February 10, 2017

Percutian Ke Pulau Pangkor

Tiap-tiap tahun bos bagi cuti seminggu bila nak sambut Chinese New Year. Tahun ni cuti sangat special sikit sebab boleh pergi Pangkor.

Bermula hari Isnin 30 haribulan Januari 2017 bermulanya perjalanan balik kampung. Balik melalui jalan Manjung sebab nak hantar Pak Cik Radhi. Abah tak dapat nak hantar sebab kerja. Huhu.

Kami balik 7 orang iaitu TokMek, Pakcik Radhi, Achik Manjung, Abang Wan, Abang Aus dan Adik Rayyan. Dari Kl ke Manjung, Pakcik Radhi yang bawak. Manjung ke Kuala Kangsar, Achik Manjung bawak kereta. Kuala ke Gerik bagi peluang budak baru dapat lesen bawak iaitu Abang Wan.

Jadi baliklah kami. Achik Manjung drive dari Manjung sampai la ke Gerik. Lalu jalan lama ikut Kuala Kangsar. Jalan ni best sebab jalan kampung. Sejuk je. Konon mentang-mentang dok Kuala Lumpur. Kihkihkih.

Balik Kelantan sehingga hari Khamis. Hari Khamis petang bertolak balik Gerik. Pukul 9.00 malam sampai kat Gerik. Terus pergi kedai Kak Ani. Apa lagi jadi Cashier la.

Balik tidur rumah Kak Ani. Esok aktiviti padat dengan nak pergi bank settlekan apa yang patut. Singgah rumah kawan untuk ambil bantal hotel. Alhamdulillah dapat jugak bantal yang baru dan selesa macam bantal hotel.

Lepas tu teruskan perjalanan ke Lawin Utara pulak. Ke rumah mertua Achik. Singgah situ kejap kemudian perjalan diteruskan ke Manjung. Sampai Manjung dalam pukul 6.00 petang. Achik singgah lagi di Hospital tempat dia kerja untuk bagi barang yang dikirimkan oleh rakan-rakannya.

Selesai barulah bertolak balik ke rumah Achik. Sampai rumah Achik mandi, rehat, masak dan makan malam. Penat tapi seronok.

Anak-anak tak buat perangai. Dalam kereta banyak  tidur. Ummi kena duduk kat belakang sebab takut Adik Rayyan main gear kalau duduk depan.

Malam tu jugak  Abah sampai dari KL. Pukul 11.00 malam abah sampai. Drive kereta sorang untuk mengambil anak-anak dan isteri. Sian abah asyik kena tinggal.

Sabtu pagi siap-siap barang untuk pergi ke Pulau Pangkor. Kami masak siap-siap dari rumah. Bawak bekal nasi goreng, sandwich dan kudap-kudapan.

Kami naik feri di Marina Jetty. Tambang feri RM14 seorang. Parking pula RM15 yang tak berbumbung, manakala yang berbumbung RM20. Oleh kerana kami tak bermalam kami pilih yang tak berbumbung.


Kami naik Feri pukul 12.00 sebab feri pukul 11.00 terlepas. Sampai awal tapi terlepas feri. Tak tahu jadual pulak tu. So save siap-siap jadual. Kalau ada rezeki boleh pergi lagi.


Abadikan kenangan dengan Batu Bersurat. Siapa yang selalu lepak sini mesti tahu tempat ni kan.


Kota Belanda. Cantik sangat binaan dan kukuh strukturnya. 

Ops sikit lagi nak share. Kami sewa motor je sebab senang nak round-round pulau. Harga sewa untuk sebuah motor skuter RM40, motor biasa RM30. Oleh kerana kami ambik 2 motor. Sebuah untuk Achik dan Pakcik Radhi penyewa tu bagi RM60. Alhamdulillah. Isi minyak RM5. 

Okaylah next time sambung story lagi.



