August 17, 2017

5 PANDUAN PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

Zuriat adalah salah satu pengerat kasih sayang antara suami isteri. Ramai yang berkihktiar untuk mendapatkan zuriat sendiri bagi mengisi kekosongan alam rumah tangga. Anak adalah permata yang yang menyerikan sesebuah ikatan perkahwinan.

Beberapa panduan persediaan untuk hamil yang boleh diamalkan oleh pasangan suami isteri sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat sendiri.




1. AMALKAN SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU KESUBURAN

Suplemen yang disarankan untuk cepat hamil ialah Asid Folik, kalsium dan multivitamin. Kesemua ini dianggap vitamin wajib untuk hamil.


B-Complex

Sesuai diamalkan sebulan sebelum kehamilan sehingga 12 minggu pertama. B-Complex mengandungi asid folik yang membantu perkembangan saraf dan otak bayi. Keperluan asid folik harian ialah 400 mikrogram (mcg) sehari dan meningkat sehingga 1000 mcg sehari ketika hamil. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan bayi mengalami kerosakan tiub saraf.

Ostematrix atau Kalsium

Kita memerlukan kalsium tidak kira hamil atau tidak. Ibu hamil disarankan supaya mengambil minima 1000mg kalsium sehari. Lebih kurang 2 gelas susu. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu berasa lenguh dan mengalami kekejangan ketika hamil.

Multivitamin atau Vitalea

Multivitamin yang kaya dengan mineral dan vitamin membantu dalam membentuk sel darah merah. Ia akan membantu badan supaya lebih sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan. Ia juga membantu meningkatkan HB dikalangan ibu hamil. HB yang rendah boleh membawa risiko tumpah darah ketika bersalin.

Vitamin C

Vitamin C memang terkenal untuk mengatasi masalah jangkitan. Mengimunkan ibu dan bayi dari penyakit seperti selsema, batuk dan demam. Vitamin C penting untuk proses kehamilan dan memainkan peranan dalam penghasilan HB dan sel darah merah.

Vitamin E

Untuk lelaki pula disarankan mengamalkan Vitamin E setiap hari bagi meningkatkan bilangan sperma serta memekatkan air mani. Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU hingga 800IU Vitamin E setiap hari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.



2. KIRA WAKTU SUBUR

Sentiasa memantau tarikh dan waktu subur. Untuk hamil sangat penting untuk mengetahui kitaran haid dan kesuburan diri. Sebaiknya install la kalendar period di telefon pintar supaya mudah untuk pantau waktu subur.

3. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Sebaiknya jumpalah doktor terlebih dulu sekiranya ada masalah kesuburan seperti haid tidak teratur, berat badan berlebihan atau untuk lelaki pula sperma terlalu cair.

4. AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

Elakkan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, makan berlebih dan kurang bersukan. Banyakkan makan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian. Pilih makanan yang tinggi protein, kalsium dan vitamin. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat. Pilih makanan yang rendah GI (Glisemik Indek) dan kurang manis.


5. RANCANG KEWANGAN

Kewangan sangat penting dalam apa juga keadaan. Bersedia dengan sejumlah perbelanjaan untuk rawatan susulan kehamilan, persediaan barangan bayi, kos bersalin dan perbelanjaan selepas itu. Mulakan menabung ketika anda merancang untuk hamil lagi.

Semoga berjaya.

Untuk tempahan boleh terus klik  <SET HAMIL>

Atau hubungi Feni melalui medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


August 16, 2017

BOTOL AIR KESAYANGAN SAYA


Sejak dapat botol air Shaklee rasa semangat sikit nak minum air kosong. Kalau pergi mana-mana pun dok bawak botol ni la. Bila dalam kereta senang sebab kalau minum masa kereta tengah bergerak tak tumpah. Muncung dia cukup-cukup untuk mulut.

Anak-anak kecik pun suka. Bila ada botol air yang comel ni senang bagi diorang minum air. Kalau tak agak susah nak bagi diorang minum air kosong. Asyik minum air manis je. Kan bahaya air manis tu.

Best bila bawak ke mana-mana mesti ada orang tegur cantiknya botol. hihi. Ianya lutsinar gitu walaupun ianya berwarna biru.

Bila pergi joging ker, beriadah bersama family masa weekend memang bawak botol ni la sebab senang nak letak dalam beg. Penutup botol yang ketat dan tak mudah tumpah dan tahan lasak memang sesuai diletakkan dalam beg anak-anak tu.

