September 27, 2016

Tips Gempur Jerawat Habis-habisan


Sunyi blog Mak Jemah lately ni sebab tugasan hakiki melampaui batas. Tapi hari ni kuatkan semangat dan curi jugak masa nak share dengan u ols tentang Tips nak Gempur jerawat habis-habisan.

Mula-mula kena ada 2 set gojes ni tau. Feni paling suka sebab hot selling dan USP untuk Feni. 2 ni memang terlampau laris sampai tak cukup tangan.

2 Produk best ni bukan saja boleh buat suplemen malah boleh buat masker untuk wajah.

Caranya :
3 sudu ESP + 1 tablet Vitamin C. Hancurkan vitamin C dan campurkan dengan ESP. Bila dah sebati lumurkan dekat muka. Tunggu sehingga kering. Bila dah kering bilas dengan air bersih lap muka dengan tuala bersih. Rasanya wow segar dan nyaman sekali. 

Mudah kan ? Tak percaya ! Boleh try sendiri. Ini yang Feni dah cuba buat tau. Hasilnya kulit muka gebu gebas. 

Amalkan makan vitamin C 2 biji setiap hari dan minum ESP 3 sudu sehari untuk kesihatan dalaman dan memulihkan kulit. Vitamin C boleh mengecutkan jerawat dan mengurangkan jeragat. ESP pula sumber protein. Protein sangat penting untuk menghasilkan sel-sel kulit baru yang lebih sihat dan cantik.

Hihi. Jadi kalau rasa nak cuba tips gempur jerawat habis-habisan ni boleh kontek Feni tau.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


September 23, 2016

Lagu Teratai oleh Ramli Sarip


Petang-petang cenggini layan lagu Ramli Sarip. Haha. 

Hilangkan stress. Sekali sekala layan rock apa salahnye. Jangan sampai melekakan diri. Apapun ingat Allah ok ?

September 22, 2016

Betulkah FB Kena Tukar Nama Sebenar ?

Kecoh semenjak dua menjak ni pasal FB kena tukar nama sebenarnya. Tak kisahla nokkk. Selagi tak dapat notification pasal akaun kene delete. Mak teruskan saja dengan nama ni.

Kalau kene delete buat akaun baru. Apa susah. Ye dok ? Hihi.

FB untuk cari duit sampingan. Buat macam-macam bisnes. Try and error. Mula-mula cuba dengan dropship dulu. Biarlah untung sikit-sikit pun asalkan ada duit masuk. InshaAllah ada  jer rezeki. Yang penting mahu berusaha.

Kalau ikutkan nafsu memang rasa nak buat sesuatu tu macam nak buat besar-besar. Biar nampak gah dan grand-grand orang kata. Tapi risikonya sendiri mau ingat la. So, kalau  rasa macam kubis nubis baiklah belajar dulu. Biar ada ilmu di dada. 

Perbetulkan niat. Orang kata kita buat bisnes sebab nak kaya. Lantaklah apa pun orang nak kata. Yang tanggungnya kita. Selagi kita tak menyusahkan orang. Kita usaha sampai berjaya. InshaAllah Allah sentiasa mengikut sangkaan hambanya.

Berbalik kembali pada FB nak tukar nama sebenar. Selagi kita tak dapat notis saya rasa takda masalah kot. Abam Mark  ni tengah cek akaun manusia ke akaun palsu kot. Maklumlah banyak sangat penipuan yang boleh berlaku sekarang ni.

FB kan salah satu punca duit. Jadi macam-macam la. Nak suruh kita buat FBAds la kot.

So. Pandai-pandai la kita ya.

September 20, 2016

Produk NuntriWhite Untuk Wanita


Produk NW masuk majalah la. Hihi. Memang terbaik produk ni. Kalau kulit kusam, tak bermaya dan macam tak cantik tu boleh cuba NW ni. Selamat dan sesuai digunakan oleh wanita.

Pencuci muka NW contohnya boleh tahan sehingga 6 bulan ikut kegunaan. Jadi memang jimat kan ?

Jadi jangan lupa grab 1 set terus. hihi


LAYAN LAGU BALDU BIRU


Belajar ilmu baru. Masukkan video dalam blog. Hihi. Berjaya.

Tahniah untuk diri sendiri.

Cara belajar. Encik google kan ado ? Free je. Bak kata kawan aku kat mana ada highway disitu ada jalan. kihkihkih.

Selamat menggoogle !

Adik Abang


Terapi minda bila balik rumah tengok anak-anak bersuka ria. Naik motor bromm sana bromm sini. Dengan kaki-kaki kita dia gilis dengan kereta motor dia.

Bila bawak transpot dia tu tak ingat dunia. Laju jer. Terbaru buat projek selut dengan menggunakan bedak. Maklumlah bedak banyak orang bagi hadiah tak guna sangat sebab terpengaruh dengan FB kata bedak talkum tak baik untuk kesihatan anak-anak.

Bila dah tak guna diorang pun buat projek selut. Tabur habis atas lantai. Sapu dengan tangan pastu bawak kereta motor atas bedak. Konon-konon 4x4 masuk hutan. Haha ko hado ?

Nak marah pun tak guna. Last-last kita yang mengalah sendiri. Haha layan sajalah kan ?

Biarlah mereka membesar sebagai seorang kanak-kanak. Ada masa je bagi tengok gajet. Kadang-kadang sedih jugak bila anak asyik mengadap henpon. 

Semoga adik dan abang menjadi anak-anak yang soleh untuk ummi dan abah. Untuk kami semua. Ummi sayang anak-anak ummi.

Ummi dan abah hanya menumpang rezekimu anak. Terima kasih untuk segalanya.

September 19, 2016

NutriWhite : Langkah Mudah Untuk Dapatkan Kulit Yang Lebih Cerah dan Berseri


Ini adalah produk kecantikan kulit sesuai untuk wanita Asia yang beriklim panas dan sederhana. Penggunaan kosmetik secara sihat dan selamat mampu menyelamatkan kulit dari terkena penyakit kulit seperti kanser kulit, kulit menjadi nipis dan sebagainya.

Memilih kosmetik yang selamat sangat penting supaya kulit kita sentiasa segar dan sihat berseri. Penggunaan paraben dalam kosmetik untuk mengelakkan cepat rosak sangat tidak baik untuk kulit. Bahan kimia ini boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Jadi pilihlah produk kecantikan daripada Set NutriWhite ini yang terbukti selamat dan sesuai untuk wanita Asia.


Perbezaan NutriWhite

Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
3 tahun pembangunan produk
Pemilihan bahan aktif fan mentah. Diperolehi di 16 buah negara.
Ujian yang menyeluruh
Unik, ekslusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemulihan
Ramuan gabungan yang optimum
Selamat dan berkesan
Vitamin C derivatif (ascorbyl/glucoside) ramuan selamat dan terbukti yang digunakan dalam formula untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunder..

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...