RESEPI DAGING GORENG KUNYIT
Nak raya haji kan. Mesti banyak dapat daging fresh-fresh. Feni suka masak daging goreng kunyit.
Bahan-bahan
Daging
1 cm kunyit hidup
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
(Ditumbuk dan diperap dengan daging)
Bawang merah
Bawang besar
Cili besar
Cili api
(Bahan-bahan tumis)
Cara nya
1) panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan daging yang diperap bersama air. Rebus daging sehingga empuk.
2) Bila daging dah empuk. Masukkan bahan-bahan tumis.
Sedia untuk dihidangkan. Nyum nyum
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
August 22, 2017
August 21, 2017
7 TIPS KEKAL BERMOTIVASI UNTUK BUAT BISNES
Dalam buat bisnes ni memang ada pasang surutnya terutama yang buat bisnes online macam Feni ni. Kadang-kadang datang juga perasaan down sampai nangis tepi bucu katil. Memikirkan tentang cabaran hidup dan sara hidup yang makin meningkat sekarang ni terpaksa juga bertahan demi mencari rezeki yang halal dan diberkati. Jom Feni share kembali 7 tips kekal bermotivasi untuk bisnes yang pernah Mak Bintang share dalam group whatsapp #teambintang.
1. JADI KREATIF
Buat bisnes online ni kena kreatif. Kena sentiasa cari idea-idea baru supaya orang minat untuk membaca posting kita terutama yang selalu guna FB atau IG. Kena bijak dalam memilih tajuk-tajuk posting. Orang akan tertarik dengan sesuatu yang unik dan lain dari yang lain.
2. KERJA BERKUMPULAN
Alhamdulillah Feni dalam bisnes Shaklee tak buat kerja sorang-sorang. Kami buat secara berkumpulan. Kalau nak buat sorang-sorang rasa sesak juga. Contohnya nak buat poster, nak cari info dan nak buat posting. Kami kadang-kadang share idea dalam group supaya sama-sama boleh dapat manfaat.
3. JANGAN BANDINGKAN DIRI DENGAN OTAI-OTAI
Sedar diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dengan cara sendiri. Jangan bandingkan diri dengan mereka yang dah berjaya sebaiknya gunakan cara macam mana mereka berjaya. Kalau rasa macam posting-posting otai tu membuatkan rasa stress, tekan je butang unfollow. Jangan biarkan aura negatif itu membuatkan kita jadi stress dan down.
4. JADIKAN KAWAN SEBAGAI LAWAN
Dalam bisnes kita bukan sahaja bersaing dengan diri sendiri. Menjadikan kawan dalam group sebagai lawan untuk menjadi lebih baik juga adalah salah satu motivasi untuk terus bertahan dan berjaya. Jangan berdengki dengan mereka sebaiknya jadikan pendorong untuk lebih berjaya.
5. BERFIKIRAN MACAM ORANG BERJAYA
Orang berjaya akan sentiasa ada plan dan target untuk berjaya. Sentiasa berfikiran positif dan membuat tindakan yang hebat untuk merealisasikan apa yang dirancang. Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Ramai orang yang berjaya kat dunia ni bermula dengan gagal berkali-kali.
6. BERANI SAHUT CABARAN
Bila ada apa-apa cabaran, jangan takut untuk mencuba. Jangan takut dengan rejection. Sekali orang rijek tak bermakna orang lain pun akan rijek. Yang penting terus mencuba. Jangan putus asa dan teruskan untuk mencapai apa yang ingin dicapai. Kekalkan motivasi untuk terus maju dalam hidup ini.
7. TIADA ALASAN UNTUK BERJAYA
Yang ni sendiri boleh faham. Kita boleh cipta seribu alasan untuk berjaya dan seribu alasan untuk tidak berjaya. Jadi tepuk dada tanya selera.
Selamat beramal !
Sekiranya anda juga berminat untuk menjadi ahli #teambintang dan menjalankan bisnes Shaklee secara online atau offline bolehlah menghubungi Feni :-
Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com
TIPS KESELAMATAN BALIK KAMPUNG KETIKA BALIK RAYA
Minggu depan kita nak sambut hari kemerdekaan dan seterusnya raya haji. Hati gembira tak terkata. mesti ramai yang ambil keputusan untuk balik raya di kampung. Aktiviti wajib bagi kami satu family bila tiba musim raya. Nak-nak pulak raya haji bagi orang Kelantan memang rugi sangat kalau tak balik. Suasana raya haji di sana lebih meriah kalah raya aidilfitri. Jom ikuti beberapa tips keselamatan balik kampung ketika balik raya :-
1) SEDIAKAN JADUAL
Selalunya Feni akan sediakan satu list barang-barang untuk balik kampung. Antara kandungan dalam list tersebut mestilah barang-barang peribadi diri untuk semua ahli keluarga. List ni penting supaya barang penting tidak tertinggal.
2. LAPORKAN RUMAH KOSONG DI BALAI POLIS
Setiap kali nak tinggalkan rumah, pastikan buat laporan rumah kosong di balai polis terdekat. Mereka ada sediakan buku rekod/borang untuk diisi. Anggota polis yang bertugas akan meronda dan menghantar laporan harian kepada anda. Pastikan memang tak ada orang dalam rumah atau datang ke rumahlah. Karang tak pasal2 pulak kena masuk lokap.
3. BAGITAHU JIRAN YANG YANG RAPAT
Sebelum balik kampung eloklah bagitahu jiran tetangga yang tak balik kampung supaya tolong tengok-tengokkan rumah. Tinggalkan nombor kita supaya senang dihubungi sekiranya terjadi sesuatu.
