July 7, 2021

Santai-santai Saja

Setiap hari kita bangun pagi dan berdoa agar semuanya akan baik-baik saja. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja. Bukan senang nak adjust minda kita dari negatif ke positif. Setiap hari jangan lupa berdoa agar segala apa yang kita impikan menjadi kenyataan.


Alhamdulillah untui setiap nikmat yang Allah berikan. Terima kasih ya Allah. Hari ni berlangsung dengan baik sekali walaupun ada juga yang carca marba. Anak-anak bangun lambat dan tak dapat join google meet. Buat yang mana boleh je. Alhamdulillah dah siap hantar dah.


Kak Feni fokus kepada mata pelajaran yang penting je. Kadang-kadang rasa stress sangat sampai tak mampu nak hadap. Bila stress mulalah badan dan otak ni rasa penat. Tak boleh nak fokus. Semua kerja akan tergendala. Manakan tidaknya, masa tu lah nak masak. Masa tu la nak bagi anak makan. Nak uruskan rumah lagi. 


Hal-hal pejabat, boss tak pulun lagi sekarang ni. Kalau dia suruh buat baru buat. Alhamdulillah. Tapi hati ni risau jugak sebab dah hampir 2 bulan ni kena duduk rumah. Jadi cikgu anak-anak. Kalau boss dah tak mampu nak bayar gaji tak tahu lah macam mana. Kes pun semakin naik tak nampak penurunan pun walau PKPD. 


Semuanya Kak Feni serahkan pada Allah untuk uruskan. Ni pun dah berjimat cermat sangat dah. Tak boros mana sebab risau juga lah kalau company jadi apa-apa. Nak backup plan pun takde Kak Feni ni. Setakat buat bisns online sikit-sikit untuk tampung bayar-bayar bil dan komitmen. Allah semoga Kau tunjuklah jalan keluar.


Anak-anak makin membesar ni memang perlukan banyak belanja. Rasa macam nak buat dropship jugak lah tapi tak tahu nak buat apa. Shaklee ni on macam biasa sebab tak perlukan modal yang besar. Ada order kita order online je sebab tak perlu simpan stok. Yang lain tu tak tahulah. Nampaknya kena masuk kelas balik ni sebab nak cari semangat baru. Demi anak-anak dan untuk mencari kekuatan diri jugak ni.


Allah, permudahkanlah segala urusan kami semua.

July 5, 2021

Selesai Jugak PDPR Anak-anak Hari Ni

Alhamdulillah untuk hari ni. Terima kasih Allah sebab masih diberikan peluang untuk menjalani hidup ini. Rutin biasa sebagai isteri dan ibu kepada 2 orang anak bujang.


Hari ni ummi tak berapa nak sihat sangat. Jadi pelajaran anak-anak pun tak boleh nak fokus. Malam tadi pukul 9 lebih baru selesai semua kerja sekolah hari ni. Walaupun hanya 2 mata pelajaran untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Dia punya struggle nak mengajar anak-anak tu hanya tuhan je yang tahu.


Ni baru rasa sihat sikit jadi baru boleh udpate dekat blog ni. Hehe rugi pulak tak menaip kan. Lama-lama tak menulis boleh tepu otak ni. Maklumlah dah dekat 2 bulan ni tak masuk pejabat. Kerja pejabat pun banyak yang dah pending tu. Allah nanti masuk tak tahu nak mula yang mana. 


Tempat Kak Feni pulak kena PKPD. Tempat korang macam mana? Nak keluar pun takut tapi petang-petang ada jugaklah keluar ambil angin. Dua tiga hari ni tak keluar sangat sebab hujan hari-hari. Dok berkurung je dalam rumah. Semalam kipas dalam bilik utama pulak rosak. Nasib lah ada kipas berkaki ni. Boleh lah alih sana sini. Kalau tak mau anak-anak tak boleh tidur. Tambah yang kecil tu memang tak boleh tidur kalau takde kipas.


Apapun tetap bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk hidup dan menjalani hari-hari yang mencabar ni. Syukur sebab masih punya makanan untuk hilangkan lapar dan boleh bersama anak-anak. Alhamdulillah.


Ramai orang di luar sana yang sedang berusaha keras untuk teruskan hidup. Kak Feni pun tak tahu sampai bila company yang Kak Feni kerja sekarang boleh bertahan. Semoga cepatlah pulih bumi ni. Cepatlah pulih Malaysia. Allah, sembuhkanlah semuanya dan lindungilah kami dari segala musibah. Selamatkanlah kami dari api neraka dan permudahkanlah segala urusan kami.