Botol ni Feni dapat masa promosi September 2016 dengan harga RM19.08. Sekarang dah tak promosi harganya RM27.56 kalau beli secara online melalui www.shaklee2u.com.my. 


Botol ni kena grab sebab ianya limited edition. Bila dah tak keluar rasa rugi tak grab. Sebagai seorang SID yang memang dok amalkan Shaklee hari mesti ada sebab secara tak langsung menjadi BRAND untuk diri sendiri. Bila orang teringat Shaklee je terus ingat Feni. Hihi.

Botol ni masih ada dan boleh dibeli secara online selagi stok masih ada. Jadi kalau rasa nak dapatkan botol air yang cantik ni bolehlah menghubungi Feni. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com







August 15, 2017

KENAPA PRODUK SHAKLEE LEBIH MUDAH DARIPADA BUAT PRODUK SENDIRI



Sebelum kenal Shaklee ada jugak amalkan minum-minum jamu buat sendiri ni. Macam nak bagi rahim tak kembang, dok amalkan minum air rebusan manjakani. Kadang-kadang halia tambah serai dengan ibu kunyit. Tapi nak membuatnya agak leceh sikit la.

Nak kena cari bahan-bahan basah walaupun benda tu ada je kat dapur. Tapi melambangkan Feni ni jenis masak hari cuti aje. Benda tu memang jarang ada la. Kalau ada pun kena pergi beli cukup-cukup untuk memasak. Beli lebih last-last kering dalam peti.

Maklum sajalah orang perempuan ni kalau tak jaga dalaman boleh jadi macam-macam masalah. Rahim kembang, ari-ari nak jatuh, tombong, dan keputihan. Paling tak best bilakena penyakit macam-macam.

Lepas bersalin Adik Rayyan, mula cari milk booster sebab susu badan memang drop sangat. Google-google cuba lah Alfalfa. Lepas tu add on pulak ESP kemudian vitamin C, dan beberapa produk lagi.

Tak sangka lepas tu masalah keputihan melampau yang pernah dok alami sebelum ni dah takde. Kalau ada pun tak teruk macam dulu-dulu. Jadi sekarang ni dok amalkan suplemen jela sebab senang. Buka botol ambil tablet, telan dengan air suam. Siap! Tak payah nak susah-susah pergi pasal cari bahan basah, nak rebus, nak tunggu sejuk baru boleh minum.

Best kan ? Shaklee memudahkan hidupku.

Kontek Feni untuk buat pesanan produk Shaklee +601115672780

#gempakbintang

SUBJEK PALING DISUKAI ZAMAN SEKOLAH

Pejam celik pejam celik dah 12 tahun meninggalkan zaman persekolahan. Belajar sekolah sampai STPM.

Rindu sangat-sangat nak kembali ke zaman sekolah. Sekarang dok uruskan Abang Aus sekolah jelah. Tahun depan masuk 6 tahun.

Matematik adalah subjek yang paling digemari. Suka buat kira-kira sampai sekarang pun kerja buat kira-kira.



Best buat math ni sebab tak mengantuk. Kalau nak membaca dan menghafal memang susah. Tapi kalau buat kira-kira memang Feni suka sangat.

Masa sekolah dulu pernah dapat 100% untuk ujian Matematik. Tapi bila exam dapat C. Kehkehkeh. Kenangan semua tu.

Apapun saya memang suka buat kira-kira tambah-tambah lagi kalau bab kira duit untung menega suplemen macam sekarang ni. 

PRODUK BUANG ANGIN DALAM BADAN

Saya selalu mengalami masalah angin dalam badan. Paling tak tahan bila angin naik sampai kepala. Rasa macam meloya sampai nak muntah.

12 Tanda badan banyak angin ialah

✿ Rasa lesu / Letih / Tidak Bertenaga
✿ Selalu rasa Kebas-kebas / Sengal /Lenguh
✿ Tapak tangan / kaki berasa sejuk
✿ Selalu Menguap/ mudah mengantuk
✿ Sukar bernafas / nafas pendek
✿ Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang
✿ Kulit kering
✿ Perut Berangin
✿ Sakit kepala / Migraine
✿ Hilang Selera Makan
✿ Kurang/ hilang nafsu seks
✿ Dan lain-lain rasa ketidakselesaan badan

Sejak amalkan Peppermint Ginger Plus dengan Garlic Complex ni, badan rasa segar dan kurang kena masalah angin.


