Feni ni kerja hari-hari naik motor. Bila dah naik motor hari-hari muka macam kering dan kusam sebab kena habuk dan debu di jalanan. Nak datang kerja bukan dekat. Jauh juga dalam setengah jam baru sampai opis.
Teringin nak beli berus muka yang banyak dok promote kat fb tu. Usharlah zalora dan lazada kot-kot dapat murah. Kehkehkeh.
Sambil-sambil dok scroll fb tu terjumpa satu cara paling mudah dan murah untuk buang whitehead dan blackhead yang banyak meliar di muka.
Caranya mudah saja. Ambil ubat gigi dan dicampurkan dengan soda bikarbonat. Sebatikan kedua-dua bahan ini. Kemudian ambil berus gigi kemudian gosoklah muka. Bahagian yang paling banyk whitehead dan blackhead ialah bawah bibir dan hidung. Jadi Feni banyakkan menggosok bahagian tu.
Bila dah siap bilah dengan air bersih. Lap muka dengan tuala. Rasanya sejuk dan segar. Bila sentuh bahagian hidung yang macam kulit durian tu dah licin. Rasa best sangat.
Bahan-bahan diperlukan hanya :-
1. Ubat gigi
2. Soda bikarbonat
3. Berus gigi
Selamat mencuba !
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
July 13, 2017
July 12, 2017
ADAKAH SHAKLEE MLM ?
Mula-mula menjadi ahli Shaklee pada tahun 2015 tidak pernah terfikir pun yang Shaklee ni MLM. Bila dah tahu terkejut juga la. Terus ingat pasal MLM yang macam pyramid tu. Orang atas goyang kaki orang bawah buat kerja. Namun bila dah mula buat bisnes, pandangan mula berubah. Shaklee ni MLM yang patuh Syariah kerana tidak memerlukan modal yang besar untuk mendafatar sebagai ahli.
Keahlian Shaklee adalah hanya RM79.50 atau Percuma dengan belian melebih 200uv. Menjadi ahli Shaklee tidak semestinya kena buat sales. Jadi ahli untuk makan vitamin sendiri dengan harga belian lebih murah berbanding harga pasaran.
Untuk yang buat bisnes pula, keuntungan adalah antara 15 hingga 30 % bergantung kepada produk kerana harga produk adalah berbeza.
Sebab Feni masih setia dengan Shaklee walaupun ia MLM ialah :-
1) Shaklee sangat berbeza dengan MLM lain yang memerlukan modal yang besar untuk join.
2) Tidak menjadikan upline lebih kaya berbanding dengan downline. Dalam Shaklee, keuntungan adalah bergantung pada usaha masing-masing. Downline juga boleh menjana pendapatan lebih daripada downline sekiranya banyak berusaha.
3) Tidak memerlukan stok yang banyak sehingga memaksa ahli membuat pinjaman bank untuk menyimpan stok. Jualan dan belian boleh dilakukan mengikut permintaan. Kebanyakan ahli yang baru mula berbisnes hanya menggunakan shaklee2u sebagai kedai online.
4) Produk Shaklee adalah selamat kerana diuji secara klinikal untuk setiap produknya.
5) Mendapat sijil halal yang diiktiraf oleh ISA iaitu badan Islam di US yang mengendalikan kelulusan halal di sana.
6) Upline dan sahabat-sahabat Feni dalam Shaklee sering mengingatkan tentang amalan-amalan menjemput rezeki.
Menjadikan bisnes Shaklee sebagai salah satu punca pendapatan dan menyebarkan kebaikan produk untuk menjaga kesihatan. Shaklee adalah gaya hidup yang sihat kerana ketika kita mengamalkan suplemen secara tak langsung kita akan jaga makan. Kalau kita makan suplemen namun makan tak jaga. Sia-sia saja makan vitamin.
Berminat untuk menjadi ahli Shaklee bolehlah menghubungi Feni.
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
July 7, 2017
BILA ASB DAH TAK GUNA BUKU
Hari ni pergi bank sebab nak masukkan duit raya anak-anak. Dok pening fikir nak beli emas ke, masuk tabung haji ke masuk ASB. Last-last masuk jela ASb sebab meben dekat je dengan opis. Jalan kaki 2 3 langkah dah sampai.