Sekarang bukan soal nak menyalahkan siapa-siapa atau menunding jari ke mana-mana. Sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk pulihkan semua ni. Bantulah apa yang patut. Tak mampu nak bantu, kita bantu apa yang kita mampu. Buat apa yang dirasakan perlu. InshaAllah hidup ini akan lebih indah jika kita saling bantu membantu dan sayang menyayangi sesama manusia. 


#KakFeniStory

July 2, 2021

Selamat Datang Julai 2021

Dah setengah tahun dah kita ye? Dah masuk bulan Julai dah kita ni. Dengarnya PKP disambung lagi. Allahuakbar semoga dipermudahkan segala urusan kita.


PKP kali ni dah ramai yang terkesan. Tak tahu macam mana dah nak cerita. Ke mana hala tuju kita ni sebenarnya ? Sampai bila kita nak terus macam ni? Kesian pada mereka yang terkesan. Termasuklah kami ni. Boleh kira kita semua memang sangat terkesan. Last balik kampung tahun lepas. Tu pun masa dia buka rentas negeri.


Terima kasih Ya Allah sebab gerakkan hati kami untuk balik masa tu. Balik kampung lama dari sebelum ni. Dapat luangkan masa dengan mek. Seronok sangat dia bila anak, menantu dan cucu-cucu balik. Sempatlah bawa dia jalan-jalan pusing Kelantan dan ke Besut, Terengganu. Seronoklah dapat berjalan. 


Nak berjalan pun tunggu anak cucu balik dulu. Mek pun dah uzur tak sekuat dulu dah. Umur pun dah masuk 70-an. Jadi apalah kudrat yang tinggal. Rindunya nak balik kampung. Allah, semoga kita semua kuat dan mampu untuk menghadapi ujian ni. Allah, sembuhkanlah bumi ni dan ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah.


PKPD di Hulu Langat akan bermula pada 3/7/2021 - 16/7/2021 selama 2 minggu. Jadi dalam tempoh PKPD ni, hanya seorang ketua rumah sahaja yang boleh keluar. Allah, kami memang tak keluar pun. Duduk rumah je dan kadang keluar buang sampah je. Bahan makanan mentah semuanya husband Kak Feni je yang keluar beli. Kak Feni duduk rumah dengan anak-anak.


Hari-hari anak mengadu nak balik kampung nak tengok tokmek. Nak keluar nak jalan. Allahh!!! Kita semua sedang berjuang. Semoga kita semua kuat. Ujian ni bukan kita saja. Semuanya pun sedang mengalaminya.


Ramai yang dah mula angkat bendera putih menunjukkan yang mereka sangat-sangat terkesan dengan PKP ni sampai bekalan makanan pun habis. Kita rasa kita susah, masih ramai yang diluar sana lebih susah. Jadi bagi kita yang masih punya pendapatan, punya makanan di rumah. Bersyukur dan bantulah mereka yang memerlukan. Kita support each others. 

Kita order food panda bukan sebab kita kaya tapi niatkan untuk bersedekah. Kalau lebih pun halalkanlah. Mereka pun mencari rezeki yang halal. InshaAllah akan ada keberkatan disitu. 


Ada lebih, kita berkongsi rezeki. Kalau takde kita doakan agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah.

June 30, 2021

Insuran Penting atau Tidak ?

Dalam blog satu lagi Kak Feni ada berkongsi tentang selesai terminate policy insuran yang dibuat hanya melalui panggilan call. Selesai Batalkan Policy Insurance Sun Life. Apa-apa policy pun mesti akan ada terma dan syarat. Kak Feni baca betul-betul syarat-syarat dia dan fahamkan walaupun tak berapa nak faham.


Dalam polisi tu akan ada tempoh bertenang. Polisi Kak Feni tu dia bagi 15 hari tempoh bertenang. Alhamdulillah lega sebab boleh berfikir dengan waras. Dah dapat je polisi terus Kak Feni buat surat untuk terminate sebab rasa macam tak mampu.


Artikel tu banyak view dari google dan ramai yang komen, pm, whatsapp, dm dekat ig dan emel Kak Feni untuk mohon bantuan macam mana nak buat surat. Maafkan Kak Feni bagi yang terlepas pandang sebab Kak Feni pun kadang-kadang tak perasan. Bukan sombong atau taknak tolong tapi kalau untuk fast respond Kak Feni akan reply email sebab Kak Feni inshaAllah hari-hari akan check email.


