November 6, 2019

FireDrill 2019 - Plaza Permata Kuala Lumpur

Tahun ni sama je macam tahun lepas. Fire drill di opis.

Macam biasa pantang ada peluang dan kami akan berwefie beramai-ramai. Aku dengan adik-adik sama floor. Haha nak gi wefie dengan budak-budak level lain nye kata gila kat orang pulak. Kebetulan kali ni aku kena jadi floor warden. Jadi kena duduk diam di depan. Kira berapa orang dalam opis. Haha oleh kerana opis aku sikit senanglah kerja aku.





Tahun lepas pun sama. Tahun ni buat awal bulan November ni. Kat sini buat sekali setahun jer. Baguslah kalau buat banyak kali kang tak larat nak turun tangga.

Opis aku di level 12A bersamaan dengan tingkat 13. Jadi turun tangga sampai bawah dah tak rasa apa dah kaki ni. Dan sakitnya tuh di sini hampir 2 minggu baru nak lega. Huhu tambah-tambah pulak bila badan dah semakin gemuk dan berisi ni.






Tahun ni tak berapa nak meriah bagi aku sebab Mek Elly dah takde. Mek Nadia pun dah takde kat sini. Hanya aku dan yang lain-lain je ada tinggal kerja sini. Semua dah move on pindah tempat kerja lain walaupun tak sama opis dengan aku. Masing-masing dah bawa diri untuk better offer.

Adakah aku pun harus cari kerja atau tukar kerja lain ?

Dengan komitmen sekarang ni. Aku risau nau nak tukar kerja. Nak dapatkan benefit macam sekarang ni pun susah. (hurmmm alasan lah tu). Tengoklah macam mana. Tahun depan ke macam mana. Nak survey kerja baru pun bukan senang. Kalau ada rezeki aku lagi di sini. Aku teruskan. Kalau takde aku just go with the flow.

Sebenarnya malas nak fikir. Fikir nak besarkan anak-anak dan selesai segala hutang jer sekarang ni. Sebab tu nak tukar kerja pun fikir empat puluh empat kali. hehe






November 5, 2019

KELEBIHAN SABUN AURA CINTA


KELEBIHAN AURA CINTA|

Bahan2 utama :

🍁Manjakani Extract,
🍀 Daun Sireh Extract,
🍁Pearl Powder,
🍀Limau Kasturi ,
🍁Tea Tree Oil
 🍀Black Cumin Seed Oil (Habatusauda)
🍁 Virgin Olive Oil
 🍀Daun Pudina
🍁 Vitamin E
🍀 Aura Aromatic Oil.
——- ——-

🍃Kebaikan/Manfaat🍃

🌿 Manjakani Extract mampu menegang dan memerahkan semula bibir virgin yang kendur & lebam . Ia juga membantu mengetatkan otot faraj yang terbuka menjadi ketat semula.

🌿Daun Sireh Extract membantu mengurangkan kegatalan dan bauan yg kurang enak di bahagian virgin ketika perubahan hormon berlaku.

🌿Limau Kasturi & Daun Pudina  membantu memberi kesegaran berpanjangan di bahagian virginia. Rasa selesa sepanjang hari.

🌿Pearl Powder &  Dauh Sireh membantu memperbaharui kulit mati & sekaligus mencerahkan bahagian virgin yang gelap jika diamalkan secara rutin.

🌿 Tea Tree Oil  sebagai anti  bakteria / anti septik semulajadi, mampu mengurangkan pertumbuhan jerawat di bahagian virginia

🌿Minyak Habatusauda membantu melembutkan & mengurangkan iritasi / kering atau melecet di celahan virgin dan peha

🌺——- ——-🌺

Cara Penggunaan*


Cuci dibahagian Virgin 1-2x  sehari.
Caranya dengan buihkan sabun di tapak tangan kemudian cuci di bahagian virgin. Tunggu 1-2 minit kemudian bilas bersih.
Kegunaan untuk luaran sahaja.

🌹——- ——-🌹

Perhatian!!!

Berhenti penggunaan jika berlaku iritasi atau kemerah merahan selepas mencuci. Kemungkinan kulit anda tidak sesuai dgn bahan2 yang ada didalam ramuan sabun ini.

