December 4, 2019

Happy Birthday Adik Rayyan

Hari Ahad lepas Kak Feni adalah buat makan-makan sikit sempena Abang Aus nak khatan nanti. Cari-cari masa yang sesuai sebab ummi tak boleh cuti. Biasalah hujung tahun macam ni ramai yang cuti. Jadi kena gili-gilir jaga opis.

Kak Feni hanya boleh cuti minggu depan. dok plan-plan cari tarikh yang sesuai untuk buat makan. Adik beradik dengan saudara ramai. Jadi kena confirm betul-betul. Bila dah plan macam-macam hal jadi tapi jemputan dah jemput jadi kena buat juga lah. 

Tokmek dan ayahNgah takleh datang sebab takde orang nak ambil di kampung. Achik Manjung dan Pakcik Radhi pun tak datang sebab Achik kena pergi Brunei last minute. Ummi dah risau dah siapa nak tolong ummi masak. Maklumlah tak pernah buat kat rumah sendiri. Haha

Nasib baik CikNi datang dari Gerik. Tu pun dia baru balik dari Chiang Mai. Tukang masak import dari Perak.

Ummi dengan CikNi masak bihun sup, pulut kuning, ayam masak merah dan juga mee goreng je. Yang lain-lain tu semua mak-mak sedara dan adik beradik lain bawak. Alhamdulillah penuh meja dengan makanan. Opah buat puding kastard, nasi himpit dan kuah kacang.




 Kami buat majlis pada 01/12/2019 sehari sebelum birthday Adik Rayyan yang ke 5 tahun. Jadi Angahnya pun belilah sebiji kek untuk tiup lilin. Seronok sangatlah Adik Rayyan konon tu besday party dia. Haha buat sekalilah kongsi kek makan ramai-ramai.



Pulut kuning tu ummi dah rendam semalaman dengan serbuk kunyit. Resepi macam biasa kena google dulu. Tunggu CikNi sampai confirm tak sempat. Dia naik bas Sabtu malam jadi Ahad pagi baru sampai. Dia tidur kejap jer sebab takut tak sempat nak masak.

Bangun-bangun terus kena arung pulut dengan santan. Mujur menjadi dan sedap. Letak pulak telur yang kaler-kaler kat atas tu. Pulut kuning makan dengan sambal ayam. Mula nak buat rendang ayam. Pastu fikir-fikir tak reti dan ambil masa lama. Kita buat sambal ayam jela.

Majlis berlangsung lepas asar dimulai dengan bacaan doa selamat dan tahlil untuk arawah-arwah yang telah pergi. Alhamdulillah selesai dah majlis.

Kak Feni dan suami buat majlis kecil-kecil jer. Jemput adik beradik dan mak-mak saudara yang dekat jer. Untuk anak sulung nak bersunat kan. InshaAllah ada rezeki Adik Rayyan nak sunat nanti kita buat lagi.

Terima kasih kepada adik beradik yang banyak membantu datang kemas rumah. Tolong rewang walaupun hanya nak masak bihun sup. Mak-mak sedara yang bawa makanan sampai penuh meja. Hahaha tapi letihnya sampai hari ni tak hilang lagi.

InshaAllah malam 10/12/2019 ni, Abang Aus akan berkhatan di klinik. Harapnya semua baik-baik saja sebab masa tu abah kena outstation. Harapnya ummi kuat untuk jaga Abang Aus dalam pantang. InshaAllah.

Selamat hari lahir Adik. Semoga jadi anak yang soleh untuk ummi, abah dan abang. Semua orang sayang adik. Berjaya dunia dan akhirat. Doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak.

November 29, 2019

Terima Kasih Ya Allah

Hari ni rasa taktahu nak share pasal apa. Kita share pasal aib lah. Semoga Allah tutup aib kita.

Image may contain: 1 person, text

Bersihkan hati. Kita semua tak sempurna.

Kak Feni rasa macam dah buat semua untuk dapatkan apa yang Kak Feni nak. Namun hakikatnya bila fikir-fikir balik banyak lagi yang Kak Feni tak buat.

Bila fikir macam tu hati kembali tenang dan bersemangat.

Allah itu kalau dia nak bagi Dia bagi jer. Berbalik pada Allah.

