March 13, 2017

8 Kelebihan Ahli Shaklee










Sebarang pertanyaan berkenaan dengan produk atau ingin memulakan perniagaan boleh menghubungi :

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 12, 2017

Cegah Kanser Ovari Sebelum Parah

Ovari ialah perkakas penting dalam peranakan wanita. Ia mempunyai tugas penting iaitu mengeluarkan telur/benih setiap bulan untuk kesuburan wanita dan mengeluarkan hormon-hormon 'estrogen' dan 'progestrone' yang penting untuk sifat-sifat kewanitaan, kejelitaan dan kegharahan seks.

Kanser ovari pula ialah salah satu kanser reproduktif wanita yang paling bahaya dan sukar dirawat. Ia juga adalah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku di negara kita.

Antara gejala kanser ovari ialah :
✿ Sakit perut dan ketidakselesaan pada perut.
✿ Perut semakin membesar ataupun terasa ketulan di perut.
✿ Sakit perut atau sakit senggugut tanpa mengira masa.
✿ Perut membesar tanpa hamil.
✿ Putus haid pada umur yang muda.
✿Gangguan kencing atau air besar.
Dalam kes kanser ovari di peringkat lewat - hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggan dan letih lesu.
✿ Sakit ulu hati dan kerap kencing.
✿ Gangguan dalam pusingan haid seperti lambat atau tidak datang pada waktu yang dijangkakan, haid tidak teratur seperti di luar waktu haid atau ia datang sedikit-sedikit tapi berpanjangan.
✿ Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.

Faktor-faktor berikut boleh menyebabkan seseorang wanita berisiko untuk mendapat kanser ovari :

✿ Pertengahan umur atau yang lebih 40 tahun.
✿ Mempunyai sejarah keluarga yang menderita kanser yang sama.
✿ Tidak pernah melahirkan anak.
✿ Mempunyai kanser payudara, kolektral atau kanser rahim.

Kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom sehinggalah ketumbuhan tersebut membesar sehingga menyebabkan kesakitan di bawah bahagian abdomen ataupun menyebabkan pengumpulan air di dalam ruangan abdomen dan perut semakin membesar. Gejala lain termasuklah hilang selera makan dan berat badan semakin menyusut dengan cepatnya.

Kanser ovari ialah kanser yang sukar dikesan. Ini kerana selalunya pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal dan tiada pencegahan spesifik yang boleh dilakukan.

Kanser ini boleh boleh dirawat dengan baik sekiranya di kesan di peringkat awal. 

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser ovari ialah :
✿ Mengamalkan pil perancang keluarga.
✿ Melakukan tubal legasi.
✿ Melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.
✿ Mengandung dan melahirkan anak.

SUPLEMEN VIVIX MEMBANTU MELINDUNGI DNA



Vivix membantu melindungi dan memperbaiki DNA. Kerosakan pada DNA akan berlaku pada usia makin meningkat ditambah lagi dengan gaya hidup, persekitaran dan pencemaran. Apabila banyak DNA rosak, badan kita akan jadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Vivix mengandungi resveratol yang membantu proses pemulihan DNA. DNA yang rosak atas pelbagai punca dapat dipulihkan dengan cepat.

Merangsang mitochondria(penjana tenaga) untuk menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila mitochondria menurun jadi fungsi sel juga akan menurun. Vivix membantu merangsang pembentukan mitochondria.

Melambatkan pembentukan protein AGE (Advance `Glycation End Products). Apabila protein AGE bertambah di dalam badan, ia akan mengganggu sel dan fungsinya. Dengan adanya resveratol yang 10 kali lebih kuat di dalam Vivix protein AGE dapat dibendung.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Instagram Untuk Marketing


Ini adalah intagram Mak Jemah untuk online bisnes. Selain instagram, facebook dan juga twitter adalah medium yang Feni gunakan.

Medium sosial ini semuanya percuma sebab tak perlu gunakan modal yang banyak.

Instagram adalah medium yang bagus untul dapatkan sales. Boleh hard selling sebab ianya fokus kepada gambar.

Tips untuk dapat sales melalui instagram ialah dengan 
menggunakan nama yang unik dan mudah diingati. 

Pastikan satu akaun untuk satu bisnes. Contoh macam Feni buat nama @safeni_feni khas untuk suplimen kecantikan dan kesihatan. Semuanya berkenaan dengan produk Shaklee. 