4. SEDIAKAN SUPLEMEN UNTUK KEKAL CERGAS SEMASA DALAM PERJALANAN BALIK KAMPUNG
Ini memang penting. Selalunya Feni akan sediakan makanan dan minuman untuk kami sekeluarga. Maklumlah bila balik kampung musim-musim perayaan ni banyak tempat R&R akan penuh dan sesak dengan orang ramai. Jadi masa nak makan minum tu dah jimat. Kadang-kadang kami berhenti makan kat tepi kereta saja. Tak lupa energy booster untuk kami iaitu performance drink dan cinch tea supaya kekal cergas dan bertenaga sepanjang perjalanan.
5. PASTIKAN KEADAAN RUMAH SELAMAT UNTUK DITINGGALKAN
Kunci semua pintu dan tingkap, buka kepala tong gas, buang sampah dan mulakan perjalanan dengan bacaan doa.
Selamat jalan dan selamat menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.
Sekiranya ada yang berminat untuk membuat pesanan produk bolehlah menghubungi Feni :-
Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
August 20, 2017
BISNES YANG INGIN SAYA JALANKAN SELAIN BISNES SHAKLEE
Alhamdulillah ditemukan dengan Shaklee untuk belajar buat bisnes terutamanya yang zero bab bisnes ni. Kalau setakat nak berniaga pasar malam tu okey la. Ambik barang dan terus jual kepada customer.
Suka sangat jual pakaian ni sebab kita sendiri akan rasa selesa bila pakai. Pakai baju ketat-ketat memang tak selesa. Pakaian pulak kena ada saiz dari xs hinggalah xxxl. Maksimum ikut permintaan.
#teambintang
PERSEDIAAN MEMELIHARA TULANG AGAR TIDAK BERISIKO MENGHIDAP OSTEOPOROSIS 20 TAHUN AKAN DATANG
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.
Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.
Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Pentingnya kalsium untuk mengekalkan tulang yang sihat ialah untuk mengelakkan tulang rapuh. Amalkan ostematrix setiap hari sebagai suplemen kalsium bagi memenuhi keperluan kalsium harian.
Antara kebaikan Ostematrix ialah :
1. Menguatkan Tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
3. Meringankan stress
Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
4. Memperbaiki masalah haid
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
5. Pengalkalian tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.
Hubungi Feni untuk dapatkan Ostematrix anda hari ini:-
Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
August 19, 2017
APA YANG SAYA PALING TAK BOLEH KAWAL NAFSU BILA SHOPPING
Bila shopping benda yang Feni tak boleh nak kontrol nafsu ialah bila tengok baju atau shawl yang lawa-lawa. Tak kisahlah harganya mahal ke murah ke. Janji boleh beli.
Feni tak kisah pasal harga, yang mahal lagi best kan. Hahaha macam kaya sangat.
Perempuan memang tak boleh lari dari nak melawa. Selain baju, handbag, jam dan barang kemas. Koleksi baju paling banyak. Barang kemas pun ada la sikit-sikit sebagai perhiasan diri.
Barang mekap pun tak banyak. Hanya yang asas-asas je ada. Bedak muka, pelembab muka dan pelembab bibir. Muka pun nak berseri kan. Tak suka mekap tebal-tebal sebab takut kalah hantu kak limah pulak.
#gempakbintang
Feni tak kisah pasal harga, yang mahal lagi best kan. Hahaha macam kaya sangat.
Perempuan memang tak boleh lari dari nak melawa. Selain baju, handbag, jam dan barang kemas. Koleksi baju paling banyak. Barang kemas pun ada la sikit-sikit sebagai perhiasan diri.
Barang mekap pun tak banyak. Hanya yang asas-asas je ada. Bedak muka, pelembab muka dan pelembab bibir. Muka pun nak berseri kan. Tak suka mekap tebal-tebal sebab takut kalah hantu kak limah pulak.
#gempakbintang
5 TIPS NAK SIHAT DAN CERGAS DALAM PANTANG
Ibu yang baru lepas bersalin memerlukan tenaga yang banyak untuk kekal sihat dan cergas dalam pantang. Ikuti beberapa tips supaya kekal sihat dan cergas dalam pantang :-
1. AMALKAN MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
Semasa pantang kita sering mendengar pesanan orang-orang lama tentang menjaga pemakanan. Makan kena makan makanan yang kering-kering seperti nasi dengan ikan kering sahaja supaya badan tidak gemuk. Makan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan ibu pantang sembelit. Sembelt ni sangat bahaya dan boleh mengakibatkan penyakit buasir kalau tidak dicegah dari awal. Sebaiknya amalkan makanan yang sihat dalam pantang seperti banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA
Air sangat penting untuk proses penyembuhan. Air putih sangat bagus untuk memperbanyakkan susu ibu. Seeloknya minumlah air panas atau suam. Elakkan minum ais.
3. MEMAKAI BENGKUNG
Lepas bersalin memang perlu memakai bengkung supaya dapat mengembalikan tekstur bentuk badan kembali ke asalnya. Bengkung juga membantu dalam mengurangkan nafsu makan.
4. MENGAMALKAN PANTANG LARANG ORANG TUA
Seeloknya mengikut amalan orang-orang tua seperti bertungku untuk mengecutkan rahim. Tidak keluar rumah ketika dalam pantang. Elakkan mengangkat barang berat atau melakukan kerja-kerja yang boleh memudaratkan ketika dalam pantang. Banyakkan rehat supaya dalaman cepat pulih.
5. MENGAMBIL SUPLEMEN
Mengamalkan suplemen yang sesuai untuk ibu berpantang supaya kekal sihat dan cergas dalam pantang. Boleh amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE untuk kekal sihat dan cergas dalam pantang.
Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee ni bolehlah menghubungi Feni :-
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
#gempakbintang
#gempakbintang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...