Kak Feni ni jenis seorang yang clumsy sikit. Semua nak cepat. Kelam kabut nak cepat siap nak cepat setel. Haha runsing tak kena tempat. Bila dah semakin berumur ni. Banyak benda yang Kak Feni belajar.

Dulu sibuk nak kaya cepat. Nak duit banyak. Nak nampak gah dimata orang. Hurmmm dunia semua tu.

Bila kita tenang dan positif semua tu akan datang kepada kita.

Yakin 500% kepada Allah. 

Formulanya ialah YAKIN, YAKIN dan YAKIN.

Kak Feni pun banyak kekurangan dan terima dengan hati yang terbuka. Bila ada ahli keluarga, sahabat atau customer cerita masalah mereka. Kita kena bertenang dan bersabar. Allah hantar mereka bersebab.

Untuk menguji kita ni. Sabar ke tak.

Kadang-kadang kita ni tamak dan lupa diri. Allah dah bagi semua tapi kita ni rasa tak cukup. Tak cukup dan sentiasa dahagakan kekayaan. Allahuakbar.

Pernah tak, ada kawan atau sahabat yang mendatangi kita untuk meminta tolong ?

Mesti pernah. Kalau ada lapangkan hati. Mesti ada sesuatu Allah nak bagi ni. Sabar.

Bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan urusan kita.

Carilah hikmah disebalik ujian dan cabaran yang kita sedang lalui. InshaAllah hati tenang dan dipermudahkan segala urusan.

November 27, 2019

5 Nutrien Untuk Meningkatkan Metabolisme

Metabolisme adalah proses tubuh untuk menukar makanan dan nutrien kepada tenaga dan untuk menyokong pelbagai fungsi tubuh. Metabolisma yang tinggi membakar kalori lebih cepat menjadikan seserorang tidak mudah untuk mengalami pertambahan berat badan. Manakala metabolisma yang rendah bermakna proses pembakaran kalori yang lebih perlahan. Berikut adalah beberapa nutrien yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan menyokong pengawalan berat badan yang lebih baik.



1. Zink


Kalenjar tiroid memerlukan zink untuk menghasilkan hormon tiroid, yang membantu mengekalkan metabolisma dan tenaga. Diet yang kurang zink boleh mengurangkan keupayaan kalenjar tiroid untuk menghasilkan jumlah hormon yang mencukupi dan ia merendahkan metabolisma.

2. Vitamin B


Fungsi utama vitamin B adalah membantu tubuh mencerna karbohidrat, protein, serta lemak, dan seterusnya menggunakan tenga yang tersimpan dalam makanan. Metabolisma yang sihat memastikan tubuh menggunakan nutrien ini untuk tenaga dan bukan menyimpannya sebagai lemak.

3. Zat Besi


Zat besi bertanggungjawab untuk mengankut oksigen ke dalam sel badan, termasuk otot yang membantu membakar lebih banyak lemak. Diet yang kurang zat besi boleh mengakibatkan anemia kekurangan zat besi yang boleh membuatkan kita jadi tidak bermaya dan melambatkan metabolisma badan.

4. Asid Lemak Omega-3


Asid Lemak Omega-3 dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma dan proses pembakaran lemak kerana ia mempengaruhi leptin, hormon yang mengawal kadar metabolisma dan memberitahu otak bahawa kita kenyang, yang membawa kepada peningkatan rasa kenyang.

5. Protein Tanpa Lemak


Mengambil jumlah protein tanpa lemak yang mencukupi bukan sahaja membantu kita merasa kenyang, tetapi juga meningkatkan termogenesis, proses yang mana tubuh kita menukar kalori untuk mengjhasilkan haba. Pertama, badan membakar tenaga tambahan dengan mencerna protein tanpa lemak dan kedua protein membantu mengekalkan jisim otot, kalori badan dan mesin pembakar lemak.

Berminat untuk dapatkan Suplemen Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

 Safeni Feni

Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Bila Tiba Musim Gaji - Order Masuk Bertubi-tubi

Alhamdulillah rezeki bisnes online Kak Feni tak putus-putus. Begitulah hendaknya.

