April 1, 2022

Ramadhan Hampir Tiba

Bermula April 2022, lusa kita akan menyambut Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah semoga kita bertemu lagi tahun ini. Terasa sayu bila Ramadhan nak menjelma. 


Banyak yang nak buat sempena Ramadhan ni. InshaAllah nak tambah pahala dan nak kurangkan dosa.




Sempena Ramadhan ni, Kak Feni order tasbih yang blink-blink sebagai motivasi untuk diri sendiri supaya terus semangat nak berzikir setiap hari. Kak Feni order dengan Shopee je sebab senang. Sekarang nak apa-apa ushar je shopee dengan lazada. Vitamin dan jamu je yang Kak Feni tak berani nak order melalui shopee dengan lazada sebab risau takut expired dan tiruan.


Selalunya kalau vitamin atau jamu ni Kak Feni akan cari ejen atau dropship je sebab nak dapatkan info yang lebih tepat. Salah pilih naya badan. Ha gitu.


Sempena Ramadhan yang mulia ni, Kak Feni dah pasang niat untuk banyak perbaiki diri, banyakkan amalan untuk tambah pahala. InshaAllah.


Tahun ni ramai yang dah pergi meninggalkan kita. Hilang yang tiada pengganti di dunia ini. Kita yang tinggal ni banyak-banyak buat kebaikan dan amal sebab apa yang ada hari ini bukan kekal selamanya. Yang kita bawa amal kebaikan kita. Sedekah kita.


Allahuakbar. Mengenangkan yang diri ini terlalu banyak dosa. Banyak khilaf diri. Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum ni. Jadi insan yang lebih baik dari sebelum ni. Untuk kejar syurga Allah itu kan bukan percuma.

March 15, 2022

Memberi Bukan Hanya Ketika Kita Ada

Jadilah insan yang selalu memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun sekecil zarah kerana Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Selalulah mengingatkan diri yang apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa Allah nak ambil, dia akan ambil.


Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Suka ke tak suka ke kita kena nikmati dan bersyukur. Kadang-kadang yang kita tak suka itu barangkali adalah yang terbaik untuk kita. Allahuakbar. 


Perjalanan pahit manis sepanjang hampir 36 tahun ni banyak mengajar erti susah senang. Allah, terima kasih untuk nikmat ini. Janganlah Kau pesongkan hati-hati kami.


Kadang-kadang diri ini rasa kosong dan rasa juga putus asa. Namun bila kenangkan yang aku hidup bukan untuk aku saja. Ada anak-anak yang perlu disuap. Ada family yang perlu dijaga. Hati tu kuat juga. Siapa kata kita ni sentiasa di atas ? Roda kehidupan sentiasa berputar.


Cuma ada masalah takkan kita nak share semua dengan semua orang. Di zaman serba moden dan semua di hujung jari ni. Kalau kita bijak menggunakan media sosial maka akan terhasilah kebaikan. Jika kita salah guna pun boleh mendatangkan keburukan. Begitulah ceritanya.


Jadi marilah kita bersama-sama menjadi insan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada orang lain. Selalu ingatkan diri yang kita ni tak sempurna. Bersihkan hati, jangan cemburu dengan kejayaan orang lain, jangan sakit hati dengan kelebihan orang lain. Kita buat apa yang kita mampu. InshaAllah akan ada rezeki kita.

 

Sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati, tetapkan iman untuk menghadapi ujian fitnah akhir zaman ni. Jalani hidup ini dengan bahagia dengan cara kita sendiri.

 

Kak Feni menulis sebenarnya adalah untuk menasihati diri sendiri agar jangan lupa asal usul. Jangan lupa apa yang telah dilalui dan sentiasa muhasabah diri yang apa yang kita miliki hari ini bukanlah selamanya milik kita.

 

Ajari hati untuk sentiasa bersabar dan tidak sombong dengan nikmat yang Allah beri.


Alhamdulillah.

March 9, 2022

Mengopi Dengan Husband


Ahad pagi 6/2/2022 kami keluar awal sebab ada bantuan pakaian sekolah untuk anak-anak. Kena pergi ambil di Dewan Komuniti Semenyih. Ummi pergi dengan abah je sebab anak-anak malas bangun awal. Haha taknak bangun apa susah? Kita tinggal jela.


Kami ikut jalan belakang ikut jalan Sungai Tekali sebab tak jem. Kalau ikut jalan luar highway mesti lambat sebab kereta banyak. Kami sampai awal dalam pukul 10.00 pagi. Masa ni belum ramai lagi orang yang datang. Saiz baju pun kami ikut je rasa-rasa muat sebabnya tak bawa anak-anak.