Semalam pergi bank offline. Balik saja. Hari ni bersemangat waja pergi bank nak masukkan duit anak-anak. Bukan apa takutlah terguna kan. Al-maklumlah mak jemah kan ? Hahahaha
Walaupun raya baru hari yang ke-13 hari ni dan masih berpeluang untuk kumpul duit raya lagi. Mak Jemah tetap nak bank in. Hikhikhik. Kalau ade rezeki kita simpan lain.
Duit raya tahun ni dah terbang RM50 sebab nak beli kereta kontrol satu sorang. Kereta dah hancur walaupun raya tak habis lagi. Last-last ummi ganti balik dengan duit ummi.
Cashier pulangkan balik buku ASB anak-anak. Dia cakap dah tak pakai buku. So, Mak Jemah pun potpet2 la tanya (bukan marah okey). Lepas ni nak cek belen macam mana. Dia cakap semuanya boleh online. Dia explain la. Kena update detail dulu dekat ASB atau mana-mana ejen ASB. Nanti bila kita login dia bagi TAC macam meben2u atau cimbklik tu.
So, bila dah login tu bolehlah semak baki akaun kita berapa. Balik je dari bank terus cuba nak login kat MyASNB, tapi tak boleh sebab website masih dalam proses penyelenggaraan. 1 Ogos 2017 baru okey. So bersama-samalah kita menunggu.
No ahli pon dah tukar tau. Dia akan bagi no ahli baru tak sama dengan nombor lama.
Tahun depan dah tak payah pergi bank beratur semata-mata nak update buku ASB masing-masing. Nak update pun hanya di hujung jari. Tapi kesian pulak kat orang tua-tua. Mesti nak cek berapa baki. Huhuhu
July 5, 2017
SUPLIMEN YANG SESUAI UNTUK PCOS
APAKAH ITU PCOS?
Ia ialah sindrom ovari polisistik yang memberi kesan terhadap sistem endokrin . Ini bermakna kitaran normal hormon telah diganggu sekaligus menyebabkan kitaran ovulasi wanita turut terganggu. PCOS merupakan salah satu penyakit berkaitan hormon yang biasa berlaku dikalangan wanita yang subur.
Ia lebih dikenali sebagai SINDROM berbanding PENYAKIT kerana ia muncul dalam corak yang boleh dijangkakan. Berikut merupakan ciri-ciri mereka yang mengalami PCOS :
1) Ramai wanita yang menghidap masalah PCOS mempunyai ahli keluarga yang menunjukkan gejala-gejala berkaitan seperti haid yang tidak teratur,pertumbuhan bulu di tubuh secara berlebihan atau diabetes.
2) Hiperinsulinemia dimana wanita tersebut mempunyai masalah hormon insulin yang berlebihan dalam darah dan kebarangkalian agak tinggi untuk mendapat diabetes tahap 2
3) Tahap hormon lutein(LH) dirembeskan secara berlebihan dalam badan. LH yang banyak menggangu fungsi normal ovari. Hasil gabungan perembesan LH dan insulin yang berlebihan akan menggangu fungsi ovari dimana ovari akan menghasilkan hormon lelaki yang berlebihan atau androgen. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pengeluaran telur daripada ovari
4) Kelenjar ovari dan adrenal menghasilkan lebih banyak hormon daripada biasa dan menggangu tahap hormon dalam badan
APAKAH RISIKO JIKA IA TIDAK DIRAWAT?
Jika tidak dirawat, PCOS boleh menyebabkan wanita berisiko untuk mengalami:
Ketidaksuburan sehingga menyukarkan untuk hamil
Penyakit jantung
Tekanan darah tinggi
Kolestrol tinggi
Kegemukan
Apnea dimana pernafasan terhenti dan mula semula beberapa kali semasa tidur
APAKAH KESAN JANGKA PANJANG PCOS?
Pertumbuhan cyst kecil dalam ovari
Kanser rahim akibat perubahan hormon
APAKAH RAWATAN YANG SESUAI?
Rawatan bagi mereka yang mengalami PCOS ini biasanya diberikan ubat subur bagi membantu untuk hamil. Disamping itu diberikan juga rawatan "penentang insulin" bagi mengawal kadar insulin dalam badan.
