April 6, 2022

Ramadhan Day - 4

 


Alhamdulillah hari ni dah 4 Ramadhan Al Mubarak. Hari cepat betul berlalu. Pejam celik pejam celik dah 4 Ramadhan. Tunggu hari nak sambut Raya dah. Tahun ni tak plan lagi nak beli baju raya warna apa, macam mana. 


Bagi Kak Feni tunggu dapat durian runtuh jela. Beli ala kadar je. Untuk anak-anak. Kita ummi abah ni pakai jela apa yang ada. Kak Feni banyak orang bagi masa kena banjir tahun lepas. Tengok baju-baju pun elok lagi. Nak pilih-pilih yang elok pakai. Kalau beli pun bukan pakai selalu kan. InshaAllah kalau ada rezeki tak kemana.


Harap-harap tahun ni boss bermurah hati nak bagi duit raya setelah beberapa tahun tak dapat duit raya disebabkan oleh PKP. Tahun 2020, nasib dapat gaji setiap bulan walaupun tak masuk kerja. Tahun 2021, tak dapat juga sebab company tengah struggle nak pulih. Tahun ni harapnya bertambah baik dan baik. 


Cerita pasal Ramadhan. Tahun ni kami berpuasa di rumah mentua macam tahun sebelum ni. Sejak banjir hari tu kami masih di rumah mentua. Tak sambung duduk rumah sewa sebab tunggu kunci rumah baru yang entah bila nak dapat. Allahuakbar. Tak tahu lah dah followup dengan lawyer pun masih lambat. Cerita pasal rumah ni banyak sangat nak kena follow up. 


Apapun Ramadhan yang mulia ini semoga kita menjadi insan yang lebih baik. InshaAllah. 


Anak-anak dah mengira hari nak raya. Yang Adik Rayyan alhamdulillah setakat ni masih berpuasa. Sekolah je dia celam celup pergi. Takpelah slow-slow nak paksa sangat pun baru darjah 2. Dia pun baru berumur 7 tahun sebab lahir hujung tahun. Lepas tu abang pulak sekolah secara bergilir. Jadi dia tak puas hati kenapa dia kena sekolah pagi petang. Ragam anak-anak.


Kita mak-mak ni kena banyak sabar walaupun kadang-kadang tak sabar pun tapi tetap kena sabar. Nak buat macam mana dah anugerah Allah bagi kan. Alhamdulillah untuk nikmat hidup dan keluarga bahagia ini. Harapnya sampai ke syurga Allah.


Malam ni nak masak apa ? Kelmarin buat spaghetti bolognese dengan angahnya. 2 hari berturut dok ulang makan spaghetti. Favorite anak-anak. InshaAllah nanti nak masak spaghetti cabonara pulak. Kena cari bahan-bahan nak masak. Yang hari tu dah habis. 


Apa cerita Ramadhan korang ?

April 5, 2022

BR Duck - Tak Rugi Beli Sebab Sedap !!!

First day Ramadhan hari tu kami singgah BR sebab anak-anak nak makan kek. Layankan jela anak-anak nak makan kan. Sempena bithday Kak Feni 27 Mac hari tu. Sendiri beli sendiri makan. Hehe

Kami beli kek ais krim satu. Coklat oreo dan 1 cup ais krim choclate chips.



Lepas berbuka kami makan ramai-ramai. Sekali sekala nak makan kek ais cream kan. Selalu beli Secret recepi. Anak-anak nak rasa yang ni je. Bila dah beli kek nampak pulak ais cream yang dalam cup tu. Mula nak beli mangkuk yang kecil rasa rugi. Beli jela dalam cup yang paling kecil harga RM33.50. Kalau beli 2 dapat less 20% (yang ni kena cek balik sebab kami tak berapa dengar). Kami ambil satu je sebab dah beli kek. Kang tak habis pulak kan.



Ais krim ni kami makan next day pula, puasa hari kedua sebab yang kek pun belum habis. Sedap gila weii ais cream mahal. Kekeke patutlah budak-budak suka. Kita yang tua ni tumpang yang anak-anak jela. Sekali sekala nak rasa kan.


Cantik kan packaging dia?


Harga kek ais krim tu RM106.00 dan  ais krim yang paling kecil RM33.50. Jadi total semua RM139.50. Haa kau sekali beli kek kan. Takpelah sekali sekala nak merasa.