——— ———
Berminat cepat WHATSAPP 👇👍💚
Kak Feni
+601115672780




Jom Join Team FFD Untuk Jana Pendapatan Sampingan


Kelas tuntut ilmu melalui whatsapp. InshaAllah malam ni akan bermula TRAINING 7 HARI BERJAYA. Kak Feni dah pun masuk dalam group di add oleh leader Kak Feni. Bila dah semakin berumur ni rasa makin banyak yang tak tahu.

Kalau tahu pun banyak tak buat sebab apa tak tahu. Haha tanya diri sendiri. Semakin banyak kita belajar semakin banyak yang kita tak tahu. Jadi konsistenlah dengan apa yang kita tahu. Berilmu dan beramal orang kata.

Nak berjaya kena sentiasa positif dan berada dengan orang-orang yang positif supuya kita pun jadi positif dan sentiasa berusaha untuk ubah diri menjadi lebih baik. InshaAllah dengan izin Allah.

Kak Feni baru jer join Team FFD ni. Jual barangan jagaan wanita dan lelaki. Mulanya agak malu nak share sebab benda-benda intim ni. Tapi bila dah cuba sendiri rasa macam agak bagus juga. Benda baik kena share dengan orang lain.

Kak Feni banyak share dengan kawan-kawan wanita yang Kak Feni kenal jer sebab lebih selesa bersoal jawab dengan kalangan wanita. So far dalam jual suplemen atau makanan kesihatan ni Kak Feni tak rasa kekok sangat nak berniaga tak kira lelaki ke perempuan. Kali ni agak lain. Jadi kena ambil waktu untuk tuntu ilmu.

Nak harapkan gaji kerja sekarang ni memang tak cukup dan sampai negatif pendapatan. Jadi kena cari pendapatan sampingan dengan meniaga macam ni lah.

Modal nak jadi dropship Team FFD hanya dengan belian sabun Aura Cinta sebanyak 3 buku (bersamaan RM30 sahaja).



Apa benda Sabun Aura Cinta ni ?


Aura Cinta ni macam feminine wash untuk wanita. Sesuai untuk digunakan oleh wanita bagi membersihkan bahagian intim. Boleh digunakan seawal anak dara lagi.

Kalau tak jaga betul-betul bahagian intim wanita ni boleh mendatangkan pelbagai masalah terutamanya menyebabkan keputihan. Keputihan melampau boleh menyebabkan kita jadi tak selesa. Nak buat tugas harian pun susah. Bagi isteri pulak boleh mendatangkan masalah dalam perhubungan intim dengan suami (opsss). Tapi inilah kenyataannya kalau kita tak jaga.

Kadang-kadang dalam soal perhubungan intim ni kita kena juga terbuka dan berbincang dengan orang lain untuk mengatasi atau mencegah. Dalam banyak-banyak feminine wash yang dijual dipasaran, Aura Cinta lebih berangin dan selesa digunakan.

Siapa yang boleh Join Team FFD ni ?


Sesiapa sahaja yang berminat untuk berniaga tapi tak tahu nak berniaga apa. Perniagaaan akan dibimbing oleh leader-leader. Kalau ada masalah boleh terus tanya kepada leader. Pelajar, surirumah atau yang bekerja macam Kak Feni pun boleh join.

Mudah sangat. Belian 3 buku Sabun Aura Cinta bernilai RM30 dah layak menjadi dropship. Untuk yang baru cuba nak berniaga Kak Feni galakkan jadi jer dropship dulu.


Berminat untuk jadi DROPSHIP ?


Ya, tindakan yang sangat bijak. Setelah menjadi dropship dengan belian RM30 (3 buku Sabun Aura Cinta). Belian seterusnya akan dapat diskaun sebanyak 10%. Bukankah dah jimat banyak tu.


Hubungi Kak Feni untuk info lanjut dan setelah pembelian disahkan dan sah menjadi DROPSHIP, anda akan dimasukkan dalam group info dan juga group ilmu untuk pertanyaan dan cara-cara buat marketing.


Kak Feni
www.wasap.my/601115672780

November 4, 2019

PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2019

Lambat nau nak share bulan ni. Dah 4 haribulan November baru boleh update pasal Promo Shaklee ni.

