August 10, 2017

ALFALFA SEBAGAI RAJA TUMBUHAN DAN KEBAIKANNYA


Alfalfa adalah suplemen wajib setiap hari untuk Feni. Mula mengamalkan Alfalfa sebab nak menyusukan Adik Rayyan. Masa tu susu drop dan memang sangat stress. Bila kerja ni kadang-kadang masa tak menentu. Jadi mencari macam-macam suplemen untuk membantu dalam meningkatkan susu.

Selepas mengamalkan Alfalfa Shaklee ni rasa macam best sangat sebab susu semakin hari semakin meriah malah badan pun rasa cergas je. Tau lah bila dah bekerja ni memang akan berada dalam tekanan. Bila tertekan kita akan mudah rasa penat dan letih. Ini adalah salah satu faktor penyebab susu merudum. Jadi google punya google akhirnya jumpa pasal Alfalfa ni.

Tak sangka sampai hari ni masih mengamalkan Alfalfa sebagai suplemen harian. Jom tengok apa yang best sangat pasal Alfalfa ni.



Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang akar tunjangnya 6 meter ke dalam tanah. Jadi ia menyerap segala zat dan mineral melalui akarnya. Alfalfa atau nama scientificnya "Medicago Sativa". Merupakan tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan kekacang. Secara fizikalnya Alfalfa ni dapat tumbuh setinggi 1 meter dan mempunyai bunga kecil berwarna ungu. Akarnya pula boleh menjangkau kedalam tanah sedalam 4.5 hingga 6 meter. Maksudnya akar lebih panjang dari batangnya. 

Alfalfa nie mempunyai keistimewaan untuk menyerap zat mineral yang jauh ke dalam tanah dan jarang ditemui di permukaan tanah, Oleh sebab itu, orang arab memberi nama tumbuhan ini sebagai "Bapa Tumbuhan" atau dalam bahasa arabnya "Alfalfa".

KEBAIKAN ALFALFA




Alfalfa ni sesuai diamalkan oleh sesiapa saja. Mereka yang mementingkan kesihatan memang disarankan mengamalkan Alfalfa sebagai makanan tambahan harian. Ibarat macam jamu atau makjun untuk orang dulu-dulu. Ianya lebih moden sebab telah diproses dan dijadikan tablet kemudian dibotolkan supaya dapat mengekalkan kesegaran kualiti Alfalfa tersebut.




ALFALFA boleh didapati dalam set-set Shaklee iaitu :-




TESTIMONI ALFALFA

TESTIMONI 1: Parut Jerawat Hilang dan Pudar

TESTIMONI 2 : Dianggap Jamu Moden


TESTIMONI 3 : Membantu Proses Untuk Kurus


Saya amalkan dan saya share dengan orang lain. Sekiranya anda juga berminat untuk mencuba Alfalfa Shaklee atau set-set Shaklee yang lain bolehlah menghubungi Feni.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 9, 2017

VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT


Vitamin c telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.

Fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. 

Vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

1) Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2) Kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3) Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.

4) Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5) Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

MANAFAAT VITAMIN C


1. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2. Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dalam makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3. Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4. Menguatkan dinding salur darah.

5. Menolong pembentukan tisu gentian.

6. Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

7. Mengurangkan kedut pada kulit

8. Membaiki parut pada kulit.

9. Mencegah penurunan payudara dan buttock

10. Menjadikan kulit lebih cerah

11. Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

12. Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.

13. Membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

14. Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Testimoni Vitamin C Shaklee 

TESTIMONI 1 



TESTIMONI 2

 TESTIMONI 3



TESTIMONI 4




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee sebagai suplemen harian bolehlah menghubungi Feni :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 3, 2017

PROMOSI OGOS 2017

Alhamdulillah bulan kemerdekaan telah kembali menghangat hari-hari bagi pengedar-pengedar produk Shaklee. Ada yang bertanya masih adakah promosi ? Bulan ni best sangat untuk ahli sebab boleh grab omega banyak-banyak dan dapat pulak diskaun e-voucher. E-voucher ni boleh digunakan untuk membeli produk Shaklee untuk belian seterusnya.

Jom kita tengok poster di bawah :-


Ini pula untuk ahli baru yang mendaftar keahlian :-


Belian dalam 100uv ke atas layak mendapatkan Sustained Vita-C dengan harga RM60.00 sahaja atau Shaker limited edition ni dengan harga RM18.00 sahaja atau kedua-duanya dengan harga hanya RM78.00 sahaja.

Jadi jangan lepaskan peluang hebat ini untuk menjadi sebahagian besar keluarga Shakle dan nikmati ganjaran berganda-ganda.

