Showing posts with label Banjir Hulu Langat. Show all posts
Showing posts with label Banjir Hulu Langat. Show all posts

January 20, 2022

Sebulan dah banjir, kami masih trauma

Opis dah sebulan takde ekon. Lepas banjir 18/12/2021 hari tu 2 minggu tutup opis sebab lif tak jalan. Kak Feni 4 haribulan Januari baru masuk kerja sejak rumah kena banjir. Dah sebulan berlalu. Rasa nak move on pun dah semakin pulih. InshaAllah. Kerja tetap kena kerja sebab nilah salah satu punca rezeki kami. Kalau tak kerja macam mana nak mula hidup baru ni?


Satu rumah hilang bukan senang nak bangkit nak mula hidup baru. Walaupun mulut ni cakap ok takpe kami ok kami kuat. Namun jauh di sudut hati agak terkesan dengan musibah ni. Hilang semua harta benda dalam masa sehari je. 


Perit rasa dengan ujian ni. Allah !!! Namun ujian tu tanda kita mampu dan tanda Allah sayang. Selalu ingatkan diri yang bukan aku saja yang susah. Ramai orang hantar bantuan kepada kami. 3 minggu juga kami tak boleh masak dan hanya terima bantuan makanan dari banyak pihak termasuk kerajaan dan NGO. Alhamdulillah rezeki tak putus-putus.


Bila ingat kembali detik-detik banjir tu memang menitis air mata sebab dengan rahmat Allah kami masih selamat. Kalau air naik tinggi lagi tak tahu nak fikir macam mana.




Satu rumah satu roro bin atau lebih. Sebulan mengemas tak habis lagi. Masalah sampah dan longkang tersumbat dengan lumpur. Allah tak tahu nak cerita. Bila Kak Feni post gambar kami kena banjir di facebook. Ramai yang pm, wasap dan dm tanya khabar. Alhamdulillah ramai sahabat transfer duit untuk Kak Feni. Allahuakbar hanya Allah saja mampu membalasnya. 


Rasa kosong betul masa ni. Rasa susahnya. Allah. Kereta motor takde. Nak keluar cari bantuan pun kena jalan kaki. Masa ni Allah bagi kekuatan untuk terus kuat. Masa hari kedua lepas banjir. Kak Feni demam sebab semalaman tak tidur. Badan pun seram sejuk. Sakit kepala semua ada. Penat tu tak tahu nak cakap.


Rumah mak mentua Kak Feni


Kami kena kemas 2 buah rumah sebab Kak Feni dan mentua duduk satu taman. Pertamanya kami kemas rumah mak dulu sebab nak duduk sini sementara.



Setelah beberapa hari baru nampak rupa rumah. Dapat sumbangan tikar jadi bolehlah buat lapik lantai. Gotong royong kemas rumah. Kami pun ulang alik rumah mak rumah kami.




Alhamdulillah rumah pun dah siap kemas. Rumah yang Kak feni sewa, tuan rumah nak repair sebelum orang baru masuk. Sayangnya nak tinggalkan rumah ni. Banyak kenangan. Jiran-jiran yang sangat baik. Tuan rumah yang baik dan semua baik-baik belaka.


Kak Feni hanya mampu doakan agar semua yang banyak tolong Kak Feni dan keluarga dalam menghadapi musibah banjir ini akan sentiasa dilimpahkan rezeki berpanjangan dan yang baik-baik datang kepada semua. Hanya Allah mampu membalasnya. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan, sumbangan, makanan, pakaian, al-quran, sejadah, keperluan harian dan semuanya lah. Terima kasih kerana bersama kami ketika kami down, sedih dan berduka. Hanya doa agar Allah membalasnya dengan berlipat ganda kebaikan. InshaAllah.


January 14, 2022

My First Entry In 2022 - Alhamdulillah

Ya lama tak bersiaran sebab mood masih dalam keadaan down, sedih, terkejut dan dalam proses healing. Allahuakbar (Allah Maha Besar) dan sebaik-baik perancang. Siapa kita untuk menidakkan nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah.


2022

Semoga tahun ni ada sinar yang lebih indah untuk Kak Feni sekeluarga. Akhir tahun 2021 - 18 & 19 Disember 2021, kami terlibat dengan banjir besar di Hulu Langat. Kami tinggal di Taman Sri Nanding dan rumah Kak Feni di lorong paling hujung dekat dengan sungai. Jadi bila air naik, lorong rumah Kak Feni yang akan naik dulu.


Masa kejadian kami baru balik dari rumah mak saudara. Memang dah agak akan banjir tapi yang kami tak sangka sangat air naik terlalu tinggi sampai tahap bumbung. Mental agak koyak masa mula-mula tapi lama-lama agak cool dan boleh terima kenyataan yang apa yang kami miliki bukan selamanya milik kita.


Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. InshaAllah dan alhamdulillah Allah gantikan dengan yang lebih baik. Banyak bantuan dari NGO, kerajaan, keluarga, sahabat-sahabat yang tak putus-putus mendoakan kami. Alhamdulillah syukur.


Tahun ni nak mula hidup baru. Nak mula apa yang dah hilang. Taman Sri Nanding hari ni pun nampak sangat gersang sebab lumpur yang kering dan berdebu. Pokok-pokok yang kena lumpur nampak kering dan kusam. Kalau dulu di depan deretan kedai-kedai tu meriah dengan orang berniaga, hari ni kosong dan kusam. 


Banyak rumah yang masih dalam proses pembersihan dan pemulihan. Longkang depan dan belakang rumah masih banyak lumpur. Nak cuci kena ceduk masuk dalam kereta sorong dan pergi buang. Allah rasa seksa sangat nak cuci rumah pun.


Kisah nak dapat bantuan masa mula-mula lepas kena banjir. Kebanyakkannya takde kereta dan motor akibat tenggelam banjir. Jadi nak dapatkan bantuan kena jalan kaki keluar ke jalan utama. Ingat sekali masa tu, Allah penatnya tapi Allah bagi kekuatan untuk sampai. Anak-anak pun macam faham yang kita dalam kesusahan.


Kak Feni dalam 5 6 hari juga tumpang tidur di rumah saudara di Kajang sebab rumah kami dah takde pape. Nak cuci pun ambil masa. Rumah Kak Feni dan juga rumah mentua. 2 rumah kami nak bersihkan.


Alhamdulillah sekarang dah bersih cuma Kak feni dan family masih menumpang di rumah mentua sebabnya pintu belakang rumah Kak Feni masih belum dibaiki. Sekarang ni Kak feni sedang tunggu untuk dapatkan kunci rumah baru. Dah hampir 2 tahun masih belum selesai. Harap-harap cepatlah prosesnya. Amin.


Dugaan yang datang menandakan kita mampu dan tanda Allah sayang. 


Kak Feni dah pun mula kerja Selasa minggu lepas. 2 minggu bercuti sebab nak kemas rumah dan kebetulan office pun kena banjir. Lif tak boleh guna jadi tutup sementara. Sekarang dah kerja macam biasa. Nasib baik motor kerja masih selamat sebab suami Kak feni tinggal di HKL bawa balik van. Van tenggelam. Motor selamat. Tak mengapalah dugaan ni tanda kita mampu dan Allah sebaik-baik perancang.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...