Hasil rajin menulis dan share di fb, instagram dan blog. Yang ni jer selalu Kak Feni update. Selebihnya Kak Feni serahkan pada Allah. Rezeki Allah yang bagi.







Syukur alhamdulillah sebab dah nampak hasil usaha. Mula-mula buat bisnes dulu memang sedih dan mudah sentap dengan keadaan sekeliling. Orang tak sapot itu biasa. Lama-lama dah tak kisah pun apa orang nak cakap sebab bukan diorang pun yang nak bayar segala bil kita. Jadikan itu motivasi untuk kita terus bangkit dan majukan diri sendiri.

Kalau kita tak tolong diri kita sendiri siapa lagi ?

Kak Feni selalu ingatkan diri. Biarlah kita susah-susah dulu senang kemudian. Setiap kesusahan yang kita lalui hari ini menjadikan kita lebih kuat dan kental dikemudian hari. Pengalaman jatuh bangun dalam hidup dalam bisnes menjadikan kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi.

Perbetulkan niat. Aku nak bangkit bantu diri sendiri dan bantu orang lain. InshaAllah tuhan mesti tolong.

Mulakan dengan bangkit diri sendiri. Jaga emosi sendiri dan rapatkan diri sendiri dengan Allah pasti Allah tunjuk jalan. Hidup ini jangan sombong(pesanan untuk diri sendiri).

Setinggi mana pun kita berada, jangan lupa tunduk kebawah. Hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Berbuat baiklah selagi mampu. InshaAllah Allah akan sentiasa ada dengan kita.

November 25, 2019

10 Manfaat Zink Untuk Wanita dan Lelaki

Zink adalah mineral surih yang penting kepada tubuh dalam pelbagai cara.

Manfaat Zink untuk Wanita



1. Menghalang Pertumbuhan Jerawat

Zink menghalang pertumbuhan bakteria penyebab jerawat, menyekat aktiviti kelenjar minyak dan mengurangkan simptom jerawat untuk kulit yang lebih bersih.

2. Menyembuh Dan Meremajakan Kulit

Zink menggalakkan penghasilan sel kulit baru dan fungsi sel membran untuk kulit yang sihat dan sempurna. Apabila kulit rosak, zink membantu menghasilkan protein dan kolagen untuk menggalakkan penyembuhan luka.

3. Menjadikan Rambut yang Kuat dan Bekilau


Zink menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mempercepat pertumbuhan semula folikel rambut.

4. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Zink terlibat dalam pelbagai aktiviti tindak balas enzim, membantu mengatasi tekanan oksidatif yang merupakan salah satu punca kegagalan jantung. Zink juga mempunyai sifat antioksidan yang kuat untuk meneutralkan radikal bebas bagi melindungi jantung.

5. Permulaan Yang Sihat

Zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikular yang betul, yang membantu telur untuk pergi ke rahim untuk persenyawaan.



Manfaat Zink untuk Lelaki


1. Menggalakkan Tidur yang Lebih Baik

Zink dapat membantu menggalakkan dan mengawalatur corak tidur yang lebih sihat, agar kita dapat tidur yang lena, tampil lebih segar dan lebih aktif setiap hari.


2. Melambatkan Kemerosotan Makular Mata

Zink membantu vitamin A menghasilkan melanin, yang melindungi mta. Apabila dimakan bersama dengan vitamin antioksidan lain, zink melambatkan kemerosotan makula mata yang berlaku kerana faktor penuaan.


3. Meningkatkan Kesihatan Imun

Zink membantu memendekkan tempoh selesema sehingga 40%. Ia juga memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka bekerja secara optimum.


4. Boleh Menggalakkan Kawalan Gula Darah


Zink dapat membantu mengurangkan rintangan insulin, meningkatkan keupayaan tubuh untuk menggunakan insulin dengan cekap bagi mengekalkan paras gula darah yang sihat.


5. Meningkatkan Kesihatan Prostat

Memastikan sperma bergerak ke hadapan dengan arah yang betul untuk menembusi telur bagi persenyawaan yang berjaya dan menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki.



Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Zinc Plus untuk meningkatkan kesihatan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 22, 2019

Tahniah Abang Aus! Ummi dan Abah Bangga Dengan Abang

Bangun pagi ucap syukur sebab masih diberi nikmat dan terus diberi nikmat. Walau apa pun yang berlaku hari semalam, sedih ke gembira ke. Syukur. Bila kita bersyukur Allah akan bagi lebih lagi dan lagi.

Hari ni Kak Feni nak throwback awal tahun kes Abang Aus taknak pergi sekolah Agama. Awal-awal tahun dulu sedih, stress, nak marah, moody semua ada. Namun berbalik kembali kepada Allah. Minta tolong Allah. Alhamdulillah hari ni Allah bagi kejayaan untuk Abang Aus.

Ummi tahu panjang lagi Abang Aus nak kena hadap tapi ummi hanya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat lain. Kalau ada yang kena macam ummi, ummi harap kita tetap usaha dan tak mudah putus asa.


Ustazah dah inform awal tentang jemputan Majlis Kecemerlangan Pelajar 2019. Semalam harinya. Ummi tak dapat nak pergi. Kebetulan Angahnya cuti, ummi minta tolong Angah wakilkan ummi dengan abah. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Abang Aus suruh ummi cuti tapi ummi tak boleh nak cuti selalu. Nanti Abang Aus nak bersunat, ummi kena cuti lama. Ummi cakap baik-baik dengan abang. Kalau ummi selalu cuti nanti gaji kena potong and what so ever. Alhamdulillah lagi sebab Abang Aus faham. "ummi minta maaf abang".

Angah dan adik yang pergi dihantar oleh Tokyah.


Adik excited sebab boleh tengok Abang Aus naik pentas. Bila dah masuk dewan sibuk ajak Angah balik sebab nak tidur. Haishhh dia ni kan? Banyak akai sungguh. Nasib Angah suka layan.



Ummi tak tahu nak cakap macam mana. Ummi happy sangat sebab Abang dan boleh bawa diri. Pandai baca al-Quran dan dapat Mumtaz tahun ni. Siapa sangka kan ? Awal dulu drama swasta di setiap pagi. Ummi pukul dan marah abang sebab taknak sekolah. Macam-macam ummi buat untuk lembutkan hati abang.

Panggil orang baca doa. Ummi buat solat hajat. Doa hari-hari supaya Abang lembut hati nak pergi sekolah. Dapat terima ilmu akhirat tu penting. Ummi taknak anak ummi tak pandai al-Quran. Ummi ni nak mengajar pun tak berapa pandai jadi ummi harap anak-anak lebih pandai dari ummi.

Salah satu amalan yang ummi buat untuk anak-anak adalah seperti dalam poster di bawah. Ummi jumpa di facebook.


Semalam Abang dapat hadiah MUMTAZ.




Bila dapat hadiah ni. Yang kecil tu pun sibuk nak juga. Lepas ni ummi dengan abah kena beli satu untuk dia. Emosi anak-anak ni kena jaga juga. Tak boleh nak beza-bezakan. Dulu ummi tak tahu juga bab keibubapaan ni. Dengar nasihat orang-orang berpengalaman. Kalau ada anak 2 beli sama rata. Kalau ada anak 3, 4, 5 atau seterusnya pun sama. Jangan beza-bezakan anak.

Pagi tadi ada juga majlis tandatangan buku rekod murid di sekolah Agama. Ummi dengan abah macam biasa pergi awal sebab nak masuk pejabat pulak. Majlis bermula pukul 8.00 jadi sempatlah ummi pergi.

Alhamdulillah ustazah pun puas hati dengan prestasi Abang Aus. Kami sama-sama gelak bila teringat peristiwa awal tahun ustazah pegang abang sampai macam nak tercabut tudung-tudung.

Ummi dengan abah tak boleh mudah putus asa dan ummi kena terus usaha dan berdoa agar anak-anak terus dibimbing supaya menjadi orang-orang yang soleh berjaya dunia dan akhirat. InshaAllah. Ummi sayang abang dan adik sampai syurga.

7th Anniversary Giveaway By Atul Hamid



Jom join GA dari Atul ni. Hadiah pun menarik. Klik banner dan baca syarat-syaratnya untuk join. Mudah  jer. Jom jom.

Kak Feni nak tag Annur Syuhadah dan Dana lah.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...