Hubungi Feni untuk maklumat lanjut serta membuat pesanan.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



July 28, 2017

SET KECANTIKAN KULIT UNTUK WAJAH YANG CANTIK BERSERI


Memiliki kulit yang cantik dan menawan adalah keinginan semua insan terutamanya yang bergelar wanita. Namun hari ini, lelaki juga tidak kurangnya dalam menjaga penampilan.

Raut wajah yang bersih bebas jerawat dan jeragat meningkatkan lagi keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain. Namun cabaran untuk memiliki kulit wajah cantik dan berseri memang susah sekarang ni. Kalau berada di kampung bolehlah amalkan petua-petua orang lama dengan mengamalkan bahan-bahan di sekitar rumah saja.

Yang berada di bandar ni memang susah nak dapatkan bahan-bahan asli semulajadi. Persekitaran bandar yang berhabuk berdebu serta udara yang tidak sihat menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Penjagaan kulit yang kurang sempurna boleh menyebabkan kulit banyak ditumbuhi jerawat serta jeragat.

Antara cara untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri ialah dengan menjaga pemakanan. Mengambil makanan yang sihat serta berkhasiat boleh membantu dalam mendapatkan kulit yang sihat.

Dapatkan SET CANTIK SHAKLEE yang terkenal untuk membantu kulit menjadi cantik iaitu:-


1. ESP

ESP ialah serbuk soya yang perlu dibancuh. Didatangkan dalam bentuk serbuk dalam tong seberat 850gram. Untuk menghasilkan satu tong ESP memerlukan 30kg soya Non-GMO. Apa itu soya Non-GMO ? Soya Non-GMO iaitu soya yang tidak diubah genetiknya dari awal. Jadi ESP ni sangat istimewa berbanding dengan soya yang dijual di pasaran tu. Keperluan protein setiap individu adalah berbeza bergantung pada umur, saiz, aktiviti dan tahap kesihatan semasa.

2. Vitamin C

Vitamin C dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Menjadi makanan yang paling penting terutama untuk mencantikkan kulit. Vitamin C meningkatkan tahap imun badan. Ia juga mencegah kedutan dan menegangkan. Pengambilan vitamin C secara berterusan boleh membuatkan bertambah awet muda.

"Keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60mg/hari."


Kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.


3. Vitamin E

Untuk memenuhi keperluan vitamin E di dalam badan iaitu 400IU. Mengamalkan 1 kapsul vitamin E setiap hari membantu melambatkan proses penuaan. Ia berupaya mengurangkan kedut, garis halus, jeragat, dan jerawat. Vitamin E membantu dalam proses memulihkan tekstur kulit dan ton muka. Selain itu, vitamin E juga antioksidan yang menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen yang memberikan lebih ketahanan.


4. B-Complex

B-Complex juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Tahu tak bila kita stress, secara tak langsung wajah kita juga akan cepat tua. Sebab tu kita selalu dengar "Jangan marah-marah, nanti cepat tua'. Pengambilan B- complex membantu dalam menyerap tekanan. Dalam konsep kecantikan ia membantu melindungi kulit daripada pancaran matahari iaitu salah satu punca terjadinya kulit kusam. Pengambilan B-Complex sangat baik untuk kulit supaya menjadi cantik dan segar.


Jom kita tengok apa kata mereka yang telah mengamalkan SET CANTIK ini.

TESTIMONI #1


TESTIMONI #2


TESTIMONI #3 


TESTIMONI #4



TESTIMONI #5



TESTIMONI #6



TESTIMONI #7



Dapatkan produk kecantikan yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Hubungi Feni untuk maklumat lanjut dan membuat pesanan.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 27, 2017

Pertama Kali Ku Rasa Laksa Sarawak

Alhamdulillah hari ni berpeluang untuk makan laksa Sarawak bersama sahabat-sahabat pejabat. Rezeki bila sama-sama nak merasa.

Best jugak rasa laksa Sarawak ni. Ada rasa lemak, kari, masam, manis dan masin. Yang penting kena dengan tekak Mak Jemah. Best la. Lepas ni kena pergi lagi.

Dekat je dengan pejabat ni. Tapi kena pergi dengan kereta la. Kalau jalan agak penat jugak la. Pergi dengan kereta Nadia.




Nama kedai ni Dapur Sarawak yang terletak di  off, 19, Jalan Sarikei, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berhadapan dengan Hospital Tawakal. Nak parking agak susah sikit sini sebab terlalu ramai orang. Jadi kami bertiga ambil keputusan untuk keluar awal supaya tidak susah dapat parking.

Sebelum ni makan dekat Yusof Haslam. Best jugak. Hari ni terasa nak makan makanan Sarawak. Selain laksa ada macam-macam jenis menu. So, kalau pergi ramai-ramai tak risau sebab banyak pilihan. Bukan laksa semata-mata. Makanan lain pun ada.

