January 28, 2022

3 Simple Rules In Life

Bulan ni tak start meniaga apa. Hanya jadi personal shoper yang pendapatannya ikut nasib haha. nasib baik ada kerja hakiki. Tapi tulah soal rezeki ni. Kita serahkan pada Allah saja. InshaAllah akan baik-baik saja.


Nak cerita pasal hilang arah hilang punca. Hari-hari hilang arah hilang punca. Tapi teruskan lah dengan apa yang ada. Rezeki serahkan pada Allah. Kita tak cari pun kadang-kadang dia datang sendiri. Dan rezeki ni bukan hanya pada duit.


Kalau kita muhasabah diri kita ni. Kita ni nak macam-macam sampai lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang ni. Kita nak tu kita nak ni. Kita pulun kejar apa yang kita nak. Sedangkan nikmat yang kita ada sekarang ni yang perlu kita syukuri. Allah pun dah janji, kalau kita bersyukur nescaya Dia akan tambahkan nikmatnya. InshaAllah.


Nak jadi orang yang tenang buat je apa yang Allah suruh. Ujian tanda Allah sayang. Allah tahu kita mampu. Kita hamba perlu bersyukur dan nikmati apa yang kita ada hari ini. 


3 Simple Rules In Life


1. If you don't go far after what you want, you'll never have it.

2. If you don't ask, the answer is always no.

3. If you don't step forward, you're always in the same place.


Nak berjaya kena usaha. Kena buat dan teruskan sampai masanya. Kalau kita putus asa hari ni. Sampai bila-bila pun kita takkan berjaya. Kadang-kadang benda kecil yang kita lakukan hari ni akan jadi lebih besar suatu hari nanti.


Selagi kita diberikan peluang dan waktu. Sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan semuanya.

 

Jangan lupa untuk jadi hamba yang bertakwa untuk ke syurga Allah.

January 25, 2022

Bila Lift Office Rosak



 

Hari ni awal masuk opis. 9.30 dah sampai lobby. Sampai tengok ramai orang beratur sampai jalan raya. Eh kenapa ramai ni ? Rupanya beratur tunggu lif. Lif buat hal pagi ni. Okey fine beratur jelah sebab nak naik kan.


Jumpa Kak Nora yang kerja sama level. Dia ajak naik tangga dari tingkat 6 tumpang kereta Kak Sundri. Kak Feni tak kuasa nak naik tangga sebab perut tengah meragam. Sakit ari-ari takleh nak gegan-genan.


Makanya beratur lah Kak Feni menunggu turn dapat naik lif. Masa nak naik tu lif yang beroperasi 3 lif. Alhamdulillah selalunya 2 je. Sebab ramai orang management buka 3. Yela semua dah lambat masuk opis kan.


Naik atas alhamdulillah memang tak turun dah la. Tunggu lunch hour sebab nak hantar dokumen untuk boss di bawah. Kalau saja-saja nak turun memang tak lah. Penat je naik turun naik turun. Pagi ni sarapan air nescafe panas dengan kek je. Apa yang ada kat atas ni.


Botol air panas pun dah takde kat opis ni. Hari tu bawa balik. Kena banjir habis kena campak buang. Ni nak kena order baru. Ujian ni buat kita jadi lebih kuat. Allah !



Cuaca sekarang ni. Hujan lebat di opis ni. Allah bila hujan turun rasa takut dan fobia pun ada sebab air boleh naik bila-bila masa. Tapi kita serahkan semuanya pada Allah. InshaAllah yang baik-baik saja. 


Berbalik kepada kisah lif di opis Kak Feni ni. Sejak banjir 18/12/2021 yang rumah Kak Feni macam kena tsunami, opis di KL pun banjir. Air masuk dalam lif bawah tu. Jadi 2 minggu management tutup opis. Lif takde, elektrik takde. Kalau siapa yang ada hal urgent kena naik tangga dan bawa touch light.


Kak Feni masa tu dok berkemas rumah yang tak siap-siap lagi sampai sekarang. Haha 


Ni boleh duduk dan hadapi hari-hari mendatang ni pun alhamdulillah. Syukur sangat. Bak kata orang mula hidup baru. Barang rumah habis. Baju dan peralatan rumah pun banyak orang bagi sumbangan. Periuk nasi, kettle, baju, makanan dan keperluan semua dapat sumbangan. Alhamdulillah.


