June 7, 2016

KE ARAH KEHIDUPAN YANG SIHAT TANPA UBAT

APA ITU UBAT ?

Ubat ialah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi biokimia dalam tubuh untuk menghapuskan simptom penyakit. Ianya dikenali sebagai bahan asing oleh tubuh kita. Semua orang akan merasa kesan yang sama daripada ubat. Penyalahgunaan ubat boleh membawa maut. Ubat hanya boleh mengurangkan simptom sakit tapi tidak merawat puncanya.

KEPERLUAN KEPADA UBAT

Ubat adalah untuk orang yang sakit sahaja. Ubat hanya merawat apabila sudah ada simptom penyakit. Banyak rawatan yang dibuat sudah terlambat kerana penyakit tidak menunjukan simptom sehingga sudah diperingkat terakhir.
Ramai orang yang diluarnya kelihatan sihat namun sebenarnya menderita penyakit merbahaya dalam diam. Untuk pesakit seperti sakit jantung dan strok, satu serangan sudah cukup untuk mengubah segala-galanya.

APA ITU SUPLEMEN ?

Suplemen ialah nutrisi yang diperlukan oleh tubuh bagi membina sel, tisu, enzim serta tindakan biokimia tubuh. Ianya selamat dan tidak membahaya kepada tubuh. Suplemen membantu dalam mencegah dan mengawal punca penyakit yang terutamanya disebabkan oleh ketidakseimbangan nutirisi.


KENAPA KITA PERLU AMBIL SUPLEMEN ?

Ramai orang yang menghidap penyakit degeneratif yang disebabkan oleh kekurangan nutrisi. Antara penyakit yang disebabkan oleh kurangnya nutrisi ialah :

  • Kanser
  • Sakit jantung
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Arthritis
  • Obesiti
  • Masalah mental

KESIMPULANNYA IALAH




Ternyata orang yang mengamalkan suplemen lebih sihat dan kelihatan lebih muda berbanding dengan orang yang selalu mengambil ubat.


Image result for gambar orang yang sihat




Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com



BEBERAPA FAKTOR KENAPA VITAMIN YANG KITA MAKAN TAK BERKESAN

Beberapa faktor kenapa Vitamin yang kita makan tak berkesan

==================================================


1) Kurang minum air kosong

Kita disaran supaya minum air kosong yang banyak sehari untuk mengelakkan dehidrasi dan tubuh menyerap vitamin dengan baik.

Banyak minum air kosong juga boleh mengelakkan healing crisis.


2) Jangan makan Vitamin yang banyak sekaligus pada satu masa.


Bila kita makan vitamin yang banyak sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Contohnya ambil Vitamin pada waktu malam sebelum tidur sedangkan waktu itu kita akan kurang minum air.

Cuba agih-agihkan waktu yang sesuai untuk makan vitamin supaya kepekatan darah tidak meningkat dengan mendadak pada satu-satu masa.


3) Jangan ambil vitamin bersama ubat


Elakkan mengambil ubat bersama vitamin kerana menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Sediakan jadual untuk makan ubat dan vitamin.


4) Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian


Pengambilan kafein yang berlebihan boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Kita disaran supaya kurangkan kafein yang berlebihan supaya vitamin yang kita amalkan dapat diserap dengan sempurna oleh tubuh.


5) Dapatkan nasihat daripada yang pakar

 Ibu mengandung dan menyusu disarankan supaya mendapat nasihat yang sebaiknya sebelum mengamalkan apa-apa vitamin dan suplemen.



Ibu mengandung dilarang mengambil Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotomax, Lecithin, Nutriferon kerana vitamin-vitamin ini mengandungi tinggi anti-oksidan. Vitamin ini tidak digalakkan untuk ibu yang di awal kehamilan kerana dikhuatiri akan mengalami risiko keguguran. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk dan suplemen serta RUNDINGAN PERCUMA boleh menghubungi saya.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 2, 2016

KENAPA ANDA PERLU PILIH MEAL SHAKES SEBAGAI HIDANGAN HARIAN ?


Hari ini ramai yang mencari dan mengamalkan suplemen untuk kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Shaklee menyediakan satu minuman yang lengkap untuk hidangan harian anda. 

Meal Shakes Shaklee diperbuat daripada  sumber semulajadi  seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin dan beberapa bahan lain yang dibenarkan dan dijamin selamat. 

