem tubuh badan manusia dapat berfungsi dengan baik. Jumlah air yang perlu diminum adalah sekurang-kurangnya 2 liter bersamaan dengan 8 kotak air minuman 250ml.


6. AMALKAN VITAMIN DAN SUPLEMEN YANG TINGGI KANDUNGAN ANTI-OKSIDAN

Suplemen mengandungi vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Mengamalkan suplemen yang betul membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik serta mengecilkan liang pori. Antara suplemen anti-oksidan yang disarankan bagi membantu dalam proses mencantikkan kulit ialah SET CANTIK GOJES atau THE RADIANT 4.

https://sweethealthy86.blogspot.my/2017/09/kebaikan-collagen-powder-shaklee-dalam.html

TESTIMONI PENGAMAL TEGAR THE RADIANT 4 





Mengamalkan suplemen untuk cantik memerlukan masa dan kesabaran bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Berminat untuk mendapatkan SET THE RADIANT 4 ni bolehlah menghubungi Feni atau Klik saja ORDER SINI


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



MASALAH KEPUTIHAN MELAMPAU MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN

Masalah keputihan yang teruk sering dialami oleh golongan wanita bermula dari awal remaja hinggalah dewasa. Keputihan ini mengganggu emosi dan juga aktiviti harian bagi mereka yang mengalaminya.

SEBAB BERLAKU ATAU PUNCA KEPUTIHAN

Ada banyak sebab dan punca yang membuatkan seseorang itu mempunyai masalah dengan keputihan pada faraj. Keputihan sering terjadi di sebabkan oleh sesuatu yang mengganggu keseimbangan semulajadi daripada bakteria atau kulat pada vagina seperti mencuci bahagian dalam vagina atau kesan daripada hubungan seksual.

PENYAKIT KOTOR : infeksi kulat yang menyebabkan cecair
BAKTERIA VAGINOSIS : Infeksi bakteria pada vagina
TRIKOMONIASIS : Infeksi menular seksual (IMS) ada sejenis parasit yang menyebabkan gatal dan panas.
GONORE atau CHLAMYDIA : IMS di sebabkan oleh bakteria
HERPES GENITAL : IMS yang disebabkan oleh virus herpes simplex

Apakah tanda-tanda keputihan yang Abnormal 
-Cairan mengandungi nanah, kental putih sampai kehijauan.
-Bau tidak enak seperti bau busuk
-keluar cecair yang terlalu banyak
-Bengkak, gatal dan rasa ngilu di bahagian bawah perut
-Pengeluaran darah di luar waktu mensturasi

Jenis-Jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.

Cara Mengatasi Masalah Keputihan


1. Menjaga kebersihan terutama bahagian alat sulit wanita. Lapkan sehingga kering selepas membuang air.

2. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas yang pengaliran udaranya bebas.

3. Elakkan menggunakan pencuci alat sulit yang mengandungi bahan kimia merbahaya. 

4. Gunakan air rebusan sireh sebagai pencuci untuk menghilangkan bau di bahagian alat sulit.

5. Amalkan Alfalfa daripada Shaklee sebagai jamu yang menyihatkan dalaman wanita.

6. Amalkan Vitamin C sebagai suplemen harian untuk mengelakkan jangkitan kuman dan mengimunkan daripadal virus.

7. Amalkan SET PENJAGAAN DALAMAN WANITA untuk mengatasi masalah keputihan melampau sehingga mengganggu aktiviti harian.




Berminat untuk mendapatkan SET PENJAGAAN DALAMAN WANITA ini bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


September 25, 2017

7 TIPS BERPANTANG TANPA MEROYAN


1. APA ITU BERPANTANG ?

Berpantang bermaksud sesuatu yang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan bagi wanita yang baru lepas bersalin. Mereka dilarang melakukan perkara atau memakan sesuatu dalam tempoh berpantang iaitu selama 44 hari. Tempoh berpantang ini juga adalah satu proses pemulihan diri dan emosi ibu.

2. KENAPA PERLU BERPANTANG?

Pantang sangat penting untuk ibu kerana badan orang perempuan ni nak pakai lama. Berpantang bagi mengembalikan kecergasan diri sebab semasa bersalin ibu banyak kehilangan darah dan tenaga. Berpantang adalah tempoh untuk badan berehat. Makan makanan yang berkhasiat untuk mengembalikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Berpantang juga membantu mengelakkan meroyan atau post natal blues dikalangan ibu yang baru lepas bersalin.

