June 29, 2016

Si Manja Membesar Dengan Sihat




Saya pastikan stok meal shakes tak putus kat rumah.

✔ Membekalkan tenaga untuk memulakan hari si manja
✔ Menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat
✔ Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan
✔ Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting termasuk A, Bs, C, D, E, zat besi , zinc dan iodin
✔ Untuk tubuh kekal sihat dan kuat
✔ Mengekalkan berat badan yang ideal



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Si Manja Membesar Dengan Sihat




Saya pastikan stok meal shakes tak putus kat rumah.

✔ Membekalkan tenaga untuk memulakan hari si manja
✔ Menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat
✔ Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan
✔ Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting termasuk A, Bs, C, D, E, zat besi , zinc dan iodin
✔ Untuk tubuh kekal sihat dan kuat
✔ Mengekalkan berat badan yang ideal



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 27, 2016

Elakkan Komplikasi Sewaktu Puasa



Berpuasa sebenarnya tidaklah memudaratkan malah memberi pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Menurut kajian, berpuasa dapat memperkecilkan peredaran darah sebagai perimbangan untuk mencegah keluarnya keringat dan wap melalui pori-pori kulit serta saluran kencing tanpa perlu menggantikannya dan secara tidak langsung menurunkan peredaran darah.

Proses tersebut memberi kesempatan otot jantung, masa untuk rehat setelah bekerja keras satahun lamanya.

Selain itu, berpuasa juga memberi kesempatan kepada sistem pencernaan untuk beristirehat kerana ketika seseorang berpuasa, perut dan ususnya berehat beberapa jam daripada kegiatannya. 

Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh kerana apabila tubuh tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti memberikan sedikit kejutan kepada sistem tubuh. Melalui pemakanan yang seimbang dan mencukupi, kejutan kepada sistem tubuh dapat dielakkan atau dikurangkan.

Kita perlu kenal perubahan kepada diri sendiri dan bertindak sewajarnya bagi mengatasi komplikasi tersebut. Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meneruskan ibadah puasa. 


Dehidrasi

Punca : Jumlah air dalam badan kurang daripada normal dan ini boleh mengganggu keseimbangan elektrolit dalam badan kita.

Simpton : Biasanya, warna air kencing akan bertukar kuning gelap, rasa lemah dan lesu sehingga hampir pitam, sakit kepala dan mulut yang begitu kering.

Rawatan : Minum air kosong sebanyak mungkin ketika berbuka puasa dan bersahur. Cuba elakkan minuman berkafein seperti minuman berkabonat atau kopi dan teh terutamanya di waktu pagi. Ia membuatkan badan kita cepat kering kerana bersifat diuretik initu menggalakkan pengeluaran urin.

Sembelit

Punca : Terjadi ketika bulan puasa kerana pengambilan makanan bergula ringkas terlampau tingi dan disebabkan kekurangan air serta kekurangan serat dalam diet seharian.

Simptom : Boleh menyebabkan buasir

Rawatan : Kurangkan pengambilan gula ringkas, tingkatkan pengambilan air dan pastikan jumlah serat cukup dalam makanan.

Ketidakhadaman dan Angin

Punca : Selalu terjadi apabila kita terlebih makan makanan berminyak, bergoreng, pedas dan makanan berangin seperti kubis dan minuman berkabonat.

Simptom : berangin sehingga menyebabkan pedih ulu hati.

Rawatan : Jangan terlebih makan semasa berbuka puasa, kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan makanan seperti sup dan masakan stim.

Kelesuan dan Tekanan Darah Rendah

Punca : Pengambilan air yang tidak mencukupi.

Simptom : Lemah, lesu, berpeluh, dan pening. Lebih kerap terjadi apabila masuk waktu tengah hari dan petang.

Rawatan : Tingkatkan pengambilan air dan kalau boleh minum sedikit minuman bergaram. Digalakkan segera bertemu doktor.


Pening Kepala

Punca : Kebanyakan kes disebabkan simptom menyisihkan kafein dan tembakau.

Simptom : Sakit kepala dan angin tidak baik.

Rawatan : Berhenti pengambilan kafein dan tembakau seminggu dua sebelum puasa secara berperingkat dan perlahan-lahan. Gantikan dengan kopi atau teh herba atau bebas kafein.



Be Champion !!! Bangkitlah Untuk Membangunkan Diri Sendiri


Nak cari motivasi sendiri bukan senang. Tambah-tambah kalau sorang-sorang. Kalau boleh carilah mentor yang boleh membawa kita kepada kejayaan.

Kadang-kadang kita perlu bangkit untuk menuju kejayaan. Kita hanya mampu mengubah diri sendiri bukan orang lain. 

Kita selalu rasa orang tu tak kena orang ni tak kena. Jadi jalan yang terbaik adalah perbaiki diri. Daripada hati asyik meroyan dengan sikap-sikap orang lebih baik fokuskan untuk membangunkan diri sendiri. Pedulikan dengan apa yang orang kata asalkan apa yang kita buat tu betul.

