August 28, 2017

KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE

Bila sebut pasal Basic H ni memang suka sangat la sebab sebotol Basic H boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Lepas tu 1001 kegunaan Basic H yang nak dikongsi supaya semua orang pun dapat manfaat yang sama.

Basic H dihasilkan dariapada bahan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa. 

Sebotol Basic H mengandungi 16 oz boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat dan benar-benar berkuasa. Jadi kalau nak guna untuk buat kerja-kerja mencuci macam nak mop lantai ke hanya titiskan beberapa titisan Basic H ke dalam air. Kemudian dah boleh mula mengemop lantai.

Yang ada anak sekolah mesti penat nak bersihkan kasut sekolah anak kan. Jom tengok video perbezaan kasut dicuci dengan Basic H.


Antara keberkesanan Basic H ialah membersihkan kesan memasak di dapur. Kadang-kadang kena sental guna berus besi tu kan. Ni dah tak perlu susah-suah nak bazirkan tenaga. Guna sahaja Basic H.



Yang ni paling best sebab Basic H bukan sahaja membersihkan sayur malah mengekalkan kesegarannya. Kadang-kadang sayur dan buah-buahan kan banyak disembur racun serangga untuk mengelakkan serangga merosakkan sayuran. Jadi Mak Jemah suka basuh sayuran dan buahan dengan Basic H. 


Kebanyakan bahan pencuci sebanguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merangsang hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan hingal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan..

Pekatan Basic H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan merbahaya yang lain.

Berminat untuk dapatkan Basic H bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com


VITAMIN PERTAMA YANG BERJAYA MAK JEMAH JUAL

Alhamdulillah mengimbas kembali kenangan lama. Punyalah gila buat hard selling kat fb sebab nak dapat sales. Rezeki memang menyubelahi Mak Jemah. Masa tu tak fikir apa. Hanya tau nak buat posting je. Post je seberapa banyak poster yang ada dalam group. Korek info taip konten. Banyak hard sell la masa tu. Mana tau pasal copywriting bagai kan. 

Lucu pun ada bila ingat balik tapi takpe it's the process. Lama-lama pandai la. Macam sekarang kan. Ahaksss. 

Set pertama yang Mak Jemah berjaya jual ialah SET SKIN CARE PREMIUM ni.


Seronok sangat masa tu sebab dapat jual Full Set Skin Care Premium ni. Biasalah yang beli nya mestilah orang perempuan. Motif utama beli sebab nak kulit cantik dan awet muda. 

Beberapa bulan kemudian Mak Jemah buat follow up dan memang customer sangat-sangat berpuas hati dengan suplemen ni. Kulit menjadi halus dan bertambah gebu. Paling seronok dia kata jeragat yang dulu susah nau nak pudah lama-lama nampak pudar penangan Set ni. Dia siap cakap lagi dah habis nanti saya repeat order. Wow, tak berbunga ke hatiku ini ? Munga-munga cinta la. Bukan sebab dia nak repeat order tau, sebab hasilnya membuatkan customer Mak Jemah tu happy. 

Alhamdulillah tak salah pilih bisnes Mak Jemah ni. Vitamin Shaklee semuanya selamat untuk di amalkan. Ada LandMark Study dan dibuktikan dengan Sains. Diuji secara klinikal untuk menjamin keberkesanannya.

Jadi sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan SET SKIN CARE PREMIUM ni bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

JALAN-JALAN NAIK MRT KE MUZIUM NEGARA

Semalam kami anak beranak meluangkan masa untuk naik MRT sebab sejak dibuka kami tak pernah naik lagi kecuali Abang Aus yang dah naik bersama rombongan Tadika Kemas.

Pagi-pagi kami bersiap untuk pergi jalan-jalan. Breakfast nasi berlauk dulu kenyang-kenyang. Lepas tu terus bawak anak-anak. Bukan main seronok lagi bila dapat berjalan.

Kami parking kereta dekat Taman Suntex di Batu 9, Cheras. Tak tahu nak pergi mana sebenarnya. Hanya nak naik MRT. Mulanya kami nak pergi Bukit Bintang tapi tak jadi sebab Abang Aus nak pergi Muzium Negara. Dia memang suka pergi Muzium. Suka sangat tengok benda-benda lama. Jadi ummi dengan abah layankan saja.