Feni banyak buat sharing tentang produk dan diselang-selikan dengan lifestyle. Kisah anak-anak, kisah kerja dan juga rutin harian.

Diingatkan emosi sangat memainkan peranan penting bagi menarik orang lain membeli dengan kita. Jadi banyakkan guna soft-selling.

Okay sekian tips instagram untuk malam ini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


March 9, 2017

Tips Bisnes Online - Personal Branding

Assalamualaikum semua.

Lama tak share tentang tips bisnes online. Hari ni nak share sikit pasal Personal Branding bila buat online bisnes ni.

Sebenarnya penting untuk memperkenalkan branding diri kita supaya bila orang sebut jer dah tau siapa dan apa.

Rugi kalau tak buat personal branding ni. Ini penting untuk yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia bisnes online.

Personal Branding penting untuk bina TRUST atau dalam Bahasa Melayu dipanggil KEPERCAYAAN pengguna untuk menggunakan khidmat atau produk yang kita tawarkan.

Bila pengguna percaya dengan kita, amat mudah untuk mendapat CLOSED SALE. Ini kerana bukan mudah nak mendapatkan kepercayaan orang yang tidak kenal kita untuk membeli atau menggunakan khidmat atau produk kita. Tambah-tambah lagi nak keluarkan duit. Maklum sahaja sekarang ni banyak sangat penipuan yang berlaku. Scammer la apa la.

Pengguna internet tidak terhad untuk penduduk Malaysia saja tahu. Jadi gunakan peluang yang ada. 


1) Personal Branding

Gunakan nama yang mudah orang nak ingat. Contoh yang glamor sekarang ialah ZALORA, ZAWARA, NEELOFA dan sebagainya.

2) Selalu Munculkan Diri 

Munculkan diri melalui medium sosial yang selalu orang guna seperti FB, IG, Blog, Twitter dan sebagainya. Update status maksimum 10 kali sehari kalau melalui facebook.

3) Profile Picture

Gunakan gambar muka sendiri untuk profile picture. Jangan pulak letak gambar bunga, kucing atau kartun. Ini akan menurunkan kepercayaan orang lain untuk menggunakan khidmat kita.
Contoh Profile Picture Diri Sendiri

4) Selalu Share Tips

Rajin-rajinkan diri share tips, tak kisah tips apa yang penting untuk kebaikan bersama. Dalam share tu dapat jugak pahala kan.

5) Call-To-Action

Bila dah taip panjang-panjang tu. Buatlah call to action. Ini untuk menarik sahabat fb yang melihat status kita selalu like, komen dan share. Bila ramai yang selalu like, komen dan share. Status kita akan selalu muncul di newsfeed sahabat fb kita yang lain.

6) Doa Kepada Maha Pemberi Rezeki

Ini sangat-sangat penting selain dah buat semua tips. Kerana semua yang berlaku adalah dengan izin yang Maha Pemberi.

Okay ini sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat. 

Yang masih belajar,

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Testimoni Vivix Untuk Cyst Dan Fibroid

APA ITU FIBRIOD?


Fibroid adalah pertumbuhan sel yang tidak normal pada rahim (uterus). Fibroid yang juga dikenali dengan nama fibroid uterus, miom, fibromiom, fibro leiomiom, atau leiomiom uteri.


Fibroid tidak berpotensi menjadi kanser, namun begitu, ia dapat menimbulkan banyak masalah seperti pembengkakan perut, senggugut pada saat haid, masalah kesuburan, termasuklah kemandulan.

Fibroid dapat berukuran sangat kecil hingga berukuran sangat besar hingga merosakkan bentuk asal uterus. Fibroid boleh berubah ukuran. Dapat membesar dan mengecil dengan cepat. Malah ada kemungkinan fibroid menghilang begitu sahaja tanpa memerlukan rawatan.



Terdapat empat jenis fibroid:


  • Fibroid subserosa : Jenis ini tumbuh di luar dinding rahim
  • Fibroid submukosa : Jenis ini tumbuh di bawah permukaan rahim namun dapat tumbuh menjalar hingga ke rahim
  • Fibroid miometrial : Jenis ini dapat ditemui pada dinding otot rahim
  • Fibroid pedunkulata : Jenis ini tumbuh di luar rahim, namun menempel pada pangkal atau dasar rahim

APAKAH GEJALA SESEORANG ITU MEMPUNYAI FIBRIOD?

