Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
November 14, 2020
Masak-masak Hari Ni
November 13, 2020
Purse Beli Di Shopee Dah Sampai Semalam
Yeahhh dah sampai tapi yang sampai berbeza dengan yang Kak Feni post semalam. Haha adakah aku yang tersalah pilih atau habis stock. Aku malas nak fikir yang penting dan sampai. Cantik dan aku puas hati. Alhamdulillah.
Lebih kurang yang semalam juga tapi corak je lain sikit. Takpelah janji cantik. Dalamnya takde tempat nak letak kad-kad bank tapi boleh bubuh beg kecil. Jadinya Kak Feni letakkan banyak angpau untuk asingkan segala duit dalam beg.
1 angpau sedekah
2 angpau duit kereta
3 angpau duit belanja
4 angpau duit modal
5 angpau duit untung
6 angpau duit abah
7 dll
haa berapa banyak angpau dalam beg duit aku. Tu tak termasuk segala resit-resit aku membeli. Haha semuanya aku sumbat dalam satu beg.
Teringat tahun 2015 handbag kena ragut. Habis segala duit cash dan suku dinar dalam beg duit dalam tu. Memang menangis tak berlagu kan. Tapi nak buat macam mana kena redha jelah kalau bukan rezeki kita tetap takkan jadi hak kita.
Nah belanja bahagian dalam dia. Senang nak gi jalan-jalan bawa yang ni jela. Hehe nampak class kan tu ? Eh tiberr.
Hari ni dapat update yang barang kak feni order untuk customer pun dah sampai. Dia order 4 periuk dessini tu. Kak feni buat 2 kali order. 2x2 sebab hari tu ada buat order banyak-banyak. Seller hantar barang tak complete. Leceh betul. Bila kita suruh send semula dia tak hantar. Nak refund pun satu hal. Nak print la nak gi pejabat pos la. Memang susah. Nak-nak pulak kalau customer duduk kampung. Tak ke haru. Tu lah risiko jadi personal shopper ni.
Upah tak banyak pun tapi rugi kita pulak yang kena tanggung. Takpelah bukan nak merungut tapi sekadar meluahkan perasaan. Dah rezeki kak feni macam ni kan. Sabar jela. Ingat Allah menguji ikut kemampuan hambanNya.
Baru perasan yang tahun ni Kak Feni tak banyak update blog ni ya. Blog yang satu lagi tak aktif tapi view banyak pulak. Ni namanya rezeki. Alhamdulillah.
November 12, 2020
Penangan Shopee 11.11. Apa Yang Korang Dah Terjebak ?
Belum sampai lagi. Tadi tengok dekat status macam dah sampai. Hari ni Kak Feni kerja. Jadi balik nanti baru boleh tengok okey ke idok. Rasa macam beli hadiah untuk diri sendiri. Penat kerja kan. Takkan nak beli purse pun nak berkira kan.
Selama ni pun dah banyak sangat berjimat cermat sebab takut duit tak cukup sokmo. Ni ada rezeki sekali sekala hiburkan hati apa salahnya.
Share lah apa yang korang dah terjebak dengan penangan Shopee 11.11 tu ?
November 11, 2020
Banjir Hulu Langat 4 November 2020
Okey baru ada mood nak bercerita dan menceritakan kejadian. Seminggu yang lalu. 4 November 2020 sekali lagi rumah kena landa banjir.
Meh la nak share sikit kedukaan hati ini. Rumah Kak Feni dah macam rumah bersamamu dah. Hehe tapi takpela sesusah mana pun kita masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Takpe rezeki Allah yang aturkan.
Sampai situ jela hayat segala perabot dalam rumah Kak Feni. Habis Kak Feni buang sebab tak boleh guna. Bengkak habis. Maklum sajalah barang rumah sekarang ni kan banyak dihasilkan daripada serbuk kayu yang dimampatkan. Jadi bila kena air semuanya akan jadi kembang dan tak boleh guna.