Muka happy sebab boleh naik MRT. Sampai sana jalan kaki menuju ke Muzium. Kami tak tahu pun yang lif tu terus ke depan Muzium. Kalau tahu naik lif terus sampai depan pintu Muzium. Sebelum masuk muzium nampak kereta kebal askar. Pergi tengok kereta kebal dulu. Abang Aus suka sangat. Dia kata power, power. Hihi





Sebelum pintu masuk Muzium kami jumpa kolam air pancut dan mereka pun bergembira.



Bayaran tiket untuk masuk ke Muzium ialah RM2.00 sahaja untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Jadi ummi dengan abah jelah yang kena beli tiket. Kami masuk dalam tu dalam sejam je. Tak boleh ambik gambar dalam muzium sebab awal-awal lagi dah ada warning no kamera tapi kat dalam tu ada jugak yang ambik. Kami ni kan warganegara yang berhemah. Kena patuh arahan. 


Letih berjalan jom cari makan pulak. Tekak haus betul. Adik Rayyan nampak sosej nak sosej. Nampak ais krim nak ais krim. Hahaha apa-ape jelan untuk anak-anak kan. 










Dah habis jalan kami pun balik. Tak lama pun dalam sejam je. Naik MRT dari Muzium Negara ke Taman Suntex ambil masa dalam 30 minit sahaja. Sempena 50% diskaun sehingga 31 Ogos ni kami berpeluang naik MRT dengan harga lebih murah. Tambang MRT RM1.60. Habis tempoh diskaun ni tak tahulah berapa pulak tambangnya. Mungkin RM3.20 atau kurang atau lebih. 




August 27, 2017

PRODUK TERLAJAK LARIS DI KALANGAN CUSTOMER MAK JEMAH

Nak cerita pasal produk Shaklee yang paling laris yang paling hot Mak Jemah dapat jual sudah tentu SET CANTIK TERLAJAK LARIS.

Set ini mengandungi ESP, Vitamin C dan Vitamin E. Ada juga yang ambil suplemen lain sebagai tambahan untuk cepat kesannya iaitu Shaklee Collagen Powder dan Vivix. Yang ni paling Hot dan laris.



Kesemua produk Shaklee ni macam dah ada dalam kepala bila customer pm atau wassap. Hihi barulah SID yang aktif giteww.


1. ESP

ESP ialah serbuk soya yang perlu dibancuh. Didatangkan dalam bentuk serbuk dalam tong seberat 850gram. Untuk menghasilkan satu tong ESP memerlukan 30kg soya Non-GMO. Apa itu soya Non-GMO ? Soya Non-GMO iaitu soya yang tidak diubah genetiknya dari awal. Jadi ESP ni sangat istimewa berbanding dengan soya yang dijual di pasaran tu. Keperluan protein setiap individu adalah berbeza bergantung pada umur, saiz, aktiviti dan tahap kesihatan semasa.


2. Vitamin C

Vitamin C dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Menjadi makanan yang paling penting terutama untuk mencantikkan kulit. Vitamin C meningkatkan tahap imun badan. Ia juga mencegah kedutan dan menegangkan. Pengambilan vitamin C secara berterusan boleh membuatkan bertambah awet muda.

"Keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60mg/hari."

Kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.


3. Vitamin E

Untuk memenuhi keperluan vitamin E di dalam badan iaitu 400IU. Mengamalkan 1 kapsul vitamin E setiap hari membantu melambatkan proses penuaan. Ia berupaya mengurangkan kedut, garis halus, jeragat, dan jerawat. Vitamin E membantu dalam proses memulihkan tekstur kulit dan ton muka. Selain itu, vitamin E juga antioksidan yang menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen yang memberikan lebih ketahanan.


4. Vivix

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.


5. Collagen Powder


Shaklee Collagen Powder dihasilkan daripada tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam dan luaran.

Sekiranya ada produk Shaklee yang berkenan di hati bolehlah menghubungi Feni ye ?

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

MENU WAJIB BILA HARI MINGGU - SIAKAP 3 RASA

Bila hari kerja memang tak berasaplah dapur. Kalau bersap pun hanya masak makanan yang ringkas saja macam telur goreng, telur dadar, sambal dan sup yang tak perlukan bahan yang banyak. Hari minggu lah hari yang best dan boleh masak guna masa yang lama. Hihi

Antar menu wajib masak ketika hujung minggu ialah Siakap 3 Rasa Versi Mak Jemah.

Bahan-bahannya :-

1 Ekor ikan siakap (besar ikut suka)
Bawang Merah - Potong dadu
Bawang Putih - Potong dadu
Cili Merah 
Cili Api

Tomato - Potong dadu
Nenas  - Potong dadu
Serai diketuk
Sebiji bawang merah dan sedikit cili kering dikisar

Sos tomato
Sos ikan
Garam dan gula secukup rasa

Ikan dibersihkan dan diperap dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng. Asingkan.