Meal Shakes sesuai diambil oleh semua golongan bermula dari peringkat bayi hingga dewasa. Meal Shakes sesuai dijadikan sebagai minuman khasiat semasa bersarapan. 

Anak-anak kecil yang mempunyai masalah pemakanan memang sesuai diberi Meal Shakes kerana mengandungi 24 jenis vitamin dan zat perlu bagi membantu proses tumbesaran. Saya suka mencampurkan Meal Shakes dalam susu mereka dan rasanya lebih lazat.

Warga tua yang kekurangan nutrisi juga boleh diberikan Meal Shakes ini untuk membantu mereka kekal bertenaga sepanjang hari. 

Paling best untuk mereka yang sukakan kecantikan. Meal Shakes ni boleh buat kulit kita jadi awet muda sebab ianya mengandungi vitamin A, C, E, Zinc, dan selenium yang merupakan agen anti oksidan yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

Ia juga mengandungi vitamin B yang lengkap yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat yang sihat sekali gus memberikan kompleksi wajah dan kulit yang lebih cantik.

Cadangan pengambilan :
Campurkan 2 sudu besar Meal Shakes bersama perisa kegemaran seperti ESP dan Performance drink atau boleh diminum begitu sahaja.

*nota: hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Ianya boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan dan rasanya sangat lazat.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


June 1, 2016

National Conference 2016



Sabtu lepas berpeluang untuk bersama-sama dalam program National Conference 2016. Perasaan masa tu happy sangat sebab boleh jumpa orang-orang yang hebat dalam Shaklee. 

Banyak sharing yang menyentuh hati tentang bisnes shaklee. Mengapa mereka bertahan dalam bisnes ini yang sememangnya memberi banyak peluang kepada semua orang. Bukan sahaja untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat malah memberi nilai tambah kepada orang lain.

Hebatnya produk shaklee memang sudah tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau Adibah Nor yang glemer pun cakap macam tu. Memang terbukti best. Rugi siapa yang tak dapat pergi NC kali ni. 

Ramai orang berjaya mencapai cita-cita mereka dalam bisnes Shaklee. 


May 26, 2016

BUDAK DULU VS BUDAK SEKARANG

Dulu masa kecik-kecik selalu main dengan kawan-kawan. Main sampai tak ingat dunia. Dunia masa tu hanya nak main. Mainan pulak tak payah beli seperti teng-teng, lompat getah, congkak yang digali lubang pada tanah dan macam-macam lagi. Paling best boleh pergi terjun sungai ramai-ramai. Tak perlu nak keluar duit langsung.

Sekarang majoriti budak-budak semuanya ada ipad sendiri termasukla anakku. Diorang dah pandai tengok kartun kat youtube sendiri. Kadang-kadang pasal handphone die yang lebih tahu daripada umminya.

Kita dulu lepas sekolah baru dapat pegang handphone. Tu pon yang second hand. Orang bagi. Sampai sekarang pun guna yang murah-murah. Anak-anak zaman sekarang demand nak yang macam ni macam tu. Kadang-kadang sampai pening kepala mak ayah nak cari duit nak beli handphone canggih untuk diorang.

Sekarang ni dahla barang semuanya mahal sampai mak ayah terpaksa buat dua tiga kerja untuk tampung belanja harian. Bukan senang nak cari duit. Sedih bila anak-anak pula tak hargai mak ayah. 

Kita dulu  nak pergi belajar dekat asrama atau kolej semuanya berdikari. Tawakal kepada Allah dan jalan. Naik bas turun bas pastu tukar bas lagi untuk sampai ke kolej. Budak sekarang manja tapi bukan semuanyalah. Dihantar dan diambil sampai depan pintu. Alhamdulillah rezeki diorang. Kita dulu susah takkan nak harapkan orang. Sendiri nak belajar sendiri usaha. 

Pada saya tak belajar tinggi pun tak mengapa asalkan tahu menjadi manusia dan tidak menyusahkan orang lain.

Jadi hargai apa yang kita ada sekarang. Budak dulu Vs budak sekarang.


TUHAN AMPUNKAN AKU

Aku sangat jarang dalam beremosi untuk berkongsi cerita. Tapi hari ini aku rasa sedih sangat. Terasa banyak sangat kekurangan diri. Banyak dosa dan terlalu leka dengan masalah dunia hingga lupa dengan yang maha pengasih dan penyayang.