3. AMALAN BERPANTANG


Antara amalan berpantang yang sering diamalkan oleh ibu-ibu ialah :-

A. Mandi Herba

Mandi dengan mandian herba iaitu campuran daun-daun herba serta akar kayu yang direbus sehingga masak untuk membantu proses pemulihan selepas bersalin.

B. Bertungku

Amalan bertungku sangat bagus untuk ibu bagi memanaskan badan. Bertungku dengan batu sungai atau besi yang dipanaskan sangat bagus untuk mengecutkan rahim yang kembang selepas bersalin. Proses bertungku juga membantu mengeluarkan darah nifas yang masih melekat di dalam rahim ibu.

C. Berurut

Ini adalah amalan turun temurun terutamanya masyarakat Melayu. Berurut membantu dalam melancarkan perjalanan darah. Memecahkan lemak-lemak yang degil serta membetulkan urat-urat yang tersimpul. Berurut dengan mak bidan yang terlatih sangat membantu dalam membetulkan kedudukan rahim.

4. BERBENGKUNG

Berbengkung setelah mandi dan berurut membantu dalam mengembalikan bentuk badan kepada asal. Lepas bersalin keadaan perut menjadi geleber kerana bayi dah selamat keluar. Kebaikan berbengkung ialah mengempiskan perut dan memudahkan pergerakan semasa dalam pantang.

5. MAKANAN DALAM PANTANG

Ibu digalakkan supaya makan makanan yang berkhasiat supaya dapat memulihkan luka dan kembalikan kecergasan semasa dalam pantang. Elakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk seperti buah jambu batu, tembikai, labu, petola dan sebagainya.


6. PANTANG LARANG KETIKA DALAM PANTANG

1. Jangan tidur tidak berbantal untuk mengelakkan sakit kepala. Ini juga untuk mengelakkan darah kotor susah nak keluar. Bila darah kotor tak keluar boleh menyebabkan MEROYAN.

2. Pakai stoking untuk mengelakkan angin masuk badan. Kaki yang terdedah juga boleh menyebabkan badan mudah sejuk dan masuk angin.

3. Jangan duduk mencangkung. Wanita dalam pantang dilarang duduk mencangkung sebaiknya duduklah di kerusi khas dalam pantang. Nak buang air kecil atau besar digalakkan duduk di tandas duduk.

4. Mandi di bangku
Menggunakan bangku yang sesuai ketika mandi. Seeloknya gunakan bangku yang tinggi supaya senang nak bangun dan duduk. Elakkan mandi berdiri untuk mengelakkan kecederaan.

5. Rapatkan kaki bila tidur. Sentiasa rapatkan kaki ketika tidur.

6. Jangan terlalu aktif semasa tempoh berpantang. Mintalah suami atau penjaga untuk melakukan kerja-kerja rumah. Ibu harus menggunakan waktu berpantang untuk berehat secukupnya.

7. Jangan tidur ketika matahari sedang naik.

8. Elakkan bersama suami ketika dalam pantang.

7. TERM-TERM DALAM PANTANG


✅ Meroyan, post-natal depression-psikosis puepera - kelakuan aneh sebagai kesan emosi yang dialami selepasa bersalin. Biasanya menyerang ibu yang bersalin anak pertama.

✅ Luka Episomi-Luka bersalin

✅ Bentan - Berbalik sakit. Kalau terkena bentan, ibu kena berpantang semula.


SUPLEMEN BERPANTANG

Semasa berpantang ibu digalakkan mengamalkan suplemen untuk membantu proses penyembuhan dengan cepat serta mengembalikan kecergasan semasa berpantang. Pengambilan suplemen boleh diamalkan bermula dari awal kehamilan sehinggalah ke proses berpantang dan menyusu. Suplemen mengandungi vitamin penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu. Jamu lebih bersifat panas untuk ibu dan juga boleh memudaratkan bayi.


SET BERPANTANG ni sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin normal ataupun ceaser.