Sos 3 Rasa
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api, cili merah dan serai. Bila dah naik bau dan garing masukkan bahan-bahan kisar tadi (bawang merah & cili kering). Masukkan sos ikan, sos tomato garam dan gula sesedap rasa. Mak Jemah akan tunggu sehingga mendidih dan pecah minyak sikit. Baru masukkan nenas dan tomato. Kacau rata tutup api dan sedia dihidangkankan.



Mak Jemah masak 2 ekor sebab adik beradik ramai. Kalau masak sekor tak cukup. Hihihi.

Selamat mencuba !

August 26, 2017

APA YANG PERLU SAYA BUAT BILA ANAK DEMAM

Dalam minggu ni dah 2 kali Kementerian Kesihatan hantar kontraktor untuk sembur nyamuk aedes. Balik kerja dah malam dalam pukul 7.30 malam baru sampai rumah. Sampai rumah tengok asap fogging berkepul-kepul sampai sesak nafas. Betapa kuatnya bau asap ubat nyamuk ni. 


APA YANG PERLU SAYA BUAT BILA ANAK DEMAM ?


Saya akan pantau keadaan suhu anak. Sememangnya saya spare siap-siap satu termometer untuk cek suhu badan anak. 

Saya akan lapkan badan anak kalau badan terlalu panas. Lapkan dengan air sejuk. Basahkan kain tuala dan lap ke seluruh badan hingga ke kepala anak. Kadang-kadang saya gunakan air asam jawa untuk menurunkan suhu badan.

Pakaikan pakaian yang nipis dan selesa untuk anak. Masa anak demam tak boleh pakaikan pakaian yang tebal-tebal supaya pengaliran udara bebas. Suhu panas akan mudah keluar. Memang anak akan terasa sejuk tapi dalamannya panas.

Saya akan cuba untuk bagi anak minum air suam supaya badan kekal hidrat. Selalunya mereka tidak akan berselera makan atau minum. Cuba pujuk supaya mereka dapat habiskan minuman untuk mengembalikan tenaga.

Demam yang teruk dan berlarutan sehingga berhari-hari kena bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Sebagai alternatif saya sediakan Nutriferon sebagai suplemen untuk membantu menguatkan imun badan. Rasa Nutriferon yang masam-masam manis boleh menghilangkan rasa pahit mulut. Nutriferon adalah sebagai alternatif untuk membantu badan anak supaya cepat lega dari demam. Ubat pun kena makan juga ikut nasihat doktor. 


Sekiranya ada yang ingin mencuba NUTRIFERON untuk membantu dalam meningkatkan imun badan bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




BASIC H MEMUDAHKAN KERJA HARIAN IBU

Sekarang ni kalau boleh nak dapatkan satu produk yang bagus dan multifunction. Boleh buat cuci pinggan mangkuk dan juga boleh buiat cuci satu rumah.

Sejak kenal Basic H ni memang dah jatuh cinta dengan produk ni. Mula beli sebab nak buat cuci botol susu anak je. Tau saja la bila botol susu ni memang mudah melekat sisa-sisa susu kat puting botol susu tu. Bila rendam dengan Basic H memang mudah hilang. Macam peluntur kain tu. Takut nak guna peluntur kain sebab risau dengan bahan dalam peluntur memang tak sesuai untuk botol susu anak.

Basic H Shaklee memang dibuktikan bebas bahan kimia bahaya dan selamat untuk digunakan.

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Selain untuk mencuci botol susu anak, Feni suka guna Basic H untuk mencuci lantai. Hanya titiskan beberapa titisan Basic H ke dalam sebaldi air kemudian sedia untuk mengemop lantai. Bila dah siap mop lantai dengan Basic H, bau wangi je. Lalat pun tak sudi nak singgah. Sesuai untuk buat lap meja makan juga.


Basic H juga boleh dicampurkan dengan air remdaman sayur-sayuran untuk mencuci kotoran pada sayur. Ia juga membuatkan sayur kekal segar dan lambat rosak.


Kasut sekolah yang susah nak cuci tu pun sesuai sangat guna Basic H supaya kembali putih bersih. Rendam je dulu kasut yang kotor hitam itu dengan beberapa titisan Basic H kemudian gosok perlahan-lahan, Tak perlu tonyoh kuat-kuat sampai badan  pun cepat penat. Hihihi.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba Basic H Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com







Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...