Apa yang menarik bulan ni ?






Jom kita tengok siapa yang perlukan ESP ?








Ketahui juga Keistimewaan Zinc Plus Shaklee dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan.







Jadi untuk mereka yang berminat untuk dapatkan produk Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Tips Bersedekah Setiap Hari Meningkatkan Ketakwaan Kepada Allah



Antara #tipssedekah yang boleh kita buat ialah sedekah rm1 setiap hari. Sediakan satu tabung khas atau tabung subuh. Kak Feni dah ada 1 tabung sedekah di opis.
.
Bila sahabat-sahabat share atau repost pasal minta bantuan, derma, rayuan nak duit etc. Kak Feni akan screenshoot dulu nombor akaun pihak berkenaan.
.
Bila dah free and easy, ada masa lebih dan duit lebih dalam akaun. Jangan ragu-ragu untuk transfer kepada mereka. Tips ni juga Kak Feni banyak share dengan adik-adik dan sahabat-sahabat yang suka berkongsi cerita dengan Kak Feni.
.
Allahuakbar... Subahanallah..
.
Only you can feel it. Ajaibnya sedekah. Allah uji kita dengan, macam-macam cara.
.
Rezeki sempit, ubatnya bersedekah. Jangan takut bersedekah dengan ikhlas. Biar Allah jadi tempat kita bergantung.
.
Hanya Allah penyelamat kita. Kalau kita tak bergantung pada Allah, pada siapa lagi kita nak harapkan?

Kak Feni sambung sini macam biasa.

Sedekah ni ada 2 cara.

1 - Terang-terangan.

2 -  Sembunyi-sembunyi.

Cara 1 iaitu terang-terang.

“ Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al Baqarah: 271)

Dalam konsep yang Kak Feni share dalam ig dan blog ni, Kak Feni macam terang-terangan. Biar Allah saja yang menilainya. Keikhlasan itu juga perlu dicari. Kalau tak buat kita tak dapat. Kalau kita buat secara konsisten inshaAllah ikhlas itu akan datang dengan sendirinya.

Kenapa kita kena sedekah terang-terang ? Share-share di segalam media sosial ?
Perbetulkan niat. Semoga kita bersedekah ni akan turut diikuti oleh orang lain. Kadang-kadang orang tak tahu pun macam mana nak bersedekah. Nak tunggu banyak duit dulu baru nak sedekah. Bila ada kalangan kita share pasal tips sedekah, secara tak langsung memberi idea atau ispirasi kepada yang lain.

Cara 2 iaitu sembunyi-sembunyi.

“Sesungguhnya sedekah dengan sembunyi-sembunyi memadamkan murka Rabb Yang Mahasuci lagi Mahatinggi.” (riwayat Tabrani dari sahabat Muawiyah bin Haidah, darjat hasai lighairi dipetik dari Sahih Targhib wa Tarhib)

Antara hikmah menyembunyikan sedekah ialah untuk menjaga niat agar ikhlas hanya kerana Allah.

Selain itu juga ia demi menjaga maruah dan kehormatan mereka yang menerima sedekah tersebut. Wallahuaklam.

Apapun niat kita tentang bersedekah ni, berbaliklah pada Allah sebab apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata. 


November 1, 2019

Welcome November 2019

Alhamdulillah masih diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu November. Masih dipanjangkan umur untuk terus berkhidmat dan membesarkan anak-anak. Syukur tak terhingga pada Allah. Semoga Kak Feni terus istiqamah ke Jalan Yang Lurus.


Semoga bulan ni baik-baik sahaja hendaknya. Bisnes kecil-kecilan macam Kak feni ni bolehlah topup-topup apa yang patut. Alhamdulillah rezeki Allah itu luas dan Allah akan tolong mereka yang berusaha. InshaAllah.


Rezeki hari pertama customer merangkap sahabat Kak Feni yang tinggal di Gerik, Perak order vitamin untuk kehamilan. Mulanya dia tanya nak full set lepas dia tengok ada vitamin yang dah ada. Dia tambah apa yang patut je. Kali ni dia order Vitamin C dan Ostematrix. 