Selain itu, dicadangkan mengambil suplimen bagi membantu mengawal hormon iaitu GLA COMPLEX. Ia akan membantu mengawal hormon estrogen dalam badan disamping menyekat pertumbuhan cyst. Disamping itu ia juga membantu mengawal paras insulin dalam badan dan ini secara tidak langsung dapat mencegah diabetes.
Pilihlah suplemen yang betul untuk masalah anda. Boleh hubungi Feni untuk info lanjut.
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
BAKAR LEMAK DEGIL KETIKA MENYAMBUT HARI RAYA
Macam mana sambutan hari raya tahun ni ? Meriah ke tak ? Yang pastinya makanan memang meriah betul kan.
Makan kena jaga juga walaupun makanan sedap-sedap. Memang rasa rugi tak cuba semua hidangan. Nak-nak pulak kena dengan tekak. Bertambah-tambahlah jawabnya. Untuk mengelakkan masalah dikemudian hari takut badan naik kalah badak sumbu, spare lah siap-siap apa yang patut.
Ini adalah 3 benda penting yang mak jemah sediakan untuk balik kampung. Herb-lax, lecithin dan alfalfa. ketiga-tiga produk ni memang kena ada tambah-tambah lagi musim makan-makan ni.
Dengan adanya benda boleh membantu proses membuang. Perut tak terkejut sangat. Sebulan berpuasa perut kempis sihat je. Bila tiba je raya. Semua hentam, mau tak terkejut beruk perut.
Kesemua produk ini membantu melancarkan proses membuang dengan bahagia. Tak perlu berlama-lama dalam toilet. Membersihkan perut dengan selesa sekali. Lemak-lemak degil hasil makan lemang, ketupat dan rendang pun boleh dinyahkan dengan mesra oleh lecithin dan alfalfa. Alfalfa ni bagus sangat sebab kaya dengan serat. Serat kan sangat penting untuk mencuci usus.
Ketiga produk ini juga sesuai dijadikan detox untuk menjaga kesihatan diri. Bila badan dah kurang toksin, rasa ringan dan sihat je badan. Kulit pun bertambah cantik.
Bila dah amalkan suplemen ni kenalah jaga juga makan. Jangan makan melebih-lebih. Makan suplemen tapi makan tak hengat dunia, berat tak turun-turun jangan salahkan suplemen na. Hihi.
Okeylah selamat hari raya. Raya kan sebulan. Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
July 4, 2017
PROMOSI JULAI 2017
Promosi Julai untuk penggemar tegar produk Shaklee. Beli mana-mana salah satu set dibawah layak mendapatkan Red Hot Cooler Bag With Spoon dengan harga RM29.89 sahaja. Nilai beg ni kalau takde promosi ialah RM60.00. Wow jimat banyak tu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan beg dan sudu yang cantik ni.
Eh. ada satu lagi promosi yang best dan perlu diwar-warkan kepada penggemar produk kesihatan dan kecantikan. Paling best untuk mereka yang baru pertama kali nak cuba produk Shaklee ni. Dapatkan tumbler ekslusif dari Shaklee ni. Sesuai dijadikan koleksi untuk para SID yang menjadikan Shaklee sebagai punca pendapatan.
Cantikkan ? Semua cantik-cantik belaka. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk ini dengan menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah. Terhad sehingga stok masih ada sahaja. Promosi ini sah sehingga 31 Julai 2017.
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
July 3, 2017
SET KURUS SHAKLEE YANG BOLEH DIPILIH IKUT KEMAMPUAN
Alhamdulillah kembali bersiaran untuk menulis entri setelah lama bercuti untuk hari raya. Dugaan teruk bulan Ramadhan yang lepas. Tahun ni kena banjir bermula pada 22 Ramadhan 1438H. Sampai hari ni mengemas rumah tak habis lagi.
Raya tahun ni tetap pulang ke kampung walaupun mood beraya dah hancus lebur. Tapi rezeki Allah bagi mencurah-curah. Alhamdulillah.
Bila dah balik kampung kan, semua makanan memang sedap-sedap belaka. Jadi memang sangat rugi tak makan. Untuk mengelakkan badan menjadi bam-bam teruk. Ramai yang kontek Feni untuk bertanyakan tentang suplemen untuk membantu jadi kurus.
Ini adalah cadangan suplemen yang boleh diamalkan bagi membantu menguruskan badan. Boleh pilih ikut bajet masing-masing. Kalau nak ambil semua pun boleh.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...