October 22, 2020
8 Amalan Mudah Tetapi Luar Biasa Hebat
Orang yang berjaya sentiasa berjaya merancang untuk masa depannya. Jadi mulai hari ini walau sekecil mana pun nikmat yang Allah bagi. Kita harus bersyukur. Jom ikuti beberapa amalan yang mudah yang boleh kita amalkan untuk kesan yang luar biasa hebatnya.
1. Membawa Buku Nota/ Buku Catatan dan Pen
Bawa buku nota kecil kemana saja pergi. Kak Feni pun suka amalkan benda ni. Lebih suka tulis tangan berbanding guna smart phone. Kalau tak ada buku nota boleh saja tulis dengan menggunakan smart phone. Terpulang pada diri masing-masing yang mana lebih mudah.
2. Rancang Hari Anda malam Sebelumnya
Hari yang baru bermula pada malam hari. Sebaiknya rancang hari esok malam sebelumnya. Rancang apa aktiviti dan komitmen yang akan kita lakukan hari esok agar kita dapat tahu dan membayangkan apa yang berlaku esok.
3. Catat 3 Kemenangan untuk Hari Esok dan Semak 3 Kemenangan Hari ini
Pada malam sebelum tidur, catatkan 3 perkara utama (3 kemenangan) yang wajib saya lakukan esok hari dan menyemak kembali 3 kemenangan saya pada hari ini. Tandakan 3 perkara tersebut dan ini bermakna kita sudah bergerak 3 langkah ke hadapan ke arah impian dan perancangan kita.
4. Rekod dan Catat Segala Perbelanjaan Kewangan
Catat segala perbelanjaan kewangan dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya. Rekod perbelanjaan ini dapat mengawal nafsu kita dari membazir kepada benda-benda yang bukan-bukan. Perkara ni nampak kecil tapi besar kesannya.
5. Catat Perjalanan Hidup dalam Jurnal (Diai Kehidupan)
Peruntukkan 10 minit sebelum tidur untuk mencatat perjalanan hidup pada hari tersebut. Sediakan satu diari khas untuk mencatat segala perancangan, visi dan misi, idea-idea baru, perjalanan hari demi hari. Ini agar dapat memantau kesemua aspek perancangan, kewangan dan perjalanan hidup kita setiap hari agar lebih teratur.
6. Power Hour
Power Hour atau Holy Hour adalah satu jam yang tulen yang bebas dari segala bentuk gangguan (seperti telefon, ipad, anak-anak, radio dan komitmen lain) ianya adalah HANYA melakukan tugasan penting pada waktu tersebut.
Ia adalah 1 jam yang kita hanya fokus kepada berfikir dan menyelesaikan tugasan atau projek paling penting kita.
Kita boleh memilih Power Hour kita sendiri sama ada 1 jam pada waktu pagi atau waktu malam mengikut kesesuaian sendiri.
Cuba lakukan dan kita akan dapati bahawa kita akan menjadi lebih produktif dan lebih masa untuk melakukan pelbagai perkara lagi pada hari tersebut.
7. Rutin Berjalan (Daily Walk)
Luangkan masa dalam 10 hingga 20 minit untuk berjalan kaki. Paling kurang 10,000 langkah sehari. Jika sibuk di pejabat sekalipun, ambil masa untuk berjalan dan kesannya bukan sahaja untuk kesihatan malah otak pun cergas.
8. Bangun Seawal 5 Pagi
Islam sangat menggalakkan umatnya bangun awal sebelum subuh untuk beribadah dan berqiamulail dalam memeriahkan malam dengan solat-solat sunat dan amalan sunat. Begitu juga kita akan lebih produktif bila kita memulakan hari dengan lebih awal 1 jam daripada biasa. Nampak mudah namun memerlukan komitmen yang tinggi untuk sentiasa istiqamah melawan nafsu tidur dan godaan syaitan.
Begitulah 8 perkara mudah yang kesan yang luar biasa hebatnya jika diamalkan selalu. Kak Feni pun dapat dari salah satu founder dulu. Perkongsian yang harus dikongsikan bersama dengan cara Kak Feni sendiri. Semoga bermanfaat.