Antara kebaikan Set Berpantang ini ialah :-

✅Membantu menguatkan dan mengecutkan rahim
✅Memberi tenaga sepanjang tempoh berpantang
✅Pengeluaran susu badan meriah (milk booster)
✅Suplimen untuk membantu menstabilkan emosi (anti-stress)
✅Membantu menyembuhkan luka bersalin dengan cepat

Berminat untuk mendapat SET BERSALIN SHAKLEE ini bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


September 21, 2017

DENGGI MEMBANTUTKAN TUGAS HARIANKU

Mula rasa nak demam Khamis malam. Masa tu rasa sakit tekak dan hidung mula macam ketat-ketat tak selesa nak bernafas. Gagahkan juga untuk bersiap macam biasa.

Jumaat 15/09/2017
Bangun pagi-pagi gosok gigi, cuci muka bersiap untuk rutin seperti biasa. Siapkan Abang Aus untuk ke sekolah. Hantar Abang Aus ke sekolah, beli breakfast Adik Rayyan dan hantar Adik ke rumah opah. Siap ! Terus bergegas ke pejabat. Sampai pejabat macam biasa. Lepak pagi sambil breakfast. Nak-nak pulak dapat offer lopeh hijau dengan kuah gula melaka yang ohsem. Mak Jemah tak lepaskan peluang telan 2 biji. Sambil makan sambil borak. Siap buat senaman sementara tunggu yang lain habis makan. Settle makan pagi. Buat kerja.

Tak sampai setengah jam badan mula mengigil. Eh eh nape dengan aku ni kak? Sejuk betul. Aku rasa macam nak pengsan. Pukul 10.00 gagahkan diri pergi amek wuduk untuk dhuha. Dhuha 4 rakaat. Sambung kerja balik. Pukul 11.00 dah tak tahan sangat. Kak, aku nak baringlah aku rasa tak tahan sangat dah ni, kepala berat. Maka Mak Jemah pun tidur dalam bilik solat. Sejuk dia bukan main. Habis telekung Mak Jemah dengan kak diana buat selimut tapi tak mampu nak lawan kesejukan. Minta tolong Abang Din g beli panadol sebab tak tahan sakit. Telan Panadol extend 2 biji untuk tampung kesakitan. Pukul 1.30 petang bangun untuk solat zuhur. Kemudian sambung kerja sampai petang.

Petang macam biasa pukul 7 baru hubby ambik kat bawah. Balik naik motor, badan dah memang tak tahan sangat dah. Lemah sangat, nasib baik dah Jumaat dan esok Sabtu boleh relax sikit. Balik rumah terus baring cari selimut dekat rumah mak mertua. Masa ni nak makan dah tak lalu. Siap-siap pulang.

Sabtu 16/09/2017
Hari ni kena pergi Melaka sebab ada hal. Tangguh lama dah. Jadi macam mana pun kena pergi jugak. Kami betolak ke Melaka pkl 12 tengahari. Sebelum tu kena servis kereta dulu. Buat aligment tayar dan sebagainya ambil masa dalam 2 jam. Kami sampai sana dalam pukul 2.50 petang sebab ikut google map. sesat barat juga tapi jumpa la tempat yang dituju. Masa temujanji pukul 6.00 petang. Jadi kami bawak anak-anak pergi tengok pantai. Masa ni ummi dah tak larat sangat. Nak layan anak-anak pun dah tak fokus. Abah je yang layan anak-anak. Huhuhu sian anak-anak ummi.

Dalam pukul 7.30 baru selesai urusan. Pukul 8.00 terus gerak balik rumah. Pesan dekat hubby kalau tak larat abah benti dulu tido sebab ummi tak larat nak teman. Ummi baring je dalam kereta kat seat belakang. Adik Rayyan teman abah bawak kereta kat depan. Last-last semua lena. Abah pun berhenti di RNR Senawang sebab mengantuk dan penat. Ummi sedar dan tanya kat mana ni abah? Dia jawab di RNR Senawang.

Kami sampai rumah dekat pukul 10 malam. Masa on the way balik ummi tido je sebab tak larat.

Ahad 17/09/2017
Ummi baring seharian di rumah. Tak bangun-bangun. Bila petang baru boleh bangun sikit dan pergi ke rumah mertua. Tu pun sebab adik rayyan mengamuk abah dia takde. Pegi rumah mak mertua sampai malam. Makan memang takde selera. Makan pun sekadar alas perut sebab nak tambah tenaga.

