July 19, 2016

1 Tablet Vitamin C Bersamaan 7 Biji Buah Oren


Vitamin C sangat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh kita. Vitamin C membina kolagen iaitu protein yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. 

Pengambilan vitamin C setiap hari boleh membantu penyembuhan luka-luka, membaiki serta memelihara struktur tulang dan gigi. 

Tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Sel-sel tubuh kita tidak mempunyai enzim gulumo-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-guluno-lactone untuk menghasilkan vitamin C. Kita memerlukan vitamin C melalui makanan ataupun suplemen.

1 Tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji. Tak perlulah nak perah buah limau 7 biji sehari untuk dapatkan vitamin C.

Antara Kebaikan Vitamin C ialah :

✔ Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri

✔ Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata


✔ Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema

✔ Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut

✔ Anti penuaan dan anti kedut

✔ Mengatasi masalah resdung dan alahan

✔ Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi

✔ Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti

✔ Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis

✔ Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress

✔ Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi

✔ Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya

✔ Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas

✔ Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia

✔ Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah

✔ Merawat jangkitan saluran kencing

✔ Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain

✔ Dijual hanya oleh pengedar sah sahaja, Jangan takut atau ragu dengan Vitamin ini

Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.




Vitamin C ini sangat sesuai untuk :
★ Wanita dan lelaki
★ Ibu mengandung
★ Ibu yang menyusukan bayi (menambahkan susu badan)
★ Mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan
★ Perokok (mengurangkan penyerapan bikotin)
★ Mangsa kemalangan yang cedera, luka atau pembedahan
★ Pengamal suplemen untuk mengoptimumkan penyerapan badan tersebut

Cara pengambilan :
Ambil sebiji sehari selepas makan pagi atau sebelum tidur.
Pastikan minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 hingga 3 liter sehari untuk kesan yang optimum. 


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com



Pelaburan Untuk Anak-Anak

Ummi dengan abah dah siapkan buku ASB, Tabung Haji, Takaful Prudential BSN untuk anak-anak ummi. Musim raya ni anak-anak ummi banyak dapat duit raya. Alhamdulillah syukur sangat pada Allah. 

Terbaru ummi dah buka akaun Skim Simpanan Pendidikan (SSPN-i) untuk anak-anak. Semua ni ummi guna duit raya anak-anak yang dapat. Ummi buka akaun ni untuk masa depan anak-anak. In sha Allah bila dah habis tingkatan 5 nanti nak masuk universiti boleh mohon PTPTN. Tapi ummi harap ummi dengan abah dapat tanggung sendiri perbelanjaan anak-anak tanpa mohon bantuan PTPTN.

Mulai 1 Januari 2016, pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mempunyai akaun SSPN-i dengan minimum *RM20.00. Pembukaan akaun SSPN-i boleh dibuat melalui kaunter Maybank, Bank Rakyat dan RHB Islamic Bank. Kaunter PTPTN juga sangat digalakkan kerana prosesnya lebih mudah dan cepat.

Semoga anak-anak ummi menjadi anak yang soleh untuk agama, bangsa dan negara. Sebenarnya banyak benda yang ummi nak buat untuk anak-anak.

July 14, 2016

BISNES SHAKLEE MEMANG BEST

Hari ni ramai orang berlumba-lumba nak buat bisnes kan? Tapi tak tahu nak buat bisnes apa. Tercari-cari bisnes yang boleh menjadikan masa depan yang cerah.

Saya tertarik dengan bisnes Shaklee sebab ianya sangat fleksibel dan sesuai untuk saya yang masih bekerja dengan orang lain lagi ni.

Teknologi hari ni memang canggih kan. Saya percaya semua orang ada smart phone dan internet. 

Seorang SID (Shaklee Independent Distributor) boleh menjana pendapatan mereka sendiri dengan cara

1) Sebarkan kebaikan (sharing di media sosial)
2) Order guna sistem (online) klik klik klik
3) Pembayaran melalui kredit/debit kad (duit mesti ada dalam akaun kalau debit)
4) Dapat no tracking melalui sms
5) Resit dan segala invoice semua ada dalam data.