KEAHLIAN SHAKLEE


Untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee mudah saja. Ada 2 pilihan sama ada bayar yuran keahlian sebanyak RM79.50 atau dengan membeli barangan Shaklee sebanyak 200uv atau lebih. 

200uv tu macam mana ?
Setiap produk Shaklee ada uv masing-masing. Contohnya Sebotol Vivix ialah 118uv. Kalau beli 2 botol Vivix dah 118x2=236uv. Kalau beli 2 botol Vivix dah layak mendapat keahlian percuma. Kemudian dapat pulak bonus yang dimasukkan ke dalam akaun bulan depan.

Macam mana nak kira bonus. Lain kali Feni share. Entry kali ni fokus kepada nak join ahli saja okey ?

Penting untuk mendaftar dengan upline yang aktif supaya tidak terkapai-kapai dalam mendapatkan info. Ini untuk yang ingin buat bisnes dalam Shaklee. 

Ramai surirumah dan juga golongan profesional telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan hanya dengan menjalankan bisnes Shaklee.

Bisnes Shaklee ini tidak bermusim kerana permintaan terhadap suplimen memang sentiasa ada. Ramai orang yang membeli produk Shaklee kerana memang banyak bukti tentang keberkesanannya.

Produk Shaklee telah diuji secara klinikal dan siap ada LandMark study untuk produknya. Pengambilan suplimen secara berterusan mampu membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan.

Dalam masa yang sama membuka peluang kepada semua orang supaya menjana pendapatan mengikut keselesaan masing-masing. Sambil-sambil makan suplimen untuk diri sendiri dan share kebaikannya, dapat jugaklah hasilnya kan. Untung-untung dapat makan vitamin free. 

Perniagaan Shaklee sentiasa berkembang dan mendapat permintaan yang hangat kerana ramai yang dah celik tentang kepentingan nutrisi yang betul. Masalah kesihatan adalah salah satu punca ramai orang berusaha untuk mendapatkan khasiat dari suplimen bagi mencegah penyakit bahaya.

Menjadi ahli Shaklee anda layak untuk mendapatkan harga ahli yang lebih murah berbanding harga pasaran. 

Untuk yang ingin menjana pendapatan pula ada beberapa ganjaran lain yang boleh dimiliki kepada yang layak. Antara ganjaran yang ditawarkan ialah :
✔ Bonus setiap bulan
✔ Sibsidi pembelian kereta
✔ Umrah 
✔ Percutian

Semuanya ditanggung oleh Shaklee. Menarik kan ? Bukan itu sahaja. Kalau join group kami. Upline selalu bagi reward untuk sesiapa yang join task. Hadiahnya pula bukan yang biasa-biasa. Memang best sangat. Ops terbongkar rahsia pulak.

Okey, jangan lupa kontek Feni kalau berminat  nak join ahli. Boleh pilih sama ada nak bayar RM79.50 atau buat belian 200uv ke atas.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



February 9, 2017

Siapakah Ahli Pertama Dalam Group Feni Dan Apakah Produk Yang Beliau Beli


Ahli pertama yang join Shaklee dengan Feni ialah Elly namanya. Dia tertarik untuk register ahli disebabkan kualiti produk shaklee yang memang terkenal dengan kualitinya dan selamat digunakan.

Dia mengalami masalah kulit yang teruk dan ingin menambah tenaga. Dia mencari suplimen dan krim yang boleh merawat masalah ruam untuk anaknya.

Kebetulan masa tu ada promosi join ahli dengan pembelian satu produk layak dapat free vitalea. Terus Feni kontek beliau supaya terus grab je promosi ni. Bukan senang pihak shaklee nak bagi promosi yang meletop macam ni.

Produk pertama yang beliau beli ialah Herbal Blend dapat Vitalea secara percuma. Berbaloi kan ? 

Setelah tahu tentang promosi ini terus beliau teruja untuk register ahli. Ahli Shaklee yang join shaklee layak untuk membeli dengan harga ahli.


