April 3, 2019

BUAT BAIK SAMPAI BILA-BILA

Bulan ni gaji lambat lagi. Sama macam bulan lepas. Kenapa lambat ya bulan lepas ? Entah dah lupa. Rasanya bos tak ada untuk sign cek gaji. Jadinya lambatlah kami dapat gaji.

Bulan ni pun lambat bayar duit sewa rumah. Nasib baik dapat tuan rumah yang sangat baik dan memahami.Allah permudahkan segala urusan. Belanja pun bercatu dah sekarang ni. Risau juga tiba-tiba kena kecemasan ke. Maklumlah ekonomi sekarang ni masih teruk. Barang pulak mahal. Gaji tak naik-naik. Sedihnya. Bukan tak usaha tapi tak tahu nak habaq macam mana dah.

Buat bisnes online pun kadang-kadang ada rezeki kadang-kadang tak ada. Macam biasa tapi hidup mesti diteruskan selagi ada nyawa di badan. Selagi ada peluang dan ruang semoga semuanya baik-baik saja.

Kalau nak dihitung segala hutang dan komitmen ni memang sangat-sangat terbeban rasanya. Tambah-tambah lagi komitmen bulanan yang melebihi pendapatan. Tapi Allah itu maha pengasih dan penyayang. Ada je rezeki yang dia bagi. 

Rezeki itu bukan hanya dengan wang ringgit sebenarnya. Mendapat anak-anak yang baik, soleh dan sihat walafiat juga adalah satu rezeki. Suami yang memahami dan menolong saat kita susah juga rezeki. Rezeki ini banyak sebenarnya. Hanya tinggal kita untuk menghargainya dan terus bersyukur.

Begitu juga bahagia. Nak bahagia ni ikut cara masing-masing. Jangan kita tengok cara orang lain kita nak ikut. Bak kata orang ukur baju badan sendiri. Bahagia dengan cara kita. Allah akan lebih sayang hambanya yang sentiasa bersyukur.

Kadang-kadang kita ni terlalu memikirkan tentang kekurangan diri sampai lupa dengan kelebihan yang Allah bagi. 

Benda positif yang kita buat setiap hari menjadikan hidup kita lebih baik dari sebelum ni. Contohnya, kalau sebelum ni susah nak bangun pagi. Cuba bangun pagi. Nikmati hari dengan penuh bahagia. InshaAllah hidup kita akan lebih indah dan bahagia.

1% setiap hari. Setahun dah menjadikan kita 365%. Bukankah itu lebih baik dari kita tidak berbuat apa-apa. Apapun dugaan kita hari ini. Semuanya akan berlalu. Sekurang-kurangnya amalan kita yang baik itu akan membawa kebaikan kepada kita. 

Photo : kredit to Nak Bebel

Sekian bebelan untuk hari ini.

April 2, 2019

Semoga Bulan Ni Lebih Indah


Bulan Mac telah berlalu meninggalkan kita. Semoga bulan ni bulan April, hidup kita lebih indah dan lebih bermakna.

Dalam mengejar cita-cita banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kita lalui. Sesungguhnya dugaan dan cabaran itu menjadikan kita lebih kuat dari sebelum ini. Kalau kita tak lalui ujian ini, kita tak tahu pun yang kita mampu hadapinya.

Kunci kejayaan adalah sabar dan tidak berputus asa. Berusaha sehabis baik dan sentiasa berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan harian kita.

Allah akan sentiasa ada dengan kita walaupuan tiada siapa pun yang percayakan kita. Nak berjaya kena kuat semangat. Pedulikan segala kata-kata biawak yang ada dalam kepala.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Yakin yang kita pasti akan berjaya suatu hari nanti. Kejayaan pasti milik kita.

Selamat datang April. Bulan ni adalah bulan yang terindah untuk aku. InshaAllah.

March 29, 2019

UJIAN TANDA KASIH SAYANG

Bersyukurlah ketika ujian Allah itu datang. Allah mendatangkan rahmat yang tidak ternilai melangkaui apa yang kita fikirkan. Kadang-kadang kita ni terlalu memikirkan tentang apa yang kita tidak tahu.

Tidak yakin dengan diri sendiri menyebabkan kita tidak tahu apa yang kita perlu buat seterusnya. Perjalanan kita yang berbeza-beza. Kadang-kadang masa ni, kita tengah bahagia tapi dalam masa yang sama ada sahabat-sahabat kita yang sedang berduka. Pelbagai cerita dalam satu masa.