Alhamdulillah dah selesai dapat baju sepasang seorang. Anak lelaki dapat sepasang baju melayu dan sampin. Jenama Canggih. Sebenarnya kami dapat voucher dari Kerajaan Negeri RM100 untuk mangsa banjir. Alhamdulliah tak perlu keluar duit beli baju sekolah agama. Ni pun dinamakan rezeki.


Kami selesai awal sebab sampai awal. Balik kami ikut jalan belakang juga sebab taknak hadap jem. Masa on the way nampak kedai minum. Kami ingat nak singgah gerai biasa je. Tak sangka jumpa pulak kedai hipster. Bolehlah ootd nanti sebab kopi dia sedap.



Kak Feni pilih satu kopi karamel dan coklat. Dua-dua sedap. Coklat nice sebab tak manis sangat. Kopi Karamel masa mula-mula minum sedap sangat sebab tak manis. Bila karamel dan ais cair campur semua jadi manis. 





Cafe ni buka bermula pukul 11.00 pagi. Kami customer pertama hari ni. Owner masih dalam persiapan untuk opening kedai. Kerana cantik dan menarik kami singgah. Sementara tunggu kopi siap, kami selfie dulu ditemani seekor kucing namanya bobby. Owner cafe kata, dia memang suka melayan customer.




Sebenarnya ada seekor lagi yang bulu lebat sambut kami masa kami sampai tapi entah kemana dia masa kami menunggu minuman sampai.


Sebenarnya Kak Feni lupa nama cafe ni tapi kalau ikut jalan ingat sebab cafe ni berhadapan dengan kedai sup gear box. Hehe next time nak lepak-lepak ootd boleh pergi lagi sebab ada kolam yang cantik. Masa ni masih under construction sebab ada orang tengah buat pondok di kawasan cafe.







Cantikkan view dia ?

Semoga ada rezeki boleh mengopi lagi. Lepas minum terus balik sebabnya husband Kak Feni masih ada kerja untuk di selesaikan. Sekali sekala boleh dating kan. Hehe

February 17, 2022

Jom Kita Kuatkan Imun Badan Dengan Vitamin Shaklee

 


Jumlah kes covid untuk semalam. Takut rasanya bila tengok angka kes hari ke hari. Semalam kami ke klinik untuk dapatkan rawatan Abang Aus. Dia dedor badannya. Jadi kami bawa ke klinik. Lama dah kami sekeluarga tak kena sejak kami kena covid bulan 9 tahun lepas. Alhamdulillah.

Masing-masing ambil langkah berjaga-jaga. Kita jaga kita. Kami kuarantin pun di rumah saja.


Okey untuk masa sekarang vitamin Shaklee yang tengah promosi untuk bulan Febuari 2022 ialah seperti poster di bawah :-


 Sekarang ni ada free membership bila anda grab 2 botol setiap vitamin di atas.



Kebaikan Vitamin C Shaklee

✓ Membantu meningkat sistem imun badan.
✓ Membantu membina sel darah merah yang lebih sihat untuk bantu penyerapan zat besi dan bantu sel darah putih menentang jangkitan bakteria dan kuman.
✓ Mengurangkan risiko penyakit insomnia.
✓ Memberi tenaga dan mengurangkan risiko badan letih dan lesu.
✓ Membantu mengatasi masalah resdung. (Boleh diambil bersama Alfalfa untuk kesan lebih baik)
✓ Membantu menurangkan pengoksidaan di saluran darah. Jadi, dapat bantu mengekalkan paras kolestrol dan tekanan darah yang lebih sihat.
✓ Mengurangkan risiko penyakit buta akibat katarak
✓ Membantu menurunkan paras asid urik. Bagus untuk yang ada masalah gout.
✓ Menghasilkan bahan pemancar sarah (neurotransmitter)
✓ Membantu mengurangkan risiko penyakit batu karang pundi hempedu
✓ Membantu mengurangkan stress dan masalah berkaitan sakit mental.




