February 27, 2020

Kami Dah Tukar Kepada Plan Hotlink

Setelah setahun lebih nak dekat 2 tahun jugak lah Kak Feni dan husband guna postpaid Umobile dengan bil RM135 atau lebih sebulan. Akhirnya kami pilih untuk tukar kepada Hotlink sebabnya line dekat rumah teruk sangat.

Nak layan internet tanpa had pun tak boleh. Paling stress bila anak-anak mengamuk tak boleh tengok Youtube.

Kak Feni pulak kalau hari minggu memang waktu santai ramai orang wasap dan pm nak order produk dengan Kak Feni. Kalau internet slow nak buat kerja pun susah. Nak survey tiket flight dan buat booking kalau internet slow memang stress.

Bila ada offer untuk join Hotlink dan bil bulanan pun lebih murah. Terus grablah. Kak Feni dan husband ambil plan macam di bawah.


Mula nak ambik sekali dengan handphone tapi fikir-fikir balik handphone kami okey lagi. Jadi ambil plan je.

Kami dah tukar dari Umobile ke Hotlink hari Ahad lepas dan hari Isnin dah boleh tukar simkad. Kami kekalkan nombor lama jadi tak perlu tukar. Kalau tukar nombor satu hal pulak nak kena war-warkan kepada orang lain.

So, hari ni dah 4 hari Kak Feni dan husband guna khidmat Hotlink ni. Alhamdulillah so far so good. Kalau kat rumah nak tengok Youtube etc dah lajuuu gitu. Anak-anak pun tumpang seronok sebab boleh pau handphone ummi dan abah.


Kak Feni kontek Ida & Win untuk dapatkan plan ni sebab Kak Feni jumpa diorang di Metro Kajang sebelum tu. Diorang bagi pamplet dan nasib baik Kak Feni simpan pamplet tu. Haha rezeki Kak Feni sebab diorang yang akan datang jumpa kita kalau kita kontek.

Kami deal nak jumpa dekat McD Taman Connaught sebab masa tu kami on the dari Ipoh ke KL. Lepak situ lah senang.

Yang best bila tukar plan kepada Hotlink dengan diorang ni dapat free gift. Alhamdulillah. So korang kalau rasa nak jimat dan tukar plan ke Hotlink boleh kontek Ida & Win. No telefon kat bawah.


Ida - 017-8720048
Win - 017-2881678





SABUN HERBA JERAWAT DARI FFD

Alhamdulillah semalam ingat nak post pasal Sabun Herba Jerawat dari FFD tapi masa pula terhad. Jadi hari ni Kak Feni kotakan apa yang Kak Feni nak share semalam.


Sabun ni kecil molek je dan senang untuk dibawa kemana-mana. Harga pun confirm mampu milik. Produk Bumiputera.

Harga : RM10 sahaja. (dalam poster untuk Sabah & Sarawak)
Tak termasuk postage.

Siapa yang boleh amalkan Sabun Herba Jerawat ni ?


Semua golongan boleh guna terutama remaja lelaki dan wanita yang mengalami masalah jerawat teruk atau biasa. Sabun ni bertindak sebagai pembersih muka dan juga membantu untuk mengecutkan jerawat. Bila dah bersih dan bebas jerawat, penggunaannya boleh membantu mencegah jerawat baru.

Bagi mereka yang mempunyai masalah resdung yang teruk juga disarankan menggunakan sabun herba jerawat ini bagi membantu dalam mengurangkan rasa gatal di bahagian resdung seperti hidung, mata dan telinga.

Untuk mendapatkan produk FFD boleh hubungi Kak Feni.
Untuk jadi Agent dan Dropship pun masih dibuka (mengikut terma & syarat).

Kak Feni : +601115672780 atau ORDER SINI.

February 26, 2020

Pengumuman - Herb Lax Dengan Wajah Baru

Salam semua.

Lepas ni kebanyakan produk Shaklee akan bertukar wajah. Lebih cantik dan nampak mewah.

Jadi lepas ni kalau order Herb-Lax atau produk shaklee yang lain tapi rupa yang baru jangan terkejut dan cakap yang fake pula ye.

Shaklee pun nak buat perubahan juga ikut perkembangan semasa. Tukar wajah baru supaya nampak lebih segar dan ekslusif.

Jangan risau bahan-bahan dalamnya tetap sama dan kualiti pun sama. Botol saja yang berubah. Yang lain semua okey.

Jadi kalau nak order Herb-Lax atau produk Shaklee yang lain boleh kontek Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


D'FARFA SERUM - ALOEVERA COLLAGEN SERUM - DARIPADA FFD

Assalamualaikum semua.

Produk baru FFD dah keluar. Produk skin care pula kali ni. Alhamdulillah dan keluar sabun jerawat dan juga serum. Kak Feni share pasal serum dulu ya. Next post Kak Feni akan share pasal sabun jerawat pula.

 




* ALOEVERA COLLAGEN SERUM *

  MANFAAT PADA KULIT

✔ Gabungan bahan2 semulajadi terbaik bagi memulih & memelihara kulit dari kerosakan.
✔Membantu mengecut & mematikan jerawat, dengan cepat
✔ Mencerah & meratakan  tona kulit tidak sekata
✔ Mengurangkan parut, bintik gelap yang menghasilkan pigmentasi (jeragat)
 ✔ Melembabkan kulit & mengawal kulit berminyak
✔ Mengecilkan saiz liang pori besar.
✔ Membaiki tekstur kulit dan mengurangkan kemerahan / iritasi.