Isnin 18/09/2017
Hari ni tak boleh pergi kerja sebab badan sakit habis. Kami pergi ke Klinik Kesihatan Batu 14. Jumpa doktor dan bagi tahu simptom-simptom sakit sampai tak boleh bangun. Doktor suruh ambik darah nak cek darah. Ambik darah tapi darah masih okey. Bagi surat supaya esok datang lagi. Doktor juga bagi MC 2 hari sebab keadaan diri memang tak boleh nak kerja.

Selasa 19/09/2017
Seperti biasa pagi-pagi siapkan Abang Aus ke sekolah. Dah siap hantar dia baru ke Klinik untuk ambil darah. Kali ni platelet darah semakin turun. Tekanan darah pun rendah tapi badan rasa lebih sihat berbanding sebelumnya. Doktor suruh repeat lagi ambik darah.

Rabu 20/09/2017
Mak Jemah ke tempat kerja sebab tak sanggup nak pergi cucuk ambik darah lagi. Jangan ikut macam Mak Jemah ya. Mak Jemah memang fobia dengan klinik atau hospital. Ngeri sangat. Alhamdulillah hari berjalan dengan baik. Minum air kosong banyak-banyak sambil ambil ubat serta suplemen. Malam balik rumah nak tidur nak sapu la herbal blend di badan. Tengok-tengok bintik-bintik merah dah keluar. Cuak juga la hati ni tapi alhamdulillah semuanya terkawal.

Khamis 21/09/2017
Hari ni Mak Jemah kerja macam biasa. Tapi tak tahulah kesan ubat ke apa. Hari ni asyik terberak-berak saja. Nak kata makan ubat. Ubat yang doktor bagi hanya ubat tahan muntah, ubat batuk/selsema dengan ubat demam je. Tu pun makan bila perlu. Sendi-sendi badan dah tak sakit. Suara pun semakin okey dan yang paling best boleh dah main dengan anak-anak. Huhuhu.

Hari-hari ummi doa agar cepat sembuh sebab nak main dengan anak-anak. Rindu sangat tau. Rumah pun macam tokang pecah tak terjaga sebab tak larat. Tau sajalah kalau sehari tak mengemas. Esok dah cuti Awal Muharam. Semoga tahun baru ni kita semua pun lebih sihat, lebih kuat untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Taala.

Maafkan segala salah dan silap Mak Jemah sebelum ni.



September 15, 2017

PRODUK UNTUK MENGECILKAN PORI-PORI WAJAH

Masalah pori-pori wajah yang besar sangat mencacatkan penampilan. Penggunaan produk untuk mengecilkan pori-pori wajah membantu dalam menangani masalah ini.

Antara punca liang pori-pori besar :

* Terdedah kepada matahari secara berlebihan
* Merokok
* Penuaan
* Genetik
* Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula berlebihan
* Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil

Mak Jemah dulu pun sama. Masalah pori besar sejak zaman remaja lagi. Macam-macam produk Mak Jemah cuba untuk mengatasi masalah pori besar ni. Stress tau bila orang dok ushar pelik je muka ni.

Kadang-kadang terpaksa pakai mekap tebal-tebal sikit kat muka ni supaya dapat tutup sikit pori yang besar tu. Tepek foundation banyak-banyak sikit. Tapi masalahnya bila tepek pondesen ni nak solat tersangatlah leceh. Nak kena cuci dengan mekap remover dulu. Kalau tak tak sempurna wuduk itu.

Jadi Mak Jemah pun amik keputusan untuk cari produk kecilkan liang pori yang selamat digunakan. Antara produk Shaklee yang Mak Jemah amalkan untuk masalah pori yang besar ni ialah ESP, Vitamin C, Vitamin E, B-Complex, Vitalea, dan alfalfa.

Yang konsisten dan wajib ambik hari-hari ialah ESP, Vitamin C dan Vitamin E. 3 benda ni memang Mak Jemah takkan miss sebab kalau tak amalkan risau kulit jadi kusam dan tak cantik. Bila tak cantik ni tau lah mula lah nafsu nak beli itu ini banyak. Hihi bukan ke kos tu.


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat percuma bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com








Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...