Adakah anda sering mengalami gejala di bawah? 


  • Sering sembelit
  • Kerap membuang air kecil
  • Senggugut kuat pada saat datang bulan yang berlangsung selama tujuh hari atau lebih
  • Pendarahan yang banyak sewaktu datang bulan/ haid
  • Nyeri pada tulang pinggang / sakit pinggang
  • Sukar membuang air kecil / air besar
  • Nyeri pada kaki dan punggung
  • Merasa tekanan pada dubur
  • Perut kembung
  • Rasa nyeri saat bersama suami (hubungan intim)

Jika ada gelaja di atas, eloklah lakukan pemeriksaan lanjut. Tidak mengambil endah, bukanlah jalan penyelesaian terbaik, kerana kelak masalah ini akan mengundang bahaya kepada diri sendiri. Cegah atau rawat sebelum parah adalah jalan terbaik. 

Terlewat rawatan berkemungkinan pengakhirannya berakhir dengan ketidaksuburan atau terpaksa dibuang rahim. 

APAKAH RAWATAN YANG SESUAI?


Perkara utama adalah mendapatkan pemeriksaan awal di hospital berdekatan. Rawatan awal membantu mengesan saiz dan jenis fibriod lebih awal juga jenis-jenis rawatan susulan. 

Sebagai ikhtiar rawatan fibriod, disyorkan mendapatkan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee bukan sahaja membantu penyembuhan fibriod, malah VIVIX juga membantu perawatan untuk masalah cyst dan kanser termasuklah kanser-kanser seperti kanser servik, payudara, ovari, SLE LUPUS dan lain-lain termasuk masalah diabetes, darah tinggi, strok, sakit jantung).









Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 8, 2017

10 Soalan Lazim Tentang Vivix


1) Apa itu Vivix ?

Vivix mengandungi semua campuran polifenol semulajadi daripada anggur Muscadine luar biasa. Polygonum Cuspidatum, Elderbery Eropah dan Lobak Ungu yang direka untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan dan ianya telah dipatenkan.


2) Apa yang membuatkan Anggur Muscadine berbeza dengan anggur-anggur yang lain ?

Anggur Muscadine merupakan sumber alam yang paling luar biasa sifatnya, sangat berkhasiat, dengan profil polifenol yang unik di mana sains telah mencadangkan yang ia menawarkan khasiat kesihatan yang sangat banyak. Berlainan dengan anggur-anggur lain, anggur Muscadine berupaya menghasilkan kuasa antioksida yang kuat.

3) Adakah ekstrak botani ini merupakan bahan-bahan antioksidan ?

Kajian makmal telah menunjukkan ekstrak botani dari Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi eropah dan Lobak Ungu boleh bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Bahan ini telah ditunjukkan dalam satu kajian klinikal berupaya mengaktifkan pertahanan selular dan bertindak balas terhadap keradangan yang biasanya berlaku dari satu hidangan yang tidak sihat.

4)Bilakah saya perlu mengambil Vivix ?

Ambil Vivix setiap hari, seeloknya selepas makan. Jika menggunakan cecair, goncang sebaiknya sebelum mengambil hidangan yang dicadangkan iaitu sesudu teh sehari.

5) Bolehkah saya mengambil Vivix dengan makanan tambahan Shaklee yang lain ?

Vivix boleh diambil bersama makanan tambahan diet Shaklee yang lain. Kami juga tampilkan Vivix di dalam Set Shaklee Advance Protection kerana ianya merupakan pelengkap idea kepada Essential Multivitamin Vita-lea iron Formula, ESP, OmegaGuard dan SR Vita-C Plus untuk memberikan asas untuk hidup lebih lama dan lebih sihat.

6) Adakah terdapat apa-apa halangan terhadap Vivix ?

Tiada sebarang interaksi di antara Vivix atau apa juga kandungannya dan juga makanan tambahan diet yang lain. Sebagai langkah berjaga-jaga kami sarankan mereka yang di bawah seliaan perubatan atau penghidap sebarang penyakit, atau mereka yang sedang mengambil preskripsi perubatan tertentu, terutama ubat pencairan-darah, sila rujuk dengan pakar kesihatan anda sebelum mengambil Vivix.


7) Adakah Vivix mengandungi alkohol ?

Vivix tidak mengandungi alkohol.