Tuhan, aku rindu. Walau kadang-kadang aku seringkali tersasar dari landasan mu. Kau  cepat-cepat sedarkan aku dengan pelbagai ujian dan dugaan. Kau berikan aku kasih sayang yang tidak berbelah bagi mengatasi apa yang manusia fikirkan. Sesungguhnya aku tau kau rindukan rintihan aku.

Ya Allah, 
Ampunkan segala dosa dan kesilapan aku. Aku masih belum mampu untuk menjadi khalifahmu yang baik. Sedangkan ramai orang berusaha untuk menjadi hambamu yang baik. Doaku semoga kau tetapkan imanku sehingga hujung nyawa.

Sesungguhnya masih jauh perjalananku untuk menghadapi alam-alam ciptaanMu ya Allah. Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu. Dekatkan aku untuk terus bersamaMu. Jangan Kau jauhkan aku dariMu. Sesungguhnya aku insan hina.

Aku tak sanggup untuk ke nerakaMu ya Allah kerana aku tahu betapa peritnya sakitnya seperti yang digambarkan dalam kitab al-quran. Berikanlah aku kekuatan untuk terus bertahan dalam menghadapi hidup ini. Kuatkan aku untuk terus beriman kepadamu. Berikan aku kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadaMu sebagai hamba. Berikan aku peluang untuk berbakti kepada orang lain.

Ya Allah, Ampunkan juga semua dosa-dosa kedua ibubapaku, ibubapa mertua, suami, anak-anak, adik-beradik, ipar duai, sanak saudara, guru-guru, sahabat-sahabat dan semua yang aku sayang. Berikan kami kekuatan untuk terus berjuang ke jalanMu ya Allah. Tabahkan hati-hati kami dalam menghadapi segala ujian dan dugaanMu.

Ampunkan aku dan kami semua ya Allah. Dunia akhir zaman ni macam-macam dugaan yang datang dan semoga kami sentiasa dalam limpah rahmatMu ya Allah.

May 25, 2016

CADANGAN SUPLEMEN PENYUSUAN MENGIKUT BAJET ANDA


Kini anda boleh pilih yang pakej set menyusu yang terbaik sesuai dengan bajet anda. Pilih ikut kesesuaian anda. Yang penting matlamat untuk memperbanyakkan susu ibu tercapai.



Alfalfa

Sangat-sangat penting untuk dijadikan milk booter. Ianya bukan sekadar jamu bagi menguatkan rahim ibu yang baru lepas bersalin malah memberi tenaga. Mengurangkan keputihan dan menyihatkan rahim.

ESP

Sesuai untuk ibu-ibu yang selalu berasa lapar ketika menyusukan anak atau waktu mengepam. ESP boleh membantu mendapatkan susu yang lebih berkualiti serta mengenyangkan si ibu dan juga anak. Jangan tak tahu ESP juga boleh mencantikkan kulit.

Vitalea


Ini adalah suplemen super penting untuk ibu-ibu yang memerlukan tenaga tambahan bagi menguruskan kerja rumah tangga dan anak-anak. Vitalea ni mengandungi semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan kecergasan.

B-Complex

Membantu menstabilkan emosi. Membuatkan si ibu berasa tenang dan selesa dalam proses menyusukan anak. Tahu tak, stress atau tekanan boleh mengurangkan susu badan. Jadi semasa menyusu atau mengepam pastikan diri berada dalam keadaan rileks dan bayangkan perkara yang indah-indah.

Vitamin C

Membantu menguatkan sistem imun untuk ibu dan bayi anda. Mengelakkan jangkitan virus dan mengekalkan kesihatan. Selalunya bayi mudah terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk. Jadi ibu boleh amalkan vitamin c ini bagi menambahkan sistem imun selain menghasilkan susu yang berkualiti untuk si manja.

Ostematrix

Sumber kalsium yang sangat penting untuk ibu. Proses menyusu adalah proses dimana si ibu memerlukan banyak nutrisi penting untuk di salurkan kepada bayi melalui susu ibu. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan si ibu mengalami kebas dan lenguh terutamanya bahu dan kaki. Pengambilan ostematrix membantu menambah kalsium yang diperlukan oleh si ibu.


Selain itu anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk memperbanyakkan susu ibu. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat dalam diet harian anda.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...