Sebelum ni nak makan ais krim dia pun takut-takut sebab tak reti. Haha. Sekali cuba nak lagi dan lagi. InshaAllah ada rezeki boleh merasa. Nak kata kita ni kayangan tak juga, nak reward diri sendiri dan keluarga setelah penat kerja apa salahnya kan.


Bila orang post macam-macam kat media sosial, janganlah kita bersangka buruk yang semua nak tunjuk. Bagi Kak Feni tu salah satu tanda kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sementara ni. Semuanya pinjaman je. Allah bagi nikmat untuk merasainya.


Terpulanglah pada pandangan masing-masing asalkan kau bahagia. Tak gitu ? Salam Ramadhan semua.

April 4, 2022

Ramadhan 1443 - Day 2

Hari ni alhamdulillah masih boleh menjalankan ibadah puasa. InshaAllah akan berterusan sehingga akhirnya. Semalam Adik Rayyan bangun sahur tapi tak makan. Hanya minum air kosong. Nak tunggu berbuka tu lembik juga dia.


Mengadu lapar ummi lapar ummi. Ummi tengok pun tak sampai hati tapi suruh juga di kuatkan semangat sebab lagi sejam je nak berbuka. Ummi suruh mandi dan rehat-rehat je.



Alhamdulillah berjaya puasa sehari adik rayyan. Ummi simpan sini sebagai kenangan. Hari ni dah mula sekolah. Ummi pun dah start kerja macam biasa. Pejabat habis pukul 3.00 petang tapi ummi tetap kena tunggu abah sampai pukul 6.00.


Kalau rumah dekat, dah boleh balik awal. Nasib rumah jauh dan kita datang dengan husband. Dulu rasa tak boleh nak hidup macam ni tapi dah 9 tahun hadap macam ni kan. Demi anak-anak dan keluarga.


InshaAllah kalau ada rezeki esok-esok. Dapat beli ke sewa rumah dekat dengan tempat kerja. Tak lah jauh nak travel setiap hari kan. Mana tahu doa bulan Ramadhan ni Allah makbulkan. Harap semuanya dipermudahkan segala urusan.


Masa banyak habis di pejabat je sampai anak-anak pun dah besar. Kalau duduk dekat-dekat dah boleh balik kemas-kemas rumah, masak ke apa ke untuk keluarga. Dah ujian kita begini kan.


Allah pun dah atur yang terbaik. Kita hamba kena redha dan usaha serta tawakal dengan apa yang Allah bagi. Sebab tu ummi nak kerja, nak ada duit sendiri. Bila kita susah. Takde sape nak pandang. Kita macam ni pun orang asyik pandang rendah dengan kita. Ni kan pula kalau kita takde apa-apa.


Ini hakikat sebenarnya. Cukuplah kita tidak menyusahkan orang. Orang pun tak suka kalau kita selalu meminta-minta ni. Ajari hati untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Berkongsi apa yang kita ada dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.


Bulan Ramadhan ni, nak buat banyak amal ibadat. Nak kuatkan semangat. InshaAllah.

April 1, 2022

Ramadhan Hampir Tiba

Bermula April 2022, lusa kita akan menyambut Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah semoga kita bertemu lagi tahun ini. Terasa sayu bila Ramadhan nak menjelma. 


Banyak yang nak buat sempena Ramadhan ni. InshaAllah nak tambah pahala dan nak kurangkan dosa.




Sempena Ramadhan ni, Kak Feni order tasbih yang blink-blink sebagai motivasi untuk diri sendiri supaya terus semangat nak berzikir setiap hari. Kak Feni order dengan Shopee je sebab senang. Sekarang nak apa-apa ushar je shopee dengan lazada. Vitamin dan jamu je yang Kak Feni tak berani nak order melalui shopee dengan lazada sebab risau takut expired dan tiruan.


Selalunya kalau vitamin atau jamu ni Kak Feni akan cari ejen atau dropship je sebab nak dapatkan info yang lebih tepat. Salah pilih naya badan. Ha gitu.


Sempena Ramadhan yang mulia ni, Kak Feni dah pasang niat untuk banyak perbaiki diri, banyakkan amalan untuk tambah pahala. InshaAllah.