Berbaloi kan ? Bila dah join ahli memang jimat sebab dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah. Diskaun antara 5% hingga 20% dah boleh cover postage kalau jauh. Kalau nak beli dekat Branch memang kos minyak nak pergi ditanggung sendiri. Hihi.

Seronok sebenarnya join ahli dengan orang yang betul dan aktif sebab kita akan sentiasa dapat maklumat yang tepat dan sentiasa UP TO DATE.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

February 8, 2017

Asal Usul Nama Group Sendiri

Dalam bisnes Shaklee, Kami digalakkan untuk menghasilkan satu group sendiri untuk menghebahkan segala info berkenaan dengan produk, promosi dan juga bisnes.

Feni dulu masa buat bisnes Shaklee memang bermula dari kosong, zero dan tak tahu apa-apa. Alhamdulillah dapat masuk group coaching yang sangat best iaitu #teambintang dan foundernya adalah Nad Zaim. Feni adalah cucu kepada Nad Zaim dalam bisnes Shaklee. Mak Shaklee Feni pula ialah Nor Azlina.

Sangat penting untuk kita tahu siapa upline-upline kita bila berada dalam bisnes Shaklee. Ini adalah untuk memudahkan kita mencapai apa yang kita inginkan dalam bisnes Shaklee. Upline-upline inilah yang menjadi mentor kepada kita yang dapat membimbing kita menuju ke puncak. InshaAllah.

Nama Group Feni yang pertama sekali Feni hasilkan ialah PowerPuffGurl. Ramai juga ahli dalam tu walaupun hanya sekadar untuk beli nak makan sendiri. Kemudian Feni hasilkan satu lagi group untuk yang serius nak buat bisnes. Feni asingkan ahli-ahli Shaklee yang nak buat bisnes dengan yang hanya join ahli untuk makan sendiri. 

Nama Group tu TeamJemahGojes. Dalam group tu banyak info-info dan tips-tips bagaimana nak mulakan bisnes. Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah ahlinya. 

Dalam group ini kami sama-sama share ELMU bagi memantapkan jualan dan meningkatkan pendapatan masing. Kami belajar cara-cara nak update status, ayat coywriting, info produk, buat poster serta membuat sponsor.

Feni sangat suka masuk group-group coaching yang selalu disediakan oleh upline-upline sebab memang membantu meningkatkan motivasi diri supaya lebih berusaha, lebih bekerja keras dan lebih positif.

Paling Feni suka baca sharing dari mereka tentang amalan rohani bagi menjemput rezeki. Master Checklist kena penuhkan. Rasa macam ada panduan untuk terus bertahan dalam bisnes ini kerana ia sering meriah dengan kata-kata motivasi dan teguran yang sangat membina.

Daripada malu nak buat posting sebab selalu kena sindir dengan teman-teman. Sekarang dah terbiasa. Tak buat posting rasa macam tak syok dan tak seronok. Lepas satu tembok halangan. Nak berniaga di FB ni kena selalu update status. Barulah orang nampak. Bila orang nampak, potensi untuk orang membeli dengan kita sangat tinggi.

Itu salah satu cara nak dapatkan sales. Mentor selalu pesan. Buat betul-betul. InshaAllah Allah tunjuk jalan.

Kita dah buat perkara yang betul dan tak perlu takut nak share benda yang baik sebab suplimen yang kita jual adalah selamat untuk kesihatan. Ia dibuktikan dengan Landmark Study. Ia juga disahkan selamat untuk diamalkan.

Nak join ahli dan nak mulakan bisnes boleh kontek Feni. 

Safeni Feni 

SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780

Email: feni8683@gmail.com





February 6, 2017

Hidup Ini Penuh Dengan Dugaan

Dalam meniti kehidupan yang penug dengan dugaan dan cabaran ini. Kita akan melalui berbagai-bagai perkara. Ada suka dan ada duka.

Mencari kesempurnaan dalam kehidupan adalah sesuatu yang sangat sukar namun jika kita menikmati hidup ini dengan penuh kesyukuran. InshaAllah yang susah akan jadi mudah.