Walaupun artikel tu ramai ejen insurans tak suka tapi itulah hakikatnya yang Kak Feni hadapi. Bukan nak mencantas rezeki orang. Percaya dengan rezeki yang Allah bagi. Bila kita mudahkan urusan orang lain, inshaAllah Allah mudahkan urusan kita.


Penting ke tak penting insurans ni ?


Terpulang pada individu. Macam Kak Feni pun rasa sangat penting juga, tambahan untuk anak-anak. Kak Feni memang ambil takaful untuk anak-anak. Ambil dari umur berapa bulan lagi. Alhamdulillah masih on takaful anak-anak tu walaupun paymentnya on off. Maklumlah kadang-kadang pendapatan tak menentu.


Teringat masa Abang Aus umur dalam 1 hingga 3 tahun. Selalu masuk hospital sebab selalu sakit. Gaji Kak Feni dengan suami masa tu memang tak banyak. Cukup makan je tapi bab anak-anak memang nak bagi yang terbaik. Dapatlah masuk hospital swasta dengan sekali masuk bayaran pun dah beribu. Seingat Kak Feni 3 kali jugak lah abang aus ulang alik masuk hospital. Kos rawatan masa tu cecah ribuan ringgit. Kalau takde takaful memang tak dapat la. Nak tunggu hospital kerajaan tak tahu lah. Tu lah kelebihan takaful.


Ikut polisi masing-masing. Untuk polisi Abang Aus, kalau warded, takaful akan bayar RM150 untuk semalam. Sekarang Abang Aus dah 9 tahun lebih. Takaful dia pun dah berumur 9 lebih. Adik dah nak masuk 7 tahun. Alhamdulillah walaupun celap celup bayar tapi masih belum lapse. InshaAllah ada duit nanti kita bayarlah.


Ini untuk masa depan anak-anak. Andai jadi apa-apa kat ummi dengan abah. InshaAllah ada lah backup sikit untuk anak-anak. Apapun kita serahkan semua urusan kita pada Allah. 


Bagi Kak Feni untuk mereka yang ada banyak tanggungan contohnya buat loan ke apa ke baik ambillah takaful atau insuran supaya kalau jadi apa-apa pada diri kita, orang  lain tidak menanggung bebannya. Kita pun boleh meninggal dengan tenang. InshaAllah begitulah hendaknya.


Itulah sedikit perkongsian Kak Feni pasal insuran atau takaful ni. Alhamdulillah yang baik tu dari Allah dan yang kurang itu dari Kak Feni sendiri.

June 27, 2021

PKP Bersambung Lagi ?

Hari ni terlalu ramai orang yang sangat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh PM kita. Dah hampir sebulan Kak Feni work from home. Esok 28 haribulan, PM akan umumkan yang PKP ni sambung atau tidak. Seperti biasa ramai yang menjangkakan PKP ni akan bersambung episod ke episod.


Kak Feni pun tak tahu dah nak cakap macam mana namun tetap bersyukur sebab masih punya kerja dan punya gaji walaupun gaji kadang-kala tak on time. Tak mengapalah sebabnya sekurang-kurangnya aku masih punya gaji. Masih boleh selesaikan segala komitmen bulanan.


Allah, sembuhkanlah bumi ni. Allah ampunkanlah segala dosa-dosa kami. Jauhkanlah kami dari api neraka Mu. Ujian ni sebenarnya tanda Allah sayangkan hambaNya. Dia hantar ujian supaya kita sentiasa ingat pada Yang Maha Kuasa. Terima kasih ya Allah kerana masih menjaga iman kami.


Allah uji manusia itu sesuai dengan kemampuanNya. Semuanya dengan izin Allah belaka.


Kadang-kadang takut nak buka media sosial sekarang ni sebab selalu muncul mereka yang terdesak dalam hidup sampai ambil jalan mudah dengan membunuh diri. Allah nauzubillahiminzalik. Ya Allah, jauhkanlah kami dari perkara seperti itu. Jagalah iman kami ya Allah sesungguhnya kami insan yang lemah.


Ramai yang tertekan dengan keadaan semasa. Kita dah lalui PKP ni dah hampir 2 tahun. 2 tahun dah tak dapat balik kampung berhari raya dengan keluarga. Allah, kami sangat rindukan keluarga kami. Pulihkanlah negara kami sebab kami nak balik kampung nak jumpa keluarga kami.


Allah.

Sombong Nak Ke Mana ?