8) Kenapa perlu menyimpannya di tempat sejuk selepas dibuka ?

menyimpan Vivix di tempat dingin (peti sejuk) selepas dibuka dapat membantu mengekalkan kesegaran optima, warna dan aktiviti polifenol yang maksimum di dalam produk tersebut.

9) Kenapa produk tersebut tidak dihantar menerusi penyejukan ?

Ujian meluas termasuk penghantaran-penghantaran sebenar ke seluruh negara dan simulasi pengangkutan di bawah kadar suhu melampau dan keadaan kelembapan, telah mengesahkan yang produk ini masih dapat mengekalkan kualiti asalnya di bawah syarat-syarat perkapalan di mana produk akan terdedah.

10) Siapa yang sepatutnya mengambil Vivix ?

Vivix dicipta untuk semua orang dewasa yang prihatin tentang kesihatan dan kesejahteraannya.

Apakah polifenol dan resveratol ?

Istilah polifenol digunakan untuk menghuraikan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah-faedah anti-oksidan dan kesan perlindungan berpotensi terhadap penuaan selular. Polifenol merupakan sebatian antioksidan dan semula jadi yang ditemui di dalam sesetengah tumbuh-tumbuhan, benih dan buah-buahan termasuk anggur. Malah penyelidikan yang baru-baru ini dijalankan menunjukkan bahawa polifenol boleh memberi kesan biologi berbilang yang konsisten secara berterusan dan meningkatkan kesihatan manusia. Kajian makmal dan klinikal yang dijalankan baru-baru ini mencadangkan bahawa polifenol ditemui dalam Muscadine Grapes, Polygonum Cuspidatum, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu berkemungkinan mempunyai potensi untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee dan mendapatkan produk Shaklee boleh menghubungi Feni.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



March 7, 2017

LANGKAH PENCEGAHAN HFDM

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFDM) merupakan penyakit yang sering dialami kanak-kanak. Antara kes HFDM di negara ini adalah disebabkan oleh strain virus Coxsackie A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71), dimana kanak-kanak lebih cenderung untuk dijangkiti dan jatuh sakit akibat virus-virus ini.

Kanak-kanak biasanya tidak mempunyai antibodi dan tidak imun selepas pendedahan terhadap virus itu berbanding orang dewasa. Sehingga hari ini tiada rawatan khusus yang boleh diberikan untuk penyakit ini.

Simpton awal HFDM yang boleh dikenal pasti ialah :
  • Demam
  • Kurang selera makan
  • Lesu dan tidak bermaya
  • Sakit Tekak


Selepas beberapa hari simptom ini berlaku, kudis yang menyakitkan akan mula timbul di dalam mulut. Ia berbentuk bintik-bintik merah yang biasanya akan melepuh dahulu sebelum menjadi ulser.

Selain itu ruam seperti lepuh yang tidak gatal juga akan timbul pada tangan, kaki dan mulut.



Langkah mencegah penyebaran penyakit berjangkit seperti ini ialah :-

1) Mencuci Tangan

Mencuci tangan setiap kali ke tandas dan sebelum mengambil makanan. Ini dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit selain menjaga kebersihan di rumah, sekolah dan pejabat.

2) Elakkan mengunjungi tempat-tempat keramaian

Elakkan anak atau orang yang terkena penyakit HFDM ini mengunjungi tempat awam yang ramai orang seperti kolam renang, pusat membeli-belah, taman permainan dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan lebih ramai lagi terkena jangkitan.

3) Sentiasa menjaga kebersihan

Membersihkan semua peralatan yang sering digunakan oleh anak-anak seperti barang permainan, alat tulis, cadar dan selimut. Menggunakan cecair pencuci yang membunuh kuman seperti Basic H keluaran Shaklee.



4) Menukar lampin pakai buang dengan segera

Elakkan membiarkan lampin yang bernajis terlalu lama. Segera menukar lampin anak sekiranya dia berak atau kencing.

5) Ibu bapa harus memastikan kebersihan diri

Sebelum menguruskan anak-anak, ibu bapa perlu membersihkan diri bagi mengelakkan penyakit berlarutan.

6) Mendapat nasihat dan rawatan yang sewajarnya daripada pakar-pakar perubatan.

Sekiranya terdapat gejala penyakit HFDM dikalangan anak-anak harus segera mendapatkan rawatan atau nasihat daripada doktor.  



Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...