Tahun ni ramai yang dah pergi meninggalkan kita. Hilang yang tiada pengganti di dunia ini. Kita yang tinggal ni banyak-banyak buat kebaikan dan amal sebab apa yang ada hari ini bukan kekal selamanya. Yang kita bawa amal kebaikan kita. Sedekah kita.


Allahuakbar. Mengenangkan yang diri ini terlalu banyak dosa. Banyak khilaf diri. Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum ni. Jadi insan yang lebih baik dari sebelum ni. Untuk kejar syurga Allah itu kan bukan percuma.

March 15, 2022

Memberi Bukan Hanya Ketika Kita Ada

Jadilah insan yang selalu memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun sekecil zarah kerana Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Selalulah mengingatkan diri yang apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa Allah nak ambil, dia akan ambil.


Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Suka ke tak suka ke kita kena nikmati dan bersyukur. Kadang-kadang yang kita tak suka itu barangkali adalah yang terbaik untuk kita. Allahuakbar. 


Perjalanan pahit manis sepanjang hampir 36 tahun ni banyak mengajar erti susah senang. Allah, terima kasih untuk nikmat ini. Janganlah Kau pesongkan hati-hati kami.


Kadang-kadang diri ini rasa kosong dan rasa juga putus asa. Namun bila kenangkan yang aku hidup bukan untuk aku saja. Ada anak-anak yang perlu disuap. Ada family yang perlu dijaga. Hati tu kuat juga. Siapa kata kita ni sentiasa di atas ? Roda kehidupan sentiasa berputar.


Cuma ada masalah takkan kita nak share semua dengan semua orang. Di zaman serba moden dan semua di hujung jari ni. Kalau kita bijak menggunakan media sosial maka akan terhasilah kebaikan. Jika kita salah guna pun boleh mendatangkan keburukan. Begitulah ceritanya.


Jadi marilah kita bersama-sama menjadi insan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada orang lain. Selalu ingatkan diri yang kita ni tak sempurna. Bersihkan hati, jangan cemburu dengan kejayaan orang lain, jangan sakit hati dengan kelebihan orang lain. Kita buat apa yang kita mampu. InshaAllah akan ada rezeki kita.

 

Sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati, tetapkan iman untuk menghadapi ujian fitnah akhir zaman ni. Jalani hidup ini dengan bahagia dengan cara kita sendiri.

 

Kak Feni menulis sebenarnya adalah untuk menasihati diri sendiri agar jangan lupa asal usul. Jangan lupa apa yang telah dilalui dan sentiasa muhasabah diri yang apa yang kita miliki hari ini bukanlah selamanya milik kita.

 

Ajari hati untuk sentiasa bersabar dan tidak sombong dengan nikmat yang Allah beri.


Alhamdulillah.

March 9, 2022

Mengopi Dengan Husband


Ahad pagi 6/2/2022 kami keluar awal sebab ada bantuan pakaian sekolah untuk anak-anak. Kena pergi ambil di Dewan Komuniti Semenyih. Ummi pergi dengan abah je sebab anak-anak malas bangun awal. Haha taknak bangun apa susah? Kita tinggal jela.


Kami ikut jalan belakang ikut jalan Sungai Tekali sebab tak jem. Kalau ikut jalan luar highway mesti lambat sebab kereta banyak. Kami sampai awal dalam pukul 10.00 pagi. Masa ni belum ramai lagi orang yang datang. Saiz baju pun kami ikut je rasa-rasa muat sebabnya tak bawa anak-anak.



Alhamdulillah dah selesai dapat baju sepasang seorang. Anak lelaki dapat sepasang baju melayu dan sampin. Jenama Canggih. Sebenarnya kami dapat voucher dari Kerajaan Negeri RM100 untuk mangsa banjir. Alhamdulliah tak perlu keluar duit beli baju sekolah agama. Ni pun dinamakan rezeki.


Kami selesai awal sebab sampai awal. Balik kami ikut jalan belakang juga sebab taknak hadap jem. Masa on the way nampak kedai minum. Kami ingat nak singgah gerai biasa je. Tak sangka jumpa pulak kedai hipster. Bolehlah ootd nanti sebab kopi dia sedap.



Kak Feni pilih satu kopi karamel dan coklat. Dua-dua sedap. Coklat nice sebab tak manis sangat. Kopi Karamel masa mula-mula minum sedap sangat sebab tak manis. Bila karamel dan ais cair campur semua jadi manis. 