Sekarang ni fokus kerja dan mulakan hidup baru. Kumpul balik apa yang dah hilang. InshaAllah kita semua mampu menghadapinya.

January 21, 2022

Alhamdulillah Jumaat Yang Indah

Minggu ni dah masuk minggu ke-2 anak-anak sekolah. Untuk Tahun 1 dan 2 sudah tiada penggiliran. Manakala tahun 3 dan 4 masih dalam penggiliran. Jadi adik kena sekolah setiap hari manakala abang seminggu sekolah agama seminggu sekolah kebangsaan. Bergilir-gilir.


Minggu lepas seminggu anak-anak pergi sekolah pakai baju biasa. Seluar track dan t-shirt. Hari Ahad baru boleh pergi beli baju sebab semua sibuk dengan kerja dan urusan harian. 



Alhamdulillah sekolah kebangsaan, ustazah akan update personal Kak Feni kalau ada dapat sumbangan. Dapat voucher kedai pakaian Hari-hari RM50, dapat al-quran, iqra dan terbaru dapat sumbangan beg sekolah. Alhamdulillah ummi dah tak perlu beli dah. Pakai je apa yang ada ni.


Untuk abang pun sama. Akan dapat apa yang adik dapat sebab sama-sama mangsa banjir. Allah nikmat apa lagi yang hendak ku dustakan ??? hanya syukur dan berdoa agar semuanya dilimpahkan rahmat Allah.


Sekolah Agama pun sama. Adik balik sekolah akan cerita yang dia dapat beg dan alat tulis. Hari ni ustazah belanja makan sebab duit tertinggal. Padahal dia cari dalam beg tak jumpa. Allah macam-macam padahal baru 2 minggu sekolah.


Semalam pun ustazah abang ada wasap personal untuk dapatkan saiz baju untuk sekolah agama termasuk sampin. Ya Allah rezeki kami melimpah ruah. Ringan beban nak beli baju. Bulan 3 ni dah start naik kelas. Adik darjah 2 dan abang darjah 4. 


Kak Feni ni masih lagi mengumpul semangat untuk pulih sepenuhnya. Haha tiap-tiap hari tu jela yang dok bermain di minda. Padahal hari-hari tetap kena lalui juga. Suka ke tak suka ke semuanya kena hadap. 




January 20, 2022

Sebulan dah banjir, kami masih trauma

Opis dah sebulan takde ekon. Lepas banjir 18/12/2021 hari tu 2 minggu tutup opis sebab lif tak jalan. Kak Feni 4 haribulan Januari baru masuk kerja sejak rumah kena banjir. Dah sebulan berlalu. Rasa nak move on pun dah semakin pulih. InshaAllah. Kerja tetap kena kerja sebab nilah salah satu punca rezeki kami. Kalau tak kerja macam mana nak mula hidup baru ni?


Satu rumah hilang bukan senang nak bangkit nak mula hidup baru. Walaupun mulut ni cakap ok takpe kami ok kami kuat. Namun jauh di sudut hati agak terkesan dengan musibah ni. Hilang semua harta benda dalam masa sehari je. 


Perit rasa dengan ujian ni. Allah !!! Namun ujian tu tanda kita mampu dan tanda Allah sayang. Selalu ingatkan diri yang bukan aku saja yang susah. Ramai orang hantar bantuan kepada kami. 3 minggu juga kami tak boleh masak dan hanya terima bantuan makanan dari banyak pihak termasuk kerajaan dan NGO. Alhamdulillah rezeki tak putus-putus.


Bila ingat kembali detik-detik banjir tu memang menitis air mata sebab dengan rahmat Allah kami masih selamat. Kalau air naik tinggi lagi tak tahu nak fikir macam mana.




Satu rumah satu roro bin atau lebih. Sebulan mengemas tak habis lagi. Masalah sampah dan longkang tersumbat dengan lumpur. Allah tak tahu nak cerita. Bila Kak Feni post gambar kami kena banjir di facebook. Ramai yang pm, wasap dan dm tanya khabar. Alhamdulillah ramai sahabat transfer duit untuk Kak Feni. Allahuakbar hanya Allah saja mampu membalasnya. 


Rasa kosong betul masa ni. Rasa susahnya. Allah. Kereta motor takde. Nak keluar cari bantuan pun kena jalan kaki. Masa ni Allah bagi kekuatan untuk terus kuat. Masa hari kedua lepas banjir. Kak Feni demam sebab semalaman tak tidur. Badan pun seram sejuk. Sakit kepala semua ada. Penat tu tak tahu nak cakap.