Bila makan laksa ni rasa macam tak kenyang. Haha jadi kami pun order lagi satu makanan iaitu kue tiaw Cantonese. Share bertiga sikit sorang, masa ni rasa perut padat sangat.


Ni lah rupa kuew tiaw cantonese. Memang sedap ditambah dengan cili kicap memang so yummy. Kalau macam ni hari-hari confirm badan gemuk. 

Apa pun alhamdulillah untuk rezeki hari ni. Terima kasih Nadia sebab sudi bawak kami.

July 26, 2017

VIVIX KAYA DENGAN RESVERATOL DAN POLYPHENOLS

APA ITU VIVIX ?


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit.

Polyphenols iaitu sekumpulan sebatian yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. POLIFENOL memberi warna sambil melindungi tumbuhan tersebut daripada penyakit dan jangkitan.

BAGAIMANA VIVIX BERFUNGSI ?


1. Membaiki dan melindungi DNA
2. Pengawalan genetik menjadi positif
3. Meningkatkan sel tenaga
4. Meningkatkan tenaga di peringkat sel
5. Melambatkan penghasilan AGE protein

Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan

Siapa yang patut mengambil Vivix?

  • Warga emas
  • Mereka yang mempunyai risiko kanser
  • Mereka yang dikatakan ada keturunan kanser
  • Mereka yang menghidap diabetes jenis 1
  • Mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit
  • Mereka yang tua sebelum masanya
  • Merekayang tinggi kolesterol dalam darah
  • Mereka yang berisiko sakit jantung
Apa kata pengamal Vivix untuk menjaga kesihatan mereka :







Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 18, 2017

PENGALAMAN PERTAMA MINUM ESP


Pengalaman pertaman Feni minum ESP ketika Adik Rayyan masih menyusu badan. Masa tu Feni mengalami masalah susu badan merudum. Mungkin sebab stress atau penat kerja. Pam pula tak ikut waktu.

Feni tanyakan soalan macam mana nak banyakkan susu ibu di status fb. Masa tu dalam bulan 3 atau bulan 4 tahun 2015. Ramai sahabat-sahabat muka buku bagi suggestion tentang produk dan cara-cara nak tambahkan susu ibu. 

Antara perkara yang mereka share ialah suruh buat power pumping. Masa tu rasa cetek sangat ilmu bab-bab menyusu ni walaupun anak dah yang kedua.

Banyak juga la suplemen yang diorang suggest untuk dijadikan milk booster. Feni cuba macam-macam produk untuk tambah susu ibu. Alfalfa adalah suplemen shaklee pertama yang Feni cuba untuk menambah susu. Tambah dengan ESP untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Mula-mula minum ESP memang sedap. Feni suka tambah cocoa tamar dalam ESP supaya lebih pekat dan lebih sedap. Nak minum ESP saja pun boleh. Rasa kenyang boleh sampai tengahari. Tau sajalah kalau dah menyusu ni kita perlukan makanan yang banyak sebab rasa haus dan lapar.

Masalah Feni bila menyusu ni nak makan je. Lapar sokmo orang kata. Untuk mengelakkan mulut ni mengunyah makanan yang kurang sihat dan banyak lemak yang boleh menggemukkan. Feni akan shake-shake ESP dalam shaker kemudia letakkan di meja sebagai hidangan sampingan. Bila rasa lapar nak mengunyah telan je bancuhan ESP.

Lepas minum ESP, Feni perasan yang susu memang meriah sampai bengkak susu la kalau tak pam. Sekali pam pulak dapat 2 3 botol.

Tadaa. Ni adalah hasil sekali pam. Ada lagi simpan dalam instagram. Hihi

Kalau tanya Feni puas hati ke tak dengan minum ESP sebagai milk booster. Feni akan jawab Feni bagi 10 bintang. Sebab sangat-sangat membantu dalam memperbanyakkan susu ibu. Milk booster terbaik orang kata.

Satu tong ESP pula mengandungi 850g soya. Satu tong tu kadang-kadang tahan sampai 2 bulan sebab maksimum minum hanya 3 sudu sehari. Satu sudu pun dah pekat ditambah pula dengaa minuman kegemaran seperti cocoa tamar. Memang terbaik rasanya.

Pengambilan secara konsisten dan berterusan menjadikan kulit Feni bertambah cantik dan gebu. Feni perasan parut-parut chiken pox di muka macam dah semakin pudar.

Alhamdulillah Feni dah jumpa minuman yang sesuai untuk Feni amalkan.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba atau ingin buat pesanan bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...