Cafe ni buka bermula pukul 11.00 pagi. Kami customer pertama hari ni. Owner masih dalam persiapan untuk opening kedai. Kerana cantik dan menarik kami singgah. Sementara tunggu kopi siap, kami selfie dulu ditemani seekor kucing namanya bobby. Owner cafe kata, dia memang suka melayan customer.




Sebenarnya ada seekor lagi yang bulu lebat sambut kami masa kami sampai tapi entah kemana dia masa kami menunggu minuman sampai.


Sebenarnya Kak Feni lupa nama cafe ni tapi kalau ikut jalan ingat sebab cafe ni berhadapan dengan kedai sup gear box. Hehe next time nak lepak-lepak ootd boleh pergi lagi sebab ada kolam yang cantik. Masa ni masih under construction sebab ada orang tengah buat pondok di kawasan cafe.







Cantikkan view dia ?

Semoga ada rezeki boleh mengopi lagi. Lepas minum terus balik sebabnya husband Kak Feni masih ada kerja untuk di selesaikan. Sekali sekala boleh dating kan. Hehe

February 17, 2022

Jom Kita Kuatkan Imun Badan Dengan Vitamin Shaklee

 


Jumlah kes covid untuk semalam. Takut rasanya bila tengok angka kes hari ke hari. Semalam kami ke klinik untuk dapatkan rawatan Abang Aus. Dia dedor badannya. Jadi kami bawa ke klinik. Lama dah kami sekeluarga tak kena sejak kami kena covid bulan 9 tahun lepas. Alhamdulillah.

Masing-masing ambil langkah berjaga-jaga. Kita jaga kita. Kami kuarantin pun di rumah saja.


Okey untuk masa sekarang vitamin Shaklee yang tengah promosi untuk bulan Febuari 2022 ialah seperti poster di bawah :-


 Sekarang ni ada free membership bila anda grab 2 botol setiap vitamin di atas.



Kebaikan Vitamin C Shaklee

✓ Membantu meningkat sistem imun badan.
✓ Membantu membina sel darah merah yang lebih sihat untuk bantu penyerapan zat besi dan bantu sel darah putih menentang jangkitan bakteria dan kuman.
✓ Mengurangkan risiko penyakit insomnia.
✓ Memberi tenaga dan mengurangkan risiko badan letih dan lesu.
✓ Membantu mengatasi masalah resdung. (Boleh diambil bersama Alfalfa untuk kesan lebih baik)
✓ Membantu menurangkan pengoksidaan di saluran darah. Jadi, dapat bantu mengekalkan paras kolestrol dan tekanan darah yang lebih sihat.
✓ Mengurangkan risiko penyakit buta akibat katarak
✓ Membantu menurunkan paras asid urik. Bagus untuk yang ada masalah gout.
✓ Menghasilkan bahan pemancar sarah (neurotransmitter)
✓ Membantu mengurangkan risiko penyakit batu karang pundi hempedu
✓ Membantu mengurangkan stress dan masalah berkaitan sakit mental.




Kebaikan Shaklee Kids Hero Kiddo


✓ 4 nutrien yang menyokong imun sebagai penggalak imun
✓ Bentuk beruang bergetah
✓ Rasa ceri
✓ Lebih menarik, lebih sedap dan menyeronokkan
✓ rasa ceri semulajadi dalam bentuk menarik
✓ Kaya dengan nutrient (vit C, vit D, zink & ekstrak elderberi)
✓ Kepekatan Elderberi yang tinggi (64:1) setiap hidangan
✓ Vitamin C yang tinggi (210mg/hidangan)
✓ Tidak-GMO, tanpa gluten, tanpa soya, vegan
✓ Tiada perisa tiruan, pemanis atau pengawet tambahan.
✓ Tiada sirap jagung. Diperbuat daripada pektin
✓ Disahkan Halal Certified oleh Badan Halal Montreal Certification – diiktiraf oleh Jakim 
 


Berbaloi sangat kalau grab promo ni sebab jimat sangat. Vitamin C boleh tahan berbulan untuk sebotol. Kalau share dengan kawan-kawan pun lagi berbaloi. Untuk dapatkan vitamin Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...