Sombong-sombong nak pergi mana? Hidup ni tak perlu nak sombong sangat sebab apa yang ada kat muka bumi ni hanyalah sementara. Semuanya pinjaman semata-mata dan semuanya ujian yang Allah bagi kepada kita. 


Nak sombong sangat sampai kemana ? Entahnya hidup ni kalau rasa boleh mati sendiri buatlah. Haha hanya ingatan untuk diri sendiri je ni. Tak semua orang sukakan kita jadi kita hiduplah dengan cara kita sendiri dan carilah bahagia kita sendiri.


Nak hidup indah tenang dan bahagia ni mudah je. Tak perlukan banyak modal. Asalkan hati bersih dan bersihkan hati inshaAllah semuanya dipermudahkan segala urusan. Berlapang dada dalam segala hal. Dalam masa yang sama kita juga berusaha untuk jadi insan yang lebih baik.


Biasalah hidup ini kan macam roda. Sentiasa berputar atas ke bawah dan bawah ke atas. Ada masa kita akan rasa lapang dan masa kita rasa sesak. Namun kita laluinya dengan tenang. Semuanya akan kembali baik-baik belaka.


Orang lain nak sombong dia punya hal, yang penting kita yang perbetulkan diri kita. Jangan begitu sebab kita takkan tahu bila ujian Allah nak datang. Dan kadang-kadang ujian tu datang untuk menegur kita supaya jangan sombong dengan Allah, dengan manusia serta dengan makhluk Allah.


Allah tak suka dengan orang yang sombong. Jadi siapa kita nak sombong-sombong sangat ni ?


Satu lagi bab adab sesama manusia. Kalau kita murid atau pelajar haruslah menghormati guru yang menyumbangkan ilmu kepada kita. Kita yang nak timba ilmu dari dia wajib menghormati dia. Tidak kita umurnya masih muda berbanding kita. Adab berguru barulah diberkati.


Soal berkat ni jangan dibuat main sebab kalau tak berkat macam mana nak hidup tenang kan ? Namun apapun serahkan pada Allah semuanya. Segala ujian yang Dia bagi mesti ada hikmahnya. Dia yang menjadikan kita hamba di dunia ni mesti bersebab kerana Dia lah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.


Kita hamba, dalam mengejar syurgaMu, akan sentiasa diuji dengan berbagai ujian dan cabaran. Namun semoga Allah sentiasa menjaga dan merahmati hidup kita. Syurga itu bukan percuma dan hidayah itu milik Allah. Namun kita haruslah mengejar syurga itu dan sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. InshaAllah. Alhamdulillah.


Sampaikanlah walau satu ayat.

June 26, 2021

Kelebihan Memberi Lebih Baik Dari Menerima

 Alhamdulillah hari ni walaupun banyak duit keluar sebab belanja barang rumah dan dapur. Rezeki Allah tak pernah putus. Duit keluar dan ada jer duit masuk. Terima kasih ya Allah.



Diberikan nikmat dapat bernafas dengan baik, masih hidup, sihat, ada keluarga yang bahagia, anak-anak yang soleh dan lain-lain. Alhamdulillah tidak terhitung nikmat yang Allah bagi. 

Setiap hamba itu akan diuji dengan kemampuannya. Kak Feni selalu ingatkan diri agar jangan berkira dengan adik beradik dan ahli keluarga. InshaAllah akan ada je rezeki yang Allah lorongkan untuk kita.



Nak bersedekah ni tak perlu tunggu kita kaya dengan duit berjuta-juta. Sedekah dari segi berkongsi makan, mengajar ilmu yang bermanfaat dan sebagainya. Banyak cara untuk kita bersedekah. Sesungguhnya sedekah itu menolak bala.



Terima kasih ya Allah sebab sedarkan Kak Feni tentang sedekah. Bila kita selalu bersedekah ni, hati lebih tenang dan senang. Kembali pada Allah. Sentiasa ingat apa yang kita ada hari ni bukan milik kita selamanya. Semuanya pinjaman semata-mata. Persiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan istiqamah ke jalan Allah.

Sesungguhnya masih banyak yang perlu Kak Feni belajar dan belajar selagi bernama manusia.

Kadang-kadang bersyukur juga sebab anak-anak ada PDPR. Secara tak langsung ummi pun sama-sama belajar. Maklumlah dah lama tak belajar kan. Hahah kadang-kadang datang juga stress ni bila kita sendiri pun tak boleh nak ajar anak-anak. Namun apa pun semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. InshaAllah.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...