Kebaikan Shaklee Kids Hero Kiddo


✓ 4 nutrien yang menyokong imun sebagai penggalak imun
✓ Bentuk beruang bergetah
✓ Rasa ceri
✓ Lebih menarik, lebih sedap dan menyeronokkan
✓ rasa ceri semulajadi dalam bentuk menarik
✓ Kaya dengan nutrient (vit C, vit D, zink & ekstrak elderberi)
✓ Kepekatan Elderberi yang tinggi (64:1) setiap hidangan
✓ Vitamin C yang tinggi (210mg/hidangan)
✓ Tidak-GMO, tanpa gluten, tanpa soya, vegan
✓ Tiada perisa tiruan, pemanis atau pengawet tambahan.
✓ Tiada sirap jagung. Diperbuat daripada pektin
✓ Disahkan Halal Certified oleh Badan Halal Montreal Certification – diiktiraf oleh Jakim 
 


Berbaloi sangat kalau grab promo ni sebab jimat sangat. Vitamin C boleh tahan berbulan untuk sebotol. Kalau share dengan kawan-kawan pun lagi berbaloi. Untuk dapatkan vitamin Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com


February 16, 2022

Balik Kampung Tengok Tokmek

Jumaat lepas balik kerja malam terus gerak balik kampung sebab mek Kak Feni kurang sihat. Sakit pinggang ke bawah. Nak bangun pun susah. Balik tolong tengokkan dia. Kami pun tahun ni tak balik lagi. Raya Cina hari tu tak balik sebab husband kerja. Kereta pulak takde masih di bengkel.


Kami minta tolong Kak Ani datang jemput sebab semua nak balik. Abah kena apply leave hari Sabtu dan Isnin. Kak Feni apply hari Isnin je. Balik tak kemana pun duduk rumah tengok dan uruskan Tokmek je. Jadi tak bawa barang banyak. Balik naik viva kami 5 beranak. Janji sampai. Alhamdulillah selamat balik dan kembali.


Cuci porsche dulu sebelum balik


Dah hensem selepas cuci

Kami gerak balik pukul 10 malam dari Hulu Langat. Banyak juga singgah sebab nak rehat dan rawat la, lapar lah, mengantuk la macam-macam lah kalau dah ramai ni. Singgah R&R Gua Musang. Best makanan kat sini sedap-sedap belaka. Haha setiap kali balik mesti singgah sini cari makan.

Balik kampung memang tak boleh nak diet. Makanan sedap-sedap semuanya.

Lepas rehat di Gua Musang kami teruskan perjalanan ke Kuala Krai. Masa dari Gua Musang ke Kuala Krai Kak Feni dah tidur. Mengantuk sangat rasa. Suami seorang je yang drive. Sedar-sedar dah sampai stesyen minyak dekat Kuala Krai. Rehat lagi sebab mengantuk. Balik lepas balik kerja memang banyak singgah sebab penat. Lagipun tak kejar sangat janji selamat sampai. 

Kami sampai di Uitm Machang dalam pukul 8 pagi singgah sarapan di kedai kawan Kak Ani. Nasi berlauk sepinggan RM3 saja. Banyak yang kami borong. Makan di kedai dan bawa balik. Lepas makan kami gerak balik singgah rumah Abang Long Kak Feni bagi sarapan untuk diorang. Bagi juga untuk pekerja Abang Long yang kerja bengkel.

Terus gerak balik rumah Tokmek. Kami sampai dalam pukul 9.00 pagi. Alhamdulillah selamat sampai walaupun mengambil masa yang lama. Pagi Sabtu baru sampai. Tokmek pun nampak ceria bila tengok anak-anak menantu dan cucu-cucu balik. 

Sabtu petang kami keluar ke Machang untuk belikan Tokmek tongkat supaya senang dia nak bangun dan berjalan. 




Kami panggil tukang urut untuk urutkan Tokmek sebab dia kata sakit pinggang ke bawah. Alhamdulillah hari Ahad pagi tukang urut datang untuk mengurut. Petang Ahad tu kami ajak keluar jalan-jalan ke Pasir Puteh untuk cari bingsu. Mulanya dia taknak keluar sebab tak larat. Cucu-cucu dok pujuk jomlah Tokmek. Jomlah Tokmek. Bangun juga. Masa ni nampak ceria sikit muka lepas urut. Alhamdulillah.



AyahNgah duduk depan. Kami berempat duduk belakang. Ciknie keluar pergi niaga dengan kawan-kawan beliau. Mula nak pergi makan bingsu dekat Jiwa Kopi & Bingsu di Pasir Puteh tapi tutup. Cari lagi tepi-tepi jalan. Dah jumpa tapi takde meja pulak nak duduk. Hanya bungkus. Jadi kami meronda lagi last-last jumpa bingsu depan stesyen Petronas Pasir Puteh kedai nama Wani Tomyam.  Alhamdulillah kalau tak kempunan nak makan bingsu. Hahahaha


Menunggu bingsu dan makanan. Kelantan syurga makan. Harga pun murah dan sangat puas hati. Macam mana rupa bingsu ? Nahhh dalam photo di bawah.