Bahan Utama
 Aloe Barbadensis Extract, Ekstrak Chamomilla Recutita (Matricaria), Hydrolyzed Elastin, Kolagen Hidrolisis, Lavendula Angustifolia (Lavender) Oil, PEG-35 Castor Oil, Natrium Sarcosinate, Propylene Glycolate.




Harga Serum : RM27.90 /10 ml.


Alhamdulillah semua produk FFD ada kelulusan KKM. Jadi jangan risau untuk guna dan amalkan hari-hari.

Berminat untuk mendapatkan Collagen Serum boleh hubungi Kak Feni.

Kak Feni : +601115672780 atau ORDER SINI.

February 25, 2020

Salam 1 Rejab 1441 Hijrah


Image may contain: 1 person, text

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah tiba juga kita di bulan Rejab untuk tahun 1441 Hijrah ni. Hari ni patutnya Kak Feni puasa sunat tapi banyak sangat alasan jadi Kak Feni tak puasa. Huhu rugi satu hari ni.

Semalam beria tanya sahabat-sahabat di opis siapa nak puasa ? Last-last Kak Feni yang tak puasa. Takpelah inshaAllah masih ada peluang lagi.

Hari ni datang kerja sendiri lagi sebab husband Kak Feni dah kena pergi outstation lagi.

Semalam dah punggah segala barang ke rumah mentua. Kalau dok rumah sendiri susah dengan anak-anak. Nak bangun pagi bersiap pergi sekolah. Macam ni la bia suami kena keluar kerja jauh. Ummi kena urusakan anak-anak. Mujur ada mentua dekat.

Image may contain: ‎text that says '‎LAFAZ NIAT PUASA BULAN REJAB سُنَةَ رَجبِ شَهرٍ فِي غَدِ صَوْحمَ نَوَيْتُ تَعَالَى للهِ NAWAITU SHOUMA GHODIN FII SYAHRI RAJABI SUNNATAN LILLAAHI TA'AALAA #JOMPUASA Quotes Creator‎'‎

Sempena bulan Rejab yang indah ini. Marilah kita sama-sama persiapkan diri dengan menambah ilmu dah amalan kepada Allah S.W. T. Semoga segala apa yang kita amalkan menjadi penolong di akhirat sana. Amin Ya Rabbal Alamin.

February 21, 2020

Salam Jumaat Salam Menjemput Rezeki

Image may contain: text




Assalamualaikum.

Minggu ni sibuk betul uruskan anak-anak sendiri. Husband kena kerja di luar dan hari ni baru boleh balik. Alhamdulillah.

Rezeki semua ni, ada kerja ada rezeki banyak dalam bentuk wang. Bila banyak wang banyak benda boleh setel dengan wang. Bayar hutang dan kelangsungan hidup.

Kos belanja sekarang mahal. Bila abah kena kerja luar dan tak balik untuk beberapa hari, makanya ummi kena berdikari pergi dan balik kerja sendiri. Kos pengangkutan pun meningkat.

Tambang naik MRT dan Monorel pun dah RM 11.40 sehari. Belum masuk kos minyak untuk sampai ke MRT. Huhu mikir ke duit ni memang pening kepala. Tapi hadap jela anggap ni semua dugaan dan cabaran.

Betullah orang kata cari duit untuk pergi kerja. Haha dapat gaji bayar hutang. Macam ni lah. Untuk kelangsungan hidup.

Apa pun tetap bersyukur dengan segala nikmat Allah bagi. Mesti ada hikmah. Ramai suri rumah yang impikan apa yang kita rasa hari ni. Bangun pagi-pagi berkejaran meredah jem. Berebut parking. Berebut nak masuk MRT. Berebut nak naik tangga  nak sampai dulu. Haha semuanya sebab nak kejar masa.

Kita hidup untuk mendapat redha Ilahi. Semoga segala amalan dan ibadah kita diterima Allah.



February 13, 2020

Tulislah Blog Untuk Jana Pendapatan

Alhamdulillah semalam Kak Feni tulis entry pasal  #Review Kopi Aura Dara Satu Produk FFD . Lepas siap Kak Feni terus share link dekat fb untuk dapatkan visitor.

Dalam banyak-banyak yang tengok link Kak Feni tu ada yang berminat untuk buat macam Kak Feni. Ini adalah salah satu kelebihan blog selalin facebook atau instagram.

Salah satu sebab Kak Feni suka tulis di blog adalah mudah untuk cari atau rujuk balik apa yang kita tulis dan share. So macam nak study kita tak tahu nak simpan mana jadi boleh search balik dalam blog.

Haha jangan tak tahu blog pon boleh tarik customer untuk membeli dengan kita. Kadang-kadang diorang search jer di google. Kalau kita bernasib baik blog kita atau entry kita akan berada di first ranking. Jadi sudah tentu diorang akan klik yang atas sekali.

Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Benda free buat apa nak bayar kan ?

Kalau rasa macam kaya sangat sampai boleh nak labur modal nak bayar ads untuk naikkan view. Boleh jer melabur. Kak Feni yang ikan bilis ni usaha jelah dari bawah. Kayuh perlahan-lahan sampai berjaya. Nak sampai ke tahap ni pun dah syukur sangat.

Sales dan income dari blog memang tak pernah putus. Kadang-kadang orang order Shaklee, nak travel, personal shopper dan terbaru Kak Feni buat FFD memang banyak membantu.

Alhamdulillah betul sangat rezeki itu memang milik Allah. Kita usaha, kita buat dan kita nikmati.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...