Allah menghantar ujian itu untuk kita sentiasa mengingati DIA. Dia rindu dengan kita supaya kita sentiasa ingat dia. Dalam mencari  ketenangan hati dan jiwa. Kita tidak perlu pun bersusah payah dengan pergi sini sana atau menghabiskan wang berjuta, dengan hanya menundukkan diri pada yang Maha Esa, inshaAllah hati akan menjadi tenang.

Pelbagai cara untuk membahagiakan diri sendiri dan keluarga. Cara bahagia sendiri. Kadang-kadang kita ni terlalu try hard untuk mengambil hati orang lain sampai lupa untuk mengambil hati sendiri. Menjaga hubungan itu memang baik, namun kalau orang tidak menghargai untuk apa ? Last kita juga yang makan hati.

Hiduplah dengan seadanya. Bersyukur dengan apa yang kita ada bukan dengan apa yang kita tiada. Kita ni kalau nak kira beruntung dengan tidak kena tengok orang yang lebih kurang dari kita. Ini menimbulkan keinsafan dan mewujudkan tanda kesyukuran dalam hati.

Merendah diri itu lebih mulia. Bukan sahaja untuk pandangan manusia malah pandangan Allah. Kita ni selalu merungut itu ini. Sedangkan masih ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Sedang kita sedang memikirkan nak makan apa ? Dekat mana ? Masih ramai insan lain yang terpaksa mengikat perut untuk sesuap nasi. Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang tiada tandingan ini. 

Sedang kita seronok-seronok dengan anak-anak, masih ramai yang menunggu tuhan mengabulkan doa-doa mereka untuk dikurniakan anak. 

Allahuakbar ! Terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri. Terima kasih ya Allah untuk nikmat ini.

BAGAIMANA TANDA KITA BERSYUKUR ?

1. Melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Menjadi hamba Allah itu bukan susah namun tak mudah. Untuk menjadi muslim yang baik seharusnya melakukan suruhanNya. Menjadi manusia yang baik dan berguna untuk agama dan bangsa. Jangan melakukan kerosakan di dunia ini.

2. Sabar dengan setiap ujian

Bila ditimpa ujian, kita sabar dan berusaha untuk mengatasi segala ujian itu. Bergantung harap dan yakin dengan bantuan Allah akan tiba. 

3. Mengajak ke arah kebaikan.

Kita dilahirkan sebagai khalifah Allah yang akan membimbing generasi akan datang supaya menjadi insan yang lebih baik. Kalau kita sendiri melakukan keburukan atau kerosakan, macam mana dengan generasi akan datang. Menjadi contoh yang baik kepada orang lain termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.

ISLAM ITU INDAH

Sesungguhnya Islam itu adalah agama Allah. Bersyukur menjadi muslim dan sentiasa berusaha menjadi seorang muslim yang baik. Berusaha mencari redha Ilahi. Amar Makruf Nasi Mungkar. 

Allahuakbar. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. Wallahualam.

March 28, 2019

Selamat Pengantin Baru Untuk Pak Su

Sibuk 2 3 minggu ni. Sekarang ni baru boleh tarik nafas lega. Majlis pun dah selesai. Bermula hari Jumaat lepas sampai lah ke hari Ahad. 3 hari berturut-turut majlis perkahwinan Paksu. Jumaat majlis akad nikah di Semenyih, Sabtu majlis sebelah pihak perempuan dan hari Ahad majlis di pihak lelaki.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. 

Jumaat 22/03/2019.

Kami betolak awal ke Semenyih untuk majlis akad nikah. Majlis ni hanya adik beradik dan Mak Ude je yang hadir sebab semua orang masih kerja. Malam baru ramai yang sampai.




Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Majlis akad nikah dimulakan di surau berdekatan pada pukul 3.00 petang selepas selesai orang solat Jumaat. Sementara menunggu orang lelaki solat Jumaat, geng wanita dan mak-mak ni bertanggak di homestay yang telah disediakan oleh pihak keluarga pengantin perempuan. Selesai sahaja majlis akad nikah, kami dijemput ke rumah pengantin untuk menjamu selera.

Selesai majlis, kami bertolak balik ke rumah mak. Malam ni ada majlis makan-makan untuk ahli keluarga. Makan malam biasa-biasa je. Kami pula dah tempah untuk berinai, mengalahkan pengantin. Biasalah semua nak melawo kan. Kihkihkih.