October 16, 2020
Bekalan Ubat-ubatan dan Suplemen
Dua tiga minggu ni kita tunjuk ubat-ubatan dan suplemen jela ya sebab badan ni tak berapa sihat sejak minggu lepas. Sakit itu ujian. Alhamdulillah sebab Allah masih bagi lagi nikmat sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Semalam viral pulak pasal Neelofa berpurdah. Alhamdulillah nikmat hidayah yang Allah beri banyak hikmahnya. Kadang-kadang kita terlalu mengejar dunia ini hingga lupa apa tujuan kita sebagai hamba. Kita semua tak sempurna.
Sentiasa berdoa dan berusaha untuk mencari redha Ilahi.
Sejak akhir-akhir ni hati ni terlalu sensitif bila mengenangkan yang dunia ni hanya sementara sedangkan masih banyak lagi benda yang tak buat. Dosa pula tak terhitung. Allah, sedihnya rasa.
Ya Allah ampuni segala dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, kedua ibu bapa mentuaku, suamiku, anak-anakku, adik beradikku, adik beradik suamiku, guru-guruku, sahabat-sahabatku serta muslimin dan muslimat di seluruh dunia ini yang masih hidup serta yang telah meninggal dunia.
Sentiasa berfikiran positif dan berlapang dada dalam setiap perkara. Ingat ujian datang tanda Allah sayang kita.
Itu jela kot Kak Feni nak bebel hari ni.
Nota kaki : Suplemen tu ada yang sahabat hadiahkan dan ubat-ubatan itu ambil di Klinik dan diberi nasihat oleh doktor.
October 9, 2020
Tabung Sedekah Kak Feni
Siapa dah ada tabung sedekah ? Tahniah alhamdulillah sebab dah berjaya untuk kumpul pahala di akhirat. Banyak manfaat bersedekah ini termasuklah membersihkan hati kita sendiri.
Dulu masa jahil. Kak Feni takut sungguh nak bersedekah hatta RM1 atau sen-sen sekalipun. Masa tu memang jahil dan tak yakin dengan janji Allah. Akibat kurang ilmu agama. Sebab tu Allah suruh kita berkawan dan mencari guru untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah sempat menerima hidayah berkenaan dengan sedekah ini.
Sedekah itu Sesuatu Yang Ajaib
"Rasulullah S.A.W. akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin, seperti Abu Dzar Al-Ghifani, Bilal dan Abu Dhamdan.
Kerana terlalu ingin tahu,Abu Dzar pernah bertanya "Wahai Nabi Allah, Engaku selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?"
Rasulullah S.A.W. menjawab dengan satu kalimat yang diulangnya 3 kali berturut-turut.
"Sedekah itu sesuatu yang ajaib!"
Kak Feni memang niat nak sedekah RM1 setiap hari tanpa lupa. Kalau semalam lupa kena ganti balik. InshaAllah ikut kemampuan kita. Ikhlas itu hanya Allah yang mampu menilainya. Selalunya Kak bawa sampul yang bernilai RM 1 ni kemana-mana kalau jalan. Bila nampak orang susah atau orang minta sedekah bolehlah bagi duit dari tabung sedekah ni.
Kadang-kadang Kak Feni transfer secara online. Jadi duit dalam tabung ni Kak Feni ambil sebagai ganti.
Sekarang ni kan ramai orang buat secara online. Jadi kalau ternampak orang susah atau persatuan atau badan-badan NGO yang memohon bantuan kita bolehlah hulurkan bantuan setakat mana yang kita mampu. Tak susah nak kumpul pahala.
Yang ni lah bahagian untuk kita nanti. Semoga segala amalan yang kita lakukan di dunia ini mendapat pahala dan keberkatan untuk kita menuju ke akhirat sana.
Tangan yang memberi lebih jauh dari yang menerima. Sesungguhnya bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin. Syurga itu bukan percuma. Dunia ini tempat untuk kita mengumpul pahala. Semoga perkongsian Kak Feni ini menjadi salah satu asbab untuk ke syurgaMu Ya Allah. Allahumma Amin. Alhamdulillah.
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...