Hilang kawan dan kawan makan kawan itu biasa. Bila kau senang, ramai yang akan datang dan mengaku kawan. Bila kau susah, ramai yang akan menghilang malah ada yang tak mengaku kawan. Tak mengapa dan jangan bersedih kerana Allah sedang menguji keimanan dan kekuatan kamu.

Yang penting sabar dan terus berdoa. Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik. Percaya yang setiap apa yang terjadi mesti ada hikmahnya. Kenapa Allah jadikan begini dan begitu.

Yakin dengan nikmat Allah, inshaAllah pasti bahagia.

Alhamdulillah asalkan tahu asal usul dan tidak lupa diri, hidup pasti lebih bermakna. Jangan menyusahkan orang dan terus berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. 

Rezeki Allah itu sangat luas. Tidak hanya dengan harta benda dan wang ringgit. Kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, adik-beradik serta keluarga juga adalah rezeki yang tidak ternilai harganya.

Bonus apabila dapat melakukan semuanya bersama. Disebabkan itu kita harus berusaha dan bekerja dengan lebih keras untuk membina masa depan diri sendiri dan generasi akan datang agar kehidupan lebih baik.

Apa yang kita kejar sebenarnya ?

Harta, pangkat, darjat, kasih-sayang atau keredhaan Allah.


Jika kita berpegang pada keredhaan Allah, inshaAllah bahagia itu akan datang dengan sendirinya.

January 26, 2017

PENGEDAR SHAKLEE HULU LANGAT


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah semakin lama semakin ramai yang bijak untuk memilih untuk hidup secara sihat dengan memlilih suplemen dan juga produk Shaklee. Produk Shaklee yang sudah lama bertapak di Malaysia dan juga beberapa buah negara di dunia ini. 

Kenapa Shaklee menjadi pilihan ?

Ia telah dibuktikan secara klinikal untuk membuktikan keberkesananya. Bukan sekadar melalui testimoni. Ia juga mempunyai sijil halal.

update untuk tahun 2018.


Bagi sahabat atau sesiapa yang berada di Hulu Langat yang ingin mendapatkan produk Shaklee secara COD boleh menghubungi saya. Cara order, mudah saja hanya melalui whatsapp/telegram ke +601115672780 untuk info berkenaan dengan kawasan COD. 

Tiada caj penghantaran untuk area Taman Sri Nanding, Petronas Dusun Nanding dan kawasan sekitar. Kak Feni akan mengambil caj mengikut jauh jarak. 

Khidmat COD untuk produk Shaklee juga disediakan untuk sekitar Plaza Permata, Plaza Pekeliling dan Hospital Kuala Lumpur.

Ini adalah kerana Kak Feni bekerja di Plaza Permta dan suami bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Jadi untuk mendapatkan khidmat secara cash on delivery di kawasan sekitar ini boleh hubungi Kak Feni. Kita deal sampai jadi k ?

Kalau nak self-pickup pun boleh dengan kontek Feni dulu.




Untuk yang berada di luar kawasan pula jangan risau sebab kurier boleh dilakukan pada hari-hari bekerja macam biasa. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

January 25, 2017

Produk Nutrisi Untuk Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Bermula dengan impian untuk memiliki zuriat sendiri. Perlu merancang dengan mengamalkan nutrisi sihat untuk kedua pasangan suami isteri. Perlu saling bekerjasama untuk mendapatkan zuriat. Antara ikhtiar untuk mendapatkan zuriat ialah dengan mengamalkan Set Kesuburan Shaklee.

Untuk ISTERI disarankan supaya mengambil suplimen seperti :-

ESP, B- Complex dan GLA Complex.

ESP
✿ Menangadungi Asid Amino yang sangat tinggi nilai dalam pembentukan sel.
✿ Sel yang sihat akan memudahkan proses berkaitan persenyawaan.

B- Complex
✿ Membantu dalam melawan tekanan dan perasaan stress.
✿ Mencegah anemia.
✿ Menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan normal. 