Ramai yang berinai tapi tak sempat nak ambik semua. Yang ni jer sempat ambil gambar nak buat kenangan. Jumaat malam, kami agak bersantai jer dengan family sebab aktiviti malam ni hanya makan-makan dan berinai untuk wanita. Memeriahkan suasana. Ramai yang ambik turn nak berinai sebab yang menconteng inai hanya seorang je. Import jauh dari Ampang.

Masa ni, Kak feni dah sakit kepala sangat-sangat sebab penat dan cuaca pun hangat sangat. Sementara menunggu inai di tangan kering, sempat jugalah berbaring di tikar untuk melelapkan mata yang letih.

Sabtu, 23/03/2019.

Majlis perkahwinan di sebelah pengantin perempuan. Masa ni sanak saudara ramai dah sampai untuk sama-sama memeriahkan majlis.






Alhamdulillah selesai majlis di sebelah pengantin perempuan. Kami balik ke rumah untuk persiapan kenduri esok hari pula. Nasib baik lah Hulu Langat dengan Semenyih tak jauh mana. Dalam 30 km kalau ikut jalan belakang. Kalau ikut highway pun lebih kurang macam tu juga.

Ahad, 24/04/2019.

Majlis menyambut menantu sebelah pihak lelaki yang berlangsung di Dewan Taman Sri Nanding. Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi. Kami ahli keluarga bersiap awal untuk menyambut kehadiran para tetamu.



Sebenarnya banyak lagi gambar yang di ambil tapi semuanya guna handphone orang lain. Hahaha Handphone Kak Feni habis bateri sebab dibuat main games oleh Abang Aus. Sabor jela. Jadi tumpang jela ambik gambo dengan handphone orang lain. Bila dah majlis ni, kadang-kadang tak sempat nak berOOTD. Kihkih.

Apapun nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru untuk Paksu dan Acu, semoga bahagia sampai syurga". Welcome to the club.

Tu jela nak update kot, mana tahu esok fb dengan ig jeng ke, ada jugak bekap di blog Kak Feni ni. Satu dunia boleh tengok. Haha perasan tak sudah !


March 18, 2019

VITALEA SHAKLEE MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK KESIHATAN

Badan selalu rasa letih dan tidak bermaya ? Mudah mengantuk dan kurang mood untuk melakukan tugas harian. Badan pulak rasa lemau dan kurang motivasi hingga menjejaskan aktiviti harian. Cuba amalkan Vitalea sebagai makanan tambahan untuk memberikan tenaga bagi menjalankan tugas harian dengan cergas dan sihat.

Multivitamin dan mineral pertama di dunia dihasilkan pada tahun 1915. Dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu pengasas Shaklee.

Asalnya dikenali sebagai "Vitaliza-mineral' dan disingkatkan nama jadi "vita-min'. Perkataan vitamin yang disebut sekarang asalnya dari Shaklee. Bentuk asalnya ialah cecair dan diolah menjadi tablet. Tablet disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina sebab tu warnya hijau.

1 Tablet vitalea bersamaa 28 nutrisi lengkap iaitu ekstrak sayur, buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral. Vitalea adalah multivitamin yang paling pantas dan paling larut dalam air. Ianya memudahkan tubuh untuk menyerap segala nutrisi.



Antara vitamin penting yang terdapat dalam Vitalea ialah :

Biotin - Membantu badan dalam menghasilkan tenaga daripada protein dan lemak.
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat.
Beta Karotena - meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus, dan fungsi imunisasi.
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran darah urat saraf dan otot.
Boron - Membantu dalam metabolisme vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot, dan membantu kekalkan tekanan darah dan denyutan nadi jantung


KENAPA PERLU AMBIL VITALEA SEBAGAI SUPLEMEN TAMBAHAN ?


Kita ni makan pun kadang-kadang tidak cukup seimbang disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya bila kita terlalu sibuk dengan kerja sampai makan pun tidak ikut waktu. Terpaksa tinggalkan makan sarapan pagi atau makan tengahari. Makan pula makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera dalam tin dan juga banyak bahan pengawet yang dah tentu tidak bagus untuk kesihatan. 