Jadi tak perlu risau untuk simpan stok. Keuntungan adalah antara 5 hingga 21% untuk setiap produk.

Postage ditanggung oleh customer dan jom bayangkan kalau anda dapat jual 200 tong ESP untuk sebulan. Pastinya untung runcit sangat mengaum dan yang pastinya bonus akan dikreditkan ke akaun anda tengah bulan depan.

Wow !!!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 13, 2016

Kasut Raya 2016 Untuk Keluarga Kie



Ini adalah kasut raya untuk anak beranak kami semua tahun ni. Konon-konon nak beraya sakan la. Waaaa... Last-last semua pakat pakai selipar jepun je sebab senang nak pakai. 

Bila raya tau-tau jela kan. Jap rumah orang tu jap rumah orang ni. Bila pakai kasut yang bertali macam ni macam susah sikit kan (alasan). Haha

Ok cukup update blog untuk kali ni.

July 12, 2016

KULIT CERAH SEKATA DENGAN VITAMIN C DAN ESP

Ini adalah gabungan hebat antara suplemen shaklee. Kedua ini menjadikan kulit bertambah cerah bermula dari dalaman.

Bukan saja untuk kulit muka malah seluruh tubuh pun boleh cantik dengan 2 suplemen ini.

ESP dihasilkan daripada soya NON-GMO yang selamat untuk diamalkan. Sumber protein yang penting untuk pertumbuhan sel-sel kulit yang baru yang lebih sihat dan cantik.



Berapa banyak protein yang diperlukan oleh badan?

Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1 gram per kg berat badan (jika berat anda ialah 60 kg, maka anda perlu makan sekurang-kurangnya 60 gram sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3 gram per kg berat badan.

Berapa banyak VITAMINN C yang diperlukan oleh badan?

Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 1000gram setiap hari. Pengambilan vitamin c dalam dos yang melebihi 2000mg adalah tidak digalakkan kerana badan tidak mampu menyimpan vitamin dalam kuantiti yang banyak sekaligus dan vitamin c mudah terhapus. Pengambilan yang berlebihan juga akan memberi kesan sampingan kepada badan seperti cirit birit atau sakit perut.



Antara kebaikan mengamalkan Vitamin C dan ESP ini :

Menguatkan sistem imun
✔ Berasa lebih muda
✔ Meningkatkan tahap kesihatan
✔ Meningkatkan seri wajah
✔ Mengalakkan kulit menjadi lebih tegang, anjal dan lembut
✔ Membekalkan khasiat untuk kulit berseri
✔ Mengurangkan jerawat dan jeragat
✔ Menggalakkan kulit  lebih berseri
✔ Meningkatkan tenaga
✔ Membantu menghasilkan kolagen untuk kulit

Hubungi Feni untuk mendapatkan produk Shaklee melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 11, 2016

20 Makanan Penggalak Susu Untuk Ibu Menyusu



20 Makanan Penggalak Susu yang boleh ibu-ibu amalkan bagi tujuan menambah susu badan.

🌻 Madu
Madu adalah makanan sunnah yang sering diamalkan bukan sahaja para ibu untuk tujuan mendapatkan susu yang banyak. Malah mengamalkan madu juga boleh menguatkan sistem imun badan ibu dan bayi. Selain menambahkan susu badan. Madu juga boleh meningkatkan kecergasan ibu menyusu. Maklum saja ibu menyusu ni perlukan tenaga yang banyak untuk menguruskan bayi yang baru lahir.

🌻 Pegaga
Khasiat pegaga untuk ibu menyusu ialah mengecutkan rahim, menganjalkan kulit, menjadi awet muda, melancar pengeluaran susu badan, membantu mengurangkan berat bdan serta membantu dalam meningkatkan tahap stamina. Mengamalkan pegaga sebagai ulaman sangat baik untuk ibu menyusu.

🌻 Oat
Oat sangat baik untuk ibu menyusu. Ia mengandungi serat yang sangat baik untuk proses menghasilkan susu badan. Ia juga mengenyangkan dan menjadikan ibu semakin sihat dan lebih ramping.