Rumah mak mentua Kak Feni


Kami kena kemas 2 buah rumah sebab Kak Feni dan mentua duduk satu taman. Pertamanya kami kemas rumah mak dulu sebab nak duduk sini sementara.



Setelah beberapa hari baru nampak rupa rumah. Dapat sumbangan tikar jadi bolehlah buat lapik lantai. Gotong royong kemas rumah. Kami pun ulang alik rumah mak rumah kami.




Alhamdulillah rumah pun dah siap kemas. Rumah yang Kak feni sewa, tuan rumah nak repair sebelum orang baru masuk. Sayangnya nak tinggalkan rumah ni. Banyak kenangan. Jiran-jiran yang sangat baik. Tuan rumah yang baik dan semua baik-baik belaka.


Kak Feni hanya mampu doakan agar semua yang banyak tolong Kak Feni dan keluarga dalam menghadapi musibah banjir ini akan sentiasa dilimpahkan rezeki berpanjangan dan yang baik-baik datang kepada semua. Hanya Allah mampu membalasnya. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan, sumbangan, makanan, pakaian, al-quran, sejadah, keperluan harian dan semuanya lah. Terima kasih kerana bersama kami ketika kami down, sedih dan berduka. Hanya doa agar Allah membalasnya dengan berlipat ganda kebaikan. InshaAllah.


January 14, 2022

My First Entry In 2022 - Alhamdulillah

Ya lama tak bersiaran sebab mood masih dalam keadaan down, sedih, terkejut dan dalam proses healing. Allahuakbar (Allah Maha Besar) dan sebaik-baik perancang. Siapa kita untuk menidakkan nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah.


2022

Semoga tahun ni ada sinar yang lebih indah untuk Kak Feni sekeluarga. Akhir tahun 2021 - 18 & 19 Disember 2021, kami terlibat dengan banjir besar di Hulu Langat. Kami tinggal di Taman Sri Nanding dan rumah Kak Feni di lorong paling hujung dekat dengan sungai. Jadi bila air naik, lorong rumah Kak Feni yang akan naik dulu.


Masa kejadian kami baru balik dari rumah mak saudara. Memang dah agak akan banjir tapi yang kami tak sangka sangat air naik terlalu tinggi sampai tahap bumbung. Mental agak koyak masa mula-mula tapi lama-lama agak cool dan boleh terima kenyataan yang apa yang kami miliki bukan selamanya milik kita.


Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. InshaAllah dan alhamdulillah Allah gantikan dengan yang lebih baik. Banyak bantuan dari NGO, kerajaan, keluarga, sahabat-sahabat yang tak putus-putus mendoakan kami. Alhamdulillah syukur.


Tahun ni nak mula hidup baru. Nak mula apa yang dah hilang. Taman Sri Nanding hari ni pun nampak sangat gersang sebab lumpur yang kering dan berdebu. Pokok-pokok yang kena lumpur nampak kering dan kusam. Kalau dulu di depan deretan kedai-kedai tu meriah dengan orang berniaga, hari ni kosong dan kusam. 


Banyak rumah yang masih dalam proses pembersihan dan pemulihan. Longkang depan dan belakang rumah masih banyak lumpur. Nak cuci kena ceduk masuk dalam kereta sorong dan pergi buang. Allah rasa seksa sangat nak cuci rumah pun.


Kisah nak dapat bantuan masa mula-mula lepas kena banjir. Kebanyakkannya takde kereta dan motor akibat tenggelam banjir. Jadi nak dapatkan bantuan kena jalan kaki keluar ke jalan utama. Ingat sekali masa tu, Allah penatnya tapi Allah bagi kekuatan untuk sampai. Anak-anak pun macam faham yang kita dalam kesusahan.


Kak Feni dalam 5 6 hari juga tumpang tidur di rumah saudara di Kajang sebab rumah kami dah takde pape. Nak cuci pun ambil masa. Rumah Kak Feni dan juga rumah mentua. 2 rumah kami nak bersihkan.


Alhamdulillah sekarang dah bersih cuma Kak feni dan family masih menumpang di rumah mentua sebabnya pintu belakang rumah Kak Feni masih belum dibaiki. Sekarang ni Kak feni sedang tunggu untuk dapatkan kunci rumah baru. Dah hampir 2 tahun masih belum selesai. Harap-harap cepatlah prosesnya. Amin.