Ni lah rupa bingsu. Kalau di KL ni macam mykori. Tapi mykori kan mahal. Bingsu ni lagi sedap. Hahahaha setakat ni Kak Feni rasa lah kan.  Tak tahulah dia buat macam mana. Kalau dekat jiwa kopi & bingsu ada kek. Keknya sedap. Di kedai ni ada western food. Kami order meat ball dan fries. Adik request nak bingsu coklat. Ummi berkira-kira nak buah-buahan. Tapi takut tak habis order 1 jela sebab yang lain order minum biasa. 1 bingsu share beramai-ramai. Okey jer sebab portion dia banyak. 

Lepas makan kami pulang dengan hati yang senang. Alhamdulillah.

Hari Isnin pagi, tukang urut datang lagi. Sambil urut tokmek, Kak Feni pun urut juga. Baru sedap rasa badan. Sekali sekala manjakan diri kan. Hehe. Lepas tu tengahari kami dah siap-siap nak balik ke lubuk rezeki. Tinggal Tokmek dengan AyahNgah kembali. InshaAllah ada rezeki kami balik lagi. 

Balik kali ni memang takde mood sangat nak berphoto atau bervideo sebab Tokmek kurang sihat kan. Mohon doakan Tokmek kembali sihat macam sediakala. Kita boleh jalan-jalan tengok dunia lagi. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberkati kita semua.

February 10, 2022

Febuari Kembali Lagi

Dah 10 hb Febuari hari ni. 10 hari dah berlalu. Minggu ni Kak Feni masuk kerja macam biasa. Hari Selasa ada meeting di PJ Hilton. Jadi kena keluar awal sebab nak sampai tepat pada waktunya.

Meeting lepas tu lunch terus di Hotel. Projek gapo dia ofkos p&c. Hehe. 

Lepas meeting. Kita arrage makan. Kami makan buffet yang hotel sediakan. Bila banyak makanan tak tahu nak makan apa. Kak Feni kalau tengahari kena makan nasi. Mujur ada nasi putih lauk Kari kambing. Keke kita bedal tu la. Lepas makan nasi makan buah-buahan. Perut tak besar takleh makan makan banyak. 

Selesai makan kami bertolak pulang ke rumah masing-masing. Tak sempat nak snap gambar makanan banyak-banyak sebab sibuk ke urusan lain.

Harapan meeting kali ni. Semoga projek ni berjalan dengan lancar seperti yang di rancang. InshaAllah. 

Urusan blog rasa akan slow sikit sebab sibuk dengan kerja hakiki. Tapi kalau ada masa Kak Feni akan Cuba untuk konsisten buat share di fb dan ig. 

January 28, 2022

3 Simple Rules In Life

Bulan ni tak start meniaga apa. Hanya jadi personal shoper yang pendapatannya ikut nasib haha. nasib baik ada kerja hakiki. Tapi tulah soal rezeki ni. Kita serahkan pada Allah saja. InshaAllah akan baik-baik saja.


Nak cerita pasal hilang arah hilang punca. Hari-hari hilang arah hilang punca. Tapi teruskan lah dengan apa yang ada. Rezeki serahkan pada Allah. Kita tak cari pun kadang-kadang dia datang sendiri. Dan rezeki ni bukan hanya pada duit.


Kalau kita muhasabah diri kita ni. Kita ni nak macam-macam sampai lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang ni. Kita nak tu kita nak ni. Kita pulun kejar apa yang kita nak. Sedangkan nikmat yang kita ada sekarang ni yang perlu kita syukuri. Allah pun dah janji, kalau kita bersyukur nescaya Dia akan tambahkan nikmatnya. InshaAllah.


Nak jadi orang yang tenang buat je apa yang Allah suruh. Ujian tanda Allah sayang. Allah tahu kita mampu. Kita hamba perlu bersyukur dan nikmati apa yang kita ada hari ini. 


3 Simple Rules In Life


1. If you don't go far after what you want, you'll never have it.

2. If you don't ask, the answer is always no.

3. If you don't step forward, you're always in the same place.


Nak berjaya kena usaha. Kena buat dan teruskan sampai masanya. Kalau kita putus asa hari ni. Sampai bila-bila pun kita takkan berjaya. Kadang-kadang benda kecil yang kita lakukan hari ni akan jadi lebih besar suatu hari nanti.


Selagi kita diberikan peluang dan waktu. Sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan semuanya.

 

Jangan lupa untuk jadi hamba yang bertakwa untuk ke syurga Allah.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...