Paling best bila join membership dapat harga ahli. Ramai yang tak tahu pasal ni. Guna Shaklee dan dapat bonus. Kak Feni dulu jadi ahli pun sebab nak try Set Menyusu. Lama-lama rasa macam okey pulak terus share dengan kawan-kawan. 


Selalunya bila dah lebih 150 UV belian dalam sebulan dah layak dapat bonus. Bonus ni bukan untung runcit. Untung runcit lain. Walaupun ramai yang dah join ahli tapi tak ramai yang nak buat bisnes. Jadi ianya bisnes yang menguntungkan bagi mereka yang suka buat bisnes part time macam Kak Feni ni. 

Promosi November 2019



Bulan November ni menarik sebab ada promosi ESP. Antara minuman kegemaran Kak Feni yang menjadikan kulit cantik. Hihi ramai ibu-ibu yang amalkan ESP bagi feedback kulit jadi lebih gebu dan tak kusam.



Lagi promosi skin care YOUTH yang senang dan mudah dibawa kemana sahaja terutamanya untuk travel.


Zinc Plus juga terbaik untuk dijadikan suplemen terutamanya bagi lelaki. Lelaki yang ada masalah kelelakian bolehlah mengambil Zinc Plus untuk kesihatan. Meningkatkan tenaga lelaki dan memperbanyakkan sperma yang berkualiti. Dalam Set Kesuburan Shaklee, Zinc Plus adalah disarankan ambil oleh suami. 

Kak Feni nak share sikit pasal keahlian. Belian melebihi 200uv layak mendapat keahlian secara percuma. Kalau tak harga keahlian ialah RM65.00. Belian 200uv (lebih kurang RM800 ke atas) boleh dapat FREE membership. Postage pun free. 

Atau boleh join program DETOX seperti dalam poster di bawah :-



Berminat dengan produk Shaklee dan ingin membuat pesanan boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 31, 2019

Briefing FireDrill 2019 - Plaza Permata Kuala Lumpur


Today briefing firedrill. Macam biasa setelah bertahun naik pangkat Chief Floor. Haha bukan nak bangga pun jadi Chief Floor ni sebab dah takde orang nak jadi aku kenalah amik tugas ni. Alah bukan susah pun. Pergi dengar pegawai bomba cakap-cakap lepas tu balik opis. Senang je tak susah pun.

Walaupun hakikatnya banyak kerja di pejabat. Tinggal sekejap bolehlah kan. Aku pun dah lupa tentang briefing ni pagi ni. Haha nasib baik mama (hr tempat aku kerja) bagitahu hari ni jangan lupa ada meeting pukul 10. Aku yang pada mulanya konon taknak makan sarapan nak makan tengahari, cepat-cepat aku makan nasi berlauk yang aku beli pagi tadi. Kot-kot sibuk di tengahari sekurang-kurangnya perut aku dah terisi dan tak lapar.

Tahu jelah aku kan, boleh datang murung kalau kerja dalam keadaan perut yang lapar. Hanya aku tahu keadaan diri aku. Kebetulan pulak hari ni macam ada banyak meeting je sebab semua bos masuk awal.

Majlis briefing ni selesai dalam pukul 12.15 tengahari. Jadi aku boleh masuk opis dengan seronoknya untuk setelkan kerja-kerja opis yang banyak tak setel lagi.

Start 2015 aku dah jadi Chief Floor. Macam-macam perkara dah jadi. Yang seronoknya bila hari fire drill ialah sibuk dok berkumpul di bawah. Kerja kena tinggal sekejap dalam setengah hari. Bila dah setel baru boleh naik opis. Aku pulak lepas firedrill kena masuk meeting dengan pihak pengurusan bangunan. Bincang apa yang patut. Yang kurang kena tambah baik. Maklumlah bangunan dah lama, sama umur dengan umur aku dah bangunan ni.

Aku suka kerja sini sebab dekat dengan tempat kerja suamiku. Datang dan balik kerja sekali naik motor. Kalau drive bawak kereta tak tahu pukul berapa nak sampai rumah. Sampai rumah anak-anak dah tidur. Masa dengan anak-anak pun kurang. Harapnya rezeki aku sebagai pekerja disini berpanjanganlah.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...