Dugaan yang datang menandakan kita mampu dan tanda Allah sayang. 


Kak Feni dah pun mula kerja Selasa minggu lepas. 2 minggu bercuti sebab nak kemas rumah dan kebetulan office pun kena banjir. Lif tak boleh guna jadi tutup sementara. Sekarang dah kerja macam biasa. Nasib baik motor kerja masih selamat sebab suami Kak feni tinggal di HKL bawa balik van. Van tenggelam. Motor selamat. Tak mengapalah dugaan ni tanda kita mampu dan Allah sebaik-baik perancang.

December 14, 2021

Dah Bersedia Untuk Menghadapi Tahun 2022 ?


 

Hari ni Kak Feni dah siap print planner tahun depan 2022. Google dan download je kemudian print. Print banyak-banyak share dengan collegue. Nak tunggu kalendar baru belum dapat lagi jadi sementara ni kita guna jela apa yang ada. Masa ni kalau kita nak memang tak dapat. Tunggu awal tahun depan. Mesti banyak dapat mengikut pengalaman yang lepas lah.


Alhamdulillah untuk 35 tahun ini. Masih diberikan waktu untuk terus hidup, bernafas dan berjuang untuk besarkan anak-anak. InshaAllah tahun depan masih lagi terus berjuang untuk hidup dan mencapai segala impian yang masih berbaris dalam list wishlist.


Sepanjang 2 tahun menghadapi masalah Covid-19 ni, alhamdulillah masih boleh bekerja dan menjana pendapatan. Macam kata orang pendapatan bulanan tu tak terjejas. Segala komitmen boleh bayar macam biasa. Alhamdulillah syukur sangat pada Allah. Rezeki melimpah ruah walaupun beribu dugaan yang datang.


2022 ni macam mana ? Sudah tentu mengharapkan yang baik-baik dan yang terbaik mengikut perancangan kita yang terhad ini. Tahun depan Kak Feni umurnya 36, husband 39, Abang Aus 10 dan adik 8 tahun. Kami setiap tahun menghitung detik bertambahnya usia. Semoga bertambah amalan baik untuk bekalan ke sana sebab kita ni manusia tiada yang sempurna.


Perjalanan kehidupan yang kita lalui ini adalah satu pelajaran yang kita tak boleh beli dimana-mana walaupun punya harta beribu juta. Duit boleh kita cari namun rahmat tuhan itu kita kena usahakan untuk memilikinya. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal dalam setiap langkah yang kita lalui. 


Yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri dan yang baik itu semuanya dari Allah. InshaAllah. 


Ready for 2022. InshaAllah kita sama-sama hadapi dengan bantuan Allah.

December 13, 2021

Selesai Bayar Saman PDRM Kereta Kak Feni

Alhamdulillah hari ni rezeki dapat bayar saman PDRM yang tertunggak lama rasanya. Mulanya ingat malas nak bayar sebab roadtax lepas. Hehe tapi bila fikirkan balik nasib di kemudian hari macam mana. Buatnya masa tu susah pulak kan. Naik harga balik lagi la.




Diskaun yang diberikan pun bukan sikit jadi Kak feni pun rebut peluang nak bayar saman ni. Saman RM300 dapat diskaun jadi RM60. Diskaun sampai 80%. Yang RM150 jadi RM30.


Kak Feni ada 3 saman untuk kereta atas nama Kak Feni. Semuanya sebab laju. Sebab yang drive kereta bukan Kak Feni. Takpela kita selesai jela dari bayar banyak nanti.


Tawaran ni sah sehingga 31 Disember 2021. Jadi ada masa lagi untuk yang nak tunggu gaji ke apa. Lepas pada ni di buat gila saman naik. Keluar waran tangkap semua kes naya. Dah kita salah kan ? Sabar jela banyak-banyak.


Okey bagi yang nak bayar saman melalui online boleh Tekan Sini.


Ada juga cara lain untuk saman boleh juga guna ATM Maybank dan melalui pejabat pos. Kak Feni malas nak serabut kepala beratur di ATM. Boleh je guna online macam di atas. Resit akan dihantar melalui emel dalam masa 48  jam. So tunggu lah kita 2 hari.


Terima kasih sudi melayari blog Kak Feni.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...