GLA-Complex
Menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.
✿ Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).


Untuk SUAMI pula disarankan supaya mengambil :-

Vitamin E dan B-Complex

Vitamin E
✿ Membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki dan wanita.
✿ Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium.
✿ Bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

B-Complex
✿Memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual dan hormon tiroid.
Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan.


Setelah usaha untuk mendapatkan zuriat berjaya dengan izin yang Maha Pencipta. Wanita hamil perlu mengamalkan makanan yang seimbang untuk proses kehamilan yang lebih sihat.

Suplimen cadangan untuk wanita hamil ialah :-

ESP, Vitamin C, Omega Guard, B-Complex, Vitalea dan Osteomatrix.

ESP 
✿ Sumber protein untuk beri tenaga berpanjangan kepada ibu hamil.
✿ Membantu mengurangkan risiko diabetis dan darah tinggi.

Vitamin C
✿ Membantu dalam menyalurkan Vitamin C secara berterusan.
Merangsang penyerapan zat besi dan asid folik.
✿ Meningkatkan sistem imunisasi.

Omega Guard
✿ Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf serta penglihatan yang baik untuk bayi dalam kandungan.

B-Complex
✿ Membantu melawan tekanan dan stress.
✿ Menggalakkan pertumbuhan bayi yang sihat dan normal.
✿ Lengkap dengan asid folik.

Vita-lea
✿ Multivitamin yang lengkap untuk keperluan badan.
✿ Lengkap dengan zat besi, membantu membentuk sel darah merah.
✿ Membantu mengekalkan HB darah yang normal.

Ostematrix
✿ Penting untuk kesihatan tulang dan gigi ibu.
✿ Ibu hamil memerlukan 1000mg kalsium sehari, kekurangan kalsium boleh menyebabkan sakit pinggang dan kejang kaki.

Proses melahirkan adalah berbeza antara individu. Tempoh berpantang adalah satu tempoh pemulihan untuk ibu-ibu yang melahirkan. Amalan berpantang sangat digalakkan oleh masyarakat kita untuk memelihara kesihatan dalaman dan luaran selepas hamil dan melahirkan anak. Mengamalkan produk Shaklee sebagai suplimen dalam pantang sangat membantu ibu-ibu supaya lebih sihat dan bertenaga sepanjang tempoh pantang.

Suplimen yang dicadangkan ialah :-

ESP, Vitamin C, Omega Guard, Alfalfa Complex, Vita-lea, Ostematrix, B-Complex, Zinc Complex.

ESP

✿ Merupakan sumber protein untuk membentuk sel-sel baru.
✿ Memelihara kesihatan dan memberikan tenaga segera kepada ibu berpantang.

Vitamin C

✿ Merangsang penyerapan zat besi dan asid folik.
✿ Meningkatkan sistem imunisasi serta percepatkan penyembuhan luka.

Omega Guard

✿ DHA dan EPA mampu mengurangkan keradangan dan menggalakkan fungsi otak.
✿ Membantu memecahkan lemak bagi penurunan berat badan.


Alfalfa Complex

✿ Membantu mengatasi masalah sakit-sakit pinggang dan lenguh-lenguh sendi.
✿ Membantu mempercepatkan pemulihan rahim.

Vita-lea

✿ Multivitamin yang lengkap untuk keperluan badan.
✿ Lengkap dengan zat besi, membantu membentuk sel darah merah.


Ostematrix

✿ Penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu serta anak.
✿ Membantu mengatasi masalah sembelit.

B-Complex

✿ Membantu melawan tekanan perasaan atau stress dan mencegah anemia.
✿ Menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan normal.

Zinc Complex

✿ Membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman.
✿ Sangat bermanfaat untuk ibu yang melahirkan secara normal atau melalui pembedahan.




Dengan pembelian 200uv ke atas layak mendapat keahlian secara percuma.

Jangan lupa hubungi Feni untuk maklumat lanjut berkenaan produk.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...