🌻 Halba
Halba sangat bagus ditambah dalam masakan sebgai herba bagi melazatkan lagi masakan. Amalkan minum air halba bagi meningkatkan tahan pengeluaran susu ibu.

🌻 Alfalfa
Yang ini memang terkenal sebagai milk booster. Namun nak dapatkan daun Alfalfa tidak mudah di Malaysia. Alfalfa boleh didapati dalam daun kering atau serbuk. Mengamalkan Alfalfa bukan sahaja memeriahkan susu badan malah rahim juga bertambah baik.
🌻 Habbatusauda
Mengamalkan habatusauda ketika menyusu boleh meningkatkan proses pengeluaran susu ibu. Ibu digalakkan mengambil habatusauda serta minum air kosong secukupnya untuk melancarkan lagi proses menghasilkan susu ibu.

🌻 Kurma
Vitamin D yang terdapat dalam buah kurma mampu menguatkan perkembangan bayi untuk membesar. Ibu menyusu yang keletihan akibat melakukan kerja harian juga akan lebih bertenaga dengan mengamalkan kurma sebagai makanan penggalak susu.

🌻 Delima
Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.

🌻 Soya
Soya adalah bijian kekacang yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai MILK BOOSTER. Pengambilan soya yang sihat seperti ESP SHAKLEE bukan sahaja membantu ibu dalam menambah susu badan malah memberikan tenaga yang berpanjangan. Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

🌻 Betik
Buah betik memang terkenal sebagai milk booster terbaik. Boleh dimakan terus ataupun dibuat sayur.

🌻 Longan kering
Air rebusan longan membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.

🌻 Susu
Susu adalah sumber kalsium terbaik untuk ibu menyusu. Amalkan susu sebagai hidangan harian ibu bagi meningkatkan tenaga dan membantu hasilkan susu badan yang banyak.

🌻 Sayur-sayuran hijau
Amalkan sayuran hijau yang memang terbukti sihat untuk ibu. Bayam, lobak swiss, dan brokoli adalah beberapa jenis sayuran berdaun hijau yang sangat cocok dikonsumsi oleh ibu menyusui. Kandungan vitamin A yang tinggi membuat nutrisi penting bagi ibu dan bayi dapat terpenuhi. Selain itu, sayuran-sayran tersebut juga merupakan sumber kalsium non-susu, juga memiliki kandungan zat besi dan vitamin C yang sangat bermanfaat. Selain itu, sayuran juga mengandung antioksidan yang baik untuk jantung. Lebih dari itu, sayuran hijau adalah sumber makanan rendah kalori.

🌻 Coklat gelap

🌻 Ikan salmon

Ikan salmon mengandung DHA tinggi yang penting dalam pertumbuhan sistem saraf bayi.

🌻 Lobak Putih

Anda boleh parutkan lobak putih tersebut dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

🌻 Asparagus
Sayuran ini tidak mengandung kolesterol, rendah lemak dan sodium sehingga sangat bagus untuk kesehatan.

🌻 Badam
Badam sangat bagus untuk memberikan tenaga.
🌻 Pisang


🌻 Flaxseed

Anda perlu meningkatkan penyusuan secara terus kepada bayi dan melakukan power pumping untuk memperbanyakkan penghasilan susu ibu. Bebaskan fikiran untuk mendapatkan susu yang lebih banyak.



Berminat untuk mendapatkan suplemen MILK BOOSTER bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Selamat Hari Raya 2016




Tahun ni sama je dengan tahun-tahun yang lepas. Raya secara sederhana dengan apa yang ada. Persiapan raya pun biasa saja. Tiada yang berbeza. Petang sehari sebelum raya bertolak balik kampung. Balik Gerik dulu raya di Gerik. Petang raya pertama baru gerak balik Kelantan.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Bermaaf-maafan sesama keluarga. Memohon ampun dan halalkan semuanya. Lupakan semua salah silap sebelum-sebelum ni.

Saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...