Dari segi seimbang memang tidak seimbang kerana tidak cukup dengan sayur dan buah-buahan. Makan sekadar makan untuk mengisi perut yang lapar. Sebab tu kita kena ambil suplemen untuk membantu dalam mencukupkan nutrisi yang kurang dalam tubuh.



Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan VITALEA SHAKLEE selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sehingga 65%. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


MANFAAT VITALEA SHAKLEE 


Penambah Tenaga Segera - Memberikan tenaga untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja harian.

Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

Keupayaan sistem Produktif - Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertubuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga tirod.

Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.




TESTIMONI VITALEA SHAKLEE




Berminat untuk mendapatkan Vitalea boleh menghubungi Kak Feni :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



March 15, 2019

BERAPA LITER AIR YANG KITA PERLU MINUM DALAM SEHARI ?

Alhamdulillah nak berkongsi pasal berapa liter air yang perlu kita minum setaip hari untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan yang ideal.

Bagi Kak Feni yang selalu amalkan suplemen ni mesti kena minum air kosong banyak-banyak supaya suplemen yang Kak Feni amalkan tu berfungsi dengan baik dalam tubuh. Taknaklah makan suplemen yang beli mahal-mahal tapi tak berkesan pun untuk tubuh.



Jumlah air yang perlu diminum oleh setiap orang adalah berbeza bergantung kepada berat badan, tinggi, umur dan juga jantina. 

Jadi macam mana nak kira berapa liter air yang kita perlu minum sehari seringkas mungkin?

Kita perlu minum air sebanyak 1 liter untuk 25kg berat badan. Contohnya, macam berat Kak Feni sekarang ni 67kg bahagi dengan 25kg. Jadi kena minum air kosong sebanyak 2.68 liter sehari. Dekat 3 liter. 

Kalau ikutkan tinggi dengan berat Kak Feni dah overweight tapi masih belum tahap obesiti. Jadi memang kena jaga kesihatan. Tambah-tambah lagi umur dah semakin meningkat ni dah sudah melebih 30 tahun.

Kelebihan minum air kosong untuk kesihatan ni sangat banyak. Salah satunya untuk menjaga berat badan yang ideal. Bila badan dah cantik senang untuk bergerak buat kerja.


Dulu orang tua-tua sangat menjaga pantang terutama untuk ibu yang baru lepas bersalin. Mereka belajar melalui pengalaman dan diturunkan kepada anak cucu. Zaman berubah mengikut peredaran masa. Kadang-kadang amalan pantang ni bagus untuk ibu dan bayi namun ada juga yang tidak boleh kita ikut sepenuhnya.

Ibu berpantang dilarang minum air banyak semasa dalam pantang dikhuatiri badan menjadi gemuk dan susah nak turun. Sedangkan itu hanyalah mitos. Air kosong hendaklah diminum secukupnya untuk meningkatkan kesihatan ibu dan juga memperbanyak susu ibu. Kalau air tak cukup, badan pun susah nak proses susu. Air ni macam pengangkutan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Jadi ibu berpantang seharusnya minum air secukupnya untuk mengelakkan pelbagai masalah seperti dehidrasi, sembelit, susu badan merudum dan sebagainya.

Kepentingan minum air secukupnya membantu menyihatkan tubuh badan serta melancarkan proses perkumuhan badan. Senang nak membuang dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. 

Apa akan jadi kalau terlebih minum pula?

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Jagalah kesihatan kita supaya dapat nikmati hidup ini dengan lebih bahagia. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. 

March 14, 2019

KITA SIHAT ALA RASULULLAH

KITA SIHAT ALA RASULULLAH | 

Rasulullah bersabda :

"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim) 


Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah s.a.w ?
Ikuti resepi berikut : 

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH 

Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg baik utk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 


Rasulullah S.A.W 
sentiasa rapi & bersih, tiap² hari Khamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut² halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak
wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang² dewasa Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)
Firman ALLAH dalam Surah Al A'raaf, ayat 31; 
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN 

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan ) "(Muttafaq Alaih) 


Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
4. GEMAR BERJALAN KAKI 

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori² terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. 


5. TIDAK PEMARAH 


Nasihat Rasulullah s.a.w: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali.
Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran, ayat 133 dan 134; 
"dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara yang baik"
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA 


Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah S.W.T.
Firman ALLAH dalam Surah Yusof, ayat 87; 
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
7. TAK PERNAH IRI HATI 

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wassalam


Kak Feni copy paste dari emel. Terima kasih kepada pengirim.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...