Nak ikut  apa yang orang kata sampai bila-bila pun kita tak kan berjaya. Jadi tak perlu pun nak dengar cakap-cakap orang terutamanya yang negatif tu. Selagi apa yang kau rasa betul dan tak menyusahkan orang. You just go ahead. Pedulikan dengan apa yang orang nak cakap. Teruskan sampai berjaya. 

Jangan biarkan kata-kata orang membunuh harapan dan impian yang kita bina. Bangun dan kejarlah impian kita tu. Peluk erat-erat. Jangan mudah berputus asa dengan cabaran dan dugaan yang mendatang.

Hidup ni kalau kita asyik nak puaskan hati semua orang, kita takkan mampu untuk melangkah jauh. Jadi buatlah apa yang kita rasa kita mampu. Berubah sikit-sikit namun konsisten. InshaAllah lama-lama kita akan jadi lebih baik dan baik.

Dengan izin Allah, kalau kita istiqamah untuk ke jalan yang lurus dan benar. Allah akan tolong kita. Pasang niat dan just teruskan. Kejayaan itu milik kita. InshaAllah.

6 TIPS MENGURUSKAN URUSAN YANG BANYAK


Setiap hari, kita dihadapkan dengan pelbagai perkara untuk diselesaikan. Namun begitu, seringkali terjadi benda macam ni:

"Tak sempat buat A sebab sibuk dengan B"

"Sempat buat C saja, A,B,D,E semuanya tak sempat buat"

Yang paling kronik,

"ABCDE, semuanya tak sempat siap"

Macamana nak jadi begitu efisyen dan menyiapkan semua kerja dalam masa yang diperlukan?

1. Fahamilah bahawa apa yang diamanahkan oleh Allah SWT, itulah yang kita mampu buat. Allah tahu kita boleh sebab tu Dia beri kita kerja2 semua tu.

2. Susun priority. Benda penting buat dulu, yg kurang penting buat kendian. Guna sistem 4 kuadrant - Penting, Tak Penting, Urgent, Tak Urgent. Yang penting dan urgent perlu disiapkan segera.

3. Jangan bertangguh. Jangan nanti, jangan sekejap lagi. Buat segera. Makin lama bertangguh, makin besar rasanya kemalasan itu. Jangan biarkan malas bermaharajalela.

4. Buat jadual atau to-do list. Barulah nampak apa yang sepatutnya dibuat. Tak adalah asyik skroll newsfeed Fesbuk dan membuang masa memikirkan hal orang lain.

5. Fokus! Fokus untuk selesaikan satu-satu perkara sebelum perkara yg lain. Cuba jangan buat semua sekali dalam satu masa, atau fokus terganggu dan akibatnya satu kerja pun tak siap!

6. Doa dan tawakal kepada Allah. Mohonlah kepada Allah minta ditunjukkan jalan dan dipermudahkan urusan. Percayalah, dari Allah semua urusan ni & Dia akan pandu ke jalan terbaik untuk menyelesaikan semuanya dengan cemerlang:

Testimoni Lecithin Untuk Kurus

Assalamualaikum semua. Hari ni Feni nak share tentang testimoni berjaya kurus dengan suplemen Lecithin. Feni pun suka telan lecithin ni sebab membantu Feni untuk kurus. Mula-mula kenal produk Shaklee ialah sebab nak kurus. Ahaks. Maklumlah bila dah kahwin beranak pinak berat badan pun bam-bam kan.

Jadi untuk menten kurus terpaksa la google produk untuk kurus. Hihi. Mase tu hanya beli set bajet jer Alfalfa dengan Lecithin. Alhamdulillah memang best sangat. Salah satu fungsinya dapat membuang dengan mudah. Bila dah bersalin dan menyusukan anak. Lecithin berupaya mencairkan susu dan melancarkan pengeluaran susu. Jadi masalah bengkak susu pun tiada.

Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, koletrol dan trigliserid di dalam tubuh. 

Ini adalah beberapa testimoni Lecithin untuk kurus.

Seluar Masa Bujang Dah Boleh Pakai



Perut Kempis & Muka Moist 


Berat Badan Hilang 6 Kilogram



Berat Badan Hilang 3 Kilogram



Berat Badan Hilang 7 Kilogram



Jadi untuk anda yang mempunyai masalah berat badan dan sedang mencari produk untuk kuruskan badan  bolehlah mencuba Lecithin ini. Berbaloi-baloi sebab harganya mampu milik. 


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com



June 25, 2016

Jangan Terlalu Mengikut Hati Dan Perasaan

Mengingati tentang kehidupan. Jatuh bangun semuanya sudah biasa. Namun bagaimana kita bangkit semula membina impian dan harapan yang baru.

Alhamdulillah

Jangan cepat berputus asa dengan hidup ini. Allah kan tetap ada bersama kita.

Menangis mencuci dosa.

Selamat beramal.
Salam ramadhan yang ke 20

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...