Garlic 

Selain mengeluarkan angin dari badan, ia juga memang terkenal sejak turun temurun sebagai antibiotik semulajadi.

Peppermint Ginger Plus

Rasa halia bersama mint yang menyegarkan. Membantu membuang angin dalam badan dengan mudah. 

Lega bila angin dalam badan dapat dikeluarkan. Sakit kepala hilang dan boleh buat aktiviti harian dengan senang hati.

Sekiranya ada yang ingin mencuba 2 produk hot ni bolehlah buat belian di SET BUANG ANGIN  atau menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 14, 2017

BUANG TOKSIN JAHAT SECARA SEMULAJADI

Tanda-tanda tubuh anda perlukan detox

Sembelit
Pening Kepala
Perut Kembung
Nafas Berbau
Berasa letih dan tidak bertenaga
Sentiasa hendak makan
Jerawat

Cara Menyingkirkan Toksin Secara Semulajadi

Banyakkan Minum Air

Air dapat menyejukkan badan dan menyingkirkan toksin apabila kita membuang air kecil.anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air dalam masa sehari.

Bersenam Selalu

Toksin yang ada dalam badan dapat dibuang melalui peluh yang keluar melalui kulit.Cara mudah untuk bersenam adalah berjalan kaki dan mengemas rumah.Badan sihat rumah pun sedap untuk di pandang.

Berpuasa

Berpuasa dapat merehatkan organ pencernaan anda kerana anda tidak makan dan minum ketika itu.

Buah-Buahan

Buah mempunyai kandungan air dan fiber yang baik dalam membantu melawaskan sistem pencernaan.Ini dapat mengelakkan sembelit dari terjadi.

Buah Citrus

Anda boleh membuat air campuran antara buah oren dan juga lemon.Buah citrus dapat menguatkan imunisasi dan juga mengurangkan ketidakhadaman akibat tersalah makan.

Bawang Putih

Bawang putih dapat membuang angin dalam perut.Jadi tidaklah anda berasa kembung dan juga sakit perut selalu.

Spirulina

Dapat mencegah sembelit dan meneutralkan toksin di dalam badan.

Alfalfa

Kaya dengan klorofil yang dapat mencuci dan membersihkan toksin dalam badan.

Teh Hijau

Teh hijau adalah minuman yang tinggi antioksida.


Pengambilan Detox dalam set Kurus juga boleh membantu dalam menyingkirkan toksin jahat. Alfalfa dan Herb-Lax lebih mudah dan senang kerana dihasilkan dalam bentuk pil.

Hubungi Feni untuk dapatkan suplemen anda.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 13, 2017

PETUA MENGHILANGKAN SUNBURN TERUK DENGAN MUDAH

Sunburn ni kalau dah kena kat kulit memang makan masa untuk pulih. Ada yang sampai menggelupas kulit dan pedih-pedih sebab nak pulihkan sel kulit.

Ni ada beberapa petua yang boleh diamalkan supaya kulit cepat pulih dan kembali kepada sedia kala.

1. Pakai Pelembab Sebelum Keluar
Bila dah kena sunburn ni. Kulit kita akan menjadi kering dan gelap. Jadi untuk memudahkan proses pemulihan sel-sel kulit, pakailah pelembab muka yang sesuai untuk kulit. Pilih yang bebas bahan kimia supaya dapat mengekalkan kelembapan kulit dan dalam masa yang sama memulihkan sel baru.

2. Banyakkan Minum Air Kosong
Benda ni memang paling penting. Air membantu menyeimbangkan kelembapan kulit. Kurang air boleh menyebabkan kulit mudah kering dan bersisik. Bila dah kena sunburn tu lagi teruk nak pulih.

3. Banyak Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna warni ini sangat kaya dengan serat dan air. Ia membantu melancarkan perjalanan darah yang membantu dalam menyingkirkan sel-sel mati.

4. Amalkan Suplemen
Ini adalah paling mudah sebab dengan mengamalkan suplemen yang betul boleh membantu dalam memulihkan sel-sel kulit yang dah tak berfungsi tu. Antara suplemen yang disarankan ialah ESP dan Vitamin C.



Sekiranya anda juga berminat untuk mendapatkan 2 produk hot ni jangan malu kontek Feni ye. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...